Followers
Search This Blog
JOM LAYAN " OMBAK RINDU".
Saturday, July 21, 2012
Hot! Rozita Che Wan Hiasi Majalah Nona Edisi Ogos 2012
Pada majalah edisi Nona bulan Ogos ini Rozita Che Wan menghiasa cover majalah Nona yang begitu sopan dan anggun dengan cara bertudung. Sebelum ini Rozita Che Wan memang terkenal dengan aksi ranggi dan seksi dimana menjadi kegilaan remaja dan lelaki diluar sana.
Banyak informasi yang menarik yang dipaparkan didalam majalah Nona bulan Ogos seperti resepi juadah berbuka puasa, busana hari raya, tip tip dan petua dan pelbagai info lagi, sekiranya anda ingin membelinya dapatkan di kedai buku berhampiran sekarang.
Monday, April 9, 2012
Buktikan Rozita-Datuk K berkahwin
Datin Zaiton Mohd. Jiwa hari ini menawarkan ganjaran wang tunai RM100,000 kepada mana-mana individu yang dapat tampil menunjukkan bukti bahawa adiknya, Datuk Khalid atau Datuk K telah mengahwini pelakon jelita, Rozita Che Wan.Zaiton berkata, dia tidak kisah mengeluarkan jumlah wang sebesar itu demi mencabar individu yang menyebar fitnah terhadap suami penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza itu.
“Kenalah berani berdepan. Kita mahukan bukti, jadi kepada mereka yang terlibat kita minta mereka tunjukkan bukti tersebut dan jika ia tulen serta sahih, ganjaran itu akan saya berikan.
“Ini bukan pertama kali cerita sebegini keluar, malah semasa keluar gosip pertama dulu, saya pernah minta supaya ditunjukkan kad jemputan perkahwinan mereka tetapi tiada siapa yang datang menunjukkan bukti,” katanya ketika dihubungi.
Friday, January 27, 2012
Seksinya Rozita Che Wan


Monday, January 16, 2012
SUKA LELAKI MUDA: ROZITA JAWAB SEBABNYA
Kita selalu mendengar pendapat yang mengatakan kononnya lelaki muda lambat matang dari segi fikiran dan juga tanggungjawab.Lebih ketara lagi jika si wanita berusia 30-an dan pasangan lelakinya masih di usia 20-an.Bila lelaki lambat matang, mereka tidak mempunyai matlamat, hanya fikirkan keseronokan dan sangat kurang mahu bertanggungjawab.Menurut pakar psikologi, lelaki agak lambat dari segi kematangannya untuk mengambil tanggungjawab.
Keseronokan sering kali diletakkan yang utama hingga membelakangkan amanah dan tanggungjawab. Malah dia jarang sekali atau tidak fikir soal dosa pahala, baik buruk, penghargaan terhadap pengorbanan orang yang paling hampir dalam hidupnya.
Itu menurut kajianlah, bukan penulis yang kata.
Tetapi itu semua bukanlah menjadi hal buat pelakon yang menjadi kegilaan ramai ini, Rozita Che Wan.
Rozita nampaknya cukup konsisten dengan kenyataannya dari dulu hinggalah sekarang – suka lelaki muda!
“Memang saya suka berkawan dengan lelaki muda. Golongan ni lebih mudah mendengar kata dan lebih senang untuk didekati. Kalau dengan lelaki berusia dah tentu saya yang kena ikut kehendak mereka,” kata Rozita dalam Pancaindera.
Wow!
Makan hatilah lelaki tua dengan statement Rozita tu.
Apapun rasanya betul juga apa yang dikatakannya.
Tak salah kot kalau seseorang wanita seperti Rozita memilih suami yang lebih muda darinya.
Jika kita melihat sirah Nabi Muhammad SAW, ramai yang mengetahui bahawa baginda telah mengahwini isteri pertamanya iaitu Khadijah r.a. sewaktu umur baginda 25 tahun, manakala umur Khadijah r.a. adalah 40 tahun.
Cuma harapnya janganlah Rozita ‘cakap tak serupa bikin’
Takut last-last lelaki tua dan yang dah jadi laki orang juga dipilihnya….tapi kalau dah jodoh nak buat macam manakan? Klise tak?
Saturday, January 14, 2012
Isu Gaun Remaja Rozita Che Wan – Saya Hanya Ikut Trend Dan Tema
Berhubung pemakaian gaun remaja oleh Rozita Che Wan di majlis ulangtahun kelahiran pelakon Ryzal Jaafar di sebuah kelab, Ci Ta telah memberikan maklumbalas kepada Harian Metro. Beliau meminta maaf tetapi menyatakan yang dia hanya mengikut trend dan tema yang ditetapkan di majlis tersebut:-
Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa.
Tambah Cik Ta, bukan dia seorang berpakaian begitu malam itu. Katanya, dia hanya mengikut tema K-Pop diberikan penganjur majlis, malah semua yang hadir berpakaian mengikut tema yang sama.
Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.
Sebenarnya kami tertanya-tanya adakah definisi pakaian sopan bagi Rozita bermaksud “baju kurung’. Rasanya banyak baju kasual lain yang sopan dan bersesuaian dengan usia beliau, misalnya berseluar panjang atau berskirt labuh sedikit. Dia berkata lanjut:-
Yang peliknya, kenapa mesti saya yang menjadi sasaran pada hal ramai lagi yang berpakaian sama?.
Memang sukar mahu puaskan hati semua orang. Lagipun, ia hak masing-masing. Saya juga tidak kisah dengan komen dan penerimaan mereka yang tidak puas hati dengan saya.
Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.
Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet.
Buat pengetahuan anda, Cik Ta juga pernah dikritik sebelum ini kerana memakai skirt pendek sewaktu menonton persembahan Akademi Fantasia ke-8 (AF8).
Kesudahannya, apa-apa sajalah Cik Ta. Cik Ta maintain cun!