Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label Kelayakan Piala Dunia 2014. Show all posts
Showing posts with label Kelayakan Piala Dunia 2014. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

Ribuan penyokong Harimau Malaya serbu kaunter tiket


Ribuan penyokong tegar pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya, menyerbu kaunter tiket untuk mendapatkan tiket masing-masing bagi menyaksikan perlawanan timbal balik pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura, Khamis ini. Seawal pukul 8 pagi peminat-peminat bola sepak tempatan mula berbaris di kaunter tiket Pintu Kuning Stadium Nasional di Bukit Jalil. Selain Stadium Nasional, Bukit Jalil, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut membuka kaunter tiket di Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A, Stadium Shah Alam. Tiket-tiket dijual pada harga RM50 untuk tempat duduk utama, RM30 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Selain itu, peminat-peminat boleh membeli tiket secara dalam talian melalui laman web www.tickethotline.com.my. Bernama juga melaporkan sehingga berita ini ditulis, sejumlah 60,000 tiket untuk menyaksikan perlawanan kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 itu telah dijual. Semua 60,000 tiket telah dibeli pada hari pertama tiket perlawanan itu mula dijual di tiga stadium yang dipilih. "Kita (FAM) memang menjangkakan sambutan begitu menggalakkan khususnya di kalangan peminat tempatan," kata pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk S Sivasundaram kepada Bernama. Menurut beliau sebanyak 25,000 tiket telah diagih-agihkan untuk jualan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan masing-masing 12,500 tiket lagi untuk dijual di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Stadium Shah Alam. Katanya, semua tiket yang diperuntukkan untuk jualan di Stadium Nasional habis dijual setakat pukul 3.30 petang manakala di dua lagi stadium pada pukul 5 petang. Mengikut jadual asal, kaunter-kaunter tiket di ketiga-tiga stadium beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 7 malam dan akibat sambutan yang di luar jangkaan, kaunter ditutup lebih awal. Selain jualan terus tiket di kaunter-kaunter tiket, Sivasundaram berkata sebanyak 10,000 tiket telah ditempah dan dibeli melalui dalam talian iaitu di laman web www.tickethotline.com.my. Daripada jumlah 60,000 tiket itu, 2,000 adalah daripada penyokong Singapura. "Baki 25,000 tiket yang ada akan dijual esok di ketiga-tiga stadium bermula pukul 9 pagi," katanya. Mengenai rungutan sesetengah penyokong yang tidak dapat membeli tiket hari ini, Sivasundaram berkata: "Terdahulu sebelum ini kita telah umumkan yang kita akan menjual tiket-tiket berkenaan selama tiga hari bermula hari ini. "Kalau kita jual habis semua tiket hari ini, macam mana pula bagi pembeli yang merancang untuk membelinya esok atau lusa. Kita tidak boleh puaskan hati semua pihak," tambah beliau. Pada pusingan pertama minggu lalu, skuad Hariamau Malaya tunduk 3-5 kepada Singapura digelanggang lawan.

Wednesday, June 29, 2011

KEPUTUSAN MALAYSIA VS TAIWAN 29 JUN 2011

Malam ini,debaran pasti terasa oleh peminat bola sepak tanahair,walaupun ura-ura mengatakan Malaysia mampu melangkah ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 dengan mengalah Taiwan pada malam ini.

Walaupun Taiwan pasukan yang dikatakan lemah,dalam bola sepak seribu kemungkinan boleh berlaku,diharapkan skuad negara menunjukkan mutu permainan yang terbaik pada malam ini

Tetapi harus diingatkan perlawanan ini adalah timbal balik,dimana Malaysia akan bertemu kembali di tempat lawan,seharusnya Malaysia perlu mencari gol sebanyak mungkin sebagai bekal untuk pertemuan ditempat lawan pada 3 Julai ini

Sekiranya berjaya melepasi halangan Taiwan, skuad bimbingan K. Rajagobal itu akan menentang Singapura pada pusingan kedua dengan perlawanan pertama di republik tersebut pada 23 Julai.

Dalam sejarah bola sepak negara,Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejak pertama kali beraksi dalam pusingan kelayakan pada 1974 di Jerman.Adakah kita mampu mencipta sejarah tersendiri dalam arena bola sepak negara?Segalanya pasti jika semangat perjuangan pemain Malaysia tinggi!!!

Nakal akan mengikuti perlawanan pada malam ini,keputusan akan dikemas kini secara langsung sehingga tamat perlawanan




KEPUTUSAN MALAYSIA VS TAIWAN 29 JUN 2011

Malaysia (2) - (1) Taiwan
Tamat perlawanan|pusingan pertama

Tuesday, June 28, 2011

Tiket Perlawanan Malaysia vs Taiwan (China Taipei)

Bagi yang ingin membeli Tiket bagi menonton Perlawanan Malaysia vs Taiwan pada 29 Jun 2011, maklumat berkenaan tiket sudah dikeluarkan oleh FAM. Jadi para peminat bolehlah merancang untuk membeli tiket pada masa yang ditetapkan. Maklumat berkenaan harga tiket boleh dilihat di bawah. Apa apa pon, Tahniah diucapkan kepada Skuad Olimpik Malaysia yang telah merakam kemenangan. aku bangga! Jom lihat detik- detik kemenangan Malaysia vs Lebanon.

Maklumat mengenai Tiket Perlawanan

Tarikh Perlawanan: 29 Jun 2011
Masa: 8.45 malam
Tarikh Penjualan Tiket: 29 Jun 2011 bermula jam 3 petang.
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil
Harga: RM 20 dan 30 bagi Grandstand.

Hope tak keliru.. Game Malaysia menentang vs Lubnan adalah bagi Kelayakan ke Sukan Olimpik 2012. dan Perlawanan menentang Taiwan bagi kelayakan ke Piala Dunia 2014. Sekarang Malaysia dah layak ke pusingan ke-3 kelayakn sukan Olimpik. Jom lihat 12 Pasukan Asia ke Pusingan ke3 Sukan Olimpik 2012.

So, Ape lagi.. Jom beli tiket Sokong Pasukan Malaysia!!

Malaysia vs Taiwan Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014

Malaysia akan bertemu Taiwan(Chinese Taipei) 29 Jun nanti dalam perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Perlawanan pertama akan berlangsung di tempat sendiri dan timbal balik pada 3 Julai nanti di tempat lawan.

Jika dilihat,Malaysia mempunyai kelebihan berdasarkan ranking terkini FIFA yang lebih baik, dan jika mara ke pusingan kedua ianya satu rekod buat pasukan Harimau Malaya. Ditambah dengan semangat menang pada aksi persahabatan mengalahkan Myanmar 2-0 pada 18 Jun walaupun bermain tanpa beberapa pemain utama seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha yang mengalami masalah kecederaan.

Sekiranya berjaya mengalahkan Taiwan pada pusingan pertama, Malaysia akan bertemu dengan Singapura pada 23 Julai dan 28 Julai nanti.

Apa yang diharapkan,pada perlawanan ini nanti,Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha dapat bermain untuk negara.Teringin nak lihat permaian Safee Sali yang sememangnya terbaik di Malaysia.

Kita tunggu dah lihat….