Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, January 17, 2012

Hattan Dan Bekas Isteri Difitnah?

Hattan Dan Bekas Isteri Difitnah?

KUALA LUMPUR – Kecoh di blog-blog hiburan terkenal mengenai sekeping gambar di ranjang yang dikatakan menjadi faktor penyebab kepada penceraian penyanyi dan komposer terkenal, Hattan, dan bekas isteri barunya, Farah Asyikin.

Gambar yang dipercayai telah disebarkan oleh seorang forumer di Cari.com menjadi topik panas di mana ia memaparkan seorang wanita yang mirip Farah Asyikin sedang terlentok memeluk seorang lelaki yang sudah semestinya bukan Hattan.

“Salah seorang forumer telah menggegarkan forum tersebut apabila menyelitkan satu gambar di mana seorang wanita yang rupanya seakan-akan bekas isteri Hattan sedang berpeluk dengan seorang jejaka di atas katil,” kata pemilik blog hiburan, Mediamalaya.com.

Selain itu, blog hiburan itu turutmendakwa bahawa bekas isteri Hattan itu dikatakan pernah menggugurkan kandungan yang berusia empat bulan setelah menerima ugutan berbentuk emel yang disiarkan di internet.

Sejauh manakah dakwaan tersebut bagaimanapun tidak dapat dipastikan oleh blog Mediamalaya.com atau Izyan.com yang menyiarkan gosip tersebut di laman blog milik mereka hari ini.

“Tidak dapat dipastikan adakah ini Farah atau pun pelanduk dua serupa,” kata pemilik blog Izyan.com.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Syukri Shahabudin yang sudah agak lama menduda mengahwini Farah Asyikin, 34, yang merupakan seorang ibu tunggal pada tanggal 11 November tahun lalu.

Bagaimanapun, jodoh perkahwinan mereka tidak panjang apabila Hattan melafazkan talak satu terhadap Farah pada 12 Januari lalu, dua bulan selepas menikahi pasangannya itu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli.

Penceraian tersebut menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat memandangkan mereka baru saja dua bulan diijabkabulkan sebagai suami isteri dan kemudiannya bercerai dengan aman serta dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Para peminat industri hiburan tanahair dinasihat agar tidak terjebak di dalam gosip ini memandangkan tiada bukti sahih mengenai dakwaan tersebut dan ia mampu menimbulkan fitnah terhadap pasangan duda dan ibu tunggal yang baru berpisah itu.

Mynewshub.my bagaimanapun tidak sanggup menyiarkan gambar kontroversi yang dimaksudkan itu memandangkan enggan terlibat dengan sesuatu yang tidak sahih yang berunsur fitnah dan memalukan pasangan yang baru ditimpa musibah penceraian tersebut.

Mereka berdua baru saja berpisah dan mungkin masing-masing dalam keadaan bersedih, serta kurang elok sekiranya dihangatkan lagi dengan kontroversi yang tidak pasti kesahihannya. – Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment