Followers
Search This Blog
JOM LAYAN " OMBAK RINDU".
Saturday, July 21, 2012
Senarai 27 Pemain Malaysia menentang Arsenal dan Manchester City
Friday, June 22, 2012
Dapatkan Tiket Perlawanan Bola Sepak Malaysia Vs Manchester City
![]() |
Manchester City FC VS Malaysia |
Friday, June 8, 2012
Perlawanan persahabatan: Malaysia Singapura 2-2


Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia vs Singapura 8 Jun 2012
Pastinya perlawanan ini akan menjadi perlawanan yang perlu dimenangi oleh skuad Harimau Malaya selepas hanya mencatat keputusan seri di gelanggang sendiri ketika perlawanan persahabatan menentang Filipina tempoh hari. Perlawanan ini juga perlu menang bagi mengelakkan ranking FIFA bagi skuad kendalian K Rajagopal semakin jauh.

Image Hosting
Sememangnya cabaran berat menanti pasukan Harimau Malaya tapi mereka perlu menang bagi membalas dendam kekalahan memalukan ketika kelayakan Piala Dunia pada pertemuan terakhir sebelum ini. Apapun kita tunggu dan saksikan perlawanan tersebut serta memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada skuad Harimau Malaya.
Malaysia vs Singapura 2-2 (1-0)Separuh Masa pertama
Azamudin Akil minit 42Perlawanan pada separuh masa pertama agak kurang berkesan. Jentera tengah, K Gurusamy dan Safiq Rahim tidak dapat menyalurkan peluang kepada penyerang. Pasukan Singapura lebih banyak menguasai bahagian tengah dan mencipta beberapa peluang. Nasib baik penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat beraksi cemerlang menyelamatkan sekurang-kurangnya 3 percubaan tepat dari pemain Singapura.
Pada hujung saingan, jurulatih K Rajagopal melakukan pertukaran dengan menggantikan pemain sayap N.Sembilan, Shahruain dengan penyerang Pahang, Azamuddin Akil dan taktik tersebut berkesan. Pada awal kemasukan, beliau berjaya melakukan cubaan tepat ke dalam gol namun diselamatkan oleh penjaga gol Singapura. Di minit ke 42 usaha pasukan Harimau Malaya terbalas apabila pemain gantian, Azamudin Akil berjaya menjaringkan gol dari jarak dekat.Separuh Masa Kedua 2-2
Safiq Rahim minit 60
Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan penalti pada minit 82.
Singapura Shahdan Sulaiman minit 84
Singapura Qiu Li minit 92Perlawanan pada separuh masa terdapat peningkatan oleh pemain Malaysia sehingga mendapat beberapa peluang. Ketua pasukan, Safiq Rahim berjaya menyempurnakan sepakan percuma tu. Secara tiba-tiba pasukan Singapura mendapat penalti hasil tindakan Khairul Fahmi yang menjatuhkan pemain pasukan lawan. Namun sepakan penalti itu berjaya diselamatkan oleh penjaga gol pertama negara dengan cemerlang. Tapi nampaknya terdapat kesalahan lain yang menyebabkan berlakunya sepakan percuma di dalam kotak penalti. Ia terus membuahkan hasil dengan jaringan dari pemain Singapura. Dengan konsentrasi yang terganggu kesempatan itu digunakan oleh pasukan Singapura bila pemain gantian Qu Li menjaringkan gol pada minit-minit terakhirTemuramah selepas perlawanan dengan jurulatih K Rajagopal
Friday, February 17, 2012
Konsert Avril Lavigne Live Di Malaysia hari ini
“Valentine’s Day is Officially Postponed to 18 February!” Peminat pop rock kini boleh melepaskan kerinduan terhadap kekasih anda, Avril Lavigne yang akan membuat persembahan secara Live di Stadium Merdeka pada 18 Februari 2012 bermula jam 8:30pm.
Istimewa sekali, siri jelajah Avril Lavigne Black Star Concert Live In Malaysia ini dipersembahkan oleh Tune Talk dan dibawa khas kepada anda oleh JS Concert Productions. Siri Black Star tour ini turut menjejak kaki di negara Asia, Amerika dan Eropah.
Ketua Pengarah Eksekutif TuneTalk, Jason Lo berkata “Kami amat berbangga kerana dapat mempersembahkan Avril Lavigne secara Live di Malaysia! Kami sering mendengar pandangan peminat muzik tempatan yang inginkan pengalaman menonton persembahan daripada penghibur bertaraf dunia. Tambahan lagi, sebagai syarikat telekomunikasi, kami ingin menawarkan kelainan kepada semua pasangan kekasih yang menyambut hari Valentine. Drop the cliché roses and chocolates and have a good time rocking instead!”
Tiket Avril Lavigne Black Star Concert Live In Malaysia boleh dibeli melalui lokasi berikut :
- Pengedar Tune Talk terpilih
- Rock Corner (KLCC, Subang Parade, The Gardens, Mid valley Megamall, The Curve)
- Victoria Music Centre
- The Guitar Store Outlets
Harga tiket bermula dengan RM298 (Tune Talk Zone); RM198 (Rock Zone) dan RM98 (Regular), kini boleh dibeli secara online di www.ticketpro.com.my.
Bagi yang inginkan tiket secara percuma, anda boleh log masuk ke laman Facebook www.facebook.com/tunetalk untuk keterangan lanjut.