Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, May 25, 2010

The Legend : Mat Kilau ~ Pendikir terkenal di Pulau Tawar




MAT Kilau (1866-1970) adalah seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang.

Ketika zaman kanak-kanak Mat Kilau diajar mengaji Quran dengan beberapa kanak-kanak lain. Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu. Apabila tamat mengaji Quran, Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti dengan berdikir Maulud. Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud, barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai 'Dikir Pahang'.

Oleh kerana suaranya merdu, maka jadilah Mat Kilau sebagai seorang pendikir yang terkenal di Pulau Tawar.

Ketika kecil Mat Kilau suka bermain gasing. Oleh kerana Mat Kilau pandai main gasing, dialah yang dijadikan jurumudi, iaitu orang yang memangkah terakhir. Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu atau Burau di sebelah Hilir, Mat Kilau dijadikan Ketua Pasukan Kampung Masjid.

Setelah remaja, Mat Kilau mengambil bahagian dalam permainan orang dewasa iaitu berlaga buah keras. Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat, Mat Kilau dijadikan orang tukang hencang. Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah. Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad sampai dan bersemayam di Pulau Tawar.

Mat Kilau juga gemar berburu. Apabila 'peran tua' (ketua berburu) tidak berburu. Mat Kilau dijadikan peran. Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran. Sebagai pemburu Mat Kilau memperoleh banyak pengetahuan bersangkut paut dengan hutan.

Ketika berusia kira-kira 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis bernama Yang Chik binti Imam Daud dari Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau dikurniakan tiga orang anak.

Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan.

Mat Kilau bukan saja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, malah beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mengenai ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri.

Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah.

Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

Mat Kilau mempunyai sifat pemimpin, beliau menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada Oktober 1888 ketika Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau sendiri. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea Mat Kilau. Dia menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh daripada masyarakat.

Mat Kilau juga adalah seorang yang amat disegani. Ini bukan kerana dia adalah seorang anak orang kenamaan tetapi kerana kejujurannya. Mat Kilau adalah seorang yang tegas. Dia bukan saja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai, tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong, The Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

INFO
Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau

Ibu Mat Kilau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut,Burau.

Mat Kilau dipercayai lahir pada 1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar.

Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.

source:Berita Harian

No comments:

Post a Comment