Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

Asam Pedas Paling Sedap di Melaka. Mana Satu Pilihan Anda?

asam pedas Asam Pedas Paling Sedap di Melaka. Mana Satu Pilihan Anda?

Kalau singgah Melaka, jangan lupa pekena asam pedas versi Melaka. Kalau tanya saya asam pedas yang mana paling sedap di Melaka, semestinya asam pedas dekat pasar borong, Batu Berendam. Itu kalau ikut selera tekak saya.

Ada sederet kedai kat sebelah pasar borong tu. Kedai yang saya maksudkan adalah kedai yang mula-mula sekali. Memang best. Walaubagaimanapun, lain orang lain citarasanya kan? Sebenarnya banyak lagi kedai-kedai asam pedas yang menjadi pilihan orang Melaka dan orang luar terutamanya.

asam pedas2 Asam Pedas Paling Sedap di Melaka. Mana Satu Pilihan Anda?

Contohnya seperti kedai Hajah Mona dan kedai Asam Pedas Claypot. Dua-dua kedai ini dekat Jalan Kota Laksamana. Tak lupa juga, satu lagi kedai dekat Bukit China, bersebelahan dengan Perigi Hang Li Poh. Ini pun boleh cuba……

P/S : Anda pulak ada tak, nak kongsi kedai asam pedas yang best-best selain daripada ini? Cerita sikit….

* Kredit to Melakadairly.com

Makanan Terkenal Di Melaka…Apa Dia Eh??Mari Kongsi….

Apa yang kita tahu Melaka ini terkenal dengan bermacam jenis makanan..Makanan yang terkenal dari dahulu sampai sekarang dan boleh dikatakan makanan zaman berzaman selagi ada jenerasi sekarang yang mahu belajar untuk membuatnya..Seperti kita sedia maklum, cencalok misalnya telah sinonim dengan menu penduduk di melaka..Asam pedas bagai menjadi satu ‘tredmark’ jikalau berkunjung ke melaka..Inang-inang menjadi menu pada sebelah petang bagi warga melaka..Belacan pula penambah selera bagi pelbagai masakan dan pelbagai lagi..

cencalok Makanan Terkenal Di Melaka...Apa Dia Eh??Mari Kongsi....

Cencalok untuk menambahkan lagi rasa kita boleh menambahkan dengan mencampurkan…

  • 2 sudu air nasi yang sedang mendidih
  • limau nipis
  • cili secukup nya
  • bawang besar atau bawang kecil

asam pedas ikan makerel Makanan Terkenal Di Melaka...Apa Dia Eh??Mari Kongsi....

Asam pedas untuk membuatnya…

  • 3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)
  • Bahan kisar:-
  • 3 biji bawang merah
  • 10biji cili kering
  • 1/2 in halia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih

Bahan tumis:-

  • @ 1/2 bawang besar-hiris
  • @ 1/4 sudu teh biji sawi
  • @ 1/4 sudu teh halba
  • @ 2 tangkai daun kari
  • air asam jawa secukupnya
  • air secukupnya
  • 1 biji tomato-potong2
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 serai-diketuk
  • 1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
  • minyak masak
  • garam dan gula jika suka

inang2 Makanan Terkenal Di Melaka...Apa Dia Eh??Mari Kongsi....

Inang-inang dihidangkan pada..

  • sarapan pagi..
  • minum petang..
  • tetamu
  • DLL

belacan3 Makanan Terkenal Di Melaka...Apa Dia Eh??Mari Kongsi....

Belacan untuk perisa

  • goreng bersama sayur
  • membuat nasi goreng
  • campur dalam sambal
  • campur dalam masakan berkuah