Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, June 8, 2012

Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia vs Singapura 8 Jun 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Malam ini akan berlangsungnya perlawanan persahabatan antara pasukan bolasepak Malaysia menentang pasukan jiran, Singapura. Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Jalan Besar pada malam ini dan akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena jam 8.00 malam.
Pastinya perlawanan ini akan menjadi perlawanan yang perlu dimenangi oleh skuad Harimau Malaya selepas hanya mencatat keputusan seri di gelanggang sendiri ketika perlawanan persahabatan menentang Filipina tempoh hari. Perlawanan ini juga perlu menang bagi mengelakkan ranking FIFA bagi skuad kendalian K Rajagopal semakin jauh.

Image Hosting
Sememangnya cabaran berat menanti pasukan Harimau Malaya tapi mereka perlu menang bagi membalas dendam kekalahan memalukan ketika kelayakan Piala Dunia pada pertemuan terakhir sebelum ini. Apapun kita tunggu dan saksikan perlawanan tersebut serta memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada skuad Harimau Malaya.
Keputusan perlawanan persahabatan – Malaysia vs Singapura 8.6.2012
Malaysia vs Singapura 2-2 (1-0)
Separuh Masa pertama

Azamudin Akil minit 42
Perlawanan pada separuh masa pertama agak kurang berkesan. Jentera tengah, K Gurusamy dan Safiq Rahim tidak dapat menyalurkan peluang kepada penyerang. Pasukan Singapura lebih banyak menguasai bahagian tengah dan mencipta beberapa peluang. Nasib baik penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat beraksi cemerlang menyelamatkan sekurang-kurangnya 3 percubaan tepat dari pemain Singapura.
Pada hujung saingan, jurulatih K Rajagopal melakukan pertukaran dengan menggantikan pemain sayap N.Sembilan, Shahruain dengan penyerang Pahang, Azamuddin Akil dan taktik tersebut berkesan. Pada awal kemasukan, beliau berjaya melakukan cubaan tepat ke dalam gol namun diselamatkan oleh penjaga gol Singapura. Di minit ke 42 usaha pasukan Harimau Malaya terbalas apabila pemain gantian, Azamudin Akil berjaya menjaringkan gol dari jarak dekat.
Separuh Masa Kedua 2-2 

Safiq Rahim minit 60
Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan penalti pada minit 82.
Singapura Shahdan Sulaiman minit 84
Singapura Qiu Li minit 92
Perlawanan pada separuh masa terdapat peningkatan oleh pemain Malaysia sehingga mendapat beberapa peluang. Ketua pasukan, Safiq Rahim berjaya menyempurnakan sepakan percuma tu. Secara tiba-tiba pasukan Singapura mendapat penalti hasil tindakan Khairul Fahmi yang menjatuhkan pemain pasukan lawan. Namun sepakan penalti itu berjaya diselamatkan oleh penjaga gol pertama negara dengan cemerlang. Tapi nampaknya terdapat kesalahan lain yang menyebabkan berlakunya sepakan percuma di dalam kotak penalti. Ia terus membuahkan hasil dengan jaringan dari pemain Singapura. Dengan konsentrasi yang terganggu kesempatan itu digunakan oleh pasukan Singapura bila pemain gantian Qu Li menjaringkan gol pada minit-minit terakhir
Temuramah selepas perlawanan dengan jurulatih K Rajagopal
Agak menyedihkan bila pasukan bimbingan K Rajagopal masih tidak mampu mendapat kemenangan. Cuma dalam perlawanan ini terdapat jaringan oleh pasukan kebangsaan. Secara peribadi saya berpendapat bahawa barisan pemain tengah perlu diperkuatkan memandangkan jentera tengah agak kurang. Sukar untuk pemain penyerang mendapatkan bola sekaligus menghadiahkan jaringan untuk pasukan kebangsaan.
Sekian

No comments:

Post a Comment