Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, January 28, 2012

AARON AZIZ DIMINATI WANITA STATUS VIP?

Gara-gara filem Ombak Rindu, heronya Aaron Aziz menambah kumpulan peminat. Kalau selama ini anak dara meminatinya kerana tampan, Ombak Rindu membuatkan golongan VIP turut menggemari lakonannya.

Ada yang sanggup menonton Ombak Rindu berulang kali kerana pengaruh Aaron dalam filem itu. Tak cukup di panggung, mereka turut melanggan filem itu di Astro First.

Aaron Aziz Pelakon Hot Filem Malaysia
Aaron Aziz Pelakon Hot Filem Malaysia

Baru-baru ini sekembali dari Jepun kerana urusan kerja Aaron dan isteri yang merangkap pengurusnya, Diyana sempat meluangkan masa makan malam dengan sekumpulan wanita VIP yang kini menjadi peminat Ombak Rindu.

Makan malam di sebuah hotel terkemuka itu di hoskan oleh Datuk Paduka Toh Puan Seri Di Raja Noor Aini Abdullah yang turut dihadiri beberapa ahli keluarga dan kenalan rapat. Aaron memenuhi undangan itu demi menghormati peminatnya.

Aaron Aziz Disponsor Makan Malam VIP Peminat Wanita
Aaron Aziz Disponsor Makan Malam VIP Peminat Wanita

"Aaron sangat mesra dengan peminat barunya itu walaupun itulah kali pertama mereka bertemu. Saya rasa mereka seolah-olah sudah kenal lama. Saya perhatikan Aaron tak berkira untuk meluangkan masa bersama peminat.

"Caranya membuatkan orang semakin menyukainya. Aaron dan isteri sangat ramah bersama peminat walaupun sebenarnya dia mungkin kepenatan kerana baru pulang dari luar negara.Saya nampak dia seorang yang profesional," kata Iskandar yang mengatur undangan makan malam tersebut.

Aaron Aziz Makan Malam Bersama Peminat Status VIP
Aaron Aziz Makan Malam Bersama Peminat Status VIP

Difahamkan hos dan tetamu bukanlah peminat fanatik Aaron Aziz sebelum ini. Malah mereka tidak mengikuti perkembangan Aaron. Tapi dek penangan Ombak Rindu, mereka mula nampak bakat besar pelakon kacak itu.

Malah topik pasal penangan Ombak Rindu antara yang dibualkan malam itu. Ada yang membuka cerita pasal kesanggupan mereka menonton filem arahan Osman Ali itu berkali-kali. Lebih manis mereka menonton bersama suami masing-masing. (Sumber: Portal Gua)

No comments:

Post a Comment