Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label datuk siti nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label datuk siti nurhaliza. Show all posts

Saturday, March 16, 2013

Siti Nurhaliza Jayakan Malam Amal Tahajjud Cinta Bantu Pesakit AIDS Kelantan

A.I.D.S merbahaya, Aedes pula mengancam manusia“. Walaupun sudah mencecah usia 30 tahun, lagu tersebut masih lagi melekat di benak ini. Sebagai salah seorang duta Yayasan AIDS Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza akan mengadakan Malam Amal Tahajjud Cinta untuk membantu mereka yang malang ini.
siti aids
Persembahan Dato’ Siti nanti adalah muzik berunsurkan spiritual / ketuhanan yang diangkat dari album Tahajjud Cinta (2009), dengan muzik iringan oleh Mohram dan susunan muzik oleh Aubrey Suwito. Program Malam Amal Tahajjud Cinta, iaitu sebuah majlis makan malam yang bertujuan untuk meraih dana bagi membina sebuah rumah perlindungan (shelter homes) untuk wanita dan kanak-kanak yang hidup dengan HIV dan AIDS yang pertama di negeri Kelantan.
siti aids
Semoga usaha murni ini akan mendapat perhatian banyak pihak. Tahniah kepada Datuk Siti Nurhaliza atas inisiatif anda ini. Semoga Allah memberkati apa yang anda lakukan. Lagi beberapa keping gambar terbaru Datuk Siti Nurhaliza dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram CTDK.

Monday, April 9, 2012

Buktikan Rozita-Datuk K berkahwin

Datin Zaiton Mohd. Jiwa hari ini menawarkan ganjaran wang tunai RM100,000 kepada mana-mana individu yang dapat tampil menunjukkan bukti bahawa adiknya, Datuk Khalid atau Datuk K telah mengahwini pelakon jelita, Rozita Che Wan.Zaiton berkata, dia tidak kisah mengeluarkan jumlah wang sebesar itu demi mencabar individu yang menyebar fitnah terhadap suami penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza itu.
“Kenalah berani berdepan. Kita mahukan bukti, jadi kepada mereka yang terlibat kita minta mereka tunjukkan bukti tersebut dan jika ia tulen serta sahih, ganjaran itu akan saya berikan.

“Ini bukan pertama kali cerita sebegini keluar, malah semasa keluar gosip pertama dulu, saya pernah minta supaya ditunjukkan kad jemputan perkahwinan mereka tetapi tiada siapa yang datang menunjukkan bukti,” katanya ketika dihubungi.

Saturday, March 17, 2012

Kolaborasi Siti Nurhaliza, Bruno Mars


Kolaborasi Siti Nurhaliza, Bruno Mars

SELEPAS enam bulan dilancarkan, album Inggeris sulung penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza berjudul All Your Love mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila terjual melebihi 20,000 unit.

Menurut Siti, dia menyifatkan kejayaan yang telah diraih album tersebut merupakan satu petanda bahawa para peminat dapat menerima pembaharuan yang dilakukan dengan menghasilkan album Inggeris.

“Sudah tentu saya sangat bersyukur kerana di sebalik penjualan album kebanyakan penyanyi tempatan yang agak perlahan ketika ini, album saya masih lagi mampu terjual dalam jumlah yang cukup banyak.

“Pada mulanya saya berasa agak gementar untuk menerima respons daripada peminat, tetapi melihat kepada sambutan yang diterima saya yakin peminat menggemari lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini,” ujarnya ketika ditemui di pejabat stesen radio Suria FM di Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Siti, dengan kejayaan tersebut syarikat Whats Up Entertainment yang diasaskan oleh anak tirinya, Muhammad Adib Khalid sudah merancang untuk menghasilkan album Inggeris yang kedua.

Jelasnya, ketika ini syarikat berkenaan sudah mula mengorak langkah untuk pembikinan album baharunya itu dan berkemungkinan besar mereka akan mendapatkan khidmat komposer luar negara.

Siti menegaskan pihaknya kini sedang mengintai peluang untuk bekerjasama dengan dua nama besar industri muzik global iaitu Bruno Mars dan David Foster.

“Setakat ini apa yang boleh saya jelaskan pihak syarikat sudah cuba berbincang dengan dua orang artis terkenal antarabangsa iaitu Bruno Mars dan David Foster bagi menghasilkan lagu untuk album baharu saya nanti.

“Semasa berlangsungnya Anugerah Grammy di Amerika Syarikat pada bulan lalu, Adib berkesempatan bertemu dengan kedua-dua artis berkenaan untuk membincangkan perkara tersebut,” ujarnya.

Bagaimanapun, penyanyi berkenaan menjelaskan perbincangan berkenaan masih lagi di peringkat awal. Siti juga memberitahu, album Inggeris keduanya itu dijangka dihasilkan pada tahun hadapan.

“Buat masa ini saya tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut kerana ia masih di peringkat perbincangan sahaja. Sekiranya kerjasama dengan kedua-duanya berjaya saya akan membuat pengumuman mengenainya,” ujarnya lagi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai aktiviti terbarunya, Siti menjelaskan dia kini sedang sibuk mempromosikan single kedua berjudul Remember You yang dinyanyikan secara duet dengan Sean Kingston.

Walaupun jadual seninya cukup padat pada ketika ini, penyanyi berkenaan menyatakan dia turut meluangkan masa menjalankan aktiviti promosi lagu tersebut di beberapa buah stesen radio tempatan.

“Saya memilih Remember You sebagai single kedua kerana saya dapati lagu itu antara yang paling digemari ramai dan inilah peluang untuk saya mempromosikannya serta berharap ia akan lebih kerap diputarkan di radio,” ujarnya.

Menurutnya, buat masa ini dia juga sedang mencari masa yang sesuai untuk menghasilkan klip video lagu Remember You, sama ada melibatkan Sean Kingston atau dihasilkan secara berasingan.

Percubaan

Di sebalik kesibukan memberi tumpuan terhadap promosi lagu-lagu Inggeris nyanyiannya, Siti turut ditebak dengan soalan mengenai pembikinan album Melayu baharunya setelah kali terakhir menghasilkannya pada tahun 2009 menerusi album Tahajjud Cinta.

Siti menjelaskan dia lebih berminat untuk menghasilkan single sahaja. Buat masa ini tiada sebarang perancangan untuk menghasilkan album Melayu.

“Bukan tidak yakin atau takut kalau album yang dihasilkan nanti tidak terjual, tetapi sekarang ini saya ingin membuat percubaan dengan menilai sambutan peminat terhadap lagu-lagu baharu.

“Walaupun saya sudah bertapak kukuh dalam tempoh yang cukup lama dalam bidang ini, saya rasa sesebuah lagu itu perlu memiliki kekuatan dan keajaiban supaya dapat diterima oleh para pendengar,” jelasnya.

Menurut Siti, memandangkan kini dia lebih memberi tumpuan kepada album Inggerisnya, mungkin single baharu tersebut hanya dapat direalisasikan pada hujung tahun ini. - Kosmo Online

Friday, January 27, 2012

Dato' Siti Nurhaliza di Dubai, sambut harijadi

Ulang tahun ke-32 Dato' Siti Nurhaliza mungkin sedikit berbeza dari tahun sebelumnya, suami tercintanya Datuk Seri Khalid telah membawa Dato' Siti ke Dubai dalam rangka untuk meraikan sambutan hari jadi di sana. Cukup menarik dan menampakkan satu percutian yang sangat mewah, pusing-pusing bandar Dubai dengan kereta mewah. Ini hadiah percutian, tak tahu apa hadiah berbentuk fizikal pemberian Datuk Seri K. Mesti ada punyer tue.. Ferrari kot..


Tuesday, January 17, 2012

(VIDEO)Biografi Dato’ Siti Nurhaliza, Wajib Tonton

Sempena ulang tahun kelahiran Dato’ Siti Nurhaliza yang ke 33 tahun, pihak Astro telah pun menyiarkan Biography Dato’ Siti Nurhaliza di History Channel. Memang menarik kisah hidup Dato’ Siti. Daripada disuruh balik kampung oleh wartawan-wartawan kerana tidak mahu bergambar dengan artis lelaki sehinggalah majlis perkahwinannya dengan Dato’ K, kesemuanya diceritakan di dalam video di bawah. Wajib tonton walaupun anda bukan peminat Dato’ Siti Nurhaliza.

Kepada Dato’ Siti, selamat hari jadi, semoga murah rezeki dan semoga dimudahkan untuk mendapat cahaya mata. Bagi Kita, Dato’ Siti sememangnya satu contoh manusia yang mampu berjaya sekiranya anda fokus dengan bakat yang dimiliki.