Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, September 28, 2011

Asam Pedas Paling Sedap di Melaka. Mana Satu Pilihan Anda?

asam pedas Asam Pedas Paling Sedap di Melaka. Mana Satu Pilihan Anda?

Kalau singgah Melaka, jangan lupa pekena asam pedas versi Melaka. Kalau tanya saya asam pedas yang mana paling sedap di Melaka, semestinya asam pedas dekat pasar borong, Batu Berendam. Itu kalau ikut selera tekak saya.

Ada sederet kedai kat sebelah pasar borong tu. Kedai yang saya maksudkan adalah kedai yang mula-mula sekali. Memang best. Walaubagaimanapun, lain orang lain citarasanya kan? Sebenarnya banyak lagi kedai-kedai asam pedas yang menjadi pilihan orang Melaka dan orang luar terutamanya.

asam pedas2 Asam Pedas Paling Sedap di Melaka. Mana Satu Pilihan Anda?

Contohnya seperti kedai Hajah Mona dan kedai Asam Pedas Claypot. Dua-dua kedai ini dekat Jalan Kota Laksamana. Tak lupa juga, satu lagi kedai dekat Bukit China, bersebelahan dengan Perigi Hang Li Poh. Ini pun boleh cuba……

P/S : Anda pulak ada tak, nak kongsi kedai asam pedas yang best-best selain daripada ini? Cerita sikit….

* Kredit to Melakadairly.com

No comments:

Post a Comment