Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, December 27, 2010

Bekas Suami Daphne Iking Mengaku Pernah Jalin Hubungan Dengan GRO, Isobel Bukan Anaknya

Photo: Fotoworx // Daphne Iking

Beberapa hari lepas, bekas suami Daphne Iking, Ryan mendakwa bahawa Isobel bukan anak’nya hasil kajian DNA mendapati darah Isobel ialah jenis A, sedangkan darah Daphne & Ryan ialah jenis O. Sampel spesimen Isobel telah dilakukan di Australia & laporan lengkap mengesahkan’nya.

Hari ini, Ryan mengaku bahawa dia pernah menjalinkan hubungan dengan seorang GRO di Shanghai, China semasa Daphne Iking sarat mengandungkan Isobel. Ryan berkata, dia mengenali GRO bernama Serena selama sebulan sebelum memohon maaf kepada Daphne pada Julai 2007, dan Daphne memaafkan’nya.

Kemudian, Ryan pergi ke Shanghai untuk meletak jawatan daripada syarikat hartanah China demi menyelamatkan perkahwinan mereka.

Tidak beberapa lama kemudian, hubungan sulit antara Daphne Iking & Darren terbongkar dengan kandungan email mengandungi kata-kata romantis seperti “I love you” dan “You are my baby”. Sehubungan daripada itu, Darren telah didakwa dalam saman peribadi kerana cuba mengoda Daphne untuk melakukan seks, ketika itu Daphne masih isteri Ryan.

Ryan berkata, pada 17 Oktober 2008 dia menuntut sejumlah wang RM5 juta yang kemudiannya dikurangkan kepada RM2.5 juta sebagai penyelesaian di luar mahkamah. Ryan, kemudiannya menghantar notis tuntutan RM1 juta kerana Daphne mengandungkan anak bukan miliknya, malah menyimpan rahsia selepas Isobel dilahirkan.

Perbicaraan akan bersambung pada 4 Mac depan.

No comments:

Post a Comment