Selepas 17 tahun berlalu, para peminat otai rock Malaysia kini berpeluang mengimbau kembali zaman kegemilangan era Rock dulu-dulu. Ini kerana kumpulan dua nama besar dalam muzik rock tanah air Search dan Wings akan bergabung untuk menjayakan konsert Double Trouble 2010 buat kali kedua selepas konsert pertama mereka pada tahun 1993 yang lalu. Konsert Double Trouble 2010 ini akan berlangsung di Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur pada 1 Mei 2010, kebetulan jatuh pulak pada cuti hari buruh.
Sumber dari laman1malaysiaticket.com menjelaskan “Populariti serta pengaruh yang dicipta bersama Search dan Wings menjalar kepada pembikinan kolaborasi pertama mereka melalui album, Double Trouble pada 1992. Usaha itu disusuli dengan penerbitan Double Trouble 2 pada 1998 membantu melancarkan lagi perjalanan serta mengukuhkan pengaruh empayar muzik rock di negara ini.
Lantaran pengaruh yang masih utuh itu, Adeptnet Sdn Bhd memberanikan diri untuk menyatu kembali kehebatan dua gergasi rock itu menerusi Konsert Double Trouble Search & Wings. Konsert bakal berlangsung di Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur pada 1 Mei ini, bermula jam 8.45 malam.
Dijadualkan berlangsung selama dua jam, keampuhan dua legenda rock dapat disaksikan pencinta muzik menerusi lebih 20 lagu hits yang dipersembahkan Wings dan Search termasuk Gemuruh, Opera Hidup, Fantasia Bulan Madu, Isabella dan Derap Komando. “
Perkembangan kedua-dua band ni seiring dengan zaman aku membesar lewat tahun 80-an dan awal 90-an dulu, memang lagu diaorang banyak memberikan kenangan dan nostalgia zaman remaja dulu.
Pendek kata zaman tu kalau ada kawan-kawan yang tak kenal atau tak tahu pasal search dan wings ni memang pelik betul lah member tu.
Ada jugak antara kawan yang syok habis dengan kumpulan Search hingga sanggup lompat pagar semata-mata nak pergi tengok konsert deme tu, kantoi pulak tu dengan warden. huhuhu.
Dek kerana peristiwa tu nama dia terus lekat jadi Mat Search, sampai sekarang pun kalau jumpa mesti panggil Mat Search walaupun dia dah berjawatan tinggi dalam organisasinya.
Konsert ni jugak amat dinanti-nantikan oleh otai-otai rock, banyak kenangan kot dengan lagu-lagu kumpulan tu. Radio Sinar FM juga aku dengar sudah mula membuat hebahan dan promosi rancak pasal konsert ni dan sering memutarkan lagu-lagu popular kedua-dua kumpulan tersebut.
Kalau ada sesiapa yang masih belum pasti kat mana lokasi Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort ni boleh cuba tanya Google Earth, ataupun rujuk dekat peta ni, Landmark dia senang aje, INTAN Bukit Kiara, Pusat Sains Negara ataupun Suruhanjaya Sekuriti, setompok je kawasan tu, mesti jumpa lah, jalan nak pergi ke Sri Hartamas:
Tiket berharga RM70 mula dijual sejak 26 Mac lalu dilokasi seperti Viva Sport, Kompleks Pertama; Triways Travel Network, KLCC; Triways Travel & Tours, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail; pejabat Ticket2u, Wangsa Melati; Istana Budaya, Jalan Tun Razak; Sri Amera Holidays, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan HTO De Futsal, Dataran Sunway.
Sebarang pertanyaan berkaitan tiket boleh hubungi talian 03-78850348.
No comments:
Post a Comment