Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, May 31, 2011

30,000 tiket final Piala FA untuk Terengganu

2011/06/01

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hanya diperuntukkan 30,000 tiket perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukti Jalil, 11 Jun ini, yang akan mula dijual kepada peminat negeri itu di Stadium Sultan Ismail, Kuala Terengganu, jam 10 pagi ini.


Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh berkata, tiket bagi tempat biasa berharga RM30 manakala tempat duduk berbumbung berharga RM50.
Katanya, sebanyak 10,000 keping tiket sudah ditempah persatuan bola sepak daerah negeri itu dan baki 20,000 akan dijual kepada orang ramai.
Jumlah tiket yang sama diperuntukkan kepada Kelantan manakala 25,000 keping lagi akan dijual di Bukit Jalil bagi membolehkan peminat kedua-dua pasukan di Lembah Klang tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan akhir itu.

“Saya mengharapkan rakyat Terengganu yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur serta tempat lain datang beramai-ramai untuk memberi sokongan moral kepada skuad negeri ini untuk menghadapi Kelantan,” katanya.

Che Mat berkata, Terengganu yang menjulang Piala FA pada 2000 dan mara ke perlawanan akhir 2004 tetapi tewas kepada Perak, berazam untuk membawa pulang piala berprestij itu ke Kuala Terengganu musim ini dan yakin skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim mampu mempamer persembahan mantap pada aksi kemuncak itu.

“Terengganu juga berdepan Kelantan bagi perlawanan Liga Super Isnin ini dan jika menang dan menduduki tempat teratas liga, ia pasti menyuntik semangat buat pemain.”

Monday, May 30, 2011

Perhimpunan Sejuta Belia 2011 - Putrajaya


Berakhir sudah perhimpunan sejuta belia 2011 di Putrajaya. Sy difahamkan perhimpunan ini berjaya mencapai matlamatnya bagi mengumpulkan sekurang-kurangnya 1 juta belia bagi 3 hari perhimpunan ini dijalankan. Perhimpunan yg penuh dengan pengisiannya ini juga telah berjaya memperkenalkan Putrajaya kepada semua lapisan masyarakat didalam dan diluar bandar.

Sy yakin matlamat Kerajaan untuk mendengar suara & pandangan serta desakan golongan belia di Malaysia telah pun berjaya dilaksanakan, dimana Perdana Menteri, YB Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak telah mengumumkan cadangan untuk menubuhkan "Parlimen Belia". Tahniah YB PM. Namun begitu sy harap Kerajaan dapat mengkaji dgn teliti & mengariskan ciri2 dan kriteria2 bagi penubuhan Parlimen Belia ini agar penubuhannya tidak akan memudaratkan golongan belia dan seterusnya merugikan Negara.


Sy yg turut hadir di perhimpunan sejuta belia baru2 ini boleh mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia sememangnya serius dan perihatin terhadap golongan belia dan perancangan awal telah banyak di susun bagi peningkatan taraf hidup dan juga hala tuju belia di Malaysia. Syabas sekali lagi kpd PM,. KBS & MBM. Sy menyeru seluruh golongan belia di Malaysia agar dapat mengambil peluang yg telah disediakan oleh pihak Kerajaan agar segala perancangan yg telah disusun dapat dilaksanakan dengan jaya nya.



PM kita sememangnya bersungguh2 memberikan perhatian dan juga kelebihan kpd golongan belia di Malaysia ini. Jadi sy rase, tiada sebab untuk golongan belia untuk tidak menyokong Kerajaan. Persetankan hasutan2 liar, desakan2 pengkhianat dan lencongan minda oleh pihak2 yg tidak bertanggung jawab. Sudah terbukti sekarang ini bahawa Kerajaan sememangnya merikan ruang yg seluas2nya kpd golongan belia untuk berjaya dan seterusnya berbakti kpd masyarakat & negara.


Tetapi disebalik keriangan dan kejayaan Perhimpunan Sejuta Belia 2011, ada juga sesetengah pihak yg kecewa dgn pelbagai masalah.Contoh nya masalah yg sentiasa berlaku di mana2 majlis besar / karnival, iaitu masalah peniaga kecil, peniaga tapak karnival. Semalam di buletin utama TV3 telah menyiarkan isu ini dimana sekumpulan peniaga kecil bumiputera telah dikatakan rugi sepanjang perhimpunan 3 hari ini. Mereka mendakwa telah dikenakan sewa tapak yg amat tinggi oleh pengajur dan telah ditempatkan di kawasan kurang tumpuan. Dengan ini tiada pengunjung yg mengunjungi kawasan perniagaan mereka dan kerugian besar telah dialami.


Pihak penganjur telah disalahkan dalam hal ini, tetapi setelah sy menyelidik maklumat tersebut, sy dapati bahawa Kementerian Belia dan Sukan serta Kerajaan Malaysia langsung tidak mengenakan bayaran kpd sesiapa yg ingin berniaga di Perhimpunan ini. Ini bermaksud, ada pihak ketiga ataupun org tengah yg tidak bertanggungjawab telah mengambil keuntungan disebalik kemelut ini. Adakah Majlis Belia tidak mengetahui hal ini? ataupun ada orang2 yg tertentu yg sememangnya tidak jujur dalam hal ini? Kita biarkan perkara ini disiasat oleh pihak yg berkenaan agar dapat diselesaikan dengan cara yg terbaik supaya tidak merugikan mana2 pihak dan seterusnya menjaga nama baik Kerajaan.

Selain itu ada juga pengunjung yg merungut tentang kawasan perhimpunan yg dikatakan terlalu jauh diatara satu tempat ke satu tempat yg lain. Parkir yg disediakan juga hangat diperkatakan.Pada sy, tiada seorang manusia pun boleh memenuhi segala permintaan yg didesak. Tetapi sekurang2nya Kerajaan telah berjaya memberikan kemudahan yg disediakan sepanjang perhimpunan ini dengan baik mahupun ada sesetengah aspek yg perlu di perbaiki dimasa hadapan.

CUKUPLAH RAKYAT MALAYSIA!! JGN LAH ASYIK MENGKRITIK TANPA MEMBERIKAN ALTERNATIF MAHUPUN PANDANGAN YG BERNAS TERHADAP MASALAH YG BERLAKU!!

BERSYUKURLAHH!!!! & HARGAILAHHH!!!

Saturday, May 21, 2011

Perhimpunan Sejuta Belia 2011 di Putrajaya, Malaysia

Malaysia telah menyambut perayaan Hari Belia Negara pada tanggal 15 Mei 2011. Tetapi program yang paling ditunggu-tunggu oleh banyak remaja Malaysia adalah Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada 27hingga 29 Mei 2011.

13057078621090597588

Hari Belia Negara 2011

http://www.haribelianegara.org.my/

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ini merencanakan usaha untuk mengumpulkan lebih sejuta orang belia di Putrajaya pada 29 Mei 2011. Banyak program yang direncanakan akan diadakan sepanjang tiga hari acara berlangsung. Lokasi tumpuannya program adalah di sepanjang Persiaran Perdana, Putrajaya dimulai dari Dataran Putra, Presint 1 dekat Masjid Putra hingga Presint 20.

Antara acara menarik yang akan berlangsung adalah turnamen memancing, olahraga lasak, turnamen futsal 24 jam, konser-konser, pesta buku, pameran-pameran, konvoi sejuta belia, konvensi dan kolokium belia dan banyak lagi (lihat tabel di bawah).

http://www.kbs.gov.my/dokumen2011/Lampiran% 204% 20 -%20Jadual% 20Sambutan% 20HBN2011.pdf

Orang Indonesia pasti bertanya, kenapa hanya sejuta? Rakyat Malaysia cuma ada 28 juta. Maka untuk mengumpulkan sejuta bukan suatu hal yang mudah. Lainlah kalau di Indonesia yang penduduknya berjumlah lebih 230 juta. Petik jari saja sudah banyak yang datang. Hehehe.

Silahkan berkunjung ke Sambutan Hari Belia Negara Malaysia 2011.Untuk apa? Banyak program yang menarik. Silalah!

Friday, May 20, 2011

Kutipan Filem Kongsi RM7 Juta Dalam Masa 7 Hari

kutipan filem kongsi

Hebat. Itu sahaja yang mampu dikatakan apabila mendengar jumlah kutipan filem Kongsi selepas 7 hari ditayangkan. RM7 juta tue beb. Kiranya sehari lebih kurang RM1 juta jugaklah kutipan filem Kongsi ini.

Walaupun mendapat review yang agak tidak bagus , tetapi nampaknya faktor Shaheizy Sam menyebabkan kutipan filem Kongsi ini meletup-letup. Dengar ceritanya penggambaran filem Kongsi 2 akan bermula selepas hari raya nanti. Sama-sama kita nantikan macam mana pulak hasilnya.

Apa pun tahniah kepada David Teo atas hasil kutipan yang memberangsangkan ini. Dan tahniah juga kepada anda yang telah pergi menonton sekaligus menyokong industri perfileman tempatan. Jangan lupa pergi tengok Nur Kasih The Movie yang dibuka untuk tayangan hari ini.

(TAHNIAH) Sham Kamikaze Kini Berubah Ke Arah Kebaikan



Tiada kata yang dapat diucapkan apabila melihat video Sham Kamikaze bercerita mengenai hidayah yang diperolehinya untuk berubah ke arah kebaikan. Tahniah diucapkan. Semoga Sham Kamikaze terus berjuang di jalan ini dan sentiasa mendapat rahmat dariNya. Tahniah Sham.

Thursday, May 19, 2011

STADIUM BARU UNTUK PENYOKONG KELANTAN

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini. Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium. Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri. Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti.

Cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah.

Sekian.

YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 14 Jamadil Akhir 1432H / 18 Mei 2011M

*kenyataan ini dibaca semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 18 Mei 2011

VENUE FINAL PIALA FA 2011 SAH DI STADIUM BUKIT JALIL


FINAL PIALA FA 2011 TETAP DI ADAKAN PADA SABTU 11 JUN 2011 TETAPI VENUE DI UBAH DARI STADIUM SHAH ALAM KE STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL.FAM SUDAH PUN MENDAPAT PERSETUJUAN PIHAK STADIUM NASIONAL HARI INI.

- Tan Sri Annuar Musa.

Friday, May 13, 2011

Elly Mazlein Bakal Berkahwin Dengan Duda, Bertunang Pada 29 Mei Ini

GAMBAR PERTUNANGAN ELLY MAZLEIN

Selepas digosip kononnya mempunyai hubungan dengan suami orang, akhirnya pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein mengumumkan akan bertunang dengan pengarah filem dan drama, Azmi Mohd Hata. Majlis pertunangan akan diadakan 29 Mei depan di Kelab Ekuestrian Bukit Kiara itu menjawab teka-teki dan pelbagai tuduhan termasuk dia sudah menjadi isteri kedua.

Mengenali Azmi yang juga pengarah filem Duhai Si Pari-Pari dan beberapa drama tempatan sejak tiga tahun lalu sebelum serius sekitar pertengahan 2009, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi menyifatkan hubungannya dengan pengarah berusia 36 tahun itu sebagai sesuatu yang istimewa.

Ikuti apa kata Elly Mazlein kat bawah ni.

GAMBAR TUNANG DAN BAKAL SUAMI ELLY MAZLEIN

“Saya yakin Azmi adalah lelaki yang boleh memimpin saya ke gerbang kebahagiaan dan membina keluarga sejahtera. Malah saya percaya dia seorang yang bertanggungjawab, menghormati orang tua dan seorang yang penyayang hingga membuatkan saya mengambil keputusan menerima lamarannya.

“Saya tidak berbohong atau sengaja merahsiakan hubungan ini kerana daripada awal lagi saya sudah memberitahu yang hanya akan bersuara jika perkara itu benar-benar sah.

“Justeru, saya mengharapkan pengumuman pertunangan ini akan memberhentikan apa saja tuduhan lama yang pernah memberikan tekanan buat saya. Malah, saya sendiri melihat majlis pertunangan ini sebagai satu simbolik penghargaan buat keluarga dan teman media yang tidak henti menyokong sejak dulu, saya sering berjanji akan menjemput semuanya jika saya sah mempunyai hubungan,”

Elly Mazlein juga mengesahkan bakal melangkah ke jenjang pelamin selewat-lewatnya Februari tahun depan, 2012.

“Kami sepakat untuk tidak mengikat pertunangan terlalu lama. Sebenarnya kami merancang ingin melangsungkan perkahwinan November ini, namun melihat pada jadual kerja yang begitu padat, kami terpaksa menangguhkannya hingga ke Januari atau Februari depan.”

(Video) Temubual Metro Bersama Salih Yaacob & Bakal Isteri Keempatnya

Jom ikuti temubual Harian Metro bersama Salih Yaacob dan bakal isteri keempatnya kat bawah ni. Itupun kalau free la sebab video agak lama, berdurasi 16 minit dan 28 saat.


Cheryl Samad Kahwin Ahad Lalu?

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja ManggaMuda terdengar satu gosip yang mengatakan pengacara popular, Cheryl Samad sudah pun dinikahkan dengan seorang pemuda berbangsa cina, Ahad lalu.

ManggaMuda pernah juga mendengar berita Cheryl mahu berkahwin dua tiga bulan yang lalu, tapi kemudiannya berita ini senyap sahaja, tup..tup..sekarang timbul pula cerita Cheryl sudah pun selamat dinikahkan.

Yang peliknya, jika benar pengacara Muzik-Muzik ini sudah berkahwin, mengapa tiada satu undangan pun yang diterima oleh pihak media? hmm..mungkin Cheryl hanya membuat majlis tertutup untuk kaum keluarga dan sahabat-sahabatnya.

Benar atau pun tidak berita ini, hanya Cheryl yang mengetahuinya. Jika benar dia sudah berkahwin, ManggaMuda ucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga bahagia selalu. Jika tidak, rasanya, Cheryl perlu buat satu kenyataan untuk menghentikan gosip ini.

ManggaMuda: Perkahwinan itu perkara yang elok, jadi ManggaMuda rasa tak perlulah disorok-sorok.

May sudah 25 tahun

Kumpulan May sudah bersusia 25 tahun. Pada 10 Mei lalu kumpulan itu mengadakan majlis ulang tahun penubuhan kumpulan rock yang masih besar pengaruh dan ramai peminat itu di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Sesuailah dengan nama kumpulan dengan mengadakannya pada bulan May (Mei).

Bukan hanya bergembira dengen usia yang semakin matang, May ada hadiah buat peminat setia mereka dengan melancarkan album terbaru serta buku biografi pasal mereka. Mereka mahu memberikan sesuatu yang baru kepada peminat.

Album baru memuatkan enam buah lagu baru khusus buat peminat. Semasa kumpulan dan artis solo lain kurang yakin dengan pasaran album, Mus, Sharip, Abu dan Yus tetap yakin mahu memasarkan album. Apatah lagi mereka sudah lama tak ada lagu baru.

May makin matang

Kumpulan May ditubuhkan pada 1986 oleh empat orang anak muda daripada kampung Manjoi, Ipoh, Perak. Nama May diambil sempena pangkal huruf nama keempat-empat mereka iaitu 'M' bagi nama Mus (Mustaffa Din) dan Man (Sharip), 'A' bagi Abu (Nasir) dan 'Y' bagi Yus (Mohktar).

Album pertama May diterbitkan sendiri mereka pada tahun 1987 berjudul Dilema. Sebelum Dilema, May ada merakamkan sebuah album mini Juara Juara Rock yang memuatkan enam buah lagu.

Lagu popular bagi album tersebut ialah Derita Bangsa, Bayangan Hidup dan Sketsa Sebuah Cinta. Dalam album Dilema, lagu hit mereka ialah Kudalam Dilema, Sketsa Sebuah Cinta dan Keadilan.

Album kedua berjudul Hakikat adalah album yang menaikkan nama May. Album ini berjaya dijual sebanyak 200,000 unit. Lagu-lagu seperti Sendiri, Cintamu Mekar Di Hati, Dari Kacamata dan Hakikat Perjuangan menjadi siulan anak-anak muda ketika itu. lagu itu juga menjadi siulan remaja Selatan Thailand kerana kerap diputarkan dalam segmen bahasa Melayu stesen radio sana.

Album lain May antaranya, Rahsia (1990), Strategi (1991), Ziet Giest (1992) bersama penyanyi baru Yantzen, Wira Cyborg (1994), Ideologi (1995), Layar (1995), Penaklukan (1997), Sinar (2003). Selain Yantzen, Oney juga pernah menjadi penyanyi kumpulan May sebelum Mus kembali semula.

Kemeriahan Konsert Cornetto dijamin

Jenama aiskrim Wall’s Cornetto akan mempersembahkan tujuh selebriti peminat aiskrim Wall’s Cornetto yang menjadi pujaan ramai untuk menghangatkan Konsert Lafazkannya Dengan Stail Cornetto, Jun ini. Pasti gempak dan meriah kan?

Selain dutanya Akim dan Stacy, Tomok, Black, Tilu, Awi Rafael dan Sofasz juga akan menghiburkan peminat dalam beberapa siri konsert di Jusco Setiawangsa pada 11 Jun, mulai pukul 3.00 petang dan disertai satu lagi persembahan di Johor Bahru, Johor pada 18 Jun.

Akim antara bintang utama Cornetto

Berucap pada majlis pelancarannya di The Milk, Bangsar, Pengarah Makanan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Hugo Verkuil, berkata: “Wall’s Cornetto terus memperkenalkan cara baru untuk membolehkan orang ramai memperlihatkan personaliti dan mengekspresi perasaan mereka.

" Dengan konsert ini kami ingin menghidupkan semangat Cornetto menerusi pertunjukan muzik live, yang dikongsi bersama antara artis terkenal dan peminat aiskrim di seluruh negara.

“Kami mahu menjadikan konsert ini satu acara yang benar-benar istimewa, untuk menggalakkan orang ramai menyemai dan menghidupkan bibit-bibit persahabatan dan mengekspresi pendirian mereka dengan cara yang unik dan berlainan yang boleh membawa pelbagai kemungkinan yang tidak terbatas."

Sudah bersedia menghiburkan peminat.

Stacy sentiasa hot di pentas.

Sebagai jenama yang sinonim dengan muzik, cinta dan persahabatan, mereka benar-benar teruja untuk menghimpunkan nama-nama besar di persada muzik untuk persembahan yang berunsurkan muzik, cinta dan persahabatan.

"Konsert ini menggunakan daya tarikan sejagat muzik untuk menjana persekitaran positif, mencipta dialog dan memupuk silaturahim,” sambung Hugo.

Penonton boleh mengharapkan persembahan yang bertenaga, dengan pilihan lagu popular masing-masing. Pintu masuk dibuka secara percuma. Untuk maklumat lanjut boleh lawati www.facebookcom/iluvcornetto.

Rozita dengan siapa tu?




Siapa di sebelah pelakon sensasi Rozita Che Wan tu? Ini bukanlah orang yang disebut-sebut ada hubungan dengannya?

Jangan panik. Lelaki itu ialah seorang pelakon baru yang sama-sama berlakon dengan Rozita dalam drama Diari Summercamp di Perlis, Fir Affandi.

Kita nampak gambar ini dalam akaun twitter milik Fir yang memuatnaikkan gambar tersebut yang dirakam di sekitar Tasik Timah Tasuh, Perlis, lokasi penggambaran drama yang menggandingkan Rozita dan Shahir itu.

Selain Shahhir, Tomok, Lia Natalia dan Aida AF9 turut berlakon dalam drama terbitan Zeel Production tu. Banyak sekali Rozita berlakon dalam drama terbitan Zeel, maklumlah penerbit dan pelakon itu sama-sama orang Utara.

Fir kata dia teruja sekali berlakon dengan Rozita. Malah dia rasa macam dalam mimpi bila melihat Rozita di depan mata dan berlakon dalam drama yang sama. Jangan sampai ada yang salah sangka nanti, lebih-lebih lagi yang seorang tu.

Fir dan Rozita Che Wan

Drama ini pasti dinanti-nantikan kerana gandingan Rozita dan Shahir yang sekarang ini dikatakan sedang berkawan baik. Ada yang kata mereka sedang bercinta, tetapi masing-masing menafikannya.

Kita: Seronok juga lihat perkembangan cinta lokasi sesama artis ni kan. Ada yang menafikannya, tapi akhirnya mereka naik pelamin. Siapa nak jawab tu?

Website paling popular di Malaysia

Pernahkah anda tertanya-tanya website apakah yang paling popular di Malaysia? Mungkin susah nak cari jawapan yang betul-betul pasti, tetapi Alexa ada jawapannya. Paling tidak memberi sedikit gambaran tentang ranking website di Malaysia.

Tahukah anda kebanyakan website yang terdapat dalam senarai 100 teratas ialah website popular yang BUKAN dari Malaysia seperti google, facebook, microsoft, wordpress dan sebagainya.

Jadi website apakah yang memang berasal dari Malaysia? Lihat ranking yang saya senaraikan berikut (nombor rank disebelah kiri)

12. thestar.com.my
14. malaysiakini.com
15. maybank2u.com.my
20. utusan.com.my
22. mudah.com.my (wow, cepatnya naik)
23. cari.com.my
26. jobstreet.com
27. lowyat.net
30. bharian.com.my
32. airasia.com
34. hmetro.com.my
44. lelong.com.my
47. m2day.org
53. harakahdaily.net
73. cimbclicks.com.my
75. kosmo.com.my
77. pbebank.com
78. malaysiaairlines.com
82. tm.net.my
85. nst.com.my
89. maxis.com.my
93. tranungkite.net
94. themalaysianinsider.com

Itulah dia list website Malaysia yang memang made in Malaysia. Kalau ikut kategori, ia hanya melibatkan beberapa industri iaitu

1. bank (so dah tau bank apa yang popular online?)
2. telekomunikasi
3. syarikat penerbangan
4. akhbar
5. portal komuniti/blog (kebanyakan politik)
6. laman web iklan (classifieds)

Senarai ini didapati dari website alexa dan betul pada masa ia diambil.

Mane lagi elok?? Pegang Awek ke Pegang Ba alif Ba Ya???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEje_gbZzYVN0XB4_0XuUPyUpNBdiJiGUH_3Vmy5DMIaQjAUBhjb-mGFnUQA9nhKOLx1dU9kpROQODiTDcajYJmriWKS2jvK1vLoT66APlqXx1NJkwfxZB7SvOFCZ1xXNvfMv8BNRGhYSTyT/s1600/221965_204536446246608_163162463717340_603360_5507787_n.jpg

Thursday, May 12, 2011

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah S.W.T. melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah S.W.T. memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

01.Menyempatkan diri beribadah

Allah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." – [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.]

02.Memperbanyakkan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah S.W.T., yang menjadi sebab Allah S.W.T. jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." – [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a]

03.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah S.W.T.jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.:

"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." – [Riwayat at-Tirmizi]

04.Sentiasa ingat Allah S.W.T.

Banyak ingat Allah S.W.T. buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah S.W.T.beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah S.W.T.. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah S.W.T.hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd: 28]

05.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah S.W.T.akan memanjangkan umurnya." – [Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya." – [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]

06.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." – [Riwayat Bukhari]

07.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah S.W.T. lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah S.W.T.akan menunaikan hajatnya" – [Riwayat Muslim]

08.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

09.Banyakkan berbuat kebajikan

Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalinkan silaturrahim

Nabi S.A.W. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." – [Riwayat Bukhari]

12.Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Baginda S.A.W. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah S.W.T. akan memurahkan rezeki." – [Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid]

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah S.W.T. membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah S.W.T. menyedikitkan baginya." – [Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.]

14.Melazimi solat malam (tahajjud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah S.W.T..

15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah S.W.T.dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." – [Riwayat al-Hakim dan Thabrani]

16.Bersyukur kepada Allah S.W.T.

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah S.W.T.berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." – [Ibrahim: 7]

Firman-Nya lagi:

"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." – [Ali Imran: 145]

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki.

Selain itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Contohnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim."

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah S.W.T., penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah S.W.T. menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya

Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Ini sudah menjadi sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah S.W.T. beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. – [Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim]

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.

Misalnya, jika hendak tenang dibacanya Quran, jika hendak mendapat anak yang baik dididiknya sejak anak itu di dalam rahim lagi, jika hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah S.W.T. seperti firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., nescaya Allah S.W.T. mencukupkan (keperluannya)." – [At-Talaq: 3]

Nabi S.A.W. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah S.W.T.dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." – [Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.]

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.

Dengan takwa, Allah S.W.T. akan memberi "... jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." – [At-Talaq: 2-3]

Pendek kata, bagi orang Islam.. untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar, kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa.

Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah S.W.T., lalu Allah S.W.T. pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insya-Allah.

- Artikel iluvislam.com