Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, July 31, 2011

Gambar : Khairul Fahmi dikatakan mempunyai kekasih gelap, Dahlia Teck

Gambar : Khairul Fahmi dikatakan mempunyai kekasih gelap, Dahlia Teck

Topik yang semakin popular di dalam forum dan blog beautifulnara berkenaan isu Khairul Fahmi mempunyai kekasih gelap iaitu Dahlia Teck. Siapa dia? Semua orang tak tahu siapa dia cuma ada orang nampak mereka berdua kuar makan dan berpegangan tangan. Kesahihan cerita ini, kami tak dapat pastikan, kami hanya sampaikan :-). Adakah kontroversi ini membuatkan penjaga gol harimau malaya, terlena dan melepasi sungguh banyak gol ketika malaysia bertemu, Arsenal dan Liverpool. Bro bangun bro dari tidur perjalanan bro masih jauh lagi bro!



Sebelum ini, Kahirul Fahmi juga dikatakan mempunyai masalah dengan tunangnya seperti dalam gambar disebelah ini.




















Tags: dahlia teck, gambar kekasih baru khairul fahmi, gambar skandal apek, gambar skandal khairul fahmi, siapa dahlia teck

Kontroversi Dituduh Curang Jejaskan Nama Fizz Fairuz

Fizz FairuzKontroversi Dituduh Curang Jejaskan Nama Fizz Fairuz

Pelakon Fizz Fairuz menjelaskan kontroversi kononnya dia curang Almy Nadia, membuatkan keluarganya turut terkena tempias apabila mempercayai khabar angin tersebut.

Fizz yang turut dikaitkan dengan Liyana Jasmay dan Izreen Azminda itu berkata, keluarganya mula bertanya kesahihan berita itu apabila ia semakin hangat dibicarakan dalam media-media tempatan.

"Ibu saya dah mula tanya adakah gosip yang dikatakan itu benar? Alhamdulillah, saya sudah menjelaskan hal sebenar di mana Liyana hanyalah rakan kerja saya di set penggambaran filem “Papadom 2” dan Izreen pula, kami pernah berlakon untuk sebuah drama pada tahun 2004.

"Saya pun pelik mengapa hubungan percintaan kami sering dikontroversikan sedangkan saya dan Almy masih lagi baik dan kami masih lagi berhubung dan berjumpa jikaada kelapangan,” kata Fizz yang ditemui pada majlis memperkenalkan Koleksi Rantaian Kasih 2011 Habib Jewels, di sini, Rabu.

Tambah Fizz, hal tersebut sedikit sebanyak telah merosakkan reputasinya sebagai seorang pelakon dan perhubungannya dengan peminat.

"Saya faham, mungkin bila orang industri hiburan membaca artikel mengenai keretakan hubungan saya dan Almy, mereka menganggap ia hanyalah sebuah gosip tetapi lain pula pandangan daripada pihak keluarga dan masyarakat luar di mana mereka yang tidak tahu apa-apa akan percaya dengan khabar angin itu," ujarnya yang bakal memulakan penggambaran filem “Nirajim”, di bawah produksi Grand Brilliance.

Izreen AzmindaSebelum ini, Fizz pernah dikaitkan dengan Liyana kerana mereka saling berbalas mesej berbau sayang menerusi akaun Twitter masing-masing.

Selain Liyana Jasmay, Fizz dikatakan turut menjalin hubungan istimewa dengan pelakon Izreen Azminda yang didakwa menjadi penyebab hubungan Almy dan lelaki itu renggang.

Bagaimanapun, Fizz mengakui, kontroversi perhubungan mereka mungkin sering menjadi bualan ramai kerana dia dan Almy belum membuat sebarang ikatan pertunangan mahupun perkahwinan.

Kata pelakon “Nur Kasih” itu, dia bukannya belum bersedia untuk berkahwin, tetapi ingin memberi peluang kepada Almy membina dan mengukuhkan kerjaya lakonan sebelum bergelar suami isteri.

"Saya faham, hubungan kami sudah mencecah enam tahun, tambah pula dia perempuan, pastinya terasa bila kami belum mengikat sebarang pertalian. Tetapi dia faham dan Insya-Allah, jika ada rezeki saya akan berkahwin dengannya.

Artis Seksi Julia Ziegler berlakon watak Ustazah

Artis Seksi Julia Ziegler berlakon watak Ustazah

BERDARAH kacukan Melayu-Jerman-Amerika Syarikat bukan bermaksud pelakon Julia Ziegler mengamalkan cara hidup seperti orang Barat.

Sebaliknya, Julia atau pemilik nama sebenar, Julia Bob Fauzi Ziegler, 27, mengakui dia dibesarkan dalam keluarga yang berpegang teguh pada agama Islam.

“Memang bapa saya. Bob Ziegler Abdullah, 60, keturunan Mat Salih, tapi ibu saya, Saminah Subari, 66, adalah wanita berdarah Melayu-Jawa.

“Selain membimbing saya dari segi agama, emak yang juga seorang ustazah juga mengajar saya mengaji sehingga khatam Al-Quran sejak kecil lagi,” kata anak ketiga dari empat beradik ini.

Justeru, tidak hairanlah, Julia juga tidak menolak untuk memegang watak sebagai Ustazah Halimah dalam drama bersiri sempena Ramadan berjudul Moreh untuk stesen TV Al-Hijrah.

“Saya juga meminta emak mengajar dari segi tajwid bacaan surah dalam Al-Quran bagi memastikan saya menjiwai watak ustazah itu sebaik mungkin.


“Maklumlah, selain bertudung, Halimah juga mengajar kanak-kanak membaca Muqadam dan Al-Quran dalam cerita ini.

“Saya juga tidak menolak bila ditawarkan karakter Muslimah atau bertudung kerana sebagai pelakon, saya perlu versatil,” katanya yang pernah beraksi dalam siri untuk Astro berjudul Tudung Ekspres.

OH TIDAK! AKU SUNGGUH KUCIWA SEBAB NURUL SYUHADA SUDAH KAHWIN!

Betapa hancurnya hati aku bilamana aku dapat tahu Nurul Syuhada sudah bernikah! Oh, tidak...aku tak boleh terima, aku baru ingat nak masuk meminang Nurul Syuhada...uwaaaaaa

Nahi...nahi...gedegang...Aduh! Nurul, kau sangat cantik dan ayu Nurul oi, berseri-seri kau aku tengok waktu persandingan kau, aduh bertuahnya Raja Amir! Aku sangat kecewa hari ini sebab Nurl dah terlepas ke tangan orang lain...

Anyway, aku nak ucapkan Selamat Pengantin baru la kepada kekasih hati aku si Nurul yang tak tau pun siapa aku ni ha...semoga kalian hidup bahagia ke akhir hayat!

Pheewheet!

Khairul Fahmi Che Mat@ Apek Putus Tunang dengan Elia @ Jejari Runcing

Agak terkejut dengan berita Khairul Fahmi @ Apek putus tunang dengan Elia@pemilik blog jejari runcing. Sebelum ini, ingatkan diaorang dahpun berbaik tapi harian metro mengatakanKhairul Fahmi ingin memutuskan pertunangannya.

Kalau sebelum ini, hubungan Khairul Fahmi dengan Elia dikatakan retak, jom kita baca apa komen dari apek:

Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Keputusannya untuk putus tunang adalah:

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Komen apek untuk isu lupa diri?

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

P/s: Apa pun, diharapkan keputusan yang dibuat oleh mereka ini adalah yang terbaik.