Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label hattan. Show all posts
Showing posts with label hattan. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

Hattan Terima Darjah Kebesaran Pahang & Membawa Gelaran Datuk. Tahniah


Sebagai pesanan manja, logik tidak di’perlukan untuk anda menerima beita ini bulat bulat. Penyanyi popular sekitar tahun 90′an dan kini popular dengan kontroversi, Hattan kini bergelarDatuk HattanSee, no logic required. Na’ah.
Awal pagi tadi, Hattan atau nama sebenar beliau Mohd Sukri Shahabudin telah di’kurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah berkenan menyampaikan anugerah tersebut dalam satu istiadat di Balairung Seri Istana Abdu Bakar, Pekan.
Kami kehabisan perkataan untuk di’tulis dan editor kami kini mula bercita cita untuk mendapat gelaran yang sama. Eh. Gambar penuh dari laporan asal Berita Harianselepas ini. Sekalung tahniah buat Datuk Hattan.

Thursday, February 2, 2012

Hattan Didakwa Mufliskan Penjamin Setelah Beli Mercedez, MPV Dan Banglo, Biar Betul??

Harian Metro dalam artikelnya bertajuk ‘Pokai Angkara Penyanyi’ baru-baru ini memuatkan kisah bekas vokalis kumpulan Baji iaitu Abang Yusuf Abang Daud dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar yang mendakwa menanggung hutang hampir RM1 juta selain diisytiharkan muflis akibat diperdaya seorang penyanyi terkenal tanah air sejak lapan tahun lalu selepas nama mereka digunakan sebagai penjamin.

Nor Maszura dipetik berkata, kejadian bermula sejak Disember 2002 apabila dia dan suaminya dilantik sebagai pengarah syarikat rakaman milik penyanyi terbabit sebelum mereka diarahkan menjadi penjamin bagi beberapa urusan pinjaman bank berjumlah RM929,503.

Laporan itu berkata, alasan diberikan penyanyi terbabit kepada suami isteri itu adalah kedua-dua mereka selaku pengarah syarikat perlu menandatangani dokumen pinjaman sebelum dihalau daripada syarikat itu pada 2004.

Antara pinjaman bank penyanyi itu untuk kepentingan peribadinya adalah membeli sebuah Mercedes Benz berharga lebih RM400,000 diikuti kenderaan pelbagai guna (MPV) pada 2003, pinjaman peribadi bernilai RM150,000, membeli rumah bernilai RM500,000 dan pinjaman RM477,000 yang dibuat atas nama syarikat.

Berikut penjelasan penyanyi terkenal Hattan dalam akhbar yang sama;

Saya tak baca berita itu tetapi saya ada mendengar mengenainya tetapi saya tak mahu komen lebih-lebih. Apa cerita sebenarnya hanya saya, mereka dan Allah SWT yang tahu.

Tambah Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, dia tahu apa yang dia lakukan:

Saya pernah tolong mereka dengan membawa Yusuf ke persembahan pentas tetapi tak perlulah saya cakap lebih-lebih berkenaan dakwaan mereka itu kerana saya tak mahu membuka aib orang. Tetapi kalau dia mahu menjatuhkan saya, terpulanglah. Sekiranya selepas ini saya terpaksa pergi ke mana-mana dengan menaiki bas, saya naiklah bas.

Hidup macam inilah, apabila kita berjaya dan sudah berada di atas, ada saja pihak yang dengki serta tidak suka tengok kita senang. Selalunya apabila timbul cerita macam ini atau kontroversi lain, saya buat tak tahu kerana kalau ambil tahu pun, buat sakit kepala saja.

Malah kata Hattan lagi, dia akan menumpukan membuat banyak kebajikan pada tahun ini:

Sekarang saya mahu rileks dan insya-Allah tahun ini saya mahu mengerjakan fardu haji serta memperbanyakkan kerja kebajikan bagi membalas balik jasa masyarakat yang menyokong saya selama ini.

———————————————————————————-

Wow ini cerita memang panas sehhhhhhhhh.

Nampaknya dua-dua pihak dah buat kenyataan, so kita tunggu episod seterusnya.

Penulis percaya, KEBENARAN akan terungkai juga suatu hari nanti.

Jumlah hampir RM1 juta itu bukan sedikit….harap-harapnya Hattan bukanlah sepertimana yang didakwa dan bekas penyanyi kumpulan Baji itu juga akan terbela nasibnya.

Wallahualam- Oleh SYAHRIL A. KADIR

Tuesday, January 17, 2012

Hattan Dan Bekas Isteri Difitnah?

Hattan Dan Bekas Isteri Difitnah?

KUALA LUMPUR – Kecoh di blog-blog hiburan terkenal mengenai sekeping gambar di ranjang yang dikatakan menjadi faktor penyebab kepada penceraian penyanyi dan komposer terkenal, Hattan, dan bekas isteri barunya, Farah Asyikin.

Gambar yang dipercayai telah disebarkan oleh seorang forumer di Cari.com menjadi topik panas di mana ia memaparkan seorang wanita yang mirip Farah Asyikin sedang terlentok memeluk seorang lelaki yang sudah semestinya bukan Hattan.

“Salah seorang forumer telah menggegarkan forum tersebut apabila menyelitkan satu gambar di mana seorang wanita yang rupanya seakan-akan bekas isteri Hattan sedang berpeluk dengan seorang jejaka di atas katil,” kata pemilik blog hiburan, Mediamalaya.com.

Selain itu, blog hiburan itu turutmendakwa bahawa bekas isteri Hattan itu dikatakan pernah menggugurkan kandungan yang berusia empat bulan setelah menerima ugutan berbentuk emel yang disiarkan di internet.

Sejauh manakah dakwaan tersebut bagaimanapun tidak dapat dipastikan oleh blog Mediamalaya.com atau Izyan.com yang menyiarkan gosip tersebut di laman blog milik mereka hari ini.

“Tidak dapat dipastikan adakah ini Farah atau pun pelanduk dua serupa,” kata pemilik blog Izyan.com.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Syukri Shahabudin yang sudah agak lama menduda mengahwini Farah Asyikin, 34, yang merupakan seorang ibu tunggal pada tanggal 11 November tahun lalu.

Bagaimanapun, jodoh perkahwinan mereka tidak panjang apabila Hattan melafazkan talak satu terhadap Farah pada 12 Januari lalu, dua bulan selepas menikahi pasangannya itu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli.

Penceraian tersebut menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat memandangkan mereka baru saja dua bulan diijabkabulkan sebagai suami isteri dan kemudiannya bercerai dengan aman serta dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Para peminat industri hiburan tanahair dinasihat agar tidak terjebak di dalam gosip ini memandangkan tiada bukti sahih mengenai dakwaan tersebut dan ia mampu menimbulkan fitnah terhadap pasangan duda dan ibu tunggal yang baru berpisah itu.

Mynewshub.my bagaimanapun tidak sanggup menyiarkan gambar kontroversi yang dimaksudkan itu memandangkan enggan terlibat dengan sesuatu yang tidak sahih yang berunsur fitnah dan memalukan pasangan yang baru ditimpa musibah penceraian tersebut.

Mereka berdua baru saja berpisah dan mungkin masing-masing dalam keadaan bersedih, serta kurang elok sekiranya dihangatkan lagi dengan kontroversi yang tidak pasti kesahihannya. – Mynewshub.my

Saturday, January 14, 2012

Hattan sah bercerai

KUALA PILAH – Desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi yang popular dengan lalu Biso Bona, Hattan dan isteri yang baru dinikahinya November lalu akhirnya terjawab.

Pasangan terbabit disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, semalam.

Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 48, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli, sekitar jam 11.30 pagi, semalam.

Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya, Farah Asyikin Othman, 34, untuk memfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.

Difahamkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Hattan sewaktu dihubungi Sinar Harian menyatakan belum sedia untuk memberi sebarang penjelasan tentang perceraian ini.

Hattan dan Farah Asyikin baru dua bulan mendirikan rumah tangga selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.

Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tetapi meriah dengan kehadiran hampir 100 ahli keluarga terdekat dan teman rapat termasuk Datuk M Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai.

Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin.

Kosmo