Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, July 31, 2010

Taek Jho Low,Jutawan Malaysia yang membelanjakan berjuta USD untuk Paris Hiltom satu malam

Pelik ye,Paris yang dah sedia kaya nie pun sanggup melayan Cina Jutawan Malaysia nie,kerana Duit?Bukan ke Paris tue dah cukup kaya Raya ??mata duitan betullah


Taek Jho Low dikatakan membelanjakan USD 2Juta = around RM 7juta hanya untuk satu malam sahaja,khas untuk
Paris Hilton..giler...org nak kumpuyl sejuta pun payah...nie selamba badak guna duwet dalam masa satu malam...

Lelaki ini pun ada membelanjakan Megan Fox sebotol Arak mahal berjenama USD1000 sebotol..tapi agaknya Megan malas nak layan tue yang dia lekat ngan Paris Hilton jer..


Umur jejaka cina nie baru je 28 tahun,Graduate from
Wharton School of Business .

Kerja dia sebagai penasihat kepada Board of Director sebuah syarikat pelaburan hartanah UBG Berhad.

SPRM dikatakan akan menyiasat tentang kekayaan Jejaka ini,sampai boleh berbelanja jutaan ringgit di Hollywood.nak baca lagi artikel Dimana SPRM digesa supaya menyiasat boleh la baca lepas anda layan gamnbar-gambar ini.










Siapa Taek Jho Low? AMK Mahu Dia Disiasat
Ketua pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa supaya seorang pemuda Malaysia yang dilaporkan sering berbelanja mewah di luar negara disiasat.

Pemuda tersebut, Taek Jho Low sebelum ini mencuri perhatian apabila dilaporkan oleh akhbar New York Post sebagai rakyat Malaysia yang berbelanja ratusan ribu ringgit untuk mendampingi selebriti Hollywood.


Mengikut New York Times, Jho Low didakwa membelanjakan AS$50,000 semalaman untuk berhibur dan menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai AS$1,000 sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox.

Shamsul Iskandar mendakwa beliau menerima maklumat bahawa pemuda berkenaan juga berhubungan akrab dengan seorang daripada anak kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap ketika menyampaikan ucapan dasarnya di kongres AMK di Kota Bharu hari ini, beliau meminta siasatan sama ada Jho Low adalah individu yang terlibat dalam pembangunan komersil tanah lapangan terbaang Sungai Besi milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur.

“Tolong siasat, anak muda ini berbelanja sakan, apa kaitannya dengan Malaysia. Apa kaitannya dengan Big Ma?,” soalnya.

Beliau berkata, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor perlu memberi penjelasan berikutan lelaki berusia 28 tahun itu memiliki kekayaan melimpah ruah hingga berita kekayaan Jho Low dikaitkan dengan keluarga Perdana Menteri.

Dalam ucapannya itu, Shamsul Iskandar juga mahu siasatan dijalankan ke atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan penyelewengan wang, seperti yang didedahkan penulis Barry Wain.

Selain itu, beliau turut mendesak supaya ‘Private Khairy Jamaluddin’ disiasat berhubung kaitan ketua pemuda Umno itu dengan firma perundingan Apco.

“Kerana maklumat yang kita terima, rakan baik (Khairy) yang beri cadangan supaya guna Apco,” katanya lagi.

Dalam sidang medianya selepas itu, Shamsul Iskandar mendakwa Taek Jho Low juga merupakan seorang penasihat bagi pihak berkuasa pelaburan bagi negeri Terengganu yang kini dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad.

Katanya, maklumat itu diperolehinya daripada pihak yang tidak senang dengan perkembangan berkenaan.

Tambahnya, beliau pasti Jho Low mempunyai harta bernilai berbilion ringgit jika mampu berbelanja sebanyak 50 hingga 60 ribu setiap malam dan tinggal di apartmen mewah.

“Saya minta (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) SPRM supaya siasat,” katanya yang mempertikaikan bagaimana seorang pemuda seperti Jho Low mampu berbelanja seperti itu.

*Artikel dari http://my-sensasi.blogspot.com

No comments:

Post a Comment