Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, August 30, 2012

SUSU KAMBING,MADU & KURMA BAGUS UNTUK IBU HAMIL & BAYI




                 ~ SUSU HIGOAT PREMIUM ( 3IN 1) ~ 
Amalan 3 minuman sunnah dalam 1 mug sahaja.

(Gambar hiasan)

                                   KHASIAT SUSU KAMBING

Adakah anda sedang hamil atau ibu menyusu? Mungkin juga anda mempunyai anak kecil di rumah.Tahukah anda keperluan kalsium adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi? Dan tahukah anda bahawa Susu Kambing sebenarnya mempunyai kandungan kalsium yang lebih tinggi
berbanding susu lembu.


Manfaat Ibu Hamil

Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana  ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. 




Manfaat Ibu Menyusu

Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan yang sihat agar dapat menyusui bayi dengan sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi namun kebanyakan ibu-ibu terpaksa menghentikan penyususan ibu kerana aliran susu semakin perlahan sedangkan bayi memerlukan susu yang lebih apabila semakin membesar. Amalan meminum susu kambing dapat meningkatkan pengaliran susu badan. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, susu kambing juga boleh diberikan kepada bayi menggantikan susu lembu.

Bayi dan Kanak-Kanak

Kandungan kalsium yang tinggi dalam susu sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak. Keunggulan lain susu kambing adalah susu kambing lebih mudah dicerna. Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi.

BUAH TAMAR/KURMA

Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
Mengikut pendapat pakar perubatanbuah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”
Adalah amat baik sekali jika wanita yang hamil mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, dalam al-Qur’an terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Khasiat Madu untuk Bayi

Khasiat madu boleh dikatakan sesuai untuk semua. Sama ada lelaki atau wanita, tua atau muda dan tahap kesihatan yang berlainan. Madu boleh diambil untuk semua lapisan umur – kecuali satu, iaitu bayi yg berumur 6 bulan dan ke bawah.
Menurut kajian perubatan, walaupun madu adalah bahan yang neutral pada umumnya, ia mungkin boleh menyebabkan kesan alah atau alergi kepada bayi. Ini kerana, madu (termasuk madu yang telah ditapis dan dibersihkan) masih mengandungi peratusan kecil madu debunga (‘bee pollen’) yang boleh menyebabkan reaksi alergi kepada sesetengah orang.
Kepada bayi yang berusia kurang dari 6 bulan, ini boleh mendatangkan bahaya kerana sistem imun golongan bayi ini masih belum sempurna. Oleh itu, untuk langkah keselamatan, kita tidak digalakkan memberi madu kepada bayi yang berusia 6 bulan ke bawah. Anda mungkin juga dapat lihat amaran sebegini pada label produk madu.
3 In 1 semuanya tersedia ada di HIGOAT PREMUIM keluaran HRM:--

No comments:

Post a Comment