Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Saturday, September 15, 2012

Rumah geli-geli


KUALA LUMPUR: Sungguh kurang ajar apabila penyewa sebuah rumah teres di Cheras, dekat sini, menjadikan kediamannya sebagai pusat maksiat ‘tiga dalam satu’ urut, mandi bersama dan seks dengan bayaran RM130, walaupun dikelilingi jiran yang kebanyakannya tinggal secara berkeluarga.
Tindakan liciknya menyebabkan kegiatan tidak bermoral yang didakwa dijalankan di rumah dua tingkat itu sejak lebih tiga tahun lalu tidak pernah diserbu pihak berkuasa.
Taktik digunakan sindiket itu sungguh berkesan. Bukan sembarangan pelanggan dibenarkan masuk, malah pelanggan tetap sekalipun dihadkan antara lima hingga 10 orang saja sehari bagi mengelakkan operasi mereka dihidu pihak berkuasa.

Bertindak atas aduan seorang lelaki yang mendakwa jiran di kawasan perumahan berkenaan, wartawan Metro Ahad menyamar sebagai pelanggan untuk menyiasat kesahihan rumah berahi itu. Terbukti, ia pusat pelacuran didalangi warga tempatan yang menawarkan khidmat wanita Thailand.



Tidak seperti pusat maksiat lain yang menerima sesiapa saja, ‘bapa ayam’ atau lebih dikenali sebagai ‘kapten’ pusat itu hanya menerima pelanggan dikenali atau yang diperkenalkan oleh pelanggan tetap.



sumber : mymetro

Saturday, July 21, 2012

Gadis diarah bogel

Leena menunjukkan laporan polis dan surat kepada Pejabat Buruh terhadap tindakan yang dilakukan terhadapnya.

“Hanya kerana dituduh mencuri, saya diarahkan menanggalkan pakaian saya.

“Ketika itu saya hanya menurut kerana saya baru empat hari bekerja dan tidak tahu prosedur alam pekerjaan ini,” kata Leena, 24, (bukan nama sebenar) yang mendakwa dia menjadi mangsa tindakan melampau seorang penyelia ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Leena berkata, pada mulanya dia menganggap perkara itu adalah perkara biasa, sebelum meminta pandangan keluarganya.

Menurutnya, keluarga juga menyatakan tindakan melampau itu melibatkan maruah, selain bimbangkan kemungkinan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini di kemudian hari.

“Setelah mendapat nasihat dan mengetahui tindakan yang dilakukan oleh penyelia saya ini salah, saya terus membuat laporan polis berkaitan dengan kejadian berkenaan.

“Saya juga membuat aduan di Pejabat Buruh, kerana mahu tindakan tersebut diambil perhatian selain sebagai pengajaran kepada ketua serta majikan agar tidak melakukan sesuatu perkara dengan sesuka hati,” katanya.

Dia yang bekerja di sebuah farmasi di Batu Pahat berkata, kejadian berkenaan berlaku pada 16 Julai lalu, kira-kira jam 4.30 petang, ketika pertukaran syif pekerja.

"Pada mulanya, saya diarah untuk mengira hasil jualan saya pada hari terbabit dan setelah mengiranya beberapa kali, saya dapati hasil berkenaan ialah RM406.

“Bagaimanapun, setelah penyelia saya mengiranya, wang hasil jualan itu telah didapati kurang sebanyak RM50 dan kemudiannya saya dituduh mengambil wang terbabit," katanya.

Katanya, tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, Leena diarahkan untuk menjalani pemeriksaan badan, tetapi wang yang didapati kurang itu tidak ditemui.

"Mereka seterusnya mengarahkan saya menanggalkan pakaian untuk pemeriksaan lanjut.

“Setelah mengetahui tindakan yang dilakukan ini salah, saya sememangnya cukup tidak berpuas hati kerana ia melibatkan maruah serta saya mahu tindakan melampau ini dikenakan tindakan,” katanya.

Katanya, bagaimanapun akhirnya setelah pemeriksaan terhadap jualan secara terperinci dilakukan, didapati akaun berkenaan mempunyai transaksi kad kredit sebanyak RM78.90

Sementara itu, ayah mangsa yang mahu dikenali sebagai Rahman, 78, berkata, dia terus mengarahkan anaknya membuat surat aduan peletakan jawatan serta-merta kerana bimbangkan perkara yang sama akan berulang kembali.

“Saya dan keluarga juga akan mengambil tindakan undang-undang kepada penyelia terbabit serta majikan kerana ia sesuatu perkara yang memalukan dan melibatkan maruah seorang wanita, selain pihak majikan lebih telus menjaga pekerja mereka.

“Saya juga bimbangkan kecanggihan teknologi akan mengaibkan anak saya, mungkin adanya rakaman situasi berkenaan dilakukan seterusnya disebarkan, walaupun ke semua mereka yang terlibat menafikannya,” katanya.

Sunday, May 6, 2012

Salahuddin Ayub: Himpunan Tanah Rakyat di Johor Bahru






Seluar Dalam & Coli Bertaburan Depan Rumah

Bercham – Seorang gadis hidup dalam ketakutan apabila seluar dalam dan coli miliknya yang dicuri sejak dua bulan lalu, ditemui bertaburan di hadapan dan halaman rumahnya di di Kampung Tersusun Tasek di sini, kelmarin. 

Keadaan itu begitu menakutkan dirinya selepas menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki misteri yang gemar meninggalkan nota berbaur lucah dan mempelawa mangsa melakukan hubungan seks dengannya. 

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sarah, 32, berkata, kejadian itu disedari pada jam 9.45 pagi ketika dia ingin keluar untuk bekerja sebelum terkejut apabila mendapati seluar dalam miliknya bertaburan.

Menurutnya, beberapa coli dan seluar dalamnya turut bertaburan di atas kereta serta perkarangan rumah keluarganya itu.

“Ini merupakan kejadian kedua berlaku apabila lelaki berkenaan bertindak berani dengan menceroboh kawasan rumah kami pada jam 1 pagi untuk melakukan perbuatan keji ini.

“Dalam kejadian pertama pada awal Mac lalu, dua helai coli hilang tetapi dikembalikan seminggu kemudian dengan sekeping nota lucah. Saya yakin ia melibatkan individu sama,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bercham di sini, kelmarin.

Katanya, dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang lampu pada waktu malam bagi mengelakkan kejadian sama berlaku.

“Keluarga sangat bimbang dengan lelaki berkenaan yang mungkin bertindak lebih berani dengan menceroboh rumah pula,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkenaan dan rondaan di kawasan berkenaan akan ditingkatkan bagi menjaga keselamatan penduduk.

Bangga diri serah tubuh



Bangga diri serah tubuh
KUALA LUMPUR: Dulu digelar bohsia, kini dipanggil cikaro. Maksudnya hampir sama, tetapi yang membimbangkan ibu bapa masa kini ialah remaja perempuan ini terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seawal usia 11 tahun, terutama di kalangan keluarga bermasalah.
Berikutan dibiarkan bebas tanpa pengawasan ibu bapa, mereka berebut-rebut menjadi ratu cikaro di kalangan lelaki bernafsu buas dan samseng jalanan. Bagi melayakkan mereka menjadi ratu, sekali gus mudah mendapat teman, tiga kriteria perlu dipenuhi iaitu seksi, gedik dan berani.
Demi mengejar gelaran itu, kebanyakan gadis yang sebahagian besarnya berusia belasan tahun, sanggup menyerahkan mahkota diri kepada samseng jalanan yang baru beberapa jam dikenali.
Berdasarkan tinjauan Metro Ahad, majoriti remaja terbabit berebut gelaran itu kerana menganggapnya sesuatu yang membanggakan, selain mengelak malu ditertawa atau dicop penakut oleh rakan cikaro lain.
Bertindak atas aduan orang ramai, terutama warga kota yang risau melihat kemunculan kembali gadis bohsia, Metro Ahad melakukan siasatan serta tinjauan di beberapa lokasi tumpuan samseng jalanan sekitar bandar raya.

Wednesday, January 25, 2012

Penduduk Lempar Bra Dan Seluar Dalam!

Mereka dinafikan hak untuk memiliki kartu tanda penduduk (KTP) Jakarta hanya kerana tinggal di tanah milik kerajaan.

Bengang dengan situasi tersebut, ribuan penduduk Tanah Merah, Jakarta Utara bertindak melemparkan bra dan seluar dalam mereka ke pejabat Kementerian Dalam Negeri republik berkenaan sebagai tanda protes.

Ketiadaan KTP (kira macam kad pengenalanlah) menyebabkan ribuan penduduk kawasan tersebut berhadapan dengan masalah termasuk tidak dapat menikmati pelbagai kemudahan sepertimana warga republik itu yang lain.

Tanah Merah adalah sebuah kawasan milik kerajaan tetapi sudah puluhan tahun dihuni hingga menjadikannya sesak dan padat dengan penduduk.

Kira macam setingganlah ni.

Selama ini, pemerintah Provinsi DKI Jakarta tidak mengakui yang para penghuni kawasan tersebut adalah warganya.

Ini menyebabkan tiada KTP dikeluarkan pada penduduk ini.

Bila melihat keadaan tersebut, penulis rasa sangat bersyukur dilahirkan di Malaysia.

Di sini, walaupun tinggal di kawasan setinggan, namun nasib penghuni tidak pernah diabaikan.

Andaikata tanah itu hendak diambil balik, sekurang-kurangnya kerajaan tetap menyediakan rumah murah sebagai ganti, malah turut diberi wang sebagai pampasan.

Diharapkan imigran Indonesia yang masuk ke Malaysia juga bersyukur kerana walaupun ramai yang memperoleh pendapatan tidak seberapa, namun nasib mereka masih jauh lebih baik daripada saudara mereka di Tanah Merah dan banyak lagi kawasan di sana.

Janganlah hanya mengharapkan keuntungan cepat dengan melakukan jenayah.

Fikirkan kembali nasib saudaramu di sana, jangan kata hendak mencari rezeki, hak untuk diiktiraf sebagai penduduk pun dinafikan hanya kerana tinggal di tanah pemerintah.

Semoga Tuhan memberkati niat dan amalan kita semua, InsyaAllah. – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

Saturday, December 31, 2011

Video pemuda Malaysia sentuh perasaan selebriti AS


TIMOTHY TIAH (kanan) dan Audrey Ooi.

KUALA LUMPUR, Malaysia – Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri.

Seacrest memuji klip video berkenaan sebagai menyentuh perasaan manakala Perri, 27, yang popular dengan lagu Jar of Hearts mengaku ia membuatkan dia menangis.

“Saya menangis dan tersenyum pada masa yang sama!” kata Perri dalam komen di akaun Twitter miliknya.


Perri menyatakan bahawa dia menganggap lagunya, A Thousand Years yang digunakan dalam klip video berkenaan sebagai satu penghormatan buat dirinya.

Pujian dua selebriti itu membantu klip video berkenaan ditonton hampir empat juta kali dalam tempoh seminggu klip video itu dimuatkan di laman sosial termasuk YouTube sekali gus menjadikan Tiah dan kini tunangnya, Audrey Ooi, 26, sebagai contoh kepada pasangan kekasih di seluruh dunia.

Memiliki kerjaya sebagai usahawan Internet, Tiah yang berusia 27 tahun berkata, dia sebelum ini tidak berminat untuk berkahwin selepas banyak mendengar kisah keruntuhan rumah tangga rakan-rakannya.

“Namun, saya menyedari tiada gadis lain yang menawan hati saya seperti yang dilakukan Ooi. Tidak ada gadis lain yang saya pernah terfikir dalam pertimbangan untuk dikahwini,” kata Tiah kelmarin.

Klip video berkenaan memainkan lagu balad popular Perri, A Thousand Years dan dirakam oleh sebuah syarikat pengurusan perkahwinan.

Video itu menunjukkan Tiah membuat kejutan semasa Ooi makan malam bersama dengan rakan-rakan di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur pada 30 November lalu.

Ia menunjukkan Tiah dengan gementar berjalan memasuki pintu berkaca restoran itu dam melambaikan tangan untuk mendapatkan perhatian Ooi di restoran.

Ooi kelihatan bingung semasa Tiah yang tersenyum memegang beberapa poster yang mengandungi mesej dan kini menjadi popular di online.

Salah satu poster itu menyatakan: “Jika anda sukakannya, kenapa anda tidak menyarungkan sebentuk cincin.”

Sebelum poster itu ditunjukkan, Tiah menunjukkan Ooi sekeping gambar watak animasi Puss in Boots dengan mata seperti merayu dengan ayat: “Sudikah anda berkahwin dengan saya.”

Klip video lima minit itu berakhir dengan Tiah melutut dan menawarkan Ooi sebentuk cincin dan bunga.

Ooi sebak dan menawarkan lamaran itu.

Mereka berkenalan selama tiga tahun selepas bertemu pada majlis ulang tahun kelahiran Ooi.

Pemilik-pemilik laman blog mula menyiarkan klip video berkenaan selepas Seacrest menghebahkannya di Facebook dan Twitter pada 23 Disember lalu. – Agensi


MPAJ tak sedar wujud tarian tiang

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mendakwa pihaknya tidak tahu-menahu atau menerima aduan berhubung mana-mana pusat hiburan di kawasan Pandan Perdana yang menyediakan penari tiang bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, laporan muka depan Kosmo! semalam bertajuk Tarian tiang berleluasa adalah kes pertama yang melibatkan aktiviti tidak bermoral berlaku di pusat hiburan di Pandan Perdana yang diterima oleh MPAJ pada tahun ini.

“Daripada pemeriksaan yang dijalankan oleh bahagian penguat kuasa MPAJ sebelum ini, kami tidak pernah menyerbu mana-mana premis pusat hiburan yang menjalankan kegiatan tarian tiang.


“Pihak kami juga tidak pernah menerima sebarang aduan daripada orang ramai berhubung isu terbabit,” katanya.

Oleh itu, menurut Norhayati, pihaknya memberi amaran akan menarik semula lesen mana-mana pusat hiburan yang menyalahgunakan lesen premis bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Pengusaha premis terbabit berhadapan dengan risiko penarikan lesen dan pembatalan akan dilakukan serta- merta jika ia terbukti membenarkan aktiviti tidak bermoral seperti itu,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Malah tegas beliau, MPAJ juga akan menyita pusat hiburan itu jika premis tersebut beroperasi secara tidak sah.

Norhayati berkata demikian ketika mengulas laporan Kosmo! semalam yang mendedahkan mengenai sebuah kelab malam di Pandan Perdana yang didapati menyediakan khidmat tarian tiang berunsur seks oleh wanita tempatan dan wanita warga asing.

Mengikut laporan itu, dengan hanya mengenakan coli serta seluar dalam, penari-penari tiang itu tanpa segan silu mempamerkan aksi ghairah kepada para pengunjung yang rata-rata adalah lelaki tempatan.

Kosmo


Dua beradik azab dirantai bapa

DUA kanak-kanak ditinggalkan oleh bapa mereka dalam tandas sebuah rumah kedai di Butterworth semalam.

BUTTERWORTH – Seorang bapa tergamak memperlakukan dua orang anaknya yang berusia dua dan enam tahun seperti anjing apabila bertindak mengikat kaki kiri mereka dengan rantai besi di dalam tandas rumahnya.

Pasangan adik-beradik itu ditinggal seharian oleh bapa mereka ketika dia keluar bekerja dengan alasan anaknya itu nakal dan tiada orang menjaga mereka ketika dia tiada di rumah.


Perbuatan lelaki berusia 40-an yang tidak berperikemanusiaan itu terbongkar apabila kedua-dua beradik tersebut menjerit dan menangis kelaparan pada pukul 6 petang kelmarin kerana mereka tidak diberikan makanan oleh bapa mereka.

Jeritan kedua-dua beradik itu membongkar perbuatan kejam bapa mereka selepas jiran-jiran yang tinggal di kawasan rumah kedai dua tingkat itu memaklumkan perkara tersebut kepada polis.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis menyerbu rumah tersebut di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini dan menemui seorang budak perempuan berusia enam tahun bersama adik lelakinya berumur dua tahun dalam keadaan menyayat hati.

Ketika ditemui pada pukul 8.45 malam, kedua-dua beradik itu yang diikat dengan rantai dan dikunci dengan mangga besi hanya memakai baju-T serta seluar dalam di dalam tandas.

Ketika diselamatkan, bapa kanak-kanak tersebut yang bekerja sebagai buruh tiada di rumah kerana keluar bekerja sejak pukul 3 petang kelmarin, manakala ibu mereka yang merupakan warga Thailand pula dikatakan telah meninggalkan tiga beranak itu sejak sebulan lalu.

Difahamkan, kedua-dua beradik itu diperlakukan sedemikian oleh bapanya sejak sebulan lalu setiap kali dia keluar bekerja selepas ibu mereka menghilangkan diri.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, seorang penduduk yang mendengar jeritan dan tangisan kanak-kanak itu cuba membantu mangsa tetapi malangnya pintu rumah tersebut dikunci dari luar.

Kosmo


Tuesday, November 15, 2011

Banjir besar di negeri pantai timur

FENOMENA air pasang besar di pantai timur Semenanjung Malaysia diramal berlaku pada 25 Disember ini dan 23 Januari tahun depan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Beberapa negeri di pantai timur Semenanjung dijangka mengalami banjir besar ekoran fenomena air pasang besar yang diramal berlaku pada 25 Disember dan 23 Januari tahun depan.

Pakar Oseanografi, Prof. Dr. Kamaruzaman Yunus berkata, kawasan pantai timur dan Sarawak lebih terdedah kepada fenomena tersebut selain didorong oleh faktor tiupan angin Monsun Timur Laut yang dikaitkan dengan musim tengkujuh.

Thursday, April 7, 2011

POLIS RUMUSKAN KES KEMATIAN MENGEJUT - Senang kerja

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini. Mangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Pegawai itudikatakan membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

Pengarah penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram (gambar atas kenyataan media SPRM).

Penahanan itu dibuat di Klang.

Ahmad Sarbani kemudiannya dilepaskan pada 2 April lalu pada jam 12.30 petang.

Lelaki itu datang semula ke pejabat SPRM di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur untuk bertemu seorang pegawai penyiasat berhubung kesnya, kata Mustafar lagi.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata Mustafar lagi.

Tambahnya, mayat Ahmad ditemui terbaring di atas gelanggang badmintion pada jam 10.15 pagi.

Siasatan ke atas Allahyarham dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.

Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.

Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.

Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan mempunyai wang berjumlah beberapa juta di dalam akaunnya.

Polis klasifikasi kes sebagai kematian mengejut

Sementara itu, pihak polis dilaporkan akan menyiasat kes berkenaan sebagai kematian mengejut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata siasatan awal Unit Patologi Forensik mendapati Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan itu, mengalami kecederaan di kepala.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata punca kejadian itu akan disiasat, namun menurutnya siasatan berhubung kes pegawai kastam disyaki terlibat dengan rasuah perlu diteruskan.

“Punca kejadian itu akan disiasat, tapi operasi perlu diteruskan… kami tidak mahu kerajaan terus kehilangan wang duti,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Insiden terbaru ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.

DAP desak penubuhan Suruhanjaya Diraja

Dalam perkembangan berkaitan, DAP hari ini menuntut sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi bagi menyiasat kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor berkenaan.

“DAP melahirkan rasa marah di atas kejadian seumpama ini sedangkan trajedi kematian Teoh Beng Hock masih belum dapat diselesaikan. Adakah SPRM masih belum bangun dan mendapat pengajaran?” soal setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media lewat petang tadi.

AWAS TELUR TIRUAN DI PULAU PINANG

Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang. Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.
Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

“Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya.

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

“Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu,” katanya.

Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.

- Bernama

Friday, March 25, 2011

KECOH SEMALAM KISAH GADIS CUBA BUNUH DIRI KAT KB MALL

Apa nak jadi? Semalam dah kecoh dengan cerita ni tapi aku baru berkesempatan baca cerita mengenainya hari nie. kisah seorang gadis berusia dalam 20an yang diberitakan mahu membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga pusat membeli belah KB Mall di Kota Bharu setinggi 30 meter.Masalah cinta punya pasal sanggup bunuh diri.Adoiiiyaii.


Nasib baik Tilam jadi penyelamat. Gadis tersebut tergantung kira-kira tiga minit sambil dipaut oleh anggota bomba sebelum jatuh dan mendarat atas tilam yang dipinjam dari premis berdekatan. Perghh..cukup dramatik babak yang dipaparkan kat Harian Metro hari ni. Dah tak ingat Nyawa lagi dah gadis ni..


Semakin hari semakin teruk rasanya masalah remaja sekarang nie. Sanggup bunuh diri kerana masalah cintalah,sanggup lari dengan boyfriendlah, sanggup membunuhlah dan banyak lagi. Sesuatu yang agak membimbangkan Trend anak muda sekarang ini. Aku rasa bukan hanya ibu bapa perlu memainkan peranan tetapi masyarakat juga perlu prihatin.


Yelah..kena sibukkan diri mungkin ada sesuatu yang tak betul bakal berlaku. Bukan nak jaga tepi kain orang, tetapi mungkin tindakan kita boleh menyelamatkan sesuatu yang berharga iaitu NYAWA. Jadilah masyarakat perihatin.Pihak kementerian berkaitan juga perlu sama menjalankan tanggungjawab agar dapat sama-sama menyelesaikan masalah ini bersama.

Tuesday, March 22, 2011

Harga getah turun hingga 48 peratus

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal berada di paras tinggi sejak 5 tahun lalu hanyalah pada kedudukan umum, tetapi kini para penoreh getah kembali terhimpit apabila harga komoditi utama itu telah turun mendadak sehingga 48 peratus.

Sehubungan itu, kerajaan diminta menubuhkan stok pengimbal getah negara bagi mengawal harga komoditi utama itu agar terus kekal tinggi dan tidak naik dan turun mendadak.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjelaskan, penurunan harga getah sehingga 48 peratus berlaku sejak dua minggu lalu apabila harga sekilogram getah sekerap hanya RM4.60 berbanding harga tertinggi sebelum ini RM8.80 sekilogram.

Menurut beliau, penurunan harga sehingga RM4.20 sekilogram itu tentunya amat membebankan para penoreh getah, tetapi harga itu juga belum diketahui sama ada akan terus bertahan pada paras itu atau akan terus turun lagi sehingga lebih membebankan para penoreh getah di kampung-kampung.

Katanya, untuk menjaga kebajikan para petani, peneroka dan penoreh getah, beliau telah bertanyakan kepada pihak kerajaan apakah langkah yang dilakukan agar harga komoditi utama itu terus kekal tinggi menerusi soalan tambahan pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

"Jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin itu memang betul, tetapi ia tidak merujuk kepada keadaan sebenar harga getah sejak dua minggu kebelakangan ini yang telah turun mendadak sehingga sebanyak itu," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Semalam ketika menjawab pertanyaan Wan Abdul Rahim, Hamzah menjelaskan harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal di paras tinggi sejak 5 tahun lalu.

Contohnya, harga purata minyak sawit mentah (crude palm oil - CPO) pada tahun 2010 adalah di paras RM3,620 setan berbanding dengan RM1,395 setan pada tahun 2005, iaitu kenaikan sebanyak 159 peratus dalam tempoh 5 tahun.

Bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 pula, harga purata CPO adalah RM3,789 berbanding RM2,532.50 dalam tempoh yang sama pada tahun 2010.

Harga getah gred SMR 20 telah meningkat daripada RM5.23 sekilogram pada tahun 2005 kepada RM10.58 sekilogram pada tahun 2010. Paras tertinggi dalam sejarah yang telah dicapai adalah RM17.17 sekilogram iaitu pada 18 Februari 2011. Manakala bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 harga purata gred SMR 20 adalah RM16.26 sekilogram.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Wan Abdul Rahim menjelaskan, penurunan harga getah sehingga hampir 50 peratus itu sebenarnya bukan berpunca dari kekurangan permintaan terhadap getah asli di seluruh dunia, tetapi disebabkan stok yang tinggi atau berlebihan di kilang-kilang getah sehingga menyebabkan pihak kilang kurang melakukan pembelian daripada para penoreh.

"Apabila pihak kilang telah menghantar atau mengeksport dalam kuantiti yang banyak ke luar negara, harga getah akan tinggi kembali, tetapi kita tidak pasti bila akan berlaku dan akan bertahan selama mana," katanya.

Untuk membolehkan harga getah terus kekal tinggi, beliau menyarankan pihak kerajaan agar mengawal selia kedudukan pengilang-pengilang supaya penurunan sebanyak itu tidak berlaku.

Selain itu, beliau juga menyarankan kerajaan agar mewujudkan semula stok pengimbal getah negara supaya dapat mengawal harga getah secara langsung bagi membolehkan harga getah terus kekal tinggi demi kepentingan para penoreh dan negara.

Dalam masa yang sama, beliau turun mengingatkan pihak kerajaan agar turut memikirkan tentang kepentingan mengembalikan semula kedudukan negara sebagai negara pengeluar getah asli utama dunia dengan melakukan beberapa langkah yang diperlukan, memandangkan Malaysia kini berada di tangga kedua di belakang Thailand dalam senarai pengeluar getah dunia.

"10 tahun lalu, harga getah (sekerat) hanya 35 sen sekilogram. Kini harganya memang dah jauh lebih tinggi, tetapi turun pula hingga 48 peratus dua minggu lalu. 40 tahun lalu juga, Malaysia adalah pengeluar utama getah dunia dan kerajaan turut ujudkan stok pengimbal getah negara.

"Kini kita minta kerajaan wujudkan kembali stok pengimbal getah negara dan lakukan beberapa langkah bagi mengembalikan kedudukan negara sebagai pengeluar getah utama dunia.

"Kita tak rugi kalau terus menjadi pengeluar getah utama dunia kerana permintaan terhadap getah asli dunia tidak pernah berkurangan. Contohnya Jepun. Di Jepun, getah asli digunakan sebagai tapak pembinaan bangunan. Selain Jepun, getah asli juga turut diimport oleh negara-negara lain lagi," ujar beliau.

Wednesday, January 19, 2011

Wang syiling RM74,000 bertaburan di lebuh raya PLUS

  PEKERJA Propel menyodok duit syiling yang bertaburan  selepas kereta pacuan empat   yang membawanya   terbalik.
PEKERJA Propel menyodok duit syiling yang bertaburan selepas kereta pacuan empat yang membawanya terbalik.
REMBAU: Sebahagian daripada RM74,000 wang syiling bertaburan di tengah lebuh raya selepas sebuah pacuan empat roda yang mengisi wang itu dalam sebuah tong besar terbalik di Kilometer 244 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, sebuah Toyota Hilux dipercayai milik syarikat mengedarkan wang syiling kepada premis perniagaan di Melaka, terbabas sebelum terbalik ke tepi jalan akibat dirempuh sebuah kenderaan lain.
Berikutan itu, sebahagian syiling didakwa mencecah RM74,000 disimpan dalam sebuah tong besar, bertaburan di sekitar kawasan berkenaan, sebelum disedari pengguna jalan raya yang kemudian berhenti mengutip wang itu.
Mereka kebanyakannya penunggang motosikal meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan dan mengutip syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen itu dengan memasukkannya ke dalam topi keledar, plastik serta beg yang dibawa.

Keadaan itu menyebabkan polis dan petugas PLUS menutup laluan itu selama lebih 10 minit bagi mengelak mereka dilanggar kenderaan lain, sekali gus menyebabkan kesesakan serius.

Thursday, December 2, 2010

(Gambar) Warga Asing Buat Pesta Khas Di Tapak Pembinaan


Parah! Terima kasih kepada mr_x*** dari sebuah laman forum terkenal kerana pendedahan ini. Untuk makluman, saya sudah membuat pemberitahuan (permohonan) untuk menyiarkan kembali gambar ini di myberita.com tetapi masih tiada kebenaran lagi dari beliau. Oleh yang demikian, saya mengambil inisiatif untuk menyiarkan juga pendedahan ini atas dasar ingin berkongsi maklumat ini kepada pengunjung. Jika mr_*** tidak membernarkan, saya sedia memadam entri ini. Namun apa yang saya katakan tadi adalah, niat saya hanyalah untuk berkongsi kepada pengunjung sahaja bahawa perkara ini tidak harus dipandang remeh.

Mengikut penjelasan beliau, gambar yang sumber asalnya dari FB ini telah dirakam sekitar bulan lepas (November 2010) di sebuah tapak pembinaan dipercayai berhampiran Hospital Sungai Buloh. Gambar ini juga membuktikan bahawa betapa senang dan bebasnya warga asing (tak payah sebut la warga mana… tengok muka pun anda tahu rasanya) melakukan kegiatan tidak bermoral tanpa rasa takut.

Saya tidak salahkan pihak berkuasa 100 peratus dalam hal ini. Maklumlah, tidak ada mana-mana penjenayah atau orang yang nak berbuat jahat di hadapan pihak berkuasa. Secara logiknya, pasti mereka akan mencari tempat yang tersembunyi jauh dari pengetahuan pihak berwajib. Namun, ada kalanya perkara-perkara ini diketahui oleh pihak berkuasa tetapi tiada tindakan susulan di ambil.

Gambar pesta di bawah ini seolah-olah menjadikan kawasan tersebut satu perkampungan kecil bagi mereka, disamping mengadakan pesta, mereka juga dilihat turut membawa minuman keras dan wanita sebagai pelengkap pesta mereka. Layankan! (sesetengah gambar telah saya “mosaic”kan rupa parasnya..hehe)

apa kes la nih? teguk arak, siap pakai songkok pulak tuh. Bagi saya, tidak kisah samada gambar ini gambar baru atau lama, tetapi pendedahan ini membuktikan bahawa “gersang”nya warga asing kepada budaya mereka. Sedikit sebanyak ianya akan menyumbang kepada gejala sosial dan jenayah di Malaysia. Lagipun, indeks jenayah di Malaysia meningkat juga rata-rata dari warga asing..

p/s : Goyang pakk!! jangan tak goyang!!

pp/s : Jika pembaca hendak memberi komen, harap ditumpukan kepada masalah diatas sahaja, tak payah la berkonfrantasi dengan makhluk nih.. lebih-lebih lagi melibatkan negara.. faham-faham saja la..

Tuesday, September 21, 2010

Pembunuhan kejam Sosilawati: Dua senasib Wati

Shafik Abdullah
Shafik Abdullah
Kontraktor, rakan hilang selepas temui suspek utama kes pembunuhan
jutawan kosmetik


KUALA LUMPUR: Dua lagi individu, Shafik Abdullah, 37, dan sahabat baiknya semalam disahkan hilang selepas menemui suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, April lalu.
Shafik seorang kontraktor dari Sungai Petani, Kedah bersama rakannya itu dilaporkan hilang oleh keluarga mereka lima bulan lalu selepas dipercayai menemui peguam berkenaan di satu lokasi di ibu negara atas urusan perniagaan. Sumber memberitahu Berita Harian, buat masa ini, kedua-dua kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti kaitannya dengan suspek utama kes Sosilawati.
Kehilangan mereka sudah dirujuk kepada Ibu pejabat Polis Daerah (Brickfields) untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, melihat kepada modus operandinya, besar kemungkinan kehilangan mereka ada kaitan dengan suspek utama, katanya.

Sumber berkata, modus operandi kehilangan dua sahabat itu hampir sama dengan kes membabitkan jutawan kosmetik berkenaan sebelum dibunuh bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38 di sebuah ladang persendirian milik suspek di Morib, Banting.
Kedua-dua mangsa memberitahu keluarga masing-masing hendak ke ibu negara bertemu seseorang (peguam), dipercayai suspek utama kes Sosilawati atas urusan perniagaan sebelum hilang.

Malah, telefon bimbit juga gagal dihubungi, menyebabkan keluarga masing-masing diselubungi kebimbangan, lebih-lebih lagi selepas kes Sosilawati terbongkar.

Polis menemui kereta jenis Honda Stream milik Shafik di sebuah kondominium di ibu negara Mei lalu selepas keluarga mereka membuat laporan polis.

Polis ketika itu menyiasatnya sebagai kes orang hilang sehinggalah pembunuhan kejam Sosilawati terbongkar kerana kedua-dua mangsa dipercayai menemui peguam yang sama, katanya.

Menurut sumber, kedua-dua individu terbabit bukan saja sahabat baik, malah dipercayai rakan kongsi dalam perniagaan batu permata.

Sementara itu, isteri Shafik, Samson Nahar Mohd Dali berkata, dia dimaklumkan polis, 95 peratus kemungkinan suaminya adalah antara mangsa penjenayah kejam itu dan kini hanya menunggu pengesahan.

Katanya, berita itu dimaklumkan polis ketika berada di Banting, Selangor pada hari raya ketiga, 12 September lalu untuk membantu siasatan.

"Saya sedih bila mendapat tahu keadaan itu namun saya masih berharap agar peluang yang tipis itu akan bertukar menjadi satu keajaiban dan saya dapat bertemu kembali dengan suami," katanya.

Selain Shafik dan rakannya itu, Berita Harian sebelum ini turut melaporkan kehilangan saudagar batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India sejurus tiba di Malaysia untuk meninjau peluang perniagaan, 18 Januari lalu selepas diyakini oleh suspek dan adik lelakinya, juga seorang peguam untuk berbuat demikian.

Allal yang mempunyai perniagaan hartanah, restoran, kewangan dan barang kemas dilaporkan hilang selepas dijemput kedua-dua suspek terbabit sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Isterinya, S Usharani, 24, dipetik berkata, kali terakhir suaminya menelefonnya pada 18 Januari sebaik tiba di KLIA dan memaklumkan sudah dijemput oleh kedua-dua beradik berkenaan, seterusnya dibawa ke Banting sebelum hilang serta gagal dikesan hingga ke hari ini.

Sumber berkata, nasib semua individu terbabit masih belum dapat dipastikan, malah usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan berdasarkan maklumat diperoleh daripada kedua-dua suspek utama itu, selain enam lagi pekerja ladang persendirian milik mereka yang turut ditahan bagi membantu siasatan.

Usaha juga sedang dijalankan bagi mengenalpasti kes-kes lain seumpamanya yang mempunyai kaitan dengan mereka, katanya.

Monday, September 20, 2010

Tanah KTMB: Mungkinkah rakyat ditipu lagi

KUALA LUMPUR, 21 Sept: “Adakah rakyat Malaysia ditipu lagi menerusi jualan hartanah terbaru milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)?” tanya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Menurutnya, tapak seluas 8 hektar dan bernilai RM400 juta itu terletak di belakang bekas ibupejabat Unilever di Jalan Bangsar dan dijual kepada Pelaburan Hartanah Bumiputera Berhad yang kini dikenali sebagai Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), untuk jumlah yang jauh lebih rendah daripada harga semasa iaitu sebanyak RM50 juta.

Katanya, pelaburan Hartanah Berhad adalah anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, sebuah yayasan ditubuhkan pada tahun 2006 dengan modal RM2 bilion, untuk meningkatkan pemilikan hartanah bumiputra.

Tanah itu, ujarnya yang dianggarkan bernilai RM500 per kaki persegi, berkemungkinan digunakan sebagai sumber pendapatan tetap untuk KTMB, selari dengan niat awal tanah tersebut yang sepatutnya digunakan untuk kegunaan sistem kereta api.

Beliau berkata, KTMB juga sepatutnya boleh membangunkan tanah tersebut secara usahasama ataupun menerima pulangan menerusi sewaan tanah yang dapat memberikan pendapatan berterusan bagi KTMB.

“Cara sebegini adalah cara bagaimana perkhidmatan MRT di Hong Kong dan Singapura serta London Underground mempertahankan perkhidmatan kereta api mereka untuk kepentingan awam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mekanisma pulangan sebegini bukan sahaja dapat menyelamatkan prestasi kewangan KTMB yang kini dalam kerugian, tetapi juga berpeluang membantu rakyat menerusi penurunan harga tiket dan penyediakan perkhidmatan yang lebih cekap untuk rakyat.

Namun, tambahnya kerajaan memutuskan supaya tanah KTMB di Jalan Bangsar ini dipindah milik kepada Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera.

“Justeru, dapatkah kita andaikan bahawa selepas dibangunkan semula, unit-unit pembangunan akan dijual kepada Bumiputera dengan harga diskaun?” soalnya.

Beliau juga mempersoalkan memandangkan tanah KTMB diperolehi oleh PHB dengan diskaun sebanyak 80%, bagaimanakah ianya dapat dinikmati oleh golongan bumiputera.

“Adakah akan terdapat kawalan bagi memastikan pemilikan Bumiputera semasa penjualan unit-unit pembangunan nanti?”

“Ataupun rakyat terpaksa menelan kekecewaan apabila sekali lagi terpaksa menerima penggunaan tanah kerajaan untuk memperkaya golongan terpilih?” soalnya lagi.

Justeru, beliau benar-benar berharap bahawa penjualan tanah KTMB tidak dimanipulasikan atas nama mempertahankan hak bumiputera.

“Kita tidak mahu dasar hartanah Bumiputera disalahgunakan seperti dalam kes PKFZ,” ujarnya.

Beliau turut memberikan berikut:

1) Orang tertentu yang berkepentingan akan menggunakan syarikat persendirian (seperti dalam PKFZ) atau agensi kerajaan atau badan berkanun untuk mewajarkan pembelian tanah kerajaan pada kadar diskaun yang sangat tinggi. Perbezaan ini dikenali sebagai jurang nilai.

2) Semasa fasa pembangunan hartanah, mereka yang berkepentingan akan mendapat faedah sama ada daripada projek usahasama yang berat sebelah, atau melalui kontrak-kontrak yang dianugerahkan kepada kawan-kawan dan keluarga. Ia pastinya dianugerahkan melalui rundingan terus, atau proses tender yang kabur, dengan kos yang melampau, dan akhirnya sub-kontraktor diberi bayaran sangat rendah, supaya untung kontraktor utama dapat dimaksimumkan.

3) Kos pembangunan yang tinggi melampau itu kemudiannya bolehlah digunakan syarikat yang terlibat untuk mendapat pinjaman kerajaan seperti kes jaminan kerajaan untuk bon-bon persendirian dalam kes PKFZ.

4) Syarikat-syarikat kroni ini kemudiannya akan menjual pula unit-unit yang sudah siap untuk golongan bumiputera pada harga diskaun. Walaupun dengan diskaun, harga-harganya masih dikira tinggi untuk rakyat biasa.

5) Pemilik-pemilik bumiputera ini kemudiannya akan dibenarkan untuk menjual hartanah ini pada harga pasaran sebenar (mungkin juga boleh dipaksakan penjualan kepada agensi kerajaan untuk dijadikan pejabat) dengan untung yang sangat besar setelah dicampur dengan jurang nilai.

6) Untungnya akan mengalir ke tangan-tangan persendirian dan bukannya institusi bumiputera. Ini seperti merompak Ahmad untuk membayar Ali (baba).

7) Jika projek ini berakhir tanpa nilai komersial dan tidak mendatangkan keuntungan, sudah tentu kerajaan akan sedia untuk menyelamatkannya dan menggunakan hujah membela bumiputera, untuk menegakkan benang basah.

“Bentuk manipulasi keuntungan ini juga dikenali sebagai ketirisan ekonomi.

“Sama seperti transaksi tanah KTMB di Tanjung Pagar, Singapura, urusan terbaru ini menimbulkan banyak tanda tanya,” kata Nurul Izzah lagi.

Ini, katanya seperti satu bentuk subsidi tidak langsung yang hanya menguntungkan segelintir rakyat sahaja sedangkan pada masa yang sama, subsidi untuk majoriti sudah ditarik.

“Saya harap saya salah dalam hal ini. Saya akan memantau perkembangan projek ini dengan lebih dekat, kerana rakyat mengharapkan kepada kerajaan yang telus dan bertanggungjawab,” ujarnya.

Oleh itu, dalam sesi parlimen akan datang, beliau akan mencadangkan penubuhan kaukus antara parti untuk pelaksanaan dasar-dasar Bumiputera dengan matlamat mengeluarkan laporan tahunan kepada awam tentang hasil dan penerima faedah dasar-dasar itu.

“Saya harap, rakyat akan menyertai saya dalam menuntut kerajaan bersikap lebih telus dan bertanggungjawab,” katanya.

Sunday, September 19, 2010

23 wanita warga asing tawar khidmat seks diberkas di spa

je 01.1 23 wanita warga asing tawar khidmat seks diberkas di spa

TIGA anggota polis termasuk seorang anggota wanita memeriksa dua wanita warga asing yang mengalami kecederaan dan hanya mampu terbaring selepas terjun dari tingkap sebuah pusat kesihatan di hotel tiga bintang di Klang, malam kelmarin.
KLANG 19 Ogos – Walaupun pernah diserbu awal tahun ini kerana menawarkan perkhidmatan seks, pemilik spa yang beroperasi di sebuah hotel tiga bintang di sini masih belum serik dan terus menjalankan aktiviti tidak bermoral itu secara sembunyi-sembunyi.

Bagaimanapun kegiatan itu berjaya dihidu pihak polis dan seramai 23 wanita warga asing Indonesia dan China berusia antara 20 tahun hingga 30 tahun dipercayai tukang urut yang menawarkan khidmat seks diberkas di pusat tersebut dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam tadi.

Semasa serbuan, enam daripada wanita yang cuba melarikan diri mengalami kecederaan akibat terjatuh di atas tempat letak kereta di tingkat lima hotel tersebut.

Sementara seorang lagi wanita ditemui dalam keadaan berbogel bersama seorang pelanggan di atas katil di dalam spa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, turut diberkas dalam serbuan itu ialah dua lelaki tempatan yang bertugas sebagai penjaga spa tersebut, masing-masing berusia 20 dan 46 tahun serta empat pelanggan.

“Akibat cuba melarikan diri, enam daripada wanita yang diberkas cedera di kaki dan bahagian punggung.

“Polis menemui banyak kondom yang sudah digunakan berselerak dalam beberapa bilik khas dipercayai digunakan untuk khidmat seks kepada pelanggan spa ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kata beliau, kesemua mereka yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ujar beliau, siasatan awal polis mendapati, pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat seks di situ akan meminta pakej urut dalam bilik dan dikenakan bayaran antara RM150 hingga RM200 untuk sesi sejam.

Tambahnya, kesemua wanita warga asing yang diberkas di spa tersebut disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

/// utusanmalaysia ///

Utara: Seks dalam kereta

SEORANG  pelacur menunggu pelanggan di pekarangan Stadium Darulaman.

SEORANG pelacur menunggu pelanggan di pekarangan Stadium Darulaman.

ALOR SETAR: Kehadiran Ramadan yang mulia ini seolah-olah tidak membawa sebarang makna bagi pelacur dan pondan serta pelanggan mereka yang kebanyakannya beragama Islam apabila tidak segan silu melakukan tawar menawar di lokasi baru mereka di perkarangan Stadium Darulaman, di sini.

Pelacur dan pondan terbabit dipercayai baru menjadikan pekarangan stadium itu sebagai `port’ mereka berikutan kawasan lama di sekitar Stesen Keretapi Alor Setar kini dibangunkan untuk projek landasan elektrik berkembar Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).

Tinjauan Berita Harian mendapati mereka memulakan operasi jam 11 malam hingga jam 4 pagi. Mereka juga dikatakan mengambil kesempatan daripada pelanggan yang datang ke perkarangan stadium di situ untuk membeli belah di bazar lewat pagi `uptown’ di situ.

Tinjauan malam kelmarin juga mendapati kira-kira 20 pelacur dan pondan berusia antara 20-an hingga 40-an berlegar di situ mencari pelanggan yang kebanyakannya datang dengan kereta dan motosikal.

Apa yang dikesalkan mereka kebanyakannya beragama Islam itu sedikit pun tidak rasa bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu di bulan yang mulia ini, termasuk pelanggan mereka yang ketagih seks dan tidak dapat membendung gelodak nafsu serakah, walaupun di bulan puasa ini.

Pelacur dan pondan yang berpakaian menjolok mata itu dilihat menunggu di kawasan yang agak gelap di situ dan akan melakukan tawar menawar apabila ada pelanggan sama ada berkereta atau bermotosikal datang.

Sebahagian mereka bertindak berani apabila dipercayai melakukan seks oral di dalam kereta pelanggan tanpa mempedulikan orang yang lalu lalang di situ, selain ada yang dibawa pelanggan menaiki kenderaan ke lokasi tertentu dipercayai untuk melakukan hubungan seks.
Mereka mungkin menuju ke kawasan sunyi dan gelap di sekitarnya untuk melampiaskan nafsu serakah di dalam kereta kerana kebanyakan kenderaan terbabit dilihat membawa pelacur atau pondan terbabit tidak lama, sebelum menghantarnya semula ke situ.

Difahamkan, pelacur dan pondan terbabit mengenakan harga antara RM20 dan RM40 untuk sekali perkhidmatan, manakala untuk seks oral pula bayarannya boleh dibincang.

Seorang pengunjung, Ahmad Shafie, 54, berkata dia tidak menyangka ada kegiatan pelacuran di perkarangan stadium itu kerana ia adalah lokasi tumpuan ramai, terutama dengan adanya bazar lewat pagi dan gerai menjual pakaian untuk Aidilfitri ini.

“Saya datang bersama keluarga untuk membeli-belah sempena Aidilfitri dan terkejut apabila mendapati sekumpulan wanita dan pondan berpakaian menjolok mata berlegar di tempat letak kereta di situ, katanya.

Seorang peniaga makanan di situ, Ismail Hanafi, 35, berkata, sebelum ini bilangan pelacur dan pondan yang mencari makan di situ tidak ramai, tetapi sejak Ramadan ini jumlahnya meningkat dipercayai berikutan kehadiran ramai pengunjung di bazar lewat pagi di situ.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Datuk Khairudin Zin ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima maklumat mengenai gejala yang menjijikkan itu dan akan mengadakan operasi membanteras kegiatan tidak bermoral itu.

/// bharian ///