Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label lagendatory concert. Show all posts
Showing posts with label lagendatory concert. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

Zainal Abidin Jangka Konsert Legenda Bakal Hebat


Zainal Abidin.
PETALING JAYA: Penyanyi Zainal Abidin akan membuat kejutan pada kemuncak konsert The Legendary Concert 2012 di Stadium Merdeka pada 30 Jun depan dengan melancarkan album terbarunya.
Zainal berkata, hasrat itu dibuat selepas mendapat desakan daripada para peminat yang mahukan buah tangan terbaru selepas kali terakhir dia muncul dengan album Puteri kira-kira enam tahun lalu.
"InsyaAllah ini adalah perancangan saya untuk para peminat yang sentiasa menantikan album terbaru daripada saya.
"Album itu juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang tidak pernah jemu menyokong karier nyanyian saya," ujarnya kepada mStar Online pada Khamis.
Zainal ditemui ketika hadir ke Menara Star untuk promosi konsert tersebut.
Dalam pada itu, Zainal berkata album berkenaan diterbitkan sepenuhnya oleh komposer terkenal iaitu Mac Chew dan dirinya dengan 10 buah lagu baru.
Zainal berkata, buat permulaan dia telah pun melancarkan dua buah single iaitu Kamu dan Alam untuk para peminatnya.
"Sebelum konsert jelajah itu berakhir, saya akan melancarkan single ketiga berjudul Tercipta Untukmu dan album penuh pada konsert akhir itu nanti.
"Lagu Kamu dicipta khas untuk semua para peminat saya dan Alam adalah kesinambungan kepada lagu Hijau," ujarnya.
Sementara itu, bercakap mengenai The Legendary Concert 2012, Zainal berkata, dia yakin persembahan itu nanti akan menjadi hebat seperti mana pernah dilakukan tahun 1993 menerusi konsert Ikhlas.
Zainal akan mengadakan persembahan bersama tiga lagi rakan artis iaitu Amy (Search), Datuk Sheila Majid dan Jamal Abdillah.
The Legendary Concert 2012 bakal menjelajah ke lima negeri bermula di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Mei depan, Pulau Pinang (19 Mei), Johor Baru (26 Mei), Kuching (23 Jun) dan berakhir di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (30 Jun).
Untuk maklumat lanjut mengenai konsert dan pembelian tiket-tiket yang berharga RM100, RM200, RM300 dan RM600, layari laman web. www.legendary.com.

Hot FM Tiket - Konsert Lagenda




Konsert Legendary yang menampilkan 4 penyanyi hebat tanahair iaitu Jamal Abdillah, Zainal Abidin, Datuk Sheila Majid dan Amy Search adalah satu usaha yang berterusan dan keyakinan penuh pihak penganjur dalam menganjurkan konsert besar untuk artis tempatan. Apatah lagi ia mengumpulkan 4 penyanyi hebat tanahair yang telah membuktikan kejayaan peribadi masing-masing dan secara khususnya mereka adalah penyanyi yang telah meresapi jiwa setiap rakyat Malaysia yang membesar bersama lagu-lagu mereka. Vokal mereka terus bergema dengan penuh keunikan dan memberi inpirasi.

3 tempat telah menjadi saksi Konsert Legendary 2012 iaitu Kota Kinabalu, Sabah, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Kali ini pada 30 Jun adalah tarikh jelajah terakhir dan bakal menjadi tempat yang penuh nostalgia. Konsert Legendary terus membuktikan kesungguhan mereka dalam memberikan set pentas mega, sound system yang hebat dan persembahan penuh mantap. Ini telah dibuktikan dalam Konsert Legendary 2012 sebelum ini.

Dan pada 30 Jun bertempat di Stadium Merdeka, Konsert Legendary 2012 akan bergema buat kali terakhir. Kuala Lumpur bakal menjadi saksi 4 penyanyi hebat beraksi. Dalam memberikan kepuasan kepada penonton, pihak penganjur dengan bangganya mengumumkan kalobrasi antara Digi sebagai telco rasmi, Malaysia Nature Society (MNS) sebagai rakan marketing dan juga Maybank2u.com sebagai rakan strategik. Usahasama pihak penganjur dengan ketiga-tiga pihak telah menyediakan diskaun untuk harga-harga tiket Konsert Legendary 2012.

Encik Abdul Razak Mohd Nordin, Ketua Perbankan Maya, Maybank berkata "Maybank turut berbangga dapat menyokong usaha mengetengahkan artis lagenda negara yang selama ini telah memberi impak besar bukan hanya kepada industri hiburan negara tetapi juga kepada kehidupan masing-masing. Usaha sama yang dijalin bersama penganjur Konsert Legendary 2012 iaitu Afrozapin hari ini adalah sebagai insiatif kami yang berterusan untuk menokok nilai dan memberikan pengalaman bermakna kepada pelanggan-pelanggan Maybank2u".

Dengan kalobrasi terbaru ini Konsert Legendary telah mencipta satu penanda aras untuk industri hiburan tempatan.

Pendengar-pendengar setia Hot FM berpeluang memenangi 2 tiket menonton Konsert Lagenda 2012 melalui peraduan secara online di laman web Hot FM.



Bagaimana Menyertai

Jawab 2 soalan mudah berkaitan Konsert Lagenda 2012 dan lengkapkan slogan "Saya mahu menonton Konsert Lagenda 2012 kerana..." melalui borang di sebelah.



Konsert Lagenda, Dulu, Kini, dan Selamanya hangat bersama Hot FM.


Tarikh mula: 12:00am, June 18, 2012
Tarikh tamat: 12:00am, July 1, 2012