Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, April 26, 2012

Zahida Rafik Saman Ketua Wanita PKR


Zahida Rafik Saman Ketua Wanita PKR
KUALA LUMPUR : Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin mengesahkan menerima sepucuk surat saman dari artis dan ahli perniagaan, Zahida Mohamed Rafik, berkenaan tuduhannya mengenai seorang artis yang menerima sejumlah wang yang banyak dari seorang Menteri, baru-baru ini.
Zuraida berkata, notis saman yang dihantar melalui peguam Zahida, Datuk Seri Shafee Abdullah, bertarikh 23 April itu...
 menuntutnya agar berhenti membuat kenyataan media, menarik balik kenyataan terdahulu serta memohon maaf dalam masa tujuh hari.


Menurutnya lagi, beliau sedikit puntidak gentar dengan notis itu dan mendakwa mempunyai bukti kukuh untuk mengesahkan dakwaannya.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan bukti saman yang dimaksudkan apabila diminta berbuat begitu oleh media.
“Kita tunggu dalam masa terdekat… Kita akan bawa hal ini ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), di sana akan menyaksikan lebih banyak rahsia terbongkar,” katanya ketika ditemui media baru-baru ini.
Zuraida sebelum ini menuduh Zahida menerima wang berjumlah RM1.5 juta dari Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal.
Tuduhan tersebut dibuat berdasarkan laporan polis yang dibuat olej bekas pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi, pada 13 Mac lalu.
Zahida sebelum itu telah membuat laporan polis mengenai kehilangan wang syarikat perniagaan keluarganya berjumlah RM200,000 yang dikatakan ‘lesap’ bersama Noor Azman yang diamanahkan untuk mendepositkannya ke dalam satu akaun bank.
Shafie pula telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan beliau memberikan sebarang wang atau memiliki sebarang hubungan istimewa dengan Zahida– My News Hub

No comments:

Post a Comment