Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label siti nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label siti nurhaliza. Show all posts

Monday, April 9, 2012

Senarai Penuh Pemenang ABPBH 2011

ABPBH 2011 sudah pun melabuhkan tirainya semalam dengan pelbagai kejutan dan juga kelainan yang berlaku. Dari sudut pengacaraan sehinggalah persembahan yang menampilkan pelbagai wajah-wajah baru yang boleh dilihat. Ada juga yang juara bertahan tewas dimuka baru, manakala ada juga juara bertahan yang masih lagi bertahan-tahan hingga ke tahun yang sudah. Berikut adalah senarai pemenang, dan tahniah diucapkan. :)


Penyampai Anugerah ABPBH25

Nora Danish & Adi Putra
Kumpulan Boboi
Nurul Syuhada & Datin Seri Normala Samsudin
Ridhuan Hashim & Neelofa
Chad, Deen & Kamelia
Erra Fazira & Mustapha Kamal
Rosyam Noor & Fazura
Datuk Yusof Haslam, Samsul Yusof dan Syafiq Yusof
Datuk DJ Dave & Wan Maimunah

Berikut adalah keputusan penuh ABPBH2011:

Penyanyi Lelaki

Faizal Tahir
Anuar Zain
Aizat
Hafiz (pemenang)
Black

Penyanyi Wanita

Najwa Latif
Yuna (pemenang)
Stacy
Alyah
Shila Amzah

Artis duo/Berkempulan

6ixth Sense
Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah (pemenang)
Meet Unclee Hussain/Hazama
Bunkface
Forteen

Artis Baru Lelaki

Johan Ariff As'ari (pemenang)
Hazama
Awi Rafael
Aeril Zafrel
Beto Khusyairi

Artis Baru Wanita

Tasha Shilla (pemenang)
Najwa Latif
Neelofa
Nur Fathia
Izara Aishah

Pelakon Filem Lelaki

Aaron Aziz (pemenang)
Shaheizy Sam
Adi Putra
Syamsul Yusof
Bront Palaree

Pelakon Filem Wanita

Lisa Surihani
Maya Karin (pemenang)
Diana Danielle
Yana Samsudin
Eja

Pelakon TV Lelaki

Aaron Aziz
Adi Putra
Remy Ishak
Fizz Fairuz (pemenang)
Fauzi Nawawi

Pelakon TV Wanita

Fasha Sandha (pemenang)
Tizz Zaqyah
Scha Alyahya
Nora Danish
Rozita Che Wan

Artis Komedi Lelaki

Zizan Razak
Johan (pemenang)
Nabil
Along Cham
Afdlin Shauki

Artis Komedi Wanita

Noorkhiriah
Sharifah Shahira
Didie Alias (pemenang)
Kenchana Dewi
Alliza Abdullah@Enot

Pengacara TV Lelaki

Aznil Nawawi
Faizal Ismail
Ally Iskandar
Awal Ashaari
Zizan Razak (pemenang)

Pengacara TV Wanita

Fara Fauzana (pemenang)
Cheryl Samad
Sharifah Shahira
Raja Azura
Nurul Shuhada

Penyampai Radio Lelaki

Faizal Ismail (pemenang)
Aznil Nawawi
AG
Halim Othman
Khairil Rashid @ Krill

Penyampai Radio Wanita

Fara Fauzana (pemenang)
Linda Onn
Raja Azura
Abby Fana
Sharifah Shahira

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ABPBH2011

Datuk Sheila Majid

Anugerah Seri Perak

Datuk Siti Nurhaliza

Artis Paling Popular 2011

Aaron Aziz

-sumber Murai

Wednesday, October 12, 2011

Video: Siti Nurhaliza Lancarkan Video Klip Rasmi Falling In Love

Beberapa hari lalu, ada dengar dengar mengatakan video klip rasmi terbaru Siti Nurhaliza telah bocor ke’internet untuk beberapa jam sebelum di’tarik balik.

Hari ini, video klip rasmi untuk single Falling In Love sekali lagi kelihatan tetapi kali ini versi penuh dan bukan dari akaun rasmi Youtube Siti Nurhaliza, Siti Digital.

Video muzik yang berlatarbelakangkan pusat membeli belah untuk orang orang kaya Malaysia, Pavilion ini berkonsepkan santai & menampilkan ratusan penari professional.

Kami juga tidak pasti sama ada ini merupakan pelancaran rasmi video muzik ini atau seseorang dalam produksi Siti Nurhaliza membocorkan ke internet lebih awal.

Kami sempat berada di lokasi penggambaran video muzik ini sekitar pertengahan September lalu & tidak sangka sebulan selepas ianya di’rakamkan, produksi sudah berjaya membawakan versi penuh ke Youtube.

Friday, August 19, 2011

Dato' Siti Nurhaliza bertudung, Kerjakan Umrah Seminggu

SimplySiti yang sebelum ini menjadi kontroversi, kini semakin diberikan nafas segar dan tetap meneruskan perniagaannya seperti biasa, malahan di bulan Suci ini, SimplySiti juga telah menganjurka majlis doa selamat dan berbuka puasa di Masjid Wilayah Persekutuan (tempat pernikahan mereka 5 tahun yang lalu) pada Selasa lalu. Turut hadir, penaungnya sendiri, Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya, yang berpakaian serba hitam dan bertudung bagi Dato' Siti.

Tetamu istimewa yang turut diundang adalah anak yatim dari Rumah Anak Yatim Gombak dan komposer Yassin, kumpulan nasyid Now See Heart serta Imam Muda pertama, Asyraf. Selain daripada itu, Dato' Siti mengumumkan yang dia dan suaminy akan mengerjakan umrah pada 19 Ogos sehingga 28 Ogos ini.

* Kredit to buddy

Saturday, August 13, 2011

Dato' Siti Nurhaliza akan belajar di UiTM

Dengar cerita Dato' Siti Nurhaliza nak sambung pelajaran kat UiTM dalam waktu terdekat ni. Tip top cerita ini adalah benar. Dato' Siti dah pun buat pengakuan. Ini disahkan lagi oleh Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Dato' Siti ni cuma ada SPM 10 tahun yang lepas. Dan kini nak sambung dalam jurusan muzik yang sealiran dengannya.

Di pihak UiTM pula mereka akan meneliti beberapa perkara dan menyambut baik hasrat/niat Dato' Siti itu memandangkan Dato' Siti membantu bersama-sama memungut dana pada malam SimplySiti di UiTM (RM100,000 tiket, RM30,000 SimplySiti, RM10,000 pribadi) untuk Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) UiTM yang ditubuhkan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian.

Friday, August 5, 2011

Produk SimplySiti Halal & Dapat Kelulusan JAKIM – Dato’ Siti Nurhaliza

PRODUK SIMPLYSITI KELUARAN SYARIKAT DATO SITI NURHALIZA TIDAK HALAL

Entah bagaimana dengan tiba-tiba timbul isu mengatakan yang produk keluaran SimplySiti iaitu berus kosmetik adalah tidak halal kerana menggunakan bulu babi. Ini kerana, kami pernah hebahkan kepada umum yang produk SimplySiti telah menerima anugerah produk halal terbaik daripada Majalah Halal Journal (boleh baca di sini). Takkan tiba-tiba pula jadi tak halal. Ke ada pihak-pihak tertentu saja nak sabotaj?

Berikutan timbulnya isu ini, Dato’ Siti Nurhaliza tidak mengambil masa yang lama untuk memberikan penjelasan sekaligus mengeluarkan kenyataan penafian melalui Twitter miliknya. Sebagai media yang menyampaikan berita dan cerita artis, menjadi tanggungjawab kami untuk menyebarkan penjelasan dan penafian Dato’ Siti Nurhaliza itu kepada umum. Walaupun kami tahu kami hanyalah sebuah media underground.

Berikut penjelasan daripada Dato’ Siti Nurhaliza:-

PRODUK SIMPLYSITI KELUARAN SYARIKAT DATO SITI NURHALIZA TIDAK HALAL
original

Sebelum itu, Dato’ Siti Nurhaliza turut mengeluarkan kenyataan:-

produk SS & berus yg digunakan dlm produk adalah mendapat kelulusan HALAL drpd jakim dan pemeriksaan adalah dibuat sblm setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha utk memastikan setiap produk mendapat kelulusan jakim.

Kami harap, anda semua jelas dengan penjelasan dan kenyataan daripada Dato’ Siti Nurhaliza itu dan bolehlah menggunakan produk SimplySiti tanpa rasa ragu dan was-was. Kepada Dato’ Siti Nurhaliza, harap anda bersabar. Adat dalam perniagaan, memang macam ni. Bila dah berjaya, ada saja pihak yang dengki dan cuba untuk menjatuhkan.

Thursday, April 14, 2011

Dato' Siti Nurhaliza Nobody Else

Mungkin banyak lagu inggeris yang dimainkan oleh Dato' Siti Nurhaliza, namun kebanyakkannya adalah untuk konsert atau majlis tertentu. Semalam di ABPBH 2010 pun Dato' Siti tak mahu bertanding sebab mahu beri laluan dengan orang lain untuk menang, dah penuh dah rak hadiah Dato' Siti kat rumah tu. Hehe. Acah jer. Tapi ada kejutan di akhir majlis tue, Dato' Siti nanyi lagu Bukan Cinta Biasa versi No Body.. Hoho. Ni dengar dulu lagu inggeris nyanyian Dato' Siti, Nobody Else, belum lagi diedarkan ni, cuma demo kat radio tempatan jerk. Macam suara Mariah Kari pun ada lah. Hehe.

Plat nombor KCT1 di mana letaknya?

Ha masih ingat lagi entry mengenai hadiah istimewa Datuk K kepada Dato' Siti Nurhaliza?. Memang class hadiah tu, tidak dalam bentuk yang fizik kalau dilihatkan. Cuma hadiah sekadar nombor plat kenderaan sahaja, KCT 1 dengan harga RM66, 550 ringgit tue~. Nombor plat memang class, namun nak letaknya memang kat tempat yang ada class juga kan, nak Ferrari, Mercedes mesti cocok. Tapi tip-top, bukan kat jenis kereta-kereta mewah, kat Bike Dato' Siti pula dah. Tak pelah, value untuk bike tu mungkin RM100,000 lebih juga. Hikhik.

Thursday, April 7, 2011

DATO' SITI TERGELIAT LIDAH NYANYI LAGU INGGERIS

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza akui tercabar apabila perlu menyanyi dalam slanga Bahasa Inggeris semasa merakam lagu dalam bahasa itu.Menurut penyanyi yang mesra disapa Siti itu, sebanyak 10 buah lagu untuk album pertama dalam Bahasa Inggeris tersebut telah siap dirakam dan sedang menunggu masa untuk dilancarkan.

Ia dijadual pada pertengahan tahun ini.

“Semua rakaman lagu dilakukan di Malaysia walaupun saya menggunakan khidmat komposer dari Australia iaitu Brian Bruno dan Cristian Alexander.

“Semasa proses rakaman tidaklah terlalu rumit tetapi setiap nyanyian saya perlu ditambah dengan slanga sehingga kadangkala “tergeliat lidah” untuk menyebutnya.

“Tetapi nasib baik saya mempunyai komposer yang banyak membantu,” ujar Siti sewaktu majlis 5Stars Designers meraikan selebriti yang menggayakan pakaian mereka pada Anugerah Bintang Popular 2010, di sini, Ahad lalu.

Pada majlis itu Siti memperagakan pakaian berwarna gabungan hitam dan merah rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Kata Siti dia memang menyasarkan album tersebut untuk dipasarkan ke luar negara.

Selain itu, Siti tidak menolak untuk merakamkan album Inggeris keduanya jika album tersebut mendapat sambutan yang baik daripada peminat.

“Saya sangat berpuas hati selepas berjaya merakamkan album ini, sangat teruja dan bersedia untuk menerima komen daripada pendengar,” katanya lagi.

Album itu bakal diterbitkan oleh syarikat produksi What’s Up Entertainment, milik anak tirinya, Adib.

Thursday, March 31, 2011

Dato' Siti Nurhaliza perjelaskan isu hamil

Baru-baru ni memang kecoh mengenai artis nombor satu Negara hamil anak sulung. Disebabkan gambar yang seakan-akan hamil maka ramai yang berpendapat ianya benar. Namun seperti biasalah, Dato' Siti belum lagi hamil, dalam twitter miliknya mengatakan ianya cuma lemak di bahagian perutnya. Hihi. Alahai boroi erk Dato' Siti. Takpe, lepas ni boleh pergi mana-mana spa untuk melangsingkan badan.

Selain tu, baru-baru ni juga Dato' Siti telah berjumpa dengan ahli keluarga 'hantuk kak limah'. Mereka juga termasuklah adik kak limah, abang kak limah, jiran punya sepupu punya kawan kak limah pun ada. Takut juga bila lihat mereka berada di tempat-tempat yang sunyi. Haha.

Sunday, March 6, 2011

Dato' Siti Nurhaliza rakam album Inggeris

Tahniah lah kepada Dato' Siti Nurhaliza yang bakal merakamkan album Inggeris pertama untuk dirinya selama mana dia bergelar artis. Sebagai penyanyi yang dikenali di sekitar nusantara, Dato Siti perlu meluaskan empayar kerjayanya ke serata dunia. Oleh itu lagu berbahasa Inggeris adalah tepat, kerana ianya bahasa antarabangsa yang boleh difahami oleh orang ramai, selain itu agar dapat membuatkan komuniti negara luar dapat menerima lagu Siti sekaligus mempromosi Malaysia di mata dunia. Apa-apa pun semoga Dato' Siti sukses dan berjaya dalam mengejar impiannya itu. :)

"Sebenarnya plan untuk merakamkan album inggeris ini sudah lama, tapi ia tertangguh. Tapi kini selepas ulang tahun saya yang lalu, saya membuat keputusan untuk merakamkan album ini secara serius. Setakat ini saya sudah merakamkan enam buah lagu, dan mungkin empat lagi akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

"Saya mendapat kerjasama daripada komposer Australia, Brian Bruno dan Christian Alexander. Sebenarnya album ini lebih kepada projek khas saya antara SNP dan Wassup Entertainment (milik adib, anak Datuk Khalid). Untuk permulaan, album ini akan di pasarkan di Malaysia terlebih dahulu, dan saya berharap ia juga boleh dipasarkan di pasaran antarabangsa.

"Tak dinafikan, memang agak sukar untuk merakamkan album ini, lebih-lebih lagi mereka mahu kita menyanyi dalam 'slang' mereka, tapi Alhamdulillah, setakat enam buah lagu yang dirakamkan, saya berjaya melaksanakannya," jelas Siti.
Dipetik di halaman ManggaOnline.

Thursday, January 6, 2011

Tun Mahathir janggal ditemubual Siti

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 86, berasa janggal ketika ditemu bual penyanyi nombor satu
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 86, berasa janggal ketika ditemu bual penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 31, pada rakaman program bual bicara yang berjudul Siti, di studio Filem Negara Malaysia, di sini, Rabu. Menurut Mahathir, kejanggalan itu disebabkan beliau sering menyaksikan persembahan nyanyian Siti dan apabila penyanyi itu menemu bualnya, beliau berasa sedikit pelik.

“Saya selalu dengar Siti menyanyi dan terasa ganjil pula bila saya ditemu bual. Walaupun pertama kali menjadi pengacara, dia agak cekap dan mahir dalam persediaan menyediakan soalan.

“Dia juga lancar dalam berdialog, jadi saya rasa tenang ketika ditemu bual,” katanya selepas ditemu ramah oleh Siti pada rakaman program Siti.

Rancangan temu bual ini akan bersiaran bermula 12 Februari 2011 menerusi Astro Ria, pukul 9 malam selama sejam. Ia terbitkan sebanyak 13 episod oleh Global Station Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Mahathir juga memuji program itu selain berkeinginan memanggil beliau sebagai tetamu undangan yang dapat mendengar pengalaman hidupnya untuk dikongsi.

“Bagi saya, program ini merupakan salah satu cara untuk saya sebarkan pengalaman dan pada masa yang sama saya dapat menceritakan apa yang patut diberitahu kepada umum.

“Pendapat-pendapat yang diberikan itu mungkin berguna kepada mereka,” katanya yang ingin hadir untuk menyaksikan pementasan teater muzikal Tun Mahathir yang akan berlangsung hujung Januari ini.

Sementara itu jelas Siti pula, dia tidak sangka Mahathir sudi menerima jemputannya sebagai tetamu undangan untuk program itu.

Baginya, pengendalian program temu bual itu merupakan fasa baru buat dirinya sebagai seorang pengacara.

Tambah pula, program yang bukan sekadar hiburan semata-mata itu turut menguji dirinya menjadi seorang pengacara yang cekap dalam menyediakan soalan-soalan berbentuk ilmiah.

“Sebelum ini memang saya tidak bersedia bila banyak produksi menawarkan saya menjadi pengacara program, tapi kini saya sudah bersedia dan bersiap sedia untuk bersaing dengan pengacara-pengacara profesional yang ada.

“Pengendalian program bual bicara ini ternyata satu pengalaman yang sangat berguna buat saya. ia agak berbeza kerjanya berbanding menjadi seorang penyanyi. Malah saya turut turun padang untuk melakukan penggambaran.

“Rasa macam nak pecah kepala kerana saya perlu menggunakan bahasa-bahasa yang sesuai ketika bercakap. Ada kalanya saya perlu formal dan ada kalanya santai.

“Memang agak penat mengendalikan program ini, tapi ia ternyata berbaloi kerana pada masa yang sama juga saya turut menimba ilmu dan pengalaman,” katanya yang menjadikan pengacara Hollywood popular, Oprah, sebagai inspirasinya.

-Mstar