Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Saturday, January 21, 2012

Hj. Abdul Rahman Limbong

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUPXfy2HBnfsfxcPRM3EosbJik81CJTjtg-mqrj1FfTIT4S9Qfl3JQdlMV1vuppoB0y3iRBkfdzR-G-Cwn0VXZC_IDncelhSU_ptWMGvaT6OByCJEgCQ0RXPHqTZ8LyBuR3-usdWIYmMoo/s200/keisofgajahmada.jpg


Ulama pejuang dalam artikel ini nama lengkapnya ialah Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir. Lahir tahun 1285 H/1868M, wafat di Mekah, 1347 H/1929M. Datuk neneknya berasal dari Patani dan Terengganu. Haji Abdur Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, iaitu seorang sufi pengamal Tarekat Sammaniyah. Sungguhpun Haji Abdur Rahman Limbong seorang ahli sufi, namun beliau juga bijaksana dalam seluk belok persoalan dunia. Ini dapat dibuktikan dengan berkali-kali beliau berhujah di mahkamah kerana membela rakyat yang disaman oleh pihak pemerintah Inggeris. Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang sufi yang pernah menjadi peguam. Saya simpulkan saja bahawa Haji Abdur Rahman Limbong perlu kita kenali, dalam dunia sufi tangannya selalu bersih membilang-bilang buah tasbih.


Di mahkamah, lisannya fasih berkata-kata membela kebenaran yang disandarkan kepada perintah Allah dan rasul. Bukannya membela undang-undang ciptaan manusia. Di gelanggang medan laga pandai bermain senjata. Hidup di dunia ini tiada sesuatu apa pun yang ditakutinya kecuali kemurkaan Allah kerana melanggar perintah Allah dan rasul-Nya. Haji Abdur Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah. Yang paling utama mencorak peribadinya ketika kanak-kanak ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya. Ketika pulang ke Terengganu beliau mendapat pendidikan dari Haji Ya’qub dan Haji Musa. Kedua-dua ulama itu tinggal di Paya Bunga. Selanjutnya yang membentuk peribadi Haji Abdur Rahman Limbong menjadi seorang sufi dan pejuang jihad ialah Tok Ku Paloh, ulama Terengganu yang terkenal.


Tok Ku Paloh juga adalah seorang pejuang (selengkapnya lihat judul Tok Ku Paloh Al-Aidrus, Pejuang Islam dan Bangsa Melayu (18 September 2006). Setelah menguasai ilmu yang padu dan memadai Haji Abdur Rahman Limbong aktif mengajar masyarakat di Hulu Terengganu. Jika kita teliti kitab-kitab yang beliau ajar meliputi beberapa disiplin ilmu. Antaranya ialah al-Ajrumiyah hingga kepada Mutammiman dan Tashil Nail al-Amani mengenai ilmu nahu, semuanya dalam bahasa Arab. Matn Umm al-Barahin, mengenai ilmu tauhid. Untuk lebih memantapkan juga diajarkan kitab-kitab tauhid bahasa Melayu, yang pasti tidak diabaikan ialah Faridah al-Faraid dan ad-Durr ats-Tsamin.


Kitab fikah bahasa Arab yang pernah diajarkan oleh Haji Abdur Rahman Limbong ialah Kitab Tahrir dan ilmu tasawuf ialah Hidayah as-Salikin dan ad-Durr an-Nafis kedua-duanya dalam bahasa Melayu. Selain mengajar, Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang ulama yang suka mengembara atau merantau ke beberapa buah negeri. Soal kewangan untuk mengembara tidak sukar baginya kerana di mana tempat beliau berpijak, ada saja penduduk yang mahu menjadi muridnya. Pengembaraan yang dekat dengan Terengganu di antaranya ialah Beserah, Kuantan, kedua-duanya dalam Pahang. Selanjutnya Kelantan, Patani, Kedah dan lain-lain.


Negeri-negeri seberang laut yang pernah beliau merantau ialah Sambas, Jambi, Riau dan Brunei . Di negeri-negeri seberang laut itu juga terdapat murid-murid Haji Abdur Rahman Limbong. Pengembaraan beliau ke negeri-negeri tersebut mempunyai kisah yang panjang, tetapi yang dapat diungkapkan di sini ialah tentang di Sambas dan Kepulauan Riau saja. Dalam pelayaran di laut, Haji Abdur Rahman Limbong menggunakan perahu buatan orang Terengganu sendiri. Beliau berlayar bersama-sama dengan murid-muridnya dari Terengganu dan juga ahli pelayaran pada zaman itu, bahawa mereka telah menggunakan perahu-perahu yang berukuran besar yang boleh dimuat barang-barang antara 100 hingga 350 tan.


Di antara tempat-tempat yang ramai dihuni oleh orang-orang yang berasal dari Terengganu di Kepulauan Riau yang dikenalpasti ialah di Kuala Maras dalam Kepulauan Jemaja, Kepulauan Siantan dan Pulau Midai. Di Sambas pula ialah di Kampung Dungun, Kecamatan Sentebang. Nama Dungun itu diberi oleh orang-orang Terengganu sebagai mengenang negeri asal mereka, iaitu Dungun di Terengganu. Nama Dungun itu masih kekal digunakan sampai sekarang. Dipercayai di tempat-tempat tersebut pernah dijelajahi dan menerima didikan dari Haji Abdur Rahman Limbong.


Nama Haji Abdur Rahman Limbong saya dengar sejak kecil lagi dari ibu saya, Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani ketika beliau menceritakan pembinaan sebuah masjid di Sabang Barat, Pulau Midai, bahawa bahan utama bangunan ialah kayu cengal. Semuanya dibawa dari Terengganu dengan sebuah perahu besar. Bahan-bahan itu semuanya selesai dikerjakan di Terengganu hanya tinggal pasang saja di Pulau Midai. Masjid itu hingga tahun 1969 masih berdiri dengan megahnya tetapi manakala yang menjadi pemimpin pada tahun tersebut seorang yang tidak memahami nilai-nilai sejarah, masjid itu dimusnahkan lalu didirikan bangunan yang baru. Nilai sejarah yang masih tinggal hanyalah sebuah mimbar yang dihiasi ukiran-ukiran. Mimbar tersebut juga berasal dari Terengganu. Imam yang pertama masjid yang tersebut ialah Haji Wan Abdur Rahman bin Wan Abu Bakar yang mendapat pendidikan di Mekah. Dipercayai Haji Wan Abdur Rahman bin Wan Abu Bakar berkenalan dengan Haji Abdur Rahman Limbong sejak kedua-duanya tinggal di Mekah lagi. Selanjutnya Haji Abdur Rahman Limbong juga pernah sampai di daerah Pulau Tujuh termasuk Kuala Maras dan Pulau Midai yang disebutkan di atas.


PEMBERONTAKAN
Zaman dulu dan zaman sekarang sama saja, bahawa orang yang tidak berpihak kepada kebenaran menyangka yang menang itulah yang benar. Yang kalah itulah disangkanya salah. Sejarah dunia selalu saja mencatat bahawa penyelewengan dan pengkhianat sesuatu bangsa atau pun agama apabila dalam perjuangan selalu berpihak kepada musuh. Tetapi apabila keadaan telah aman, mereka pula yang mengaku dirinya sebagai pejuang bangsa atau pun pejuang agama.


Dunia Melayu tidak terlepas dari perkara itu. Indonesia berjuang melawan Belanda, Semenanjung Tanah Melayu melawan Inggeris dan Siam, umat Islam-Melayu Patani melawan Siam dan umat Islam Mindanao melawan Filipina. Sepanjang tahun 1920 hingga tahun 1928 terjadi gerakan Haji Abdur Rahman Limbong dan rakyat tani di Hulu Terengganu menentang Inggeris. Sungguhpun ramai orang Melayu Islam yang menyokong perjuangan beliau melawan penjajahan Inggeris, namun tidak kurang juga pengkhianat bangsa dan Islam yang terlalu yakin terhadap penjajah Inggeris. Semua bangsa penjajah yang menjajah sesuatu bangsa di mana saja di dunia ini sebenarnya adalah tidak sah.


Oleh itu, dalam zaman kita yang telah merdeka sekarang ini, perjuangan Haji Abdur Rahman Limbong dan beribu-ribu pengikutnya adalah wajar dan sah dari segi undang-undang dunia. Apatah lagi ditinjau dari pandangan Islam yang mewajibkan kita berjihad apabila kita dijajah oleh orang-orang yang bukan Islam. Bagaimanapun sewaktu Inggeris masih sebagai bangsa penjajah di Terengganu, demikian liciknya H. W. Thomson dan J. L. Humphreys membuat laporan keadaan menjadi sebaliknya. Kononnya, Haji Abdur Rahman Limbong dan pengikutnya adalah sebagai penderhaka kepada pemerintahan yang sah. Akhirnya Haji Abdur Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928. Setahun kemudian (tahun 1929 M), ulama pejuang Islam dan bangsa Melayu itu meninggal dunia. Sejarah mencatat bahawa sebab-sebab timbul pemberontakan adalah kerana rakyat golongan petani berasa dirugikan oleh pihak penjajah Inggeris.


Dalam tahun 1920-an, Inggeris campur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris.
Jika kita berfikir secara bebas dan merdeka, apa haknya bangsa Inggeris tiba-tiba mengutip cukai dalam negeri Terengganu yang sejak lama telah berkerajaan sendiri sedangkan mereka hanyalah satu bangsa pendatang. Oleh sebab itulah, Haji Abdur Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri. Mungkin maksud negeri itu adalah yang ada campur tangan penjajah Inggeris.


Haji Abdur Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah yang mereka miliki adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama. Dari riwayat ini dapat kita membuat kesimpulan bahawa orang-orang Melayu Islam di Hulu Terengganu dalam tahun 1920 lagi, di bawah bimbingan Haji Abdur Rahman Limbong, sudah kenal jati diri, kenal terhadap haknya, kenal terhadap tanah air, dan kenal terhadap bangsa sendiri.


Oleh itu, bangsa penjajah Inggeris yang cuba campur tangan dalam pentadbiran tanah wajib dilawan. Kita patut mengucapkan jutaan terima kasih kepada ulama seperti Haji Abdur Rahman Limbong yang telah membuka mata putera-putera bangsa mengenali ajaran Islam yang sebenar sekali gus bangsa Melayu Islam adalah mempunyai harga diri jangan dapat ditipu daya oleh bangsa penjajah.

Saturday, August 28, 2010

Mengenang jasa Mat Kilau dan Tok Janggut al Fatihah...

200 waris Mat Kilau berhimpun

KIRA-KIRA 200 keluarga waris dan keturunan dua pahlawan terbilang Pahang, Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau menga-dakan perjumpaan di sebuah hotel di Jerantut, Pahang, baru-baru ini.

Serentak itu juga, mesyua-rat agung kali pertama Persatuan Waris Tok Gajah-Mat Kilau diadakan bagi membincangkan pelbagai isu membabitkan kedua-dua pahlawan itu.
Pengerusi penaja persatuan, Datuk Zulkifly Mohamad, berharap kerajaan negeri membuat pengisytiharan terbuka dalam tempoh terdekat bagi membuktikan Tok Gajah dan Mat Kilau pahlawan Pahang dan bukan penderhaka.

Menurutnya, pertemuan itu untuk membetulkan fakta supaya generasi akan datangtidak menerima yang bercanggah daripada apa yangdipelajari dalam buku teks.

Selain itu, salasilah kedua-dua pahlawan itu turut dipamerkan bagi mendapat gambaran lebih jelas men-genai kedudukan mereka dalam susur gaiur keturunan pahlawan berkenaan.

Pada majlis itu, satu usul penubuhan jawatankuasa khas bagi meneliti salinan satu perjanjian bertulis antara Bendahara Wan Ahmad atau Sultan Ahmad dengan Toto Gajah menge-nai pemberian hak milik Budu dan Pulau Tawar turut dibentangkan.



kenang jasa Haji Hassan bin Panglima Mat Munas

yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut

Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, pihak British mengam bil alih pemerintahan Kelantan daripadaSiam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran.

tempat tok Janggut gugur..


__________________________________________
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. (ikuti kesahnya)


Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.




Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’.

Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-53 :Mat Kilau Pahlawan Melayu


mat kilau_1

1. KEHIDUPAN AWAL

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah . Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau @ Tok Gajah . Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar,Jerantut , Pahang . Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Botok yang dikenali juga sebagai AL-Allamah Haji Botok bin Osman sebelum dia berpindah dari Kelantan sebagai Mufti Negeri Pahang.sila rujuk buku Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Tanah Melayu, terbitan Majlis Agama Islam dan Adai Istiadat Melayu Negeri Kelantan Jilid 2, bab Ulama Kelantan yang masyhur di luar kelantan. sebelum berhijrah ke Pahang Hj Botok yang merupakan Pawang Di Raja Kelantan telah berselisih faham dengan Raja Kelantan yang menjadi sebab beliau berpindah ke Pulai Tawar,Pahang. Hj Botok mempunyai dua lagi saudara di kampung Berangan Tumpat,yang bernama Mat Diah bin Osman (tok chik mat diah)dan Merah bin Osman (tok chik hj merah).Hj Botok aliran Pencak Silat Gagungman 9 Purba Sakti merupakan murid kepada ulama Patani yang mashur sebagai Tok Bendang Daya Tua. nama sebenar Tok Botok ialah Botok bin Raja Osman B Raja Ali Legeh Patani. datuk Hj Botok adalah imigran perang Siam-Melayu Patani yang merupakan kerabat di Raja Legeh Patani yang terpaksa berhijrah ke KELANTAN akibat di langgar Siam.

2. SEJARAH PERJUANGAN

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

3. BURUAN BRITISH

Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura . The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau. Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

4. KELUAR DARI PERSEMBUNYIAN

Dalam bulan Disember 1969 ,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau TawarJerantut . Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970 , Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.

Demise: Mat Kilau died at the age of 122 years on August 16, 1970. His body was buried in Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

5. Rujukan

mat kilau_2Sudut dalam Makam Pahlawan Mat Kilau
Sedikit sebanyak catatan sejarah Mat Kilaumat kilau_3
mat kilau_4

Masjid Lama Pulau Tawar.

Disini Mat Kilau Mengishtiharkan dirinya sebagai dirinya Mat Kilau pada tahun 1969 disaksikan oleh kira-kira 100 orang penduduk Pulau Tawar.

Saturday, July 17, 2010

Orang Melayu Boleh Berjalan Kaki Ke Mekah



Orang melayu zaman dulu memang hebat. Bukan setakat hebat bersilat, dan ilmu batin aje, pergi Mekah pun boleh berjalan kaki. Sayangnya, disebabkan kita adalah orang melayu maka sejarah begini tidak pernah dicatatkan oleh bangsa kita sendiri. Apatah lagi penjajah British yang tak guna tu. MalaysiaSensasi kali ini akan membawakan anda satu kisah orang melayu yang ke Mekah dengan berjalan kaki.

Namanya ialah Haji Said Bin Patun. Berasal dari Negeri Sembilan, tetapi dilahirkan di Kampung Padang Baru, Sumatera. Beliau dilahirkan dua hari sebelum hari raya haji sekitar tahun 1880an.


Arwah ayah Haji Said ini merupakan seorang ulama yang disegani pada zamannya. Beliau berjalan kaki ke Mekah adalah kerana mahu melihat keindahan alam dan menuntut ilmu agama sepanjang perjalanan. Perjalanan yang mengambil masa beberapa tahun itu bermula dari Selatan Thailand, sebelum melalui Burma, India, Pakistan, Iran dan Iraq. Akhirnya beliau sampai ke Kota Mekah di semenanjung Tanah Arab.


Masjid Mendum. Dibina oleh Hj Said atas restu Datuk Kelana Sg Ujong..

Selepas beberapa tahun, barulah beliau pulang semula ke Tanah Melayu dengan menaiki kapal wap. Pada tahun 1940 Haji Said pulan ke Sumatera, di sana beliau dikatakan telah membina sebuah masjid yang diberi nama Istiqamah. Akhirnya pada tahun 1978 beliau telah meninggal dunia ini untuk selama-lamanya - Al-Fatihah
Sumber : MalaysiSensasi

Sunday, July 4, 2010

Potret misteri banduan akhir Penjara Pudu

SEBAGAI tempat untuk menghukum penjenayah, entiti' 'Penjara Pudu adakalanya datang mengganggu.

“AKU ingat kalau hangpa (kamu) kena ganggu macam ni, mau terkencing dalam seluar dan silap hari bulan boleh demam seminggu.” Begitulah kata-kata seorang warden penjara yang masih terngiang-ngiang dalam fikiran Ahmad Mohd. Jais saat dia melawat Penjara Pudu pada tahun 1996 selepas penjara itu dikosongkan.

Ahmad, 49, memberitahu, warden tersebut yang merupakan sahabatnya mendakwa, warden-warden penjara selalu menerima gangguan di pondok kawalan mereka bertugas.

“Di pondok kawalan inilah ramai warden yang bertugas pada waktu malam selalu menerima gangguan. Ada ketikanya kerusi dalam pondok kawalan ini terbang keluar seolah-olah dibaling atau dicampak keluar oleh seseorang, walhal pada masa itu tiada siapa di dalamnya,” kata Ahmad kepada Jurnal baru-baru ini.

Potret misteri

Penjara Pudu kini tinggal kenangan apabila tembok penjara berusia lebih 100 tahun di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur itu dirobohkan pada 21 Jun lalu.

Dalam tempoh lebih seabad, ramai banduan yang dihukum mati di Penjara Pudu termasuk penjenayah-penjenayah terkenal dalam lipatan sejarah negara. Dari 1960 hingga 1993 sahaja, seramai 180 pesalah menjalani hukuman gantung sampai mati.

Pada tahun 1996, Penjara Pudu ditutup manakala banduan dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh.

Seorang bekas penghuni Penjara Pudu yang hanya mahu dikenali sebagai Nasyitah menceritakan kisah seram yang pernah didengarinya di penjara itu. Ia tentang potret misteri.

“Ia berkisar tentang seorang banduan akhir iaitu panggilan untuk banduan yang akan dihukum mati.

“Dia banduan yang pandai melukis. Dia melukis potretnya sendiri di dalam selnya sebelum dia dihukum gantung. Warden memberitahu, lampu di bilik sel itu akan terpadam dan ia akan sentiasa gelap. Dalam kegelapan itu, potret itu akan bercahaya seolah-olah ia hidup.

“Banyak orang mengadu melihat bayang-bayang berkeliaran. Lebih menyeramkan, bilik sel itu berdepan dengan sel saya,” katanya yang mendakwa banduan akhir itu ialah seorang wanita.

Ada juga yang mendakwa bahawa potret wanita itu juga akan ‘menangis’ apabila hari penggantungan seseorang itu semakin hampir.


PENJARA Pudu akan dirobohkan sepenuhnya bagi memberi laluan kepada pembinaan bangunan komersial.
Walaupun hanya sempat ditahan di penjara itu selama dua hari, namun Nasyitah yang ditangkap kerana terlibat dengan demonstrasi jalanan dapat merasai keseraman suasana di situ.
“Saya takut. Apabila warden itu ingin membawa kami melihat sel itu, empat orang rakan saya pergi tengok, saya sahaja tidak mahu tengok. Seram.

“Kawan-kawan saya beritahu memang betul kata warden tersebut. Dalam gelap, lukisan itu berkilauan dan menyeramkan. Mereka juga bercerita lampu tidak boleh dinyalakan di bilik tersebut, ia terus terpadam,” ujarnya kepada Jurnal.

Bermalam

Sementara itu, pensyarah fotografi, Khairul Azril Ismail yang pernah bermalam selama enam bulan di Penjara Pudu untuk menghasilkan tesis bertajuk Pudu Jail’s Graffity menceritakan pengalaman anehnya.
Kata Azril, antara bahagian penjara itu yang paling menarik ialah bilik gantung kerana ia menawarkan banyak ‘cerita’.

“Bilik itu kosong, kecil sahaja. Saya melihat imej aneh yang sukar untuk dijelaskan. Saya dapat merakamkan satu garisan putih yang panjang dan melengkung. Bagi saya mustahil cahaya dapat dibengkokkan. Kalau hendak dikatakan ia asap, saya tahu sangat rupa kepulannya kerana saya seorang perokok.

“Saya bukan jenis yang gemar bercerita perkara-perkara mistik. Saya lebih suka kepada fakta dan akademik. Saya kemudian menghantar gambar itu untuk diteliti oleh pensyarah saya di Columbus College of Art & Design (CCAD) di Ohio, Amerika Syarikat.

“Mereka meminta saya untuk memeriksa peralatan tetapi tidak timbul masalah sama ada daripada kamera atau dalam proses mencuci gambar,” jelasnya kepada Jurnal tidak lama dahulu.

Azril berkata, kalau sudah bermalam di tempat begitu bukanlah suatu yang asing jika mendengar pelbagai bunyi dan gangguan.

“Keadaan lazimnya gelap. Saya pula mahu merakam gambar tanpa bantuan cahaya tiruan seperti flash kamera, sebaliknya menggunakan cahaya semula jadi. Jadi saya kena menanti lama untuk mendapatkan pencahayaan yang baik. Makan masa satu hingga dua jam setengah.
Jiran

“Dalam masa menunggu itu, saya rasa kepala saya diketuk sebanyak tiga kali. Seperti ada tangan yang mengetuk kepala saya.

“Kalau nampak bayang-bayang itu memang sudah biasa sangat. Sampai dah jadi normal bagi saya. Begitu juga dengan suara orang jerit melolong.

“Tapi saya tidak dapat tangkap apa yang disebut kerana bunyinya bergema,” ujar pensyarah di Jabatan Fotografi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu.

Selain itu, Azril juga mendengar bunyi lain seperti paluan beduk dua kali dan kakinya bagai dipeluk sesuatu ketika hendak memasuki bilik mayat.

Walaupun mempunyai kenangan seram di penjara itu, Azril menyatakan rasa duka-citanya kerana tembok dan kompleks Penjara Pudu itu dirobohkan.

“Ia satu seni bina ikon yang sungguh menarik dengan bentuk X. Saya mendapati ia mempunyai ciri persamaan dengan seni bina lama dari Perancis. Tapi masih banyak kajian perlu dilakukan untuk memastikan kesahihannya,” katanya.


SISI eksentrik penjara berusia 115 tahun ini akan terus dikenang.



Seorang pekerja penjara juga mendedahkan kepada media baru-baru ini bahawa mereka disakat oleh bayangan lembaga hitam yang merenung tajam, bayangan kanak-kanak berlari dalam kawasan penjara selain kelibat perempuan cantik yang berjalan sendirian di tengah-tengah lorong penjara.

Jurnal juga cuba mendapatkan pandangan ‘jiran-jiran’ di sekitar Penjara Pudu tentang sejauh mana keseraman penjara lama itu.

Seorang penghuni rumah pangsa berdekatan yang telah mendiami kawasan itu selama 18 tahun menyatakan dia tidak banyak mendengar cerita seram penjara itu.

“Ada juga orang bercerita. Tapi saya biasa sahaja. Dari rumah saya boleh juga melihat penjara itu tetapi tidak ada banyak peristiwa aneh.
“Pernah jugalah macam terdengar suara orang minta tolong.

Entahlah,” katanya yang dikenali sebagai Faris yang kelihatan seperti gelisah untuk bercerita.

Seorang pekerja keselamatan di sebuah stesen pengangkutan awam berdekatan memberitahu selama 15 tahun dia berkhidmat di situ, tidak ada cerita aneh yang didengarnya.

“Berdasarkan pengalaman saya, stesen ini tidak ada. Tetapi kalau stesen lain banyak cerita,” ujarnya.

Sunday, June 27, 2010

Tembok Penjara Pudu akhirnya dirobohkan






KUALA LUMPUR - Selepas berdiri teguh selama 118 tahun, tembok Penjara Pudu di sini akhirnya diruntuhkan oleh para pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mulai pukul 10 malam tadi.

Kerja-kerja merobohkan tembok penjara setinggi 4.5 meter dan sepanjang 398 meter itu dijangka mengambil masa empat hari.

Peristiwa tersebut turut menarik perhatian ratusan warga kota dengan ada di antara mereka mengambil gambar kenang-kenangan sebelum tembok itu dirobohkan.

Penjara Pudu dibangunkan selama empat tahun dan siap pada 1895 manakala projek pembinaan tembok itu selesai pada 1892.

Operasi meruntuhkan keseluruhan Penjara Pudu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu.

Selepas itu, kawasan penjara seluas 7.6 hektar itu akan dibangunkan menjadi Bukit Bintang City Centre (BBCC) oleh Uda Holdings Berhad.

Projek itu membabitkan pembinaan 1,100 unit kondominium, hotel, ruang pejabat dan pusat komersial dengan anggaran kos RM5 bilion.

credit: kosmo online!

*************************************

setiap kali aku nak pergi Times Square,

pasti aku menaiki LRT sampai hang tuah je.

al-maklum lah zaman student, perlu jimat.

lepas tuh meredah hujan atau panas berjalan kaki ke Times Square.

pasti aku melalui mural di dinding buruk itu.

ya, buruk. tapi...

nilai sentimental yang tinggi.

kenangan juga banyak terpahat disitu.

di permukaan tembok itu juga aku melihat rakan-rakan menghasilkan karya graffiti mereka.

oh, jangan tiru vandalisme itu!

depan tembok ini juga si paeh pernah semput.

sampaikan aku sendiri nak semput sama.

di tepi tembok itu juga, aku pernah putus cinta.

opps! jangan dikenang kisah lama.

tapi tembok Penjara Pudu itu menjadi saksinya.

kini? semuanya sudah tiada.

runtuh sudah Tembok Penjara Pudu dan sejarah silamnya.

semuanya menjadi debu tanpa sisa.

yang akan kita ingat sampai bila-bila.

1895 - 2010


*************************************




penjara-pudu-1
penjara-pudu-2penjara-pudu-8

Tuesday, May 25, 2010

The Legend : Mat Kilau ~ Pendikir terkenal di Pulau Tawar




MAT Kilau (1866-1970) adalah seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang.

Ketika zaman kanak-kanak Mat Kilau diajar mengaji Quran dengan beberapa kanak-kanak lain. Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu. Apabila tamat mengaji Quran, Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti dengan berdikir Maulud. Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud, barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai 'Dikir Pahang'.

Oleh kerana suaranya merdu, maka jadilah Mat Kilau sebagai seorang pendikir yang terkenal di Pulau Tawar.

Ketika kecil Mat Kilau suka bermain gasing. Oleh kerana Mat Kilau pandai main gasing, dialah yang dijadikan jurumudi, iaitu orang yang memangkah terakhir. Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu atau Burau di sebelah Hilir, Mat Kilau dijadikan Ketua Pasukan Kampung Masjid.

Setelah remaja, Mat Kilau mengambil bahagian dalam permainan orang dewasa iaitu berlaga buah keras. Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat, Mat Kilau dijadikan orang tukang hencang. Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah. Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad sampai dan bersemayam di Pulau Tawar.

Mat Kilau juga gemar berburu. Apabila 'peran tua' (ketua berburu) tidak berburu. Mat Kilau dijadikan peran. Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran. Sebagai pemburu Mat Kilau memperoleh banyak pengetahuan bersangkut paut dengan hutan.

Ketika berusia kira-kira 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis bernama Yang Chik binti Imam Daud dari Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau dikurniakan tiga orang anak.

Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan.

Mat Kilau bukan saja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, malah beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mengenai ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri.

Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah.

Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

Mat Kilau mempunyai sifat pemimpin, beliau menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada Oktober 1888 ketika Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau sendiri. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea Mat Kilau. Dia menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh daripada masyarakat.

Mat Kilau juga adalah seorang yang amat disegani. Ini bukan kerana dia adalah seorang anak orang kenamaan tetapi kerana kejujurannya. Mat Kilau adalah seorang yang tegas. Dia bukan saja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai, tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong, The Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

INFO
Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau

Ibu Mat Kilau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut,Burau.

Mat Kilau dipercayai lahir pada 1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar.

Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.

source:Berita Harian