Seorang wanita mewujudkan sebuah laman FB yang dipanggil “Dangerous Maid” untuk memberikan amaran kepada orang ramai bahawa orang gaji bukan selalu menjadi mangsa dera, malah majikan juga kadang kala “didera” orang gaji, lapor AsiaOne. Pencipta laman itu, Hylda Low, yang mewujudkan laman itu pada hari Selasa berkata “Saya mahu memberikan amaran kepada orang ramai bahawa pembantu rumah ini (gambar di atas) adalah sangat berbahaya. Kita tidak boleh membiarkan orang jahat ini menggunakan ilmu hitam kepada orang lain,” tulis Low. Pelajar berusia 20 tahun itu mendakwa pembantu rumahnya, yang berasal dari Jawa Barat, telah memasukkan darah haidnya ke dalam sup untuk dihidangkan kepada keluarganya. Pembantu rumah itu juga didakwa secara sembunyi-sembunyi meletakkan darah haidnya di dalam uncang teh. Menurut Low, keluarganya mendapat tahu perbuatan keji dan kotor pembantu rumah itu awal Ogos lalu dan pembantu rumah tersebut sudah tiga kali melakukan perbuatan keji itu.Cerita yang bisa membuatkan anda termuntah. Cerita dari Temasek.
Followers
Search This Blog
JOM LAYAN " OMBAK RINDU".
Wednesday, September 28, 2011
Gila, Pembantu Rumah Masukkan DARAH HAID dalam MASAKAN
Wednesday, November 10, 2010
Saturday, July 31, 2010
Farah Azlina ,Timbalan Pendakwa Raya yang digugurkan dari kes liwat kerana bercinta dengan Saiful

Sensasi: Kebelakangan nie kecoh apabila salah seorang ahli dalam kumpulan pendakwaraya dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan Pengadu /Plaintif.Siapa lagi kalau bukan Saiful Bukhari.Masuk dalam berita bahawa Farah Azlina Abdul Latif,timbalan Pendakwaraya digugurkan dari kes setelah blog Raja Petra mendedahkan bahawaa Timbalan pendakwaraya ini mempunyai hubungan cinta dengan Saiful.
Tp dakwaan Raja Petra masih disiasat,byk org musykil mcm mana si Raja Petra nie tahu padahal dia berada di London.?? Ada yang ckp dia kelentong..
Kedengaran pulak dalam cakap-cakap sesama org2 dalam parti Keadilan yang Saiful dan Farah Azlina merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat utk menutup kontroversi ini..HAHA...mcm tak logik,tetiba nak kahwin,adakah ini cerita rekaan? Cerita ini dikhabarkan untuk menguatkan lagi dakwaan Raja Petra bahawa mereka berdua nie bercinta.
Saiful dulu pernah bertunang dan putus tunang dah agak lama..boleh baca post lama sensasi tentang saiful yang putus tunang disini..

Disebaban cerita panas ini,bykla blogger yang cuba mencari wajah Farah Azlina...ada yang mengatakan bahawa wanita berbaju merah diatas adalah beliau.
Memang hampir byk persamaan,tapi bila difikir-fikir takkan kot,sebab yang baju merah tue nampak berusia,manakala Farah Azlina dikatakan berusia awal 30-an.
"Hubungan Romantis": Pandangan Para Peguam
Beberapa peguam berpandangan imej Jabatan peguam Negara tercemar ekoran dakwaanya bahawa seorang anggota pasukan pendakwaan terlibat dalam hubungan romantis dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Bagaimanapun sebahagian lagi berpandangan peranan timbalan pendakwa raya (DPP) dalam kes tersebut hanyalah kecil kerana mereka hanya mengambil nota semasa perbicaraan.
Baljit Singh Sidhu berpendapat dakwaan itu benar-benar menggoncang jabatan tersebut secara serius.
"Tuduhan itu serius dan tak nampak baik untuk pendakwaan. Ia mengarah kepada isu integriti pasukan pendakwaan," katanya ketika ditemui.
"Sekiranya dakwaan itu benar, ia menunjukkan bahawa DPP tidak bertika dan tidak profesional kerana mempunyai hubungan dengan pengadu.
Baljit yang juga seorang pensyarah berkata, peranan DPP berkenaan Farah Azlina Latif adalah kecil bukan satu isu.
"Fakta bahawa beliau sebahagian daripada pasukan pendakwaan kekal dan ia tidak sepatutnya berlaku," tambahnya.
Baljit bagaimanapun memuji tindakan Peguam Negara Abdul Gani Patail yang mengeluarkan daripada pasukan pendakwaan terhadap kers Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelakkan tanggapan negatif.
Bagaimanapun seorang peguam kanan yang mahu namanya dirahsiakan sambil ketawa berkata, perkara ini hanya boleh terjadi di Malaysia.
Sunday, July 11, 2010
Lelaki beristeri sembunyi bawah katil elak dicekup bersama kekasih

Lelaki beristeri sembunyi bawah katil elak dicekup bersama kekasih

KULIM: Seorang lelaki berstatus suami orang sanggup bersembunyi di bawah katil yang sempit semata-mata mengelakkan dirinya dicekup pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) kerana berkhalwat dengan kekasihnya, seorang ibu tunggal.
Bagaimanapun helahnya tidak menjadi apabila pegawai penguatkuasa agama menemui lelaki berusia 38 tahun itu dengan hanya berseluar pendek dan tidak berbaju di bawah katil berkenaan.
Jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim berkata, mereka menerima maklumat daripada orang awam jam 8 pagi dan tujuh pegawai penguat kuasa agama sampai ke tempat kejadian kira-kira jam 8.30 pagi
Katanya, ibu tunggal beranak tiga berusia 36 tahun tidak mempunyai pekerjaan mengambil kesempatan membawa teman lelakinya yang sudah beristerid an mempunyai tiga anak itu bermalam di rumahnya di taman perumahan, dekat sini.
Pasangan itu dikatakan berkenalan setahun lalu ketika berjumpa di tapak pesta dan menjalinkan hubungan sejak kebelakangan ini.
"Menurut aduan orang awam, lelaki itu sering masuk ke rumah teman wanitanya itu dan ada kalanya bermalam di situ. Setelah kawasan rumah di kepung, pegawai penguat kuasa memperkenalkan diri untuk memeriksa.
"Namun kami terpaksa tunggu kira-kira tiga minit sebelum pintu dibuka kerana wanita berkenaan memberi alasan dia tidak dapat mencari kunci rumah,” katanya.
Menurutnya, wanita terbabit memaklumkan kepada PADK bahawa dia tinggal berseorangan kerana tiga anaknya bersekolah.
Katanya, setelah mendengar penjelasan diberikan, PADK membuat pemeriksaan rambang di rumahnya sebelum menemui seorang lelaki dalam bilik dalam keadaan berseluar pendek dan tidak berbaju.
"Kami memeriksa seluruh bilik, termasuk almari dan bawah katil. Setelah siasatan dibuat, PADK mendapati kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan sah.
Mereka dibawa ke Balai Polis Kulim untuk laporan.
"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 setiap seorang.
"PADK mengarahkan waris mereka datang membuat pembayaran jaminan," katanya. -SH
Monday, July 5, 2010
Pelajar perempuan dibelasah

Khairin berkata, dia tidak menduga, pertemuan untuk berdamai pada kira-kira jam 2.30 petang itu tiba-tiba menjadi kecoh apabila salah seorang daripada geng itu menarik kepala dan menendangnya.
“Difahamkan dua daripada mereka (geng memukul mangsa) ada pertalian anak saudara dan ibu saudara, masing-masing berusia 14 dan 17 tahun.
“Kami ada sedikit perselisihan faham sebelum ini mengenai masalah peribadi sehingga cerita itu sampai ke pengetahuan sekolah. Saya bersemuka dengan salah seorang daripada mereka untuk bertanya masalah ini,” katanya ditemui di Kampung Berangan, di sini.
Menurutnya, salah seorang geng tersebut yang berusia 14 tahun memberitahu kepada dua lagi rakannya (ibu saudaranya serta rakan ibu saudaranya) memaksanya saya berjumpa di belakang sekolah kerana mahu menyelesaikannya secara damai.
“Saya tidak sangka pula mereka tergamak memukul, menendang serta memijak kepala dan perut sehingga masuk ke dalam semak disebabkan pertengkaran mulut pada awalnya,” katanya yang berasal dari Kampung Berangan Pondok.
Akibat pergaduhan itu, mangsa yang merupakan anak kelima daripada enam beradik mengalami kecederaan di siku kiri, lebam di bahagian paha kiri serta sakit pada leher dan kepala kerana diterajang serta disepak tiga geng terbabit.
Katanya, dia terkilan dan sedih kerana pergaduhan selama 30 minit itu turut disaksikan pelajar sekolah berkenaan dan tiada yang cuba meleraikan sebaliknya merakam video aksi pergaduhan itu.
Sementara itu, ibu mangsa, Khadijah Ismail, 43, berkata, dia pada mulanya tidak ambil kisah selepas dimaklumkan kejadian tersebut tetapi amat terkejut apabila melihat rakaman pergaduhan yang diberikan kepadanya selepas lima hari kejadian menimpa anaknya.
“Masa hari kejadian, dia ada memberitahu dia bergaduh, namun saya tidak sangka pula ia seteruk ini sehinggalah dia menunjukkan rakaman tersebut.
“Saya dan abangnya, Mohd Helmi Faizal, 25, pergi ke rumah salah seorang yang memukulnya untuk mengetahui lebih lanjut perkara berlaku, namun kami dimaki hamun ibu bapanya sebelum sempat naik ke rumah,” katanya.
Khadijah berkata, kerana tidak berpuas hati, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Tumpat semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian yang berlaku.
Pelajar di'projek' guru

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam laporan polis yang diterima, pelajar perempuan tingkatan empat itu pertama kali melakukan hubungan seks bersama lelaki yang berumur 22 tahun di rumah suspek di Taman Garing Utama Rawang, dekat sini pada April lalu.
“Kejadian kedua dilaporkan berlaku pada 18 Jun lalu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
“Mangsa sudah mengadu kejadian terbabit kepada ibu bapanya yang kemudian membawanya untuk membuat pemeriksaan di Hospital Selayang pada 19 Jun,” katanya.
Abdul Rahim berkata, doktor mendapati ada kesan koyak lama, bagaimanapun mangsa tidak mengandung.
Beliau berkata, mangsa dan keluarganya membuat laporan polis sebaik mendapat laporan hospital itu dan pihak polis mengenal pasti dan menahan suspek semalam.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Bagaimanapun, seorang guru mengajar mata pelajaran sejarah, di sebuah sekolah di kawasan Gombak itu bukan sekadar bercinta malah tidak dapat menahan nafsunya.
Pada permulaan, mangsa dikatakan cuba menyembunyikan kejadian daripada pengetahuan umum, tetapi sudah disedari ibu bapa mangsa selepas dirogol kali kedua.
Tuesday, June 15, 2010
Aksi Terlampau Pengantin Yang Macam-Macam Ada
Well, sesiapa sahaja yang melangsungkan perkahwinan pastinya mahu hari bersejarah itu dirakamkan supaya ianya dapat dijadikan sebagai satu memori yang boleh dilihat semula pada masa yang akan datang. So, anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit pun boleh la nengok sama gambar-gambar time kahwin tu. Syok habis.
Tapi kalau gambar-gambar macam kat bawah ni, rasanya tak payah rakam pun takpe. Kenapa? Korang nengok la sendiri kalau nak tahu kenapa. Hee..
Alahai bro, buruk bebenor nengok nyer..
Eh! Buat apa pulak tu?
Cukup-cukuplah minum tu.. Setelkan majlis kahwin dulu. Huhu..
Berapa jug habis bang?
Sempat lagi.. Habis la kalau bini hang tau. Hoho..
Ni tengah buat apa pulak ni?
Apasal angkat kaki tu kak? Malu ler orang tengok. Kui3
Sempat lagi main sembunyi-sembunyi. Hehee..
Musim cuti ni pastinya ramai yang melangsungkan perkahwinan, jadi kami harap takdelah yang ambik gambar dengan moment yang macam kat atas tu yer.