Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label zahida rafik. Show all posts
Showing posts with label zahida rafik. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

Ketua Wanita PKR Bakal Adakan Sidang Akhbar Tunjuk Bukti Skandal Zahida Rafik


Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin semalam berkata yang beliau telah menerima surat tuntutan guaman daripada aktressZahida Rafik yang di’dakwa terlibat dalam skandal bersama menteri.
Zuraida Kamaruddin sebelum ini mendakwa Zahida Rafik telah menerima bayaran sejumlah RM1.5 juta daripada seorang ahli politik bergelar menteri sepanjang hujung tahun lepas.
Surat tuntutan guaman itu meminta Ketua Wanita PKR tersebut berhenti daripada membuat kenyataan berhubung isu yang mengaitkan Zahida Rafik dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
“Saya tidak menjangka untuk terima satu surat daripada Zahida. Saya fikir Shafie yang mahu menyaman saya dan mengapa pelakon ini menggunakan peguam UMNO sebagai peguam?”, ujar ahli parlimen Ampang ini kepada Malaysia Kini
Zuraida Kamaruddin berkata beliau akan membuat dakwaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak menolak kemungkinan untuk membuat satu sidang akhbar khas untuk kemukakan bukti & saksi yang terlibat.

Zahida Rafik Saman Ketua Wanita PKR


Zahida Rafik Saman Ketua Wanita PKR
KUALA LUMPUR : Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin mengesahkan menerima sepucuk surat saman dari artis dan ahli perniagaan, Zahida Mohamed Rafik, berkenaan tuduhannya mengenai seorang artis yang menerima sejumlah wang yang banyak dari seorang Menteri, baru-baru ini.
Zuraida berkata, notis saman yang dihantar melalui peguam Zahida, Datuk Seri Shafee Abdullah, bertarikh 23 April itu...
 menuntutnya agar berhenti membuat kenyataan media, menarik balik kenyataan terdahulu serta memohon maaf dalam masa tujuh hari.


Menurutnya lagi, beliau sedikit puntidak gentar dengan notis itu dan mendakwa mempunyai bukti kukuh untuk mengesahkan dakwaannya.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan bukti saman yang dimaksudkan apabila diminta berbuat begitu oleh media.
“Kita tunggu dalam masa terdekat… Kita akan bawa hal ini ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), di sana akan menyaksikan lebih banyak rahsia terbongkar,” katanya ketika ditemui media baru-baru ini.
Zuraida sebelum ini menuduh Zahida menerima wang berjumlah RM1.5 juta dari Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal.
Tuduhan tersebut dibuat berdasarkan laporan polis yang dibuat olej bekas pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi, pada 13 Mac lalu.
Zahida sebelum itu telah membuat laporan polis mengenai kehilangan wang syarikat perniagaan keluarganya berjumlah RM200,000 yang dikatakan ‘lesap’ bersama Noor Azman yang diamanahkan untuk mendepositkannya ke dalam satu akaun bank.
Shafie pula telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan beliau memberikan sebarang wang atau memiliki sebarang hubungan istimewa dengan Zahida– My News Hub