Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label Aaron Aziz. Show all posts
Showing posts with label Aaron Aziz. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

Zizan Dan Aaron Aziz Bergaya Dengan Kereta Masing-Masing


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia boleh beli kereta mahal. Main hentam je pepatah ini tetapi bolehlah dikaitkan dengan Zizan dan Aaron Aziz yang nampak sangat bergaya dengan kereta GTR 35 dan Evo 10 ini. Memang diri mereka yang sudah macho itu bertambah macho pulak apabila berdiri di sebelah kereta masing-masing.
zizan aaron aziz
Diharap dengan kehadiran kereta yang awesome ini semakin membakar semangat Zizan dan Aaron Aziz untuk menambah majukan diri di masa hadapan. Kata orang, kerja penat-penat kenalah reward diri sendiri. Tak gitu? Semoga suatu hari nanti dapat beli Ferrari pulak.
Lagi 6 keping gambar Zizan dan Aaron bergaya dengan kereta masing-masing dengan membaca entri ini sepenuhnya.
zizan aaron aziz
zizan aaron aziz
zizan aaron aziz
zizan aaron aziz
zizan aaron aziz
zizan aaron aziz

Monday, April 9, 2012

Senarai Penuh Pemenang ABPBH 2011

ABPBH 2011 sudah pun melabuhkan tirainya semalam dengan pelbagai kejutan dan juga kelainan yang berlaku. Dari sudut pengacaraan sehinggalah persembahan yang menampilkan pelbagai wajah-wajah baru yang boleh dilihat. Ada juga yang juara bertahan tewas dimuka baru, manakala ada juga juara bertahan yang masih lagi bertahan-tahan hingga ke tahun yang sudah. Berikut adalah senarai pemenang, dan tahniah diucapkan. :)


Penyampai Anugerah ABPBH25

Nora Danish & Adi Putra
Kumpulan Boboi
Nurul Syuhada & Datin Seri Normala Samsudin
Ridhuan Hashim & Neelofa
Chad, Deen & Kamelia
Erra Fazira & Mustapha Kamal
Rosyam Noor & Fazura
Datuk Yusof Haslam, Samsul Yusof dan Syafiq Yusof
Datuk DJ Dave & Wan Maimunah

Berikut adalah keputusan penuh ABPBH2011:

Penyanyi Lelaki

Faizal Tahir
Anuar Zain
Aizat
Hafiz (pemenang)
Black

Penyanyi Wanita

Najwa Latif
Yuna (pemenang)
Stacy
Alyah
Shila Amzah

Artis duo/Berkempulan

6ixth Sense
Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah (pemenang)
Meet Unclee Hussain/Hazama
Bunkface
Forteen

Artis Baru Lelaki

Johan Ariff As'ari (pemenang)
Hazama
Awi Rafael
Aeril Zafrel
Beto Khusyairi

Artis Baru Wanita

Tasha Shilla (pemenang)
Najwa Latif
Neelofa
Nur Fathia
Izara Aishah

Pelakon Filem Lelaki

Aaron Aziz (pemenang)
Shaheizy Sam
Adi Putra
Syamsul Yusof
Bront Palaree

Pelakon Filem Wanita

Lisa Surihani
Maya Karin (pemenang)
Diana Danielle
Yana Samsudin
Eja

Pelakon TV Lelaki

Aaron Aziz
Adi Putra
Remy Ishak
Fizz Fairuz (pemenang)
Fauzi Nawawi

Pelakon TV Wanita

Fasha Sandha (pemenang)
Tizz Zaqyah
Scha Alyahya
Nora Danish
Rozita Che Wan

Artis Komedi Lelaki

Zizan Razak
Johan (pemenang)
Nabil
Along Cham
Afdlin Shauki

Artis Komedi Wanita

Noorkhiriah
Sharifah Shahira
Didie Alias (pemenang)
Kenchana Dewi
Alliza Abdullah@Enot

Pengacara TV Lelaki

Aznil Nawawi
Faizal Ismail
Ally Iskandar
Awal Ashaari
Zizan Razak (pemenang)

Pengacara TV Wanita

Fara Fauzana (pemenang)
Cheryl Samad
Sharifah Shahira
Raja Azura
Nurul Shuhada

Penyampai Radio Lelaki

Faizal Ismail (pemenang)
Aznil Nawawi
AG
Halim Othman
Khairil Rashid @ Krill

Penyampai Radio Wanita

Fara Fauzana (pemenang)
Linda Onn
Raja Azura
Abby Fana
Sharifah Shahira

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ABPBH2011

Datuk Sheila Majid

Anugerah Seri Perak

Datuk Siti Nurhaliza

Artis Paling Popular 2011

Aaron Aziz

-sumber Murai

Saturday, January 28, 2012

AARON AZIZ DIMINATI WANITA STATUS VIP?

Gara-gara filem Ombak Rindu, heronya Aaron Aziz menambah kumpulan peminat. Kalau selama ini anak dara meminatinya kerana tampan, Ombak Rindu membuatkan golongan VIP turut menggemari lakonannya.

Ada yang sanggup menonton Ombak Rindu berulang kali kerana pengaruh Aaron dalam filem itu. Tak cukup di panggung, mereka turut melanggan filem itu di Astro First.

Aaron Aziz Pelakon Hot Filem Malaysia
Aaron Aziz Pelakon Hot Filem Malaysia

Baru-baru ini sekembali dari Jepun kerana urusan kerja Aaron dan isteri yang merangkap pengurusnya, Diyana sempat meluangkan masa makan malam dengan sekumpulan wanita VIP yang kini menjadi peminat Ombak Rindu.

Makan malam di sebuah hotel terkemuka itu di hoskan oleh Datuk Paduka Toh Puan Seri Di Raja Noor Aini Abdullah yang turut dihadiri beberapa ahli keluarga dan kenalan rapat. Aaron memenuhi undangan itu demi menghormati peminatnya.

Aaron Aziz Disponsor Makan Malam VIP Peminat Wanita
Aaron Aziz Disponsor Makan Malam VIP Peminat Wanita

"Aaron sangat mesra dengan peminat barunya itu walaupun itulah kali pertama mereka bertemu. Saya rasa mereka seolah-olah sudah kenal lama. Saya perhatikan Aaron tak berkira untuk meluangkan masa bersama peminat.

"Caranya membuatkan orang semakin menyukainya. Aaron dan isteri sangat ramah bersama peminat walaupun sebenarnya dia mungkin kepenatan kerana baru pulang dari luar negara.Saya nampak dia seorang yang profesional," kata Iskandar yang mengatur undangan makan malam tersebut.

Aaron Aziz Makan Malam Bersama Peminat Status VIP
Aaron Aziz Makan Malam Bersama Peminat Status VIP

Difahamkan hos dan tetamu bukanlah peminat fanatik Aaron Aziz sebelum ini. Malah mereka tidak mengikuti perkembangan Aaron. Tapi dek penangan Ombak Rindu, mereka mula nampak bakat besar pelakon kacak itu.

Malah topik pasal penangan Ombak Rindu antara yang dibualkan malam itu. Ada yang membuka cerita pasal kesanggupan mereka menonton filem arahan Osman Ali itu berkali-kali. Lebih manis mereka menonton bersama suami masing-masing. (Sumber: Portal Gua)

Friday, January 27, 2012

Aaron Aziz Dan Neelofa Di Muka Hadapan Media Hiburan Terbaru

Sebetulnya, kami meminati gandingan ini sejak mereka berlakon bersama dalam drama arahan Heykal Hanifah, Jiwa dan Lara yang disiarkan beberapa bulan dahulu di TV3. Jadi kami berpendapat cover Media Hiburan (MH) kali ini memang menarik habis. Walau bagaimanapun, kami masih ingat satu ketika dahulu Media Hiburan (sekitar akhir 90′an dan awal 2000′an) lebih banyak memberikan ruang pada selebriti muka hadapan untuk menonjol. Bukan apa, kami rasakan snippet berita di bahagian kiri dan bawah itu menyebabkan muka hadapan MH nampak crowded (bekas pembeli tegar majalah MH).

Cerita terbaru, Neelofa telah hadir ke konsert Awie dan Ella di Istana Budaya baru-baru ini bersama Hans Isaac manakala Aaron pula telah ke Jepun bersama isterinya. Harap-harap dapat melihat gandingan mereka ini di filem pula. Dengan populariti Aaron dan faktor X Neelofa, pasti meletup.

Saturday, January 7, 2012

Aaron Aziz Dalam Filem Kerat 14

Satu lagi filem yang berunsurkan ngeri akan di mulai pengambarannya tidak lama lagi.Pelaokn pujaan ramai Aaron Aziz akan membintangi filem tersebut bersama dengan Siti Zaleha,Zamarul Hisham dan Ali Arami.

Kerat 14 adalah sebuah karya yang baik dan saya cukup teruja untuk memulakan penggambaran dan berharap hasilnya disukai oleh penggemar filem tempatan.


aaron aziz