Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label Daphne Iking. Show all posts
Showing posts with label Daphne Iking. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Daphne Iking Mengandung, Sangat Glowing Wajahnya

gambar daphne iking mengandung

Gambar terbaru Daphne Iking yang sedang mengandung semasa majlis pelancaran Celcom iPhone 4. Memang cantik dan meletup Daphne. Glowing in the dark. Memang seri orang mengandunglah kiranya ini.

gambar daphne iking mengandung

gambar daphne iking mengandung

gambar daphne iking mengandung

gambar daphne iking mengandung

* Kredit to Redmummy.com

Monday, December 27, 2010

Bekas Suami Daphne Iking Mengaku Pernah Jalin Hubungan Dengan GRO, Isobel Bukan Anaknya

Photo: Fotoworx // Daphne Iking

Beberapa hari lepas, bekas suami Daphne Iking, Ryan mendakwa bahawa Isobel bukan anak’nya hasil kajian DNA mendapati darah Isobel ialah jenis A, sedangkan darah Daphne & Ryan ialah jenis O. Sampel spesimen Isobel telah dilakukan di Australia & laporan lengkap mengesahkan’nya.

Hari ini, Ryan mengaku bahawa dia pernah menjalinkan hubungan dengan seorang GRO di Shanghai, China semasa Daphne Iking sarat mengandungkan Isobel. Ryan berkata, dia mengenali GRO bernama Serena selama sebulan sebelum memohon maaf kepada Daphne pada Julai 2007, dan Daphne memaafkan’nya.

Kemudian, Ryan pergi ke Shanghai untuk meletak jawatan daripada syarikat hartanah China demi menyelamatkan perkahwinan mereka.

Tidak beberapa lama kemudian, hubungan sulit antara Daphne Iking & Darren terbongkar dengan kandungan email mengandungi kata-kata romantis seperti “I love you” dan “You are my baby”. Sehubungan daripada itu, Darren telah didakwa dalam saman peribadi kerana cuba mengoda Daphne untuk melakukan seks, ketika itu Daphne masih isteri Ryan.

Ryan berkata, pada 17 Oktober 2008 dia menuntut sejumlah wang RM5 juta yang kemudiannya dikurangkan kepada RM2.5 juta sebagai penyelesaian di luar mahkamah. Ryan, kemudiannya menghantar notis tuntutan RM1 juta kerana Daphne mengandungkan anak bukan miliknya, malah menyimpan rahsia selepas Isobel dilahirkan.

Perbicaraan akan bersambung pada 4 Mac depan.

Monday, December 20, 2010

Isobel Bukan Anak Saya – Bekas Suami Daphne Iking

daphne iking

Kantoi sudah. Mungkin itu yang boleh dikatakan apabila bekas suami Daphne Iking membawa anaknya, Isobel untuk dicheck DNA dan mendapati Isobel tidak memiliki DNA miliknya. Mungkinkah Daphne Iking memang benar-benar melakukan hubungan terlarang semasa perkahwinannya sehingga lahirnya Isobel?

Sampel spesimen tersebut kemudian dihantar ke Australia untuk diuji dan daripada laporan perubatan tersebut menerangkan bahawa saya bukan bapa kepada Isobel. Darah saya dan darah Daphne adalah jenis O tetapi Isobel memiliki darah jenis A.

Nampaknya kes mahkamah antara Daphne Iking, Ryan (bekas suami Daphne Iking) dan Darren (lelaki yang dituduh mempunyai hubungan sulit dengan Daphne) bakal membuka pekung di dada Daphne. Ryan khabarnya turut menunjukkan email dan salinan perbualan yang berbunyi “I love you” dan “You are my baby” di antara Daphne dan Darren.

Ryan juga memberitahu, beliau mengetahui Daphne dan Darren ada membuat rancangan untuk bercuti di Indonesia untuk melakukan hubungan intim. Turut dikemukakan di mahkamah ialah invois percutian di sebuah hotel di Bali, Indonesia yang didakwa antara Daphne dan Darren. Ryan sedang memberi keterangan terhadap Darren, 45, yang dinamakan sebagai defendan dalam saman peribadinya kerana didakwa memikat Daphne yang semasa itu masih berstatus isterinya.

Susah jugak ada bini cun melecun macam Daphne nie. Ramai sangat lelaki teruja nak mengorat. Hehehe. Kita tunggu kisah selanjutnya kelak.

Sumber Mstar.

Monday, December 13, 2010

“Daphne Iking Dicium Pipi, Dipeluk Bahu” – Bekas Suami Saman Skandal

59338 497271742570 184821307570 7057569 2414994 n Daphne Iking Dicium Pipi, Dipeluk Bahu   Bekas Suami Saman Skandal

Ini kes berlarutan Daphne Iking berkenaan isu tidak puas hati oleh bekas suami’nya terhadap Darren Choy, yang dipercayai merupakan teman sulit kepada Daphne Iking.

Menurut Ryan (bekas suami Daphne Iking), sewaktu beliau tiba di KLIA sejurus pulang daripada Shanghai pada 5 Julai 2008, dia melihat tangan Dareen Choy berada di atas bahu Daphne dan erat dipeluk. Paling mengejutkan, Darren dengan selamba mencium pipi bekas isteri’nya itu, di depan matanya.

Walaupun Daphne Iking & Darren menafikan bahawa mereka berdua mempunyai hubungan sulit, namun Ryan smell something fishy. Menurut Ryan, dia juga terkejut apabila Daphne Iking pernah menaiki penerbangan London dengan Darren.

Ryan juga terjumpa beberapa bukti berupa email hasil komunikasi antara Daphne Iking & Darren, yang disyaki mempunyai motif hubungan sulit.

Apa nak buat, susah nak jaga isteri yang cantik. Lebih banyak godaan yang diterima, lebih-lebih lagi kalau orang ketiga itu lebih kaya & mampu memberikan apa sahaja. Mana isteri tak rambang mata?

* Kredit to http://www.ohbulan.com