Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label search dan wings double trouble. Show all posts
Showing posts with label search dan wings double trouble. Show all posts

Friday, November 26, 2010

Search dan Wings dapat sokongan

KESUKARAN mendapat tajaan untuk persembahan besar dilalui dua kumpulan legenda rock, Search dan Wings terjawab apabila dua konsert penutup tirai mereka menerima sokongan padu penajaan syarikat telekomunikasi.

Peminat akan dipersembahkan DiGi Live! Konsert Gemuruh DT Search dan Wings di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 18 Disember diikuti persembahan julung kali diiringi orkestra di Surf Sunway Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya pada 25 Disember.


Kerjasama penganjur eksklusif, RYE Productions Sdn Bhd bersama rakan penaja, DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) dan Harian Metro sebagai akhbar rasmi memberi dimensi baru dalam mengiktiraf status dua kumpulan legenda rock yang mempunyai pengikut ramai di Malaysia. Reputasi jenama Double Trouble (DT) sinonim mencipta sejarah tersendiri berikutan kejayaan jualan platinum berkembar DT sebanyak 180,000 unit pada 1992. Justeru, Search dan Wings mendapat inspirasi menampilkan dua konsert menerusi inspirasi lagu Gemuruh yang juga lagu tema DT. Kata Awie, kerjasama diberikan syarikat telekomunikasi, DiGi membuktikan kesabaran dan kerja keras Search dan Wings mendapat perhatian syarikat ternama. "Penajaan membuktikan Search dan Wings memenuhi jangkaan dan harapan tinggi disandarkan terutamanya dari sudut nyanyian dan persembahan. "Apa yang kami mungkin tidak dapat berikan pada terbaik jika berlaku perkara tidak elok seperti demam atau vokal menghadapi masalah.

"Saya harap selepas dua konsert DT terakhir ini, lebih banyak syarikat membuka mata merancakkan semula industri muzik tempatan. "Pada masa sama, saya harap konsert merintis jalan buat peminat mengembalikan era mereka boleh mendapatkan koleksi kumpulan diminati seperti masa lalu," katanya di sidang akhbar bersama di The Saddle Coffee House Terrace, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Damansara, kelmarin.


Pada mas

a sama, Awie diraikan dalam majlis ringkas sambutan hari jadinya ke-42 bersama anggota Search dan Wings.


Kepada soalan penciptaan lagu baru, kebangkitan artis solo dan kumpulan Indie yang menggugat populariti reputasi mereka dan 'opening act' untuk DT, Awie berkata: "Kami mahu mencipta lagu baru, tetapi ramai yang tidak mahu kerana mengatakan lagu lama masih sedap didengar dan tidak basi.

"Buat masa ini, saya akui jualan CD tidak serancak dulu berikutan banyak lagu baru boleh dimuat turun di rumah atau pejabat tanpa perlu datang kedai atau menonton konsert. Pertumbuhan artis Indie memberi pilihan lebih banyak kepada promoter

mendapatkan artis disukai atau sesuai dengan bajet. "Bagi saya, DT tidak memerlukan 'opening act' kerana status DT sendiri. "Apapun, kami mungkin meletakkan 'tag' penampilan istimewa seperti bersama Ella pada Red On Black atau mungkin band rock dari Singapura," katanya.


Amy menjangkakan seramai 30,000 penonton bakal hadir menyaksikan Konsert Gemuruh DT Search Wings di dua venue ditetapkan penganjur.

"Sudah tentu berada di venue Surf Beach mampu menarik ramai peminat memandangkan tempat berkenaan kerap menjadi tapak persembahan artis luar negara. "Saya tidak bimbang kerana kawasan menepati apa kami mahukan sebagai acara penutup. Sokonga

n ditonjolkan satu peningkatan penjenamaan dan harap mendapat sokongan berterusan daripada pelbagai pihak terutamanya peminat dan penaja," katanya.


Selain Amy sebagai vokal, Search menampilkan gitaris adik-beradik, Din dan Kid, Nasir (bass) dan Yazit (dram). Wings dianggotai oleh Awie selaku vokal, Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (dram).


Dua konsert terakhir pada Red On Black di Kuantan dan DT di Larkin, Johor Bahru mendapat sokongan padu peminat termasuk kehadiran rakan lama band rock utama Singapura, Rusty Blade.


Ketua Pemasaran Segmen DiGi, Moharmustaqeem Mohammed berkata, konsert menjadi platform bagi Digi untuk menyokong industri muzik tempatan, sekali gus membantu artis serta karyawan terus berjuang dengan cara kreatif dan inovatif dalam persada seni tempatan.


"DiGi Live cuba memberi pengalaman muzik menyeluruh kepada pelanggan melalui aktiviti yang relevan dengan gaya hidup mereka," katanya.


Harga tiket konsert di dua venue berkenaan dijual pada harga RM70. Pelanggan DiGi juga berpeluang mendapat tiket percuma dan diskaun sebanyak 30 peratus melalui kempen khas DiGi bermula 25 November hingga 18 Disember. Untuk pertanyaan lanjut, boleh melayari www.digi.com.my/gemuruhDT.


Untuk tempahan tiket online, layari 1Malaysiaticket.com. Tiket juga boleh didapati melalui Dunia Search di talian 012-3542003 atau Sayap-Sayap Wings (Shah Alam) di talian 012-3862467/012-2928091/019-3681917

Sunday, May 30, 2010

Double Trouble 2 Di JB 5hb Jun 2010 @ Stadium Larkin Johor Bahru

Adakah anda seorang peminat Amy Search?

1

Bagaimana pula dengan Awie dari Wings?

2

Jika anda seorang peminat musik rock tanah air, Amy Search dan Awie sudah tentu tidak asing dalam memori anda!

Tarikh 1 Mei 2010 telah tercatat sebagai sejarah yang begitu bermakna buat dua gergasi rock, Search dan Wings di mana mereka beraksi bersama di Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort di hadapan 20,000 peminat di dalam Konsert Double Trouble!

3

Berlangsung selama dua jam, keampuhan dua legenda rock dapat disaksikan pencinta muzik menerusi lebih 20 lagu hits yang dipersembahkan oleh Wings dan Search termasuk Gemuruh, Opera Hidup, Fantasia Bulan Madu dan Isabella.

Konsert yang diinspirasi berdasarkan album duet Search dan Wings berjudul Double Trouble yang diterbitkan pada 1992 dengan jualan lebih 180,000 unit itu jelas membuktikan dua kumpulan itu masih unggul hingga kini.

Barangkali tidak ramai yang tahu, dalam kemeriahan meraikan detik bersejarah di luar bangunan itu terpancar kekecewaan pada wajah lebih 3, 000 penonton yang kehampaan apabila gagal meloloskan diri untuk memasuki dewan yang penuh sesak dengan peminat.

4

Kehebatan aksi yang terus diperkatakan itu membuatkan Adepnet Sdn Bhd yang bertanggungjawab menyatukan semula Search dan Wings selepas 17 tahun dipertemukan dalam DT2 enggan bertangguh lebih lama. Sejarah DT 2 akan kembali berulang apabila lontaran bertenaga mereka bergema semula di Stadium Larkin, Johor Bahru pada 5 Jun ini.

Jika anda peminat Amy atau Wings, inilah berita yang anda nanti-nantikan. Nuffnang sebagai rakan media online kepada Konsert Double Trouble 2, mempunyai 40 tiket Konsert Double Trouble 2 untuk diberi kepada para Nuffnanger!

5

Jika anda ingin memenangi sepasang tiket untuk menghadiri Konsert Double Trouble 2, tinggalkan komen anda dan kongsi pendapat mengapa Amy dan Awie adalah kebanggaan musik rock tanah air.

Sepasang tiket akan diberi kepada 20 Nuffnanger pertama yang meninggalkan komen yang sah dan berstatus Glitterati. Emel akan dihantar kepada pemenang-pemenang tiket pada 31 May 2010. Pemenang-pemenang dikehendaki menuntut tiket secara sendiri di pejabat Nuffnang KL sebelum Konsert Double Trouble 2.

Ingat, Konsert Double Trouble 2 akan berlangsung pada;

Tarikh: 5 Jun 2010
Masa : 8.30 malam
Tempat : Stadium Larkin, Johor Bahru

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut Konsert Double Trouble 2, sila layari laman web iniatau hubungi Aida Husin di talian 012-2166873.

Friday, April 30, 2010

Malam ini 1 Mei 2010 - Search & Wings Konsert Double Trouble 2010




Selepas 17 tahun berlalu, para peminat otai rock Malaysia kini berpeluang mengimbau kembali zaman kegemilangan era Rock dulu-dulu. Ini kerana kumpulan dua nama besar dalam muzik rock tanah air Search dan Wings akan bergabung untuk menjayakan konsert Double Trouble 2010 buat kali kedua selepas konsert pertama mereka pada tahun 1993 yang lalu. Konsert Double Trouble 2010 ini akan berlangsung di Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur pada 1 Mei 2010, kebetulan jatuh pulak pada cuti hari buruh.

Sumber dari laman1malaysiaticket.com menjelaskan “Populariti serta pengaruh yang dicipta bersama Search dan Wings menjalar kepada pembikinan kolaborasi pertama mereka melalui album, Double Trouble pada 1992. Usaha itu disusuli dengan penerbitan Double Trouble 2 pada 1998 membantu melancarkan lagi perjalanan serta mengukuhkan pengaruh empayar muzik rock di negara ini.

Lantaran pengaruh yang masih utuh itu, Adeptnet Sdn Bhd memberanikan diri untuk menyatu kembali kehebatan dua gergasi rock itu menerusi Konsert Double Trouble Search & Wings. Konsert bakal berlangsung di Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur pada 1 Mei ini, bermula jam 8.45 malam.

Dijadualkan berlangsung selama dua jam, keampuhan dua legenda rock dapat disaksikan pencinta muzik menerusi lebih 20 lagu hits yang dipersembahkan Wings dan Search termasuk Gemuruh, Opera Hidup, Fantasia Bulan Madu, Isabella dan Derap Komando. “

Perkembangan kedua-dua band ni seiring dengan zaman aku membesar lewat tahun 80-an dan awal 90-an dulu, memang lagu diaorang banyak memberikan kenangan dan nostalgia zaman remaja dulu.

Pendek kata zaman tu kalau ada kawan-kawan yang tak kenal atau tak tahu pasal search dan wings ni memang pelik betul lah member tu.

Ada jugak antara kawan yang syok habis dengan kumpulan Search hingga sanggup lompat pagar semata-mata nak pergi tengok konsert deme tu, kantoi pulak tu dengan warden. huhuhu.

Dek kerana peristiwa tu nama dia terus lekat jadi Mat Search, sampai sekarang pun kalau jumpa mesti panggil Mat Search walaupun dia dah berjawatan tinggi dalam organisasinya.

Konsert ni jugak amat dinanti-nantikan oleh otai-otai rock, banyak kenangan kot dengan lagu-lagu kumpulan tu. Radio Sinar FM juga aku dengar sudah mula membuat hebahan dan promosi rancak pasal konsert ni dan sering memutarkan lagu-lagu popular kedua-dua kumpulan tersebut.

Kalau ada sesiapa yang masih belum pasti kat mana lokasi Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort ni boleh cuba tanya Google Earth, ataupun rujuk dekat peta ni, Landmark dia senang aje, INTAN Bukit Kiara, Pusat Sains Negara ataupun Suruhanjaya Sekuriti, setompok je kawasan tu, mesti jumpa lah, jalan nak pergi ke Sri Hartamas:


Err dulu masa aku tengah study sempat jugak la aku buat part time jadi waiter kat Coffee House Bukit Kiara Equestrian & Country Resort ni bila cuti semester( ..eh ada kaitan ke dengan konsert ni?)…nostalgia tempat ni woo

Tiket berharga RM70 mula dijual sejak 26 Mac lalu dilokasi seperti Viva Sport, Kompleks Pertama; Triways Travel Network, KLCC; Triways Travel & Tours, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail; pejabat Ticket2u, Wangsa Melati; Istana Budaya, Jalan Tun Razak; Sri Amera Holidays, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan HTO De Futsal, Dataran Sunway.

Sebarang pertanyaan berkaitan tiket boleh hubungi talian 03-78850348.