Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label Tercantik. Show all posts
Showing posts with label Tercantik. Show all posts

Saturday, March 17, 2012

9 Negara Terkecil Dan Tercantik

Vatican City
Bersaiz 0.2 batu persegi. Negara terkecil di dunia. Hanya mempunyai 770 orang penduduk tetap dan tiada warganegara tetap. Negara kecil yang dikelilingi St. Peter's Basilica ini merupakan pusat pentadbiran bagi agama Kristian Katholik Monaco
Berkeluasan 0.7 batu persegi. Penduduknya seramai 32 000 orang. Terkenal dengan kasino Monte Carlo dan Princess Grace.

Nauru
8.5 batu persegi . Penduduknya sekitar 13000 orang. Negara ini merdeka pada tahun 1968 dan sebelumnya dikenal sebagai Pleasant Island.

Tuvalu
9 batu persegi – Tuvalu terdiri dari susunan 9 karang sepanjang rantaian karang yang terdapat di Polynesia. Negara ini merdeka pada tahun 1978 dan dihuni sekitar 12000 orang.

San Marino
24 batu persegi, terletak di gunung Titano berhampiran utara Itali. San Marino mempunyai 29000 penduduk. Negara yang mendakwa sebagai negara tertua di dunia wujud sejak abad ke 4.

Marshall Islands
Seluas 70 batu persegi – Mendapat kemerdekaan pada tahun 1986. Jumlah penduduknya lebih kurang 58000 orang.

Saint Kitts and Nevis
104 batu persegi – Negara yang terletak di kepulauan Caribbean ini mendapat kemerdekaan pada tahun 1983 dan berpenduduk 39000 orang.


Seychelles
107 batu persegi – 81000 penduduk yang tinggal di negara yang merdeka sejak 1976.


Malta
122 batu persegi – Negara ini terletak di selatan pulau Sicilia Itali. Merdeka pada tahun 1964 dari British dan mempunyai 400 000 penduduk.

Saturday, March 26, 2011

15 berentap rebut gelaran wanita tercantik Sarawak

 WARTAWAN dan juga pengacara  Ratu Cantik Pesta Menuai 2011, Pang Chinn Fei (tengah) bergambar bersama semua peserta pertandingan itu di Kampung Budaya Sarawak,  Santubong, semalam.
WARTAWAN dan juga pengacara Ratu Cantik Pesta Menuai 2011, Pang Chinn Fei (tengah) bergambar bersama semua peserta pertandingan itu di Kampung Budaya Sarawak, Santubong, semalam.
Pertandingan Ratu Cantik Pesta Menuai promosi Hari Gawai

SANTUBONG: Seramai 15 peserta akan berentap merebut gelaran wanita tercantik Sarawak dalam pertandingan akhir Ratu Cantik Pesta Menuai 2011 (Miss World Harvest Festival 2011) di Kampung Budaya Sarawak, pada 28 Mei ini.
Pertandingan anjuran Kampung Budaya Sarawak dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang sebelum ini dikenali sebagai Miss Fair and Lovely sejak 1999, mulai tahun ini buat julung kalinya ia ditukar nama kepada Pertandingan Ratu Cantik Pesta Menuai sejajar dengan penonjolan kekayaan warisan budaya rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik.

Koordinator Pertandingan Ratu Cantik Pesta Menuai 2011, Ahmad Tarmizi Nawawi, berkata pertandingan itu yang juga bertujuan mempromosi perayaan Hari Gawai kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa memulakan pencarian calon layak, pada Disember tahun lalu.

Daripada 120 hanya 15 peserta disenarai pendek untuk pertandingan akhir yang menawarkan wang tunai RM3,000, tajaan melanjutkan pelajaran dalam bidang pelancongan di sebuah kolej, trofi dan sijil untuk gelaran juara, selain menjadi Duta Pelancongan Malaysia Sarawak selama setahun. Tempat kedua (RM2,000, trofi dan sijil) manakala ketiga (RM1,000, trofi dan sijil).

“Selain gelaran Ratu Cantik Pesta Menuai, empat lagi kategori samping turut disediakan iaitu Miss Fitness, Miss Beauty Eyes, Miss Fotogenic, Miss Spring Time and Miss Tallent,” katanya ketika ditemui di Pusat Perkampungan Budaya Sarawak, di sini, semalam.

Beliau berkata, peserta akan diadili dari pelbagai kategori tidak saja paras wajah, tetapi juga mengambil kira dari segi personaliti, keyakinan dan kebijaksanaan.