Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, April 6, 2010

Konsert Double Trouble Satukan Search-Wings

Wings, Search - Double Trouble 2010!

KUALA LUMPUR, 1 APRIL 2010: Persoalan siapakah yang lebih hebat di antara dua band muzik rock gergasi tanahair iaitu Wings dengan Search sudah tidak timbul lagi.


Ini kerana Wings dan Search sudah pun mencipta sejarah kehebatan masing-masing serta memiliki legasi muzik mereka sendiri yang takkan pudar buat selama-lamanya.

Bertitik tolak daripada pengharaman artis lelaki berambut panjang daripada menerima publisiti di media elektronik, dua nama besar itu secara simbolik turut melakarkan kolaborasi sebuah album Double Trouble pada 1992.

Ia kemudian diikuti dengan konsert Double Trouble yang buat julung kalinya menggandingkan mereka di atas pentas yang sama pada 1993.

Album tersebut telah mendapat sambutan yang cukup hangat dan di sebalik pergaduhan yang tercetus di antara 2 peminat band muzik ini, Wings dan Search sekali lagi muncul dengan projek khas Double Trouble 2 pada 1998.

Kini, Wings dan Search sekali lagi ditemukan dalam konsert Double Trouble 2010 di Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur pada 1 Mei ini.

Konsert Double Trouble 2010 ini pastinya dinanti-nantikan di kalangan peminat muzik rock rantau ini dan ia dijangka dihadir seramai 10,000 penonton.

Lebih-lebih lagi bila peminat sudah lama tidak menyaksikan dua gergasi rock ini beraksi bersama. Kali terakhir, mereka pernah muncul dalam Konsert Malindo pada 2005 bersama beberapa kumpulan rock Indonesia.

Menurut Amy, gabungan ini seolah-olah mengimbas kembali kenangan lama sewaktu mereka pernah sama-sama mengecap zaman kegemilangan muzik rock tempatan.

"Bagi saya konsert Double Trouble 1993 dan 2010 adalah satu jangka masa yang lama. Konsert yang dianjurkan khas untuk kami pada kali ini adalah peluang yang diberikan untuk peminat yang masih setia. Malah ia bakal menjadi sejarah baru dalam arena rock rantau ini.

"Bukannya senang untuk menggabungkan kedua-dua kumpulan ini. Apatah lagi setiap ahli mempunyai komitmen terhadap kehidupan masing-masing," katanya.

Vokalis Wings, Awie, pula berpendapat konsert rock, Double Trouble 2010 ini dianggap suatu penghargaan yang tinggi kepada pemuzik rock tempatan yang sudah sekian lama diketepikan.

"Memang ramai yang sudah sedia maklum bahawa banyak penganjur telah menjemput artis luar yang datang beraksi di tempat kita. Ia membuatkan kami rasa disisihkan, bagaimanapun pada kali ini kami rasa dihargai. Saya begitu bersyukur kerana diberi peluang beraksi apatah lagi bergabung dengan Seacrh yang dianggap sebagai abang.

"Saya percaya Wings akan membuat persembahan terbaik. Bagi kami faktor umur tidak akan mendatangkan masalah kepada kami. Kini semua ahli kumpulan Wings mengadakan sesi latihan di gym bagi mengekalkan tahap kecergasan fizikal.

"Kalau kita mahukan persembahan yang sempurna, pastinya kita mesti kerap berlatih. Memang saya akui, mempunyai masalah dalam mengingati skrip ataupun lagu. Malah saya bukannya ingat semua lagu yang saya pernah rakamkan," katanya.

Konsert gergasi Double Trouble 2010 yang dianjurkan oleh Adept Net Sdn Bhd yang diadakan di Arena Tertutup, Bukit Equestrian ini boleh memuatkan kapasiti sehingga 20,000 hingga 22,000 dalam satu-satu masa.

Menurut Pengarah Teknikal Adept Net Sdn Bhd, Eddie Abdul Rahman, pihaknya percaya Arena Tertutup itu adalah satu lokasi yang cukup baik untuk konsert Double Trouble diadakan di sana.

"Dengan pentas bernilai RM100,000 meliputi kos sistem pencahayaan dan bunyi, kami pasti akan membuatkan Double Trouble 2010 sebagai satu persembahan yang mempunyai kelas bertaraf antarabangsa.

"Konsert Double Trouble 2010 ini juga akan berlangsung selama kira-kira 2 jam dan Search dan Wings masing-masing bakal mempersembahkan 10 buah terbaik mereka yang diangkat dalam album Double Trouble dan Double Trouble 2.

Kepada yang berminat untuk menyaksikan konsert Double Trouble, anda boleh mendapatkan tiket berharga RM70 dengan menghubungi talian 03-78850348 atau melayari www.1malaysiaticket.com dan www.ticket2u.biz

*From murai.com.my

1 comment:

  1. http://www.amirakarmila.com/2010/04/pre-order-double-trouble.html CHECK OUT THESE DOUBLE TROUBLE PIX!

    ReplyDelete