Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, March 24, 2010

SITIZONE - Siti Nurhaliza Official Website

CTKD in stores Now!

CTKD, Satu Suara dan ABP
Written by Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua peminat Siti yang tetap setia melayari Sitizone.com. Apa khabar semuanya? Doa Siti agar anda dilimpahkan kebahagiaan dan kegembiraan selalu.

Beberapa bulan kebelakangan ini banyak hal yang berlaku dalam kerjaya Siti. Bermula dengan pelancaran album CTKD dan kemudian syarikat Siti menerbitkan Konsert Satu Suara Aizat dan Faizal Tahir bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan pada 12-14 Februari yang lalu. Alhamdulillah konsert tersebut berjalan lancar dan mendapat maklumbalas yang baik daripada penonton yang datang. Itu adalah salah satu usaha syarikat Siti untuk menerbitkan konsert-konsert artis tempatan yang mempunyai bakat dan kebolehan yang tersendiri.
Berbalik kepada album CTKD, album ini juga sudah mula dipasarkan di Indonesia selain di Malaysia, Brunei dan Singapura. Seorang kenalan yang berkesempatan ke Jepun baru-baru ini juga menemui album CTKD di kedai muzik di sana. Siti amat bersyukur kerana lagu-lagu dalam album ini diterima dengan baik dan gandingan Siti dan juga Kris Dayanti juga mempunyai simboliknya yang tersendiri. Kami yakin dengan bakat, muzik dan budaya dari negara masing-masing, kita mampu menjadikan perkongsian ini untuk mencipta ke arah persaudaraan antara negara dengan lebih erat lagi.
Menjelang Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang akan diadakan April nanti, Siti akui amat terharu dan berterima kasih sekali di atas sokongan, usaha dan juga pendekatan yang para peminat Siti cuba lakukan. Walaupun memang ini bukanlah kali yang pertama sokongan seumpama ini diberikan tetapi Siti tetap merasakan tidak pernah puas untuk mengucapkan terima kasih kepada anda semua. Walaupun tahun ini merupakan tahun terakhir Siti bersama ABPBH tetapi Siti mempunyai alasan yang tersendiri dan tidak pula berniat untuk membelakangkan peminat. Jauh sekali juga untuk takut zaman kejatuhan Siti kerana itulah antara yang diperkatakan oleh sesetengah pihak bila Siti mengambil keputusan begitu.
Siti melihat masih banyak usaha dan sumbangan yang mampu Siti berikan kepada dunia seni dan Siti memperkaui bakat-bakat baru yang cemerlang dan tibalah masanya untuk Siti memberikan ruang kepada mereka mengecapi apa yang telah Siti perolehi selama ini. Ia tidak bersifat pentingkan diri atau sebagainya tetapi ia adalah atas kehendak dan pemikiran Siti sendiri.

Kepada peminat semua, jika ada khabar terbaru mengenai apa jua projek Siti selepas ini, Siti akan umumkan kepada anda. Jangan lupa lapangkan diri anda melayari Sitizone.com dan juga Siti Nurhaliza Tarudin Official (Facebook). Salam sayang, Siti Nurhaliza.

No comments:

Post a Comment