Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, June 8, 2012

Perlawanan persahabatan: Malaysia Singapura 2-2


Skuad Harimau Malaya gagal mempamerkan aksi cemerlang untuk mencatat kemenangan apabila hanya terikat seri 2-2 dengan Singapura dalam perlawanan persabahatan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini.
Skuad kendalian jurulatih Datuk K.Rajagobal yang banyak menguasai permainan sejak awal perlawanan membuka tirai jaringan apabila jaringan Azamudin Akil pada minit ke-42 berjaya membolosi pintu gawang lawan untuk memperoleh gol pertama pasukan Malaysia.
Bersambung babak kedua, Malaysia yang semakin mengasak kubu pasukan tuan rumah terus berhasil mencipta gol apabila jaringan Syafiq Rahim pada minit ke-60 berjaya untuk mendahului Singapura 2-0.
Bagaimanapun, kegembiraan skuad Malaysia untuk melakar kemenangan berharga tidak kesampaian setelah Singapura berjaya mengikat kedudukan 2-2 pada minit-minit terakhir perlawanan.
Ketinggalan 0-2 di belakang Malaysia, langsung tidak mematahkan semangat anak didik kendalian Radojko Avramovic untuk memburu gol.
Sebaliknya, bermain di halaman sendiri dengan kehadiran 15,000 penyokong, nyata memberikan semangat kepada pasukan tuan rumah untuk mencari gol pada saat-saat akhir.
Asakan bertubi-tubi pasukan tuan rumah akhirnya membuahkan hasil apabila jaringan Shahdan Sulaiman pada minit ke-86 berjaya menewaskan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat untuk mencipta gol pertama.
Selang beberapa minit, Qui Li menjadi wira Singapura untuk mengikat keputusan seri 2-2 sekali gus menyelamatkan pasukan itu daripada kekalahan di halaman sendiri.
Keputusan seri ini juga sekali gus membuktikan pasukan Singapura sememangnya kebal di gelanggang sendiri apabila berjaya mengeka;kan rekod tanpa kalah menentang Malaysia sejak 2006 dalam empat pertemuan dengan mencatap dua kemenangan dan satu seri.
selepas ini, Skuad Harimau Malaya akan menerima kunjungan Singapura untuk perlawanan timbal balik di Stadium Shah Alam pada 12 Jun ini.
Sinar

No comments:

Post a Comment