Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, March 26, 2011

15 berentap rebut gelaran wanita tercantik Sarawak

 WARTAWAN dan juga pengacara  Ratu Cantik Pesta Menuai 2011, Pang Chinn Fei (tengah) bergambar bersama semua peserta pertandingan itu di Kampung Budaya Sarawak,  Santubong, semalam.
WARTAWAN dan juga pengacara Ratu Cantik Pesta Menuai 2011, Pang Chinn Fei (tengah) bergambar bersama semua peserta pertandingan itu di Kampung Budaya Sarawak, Santubong, semalam.
Pertandingan Ratu Cantik Pesta Menuai promosi Hari Gawai

SANTUBONG: Seramai 15 peserta akan berentap merebut gelaran wanita tercantik Sarawak dalam pertandingan akhir Ratu Cantik Pesta Menuai 2011 (Miss World Harvest Festival 2011) di Kampung Budaya Sarawak, pada 28 Mei ini.
Pertandingan anjuran Kampung Budaya Sarawak dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang sebelum ini dikenali sebagai Miss Fair and Lovely sejak 1999, mulai tahun ini buat julung kalinya ia ditukar nama kepada Pertandingan Ratu Cantik Pesta Menuai sejajar dengan penonjolan kekayaan warisan budaya rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik.

Koordinator Pertandingan Ratu Cantik Pesta Menuai 2011, Ahmad Tarmizi Nawawi, berkata pertandingan itu yang juga bertujuan mempromosi perayaan Hari Gawai kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa memulakan pencarian calon layak, pada Disember tahun lalu.

Daripada 120 hanya 15 peserta disenarai pendek untuk pertandingan akhir yang menawarkan wang tunai RM3,000, tajaan melanjutkan pelajaran dalam bidang pelancongan di sebuah kolej, trofi dan sijil untuk gelaran juara, selain menjadi Duta Pelancongan Malaysia Sarawak selama setahun. Tempat kedua (RM2,000, trofi dan sijil) manakala ketiga (RM1,000, trofi dan sijil).

“Selain gelaran Ratu Cantik Pesta Menuai, empat lagi kategori samping turut disediakan iaitu Miss Fitness, Miss Beauty Eyes, Miss Fotogenic, Miss Spring Time and Miss Tallent,” katanya ketika ditemui di Pusat Perkampungan Budaya Sarawak, di sini, semalam.

Beliau berkata, peserta akan diadili dari pelbagai kategori tidak saja paras wajah, tetapi juga mengambil kira dari segi personaliti, keyakinan dan kebijaksanaan.

No comments:

Post a Comment