Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, February 26, 2012

Najib: Fakta saintifik buktikan loji Lynas selamat


Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat.

najib at mca youth agmPerdana Menteri berkata, kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan.

"Yang penting sekali dari segi fakta, dari segi scientific evidence projek Lynas ini tidak akan membawa kemudaratan kepada masyarakat,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama masyarakat Sekinchan di SRJK (C) Yoke Kuan, di Sekinchan, hari ini.

Katanya, kerajaan juga mengenakan syarat yang cukup ketat untuk operator Lynas termasuk syarat di mana sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat.

"Dan kita tidak akan beri lesen operasi melainkan kita berpuas hati bahawa masyarakat tempatan boleh menerima bahawa projek ini selamat dari segi kepentingan rakyat,” katanya.

NONEDitanya mengenai perhimpunan yang diadakan di Kuantan pagi ini bagi membantah projek itu, Perdana Menteri berkata pembangkang sengaja mengunakan isu sedemikian untuk menyerang kerajaan dan mendapatkan sokongan rakyat.

"Tetapi apa yang mereka lakukan bukanlah mencari satu penyelesaian.

"Kita (kerajaan) nak cari satu penyelesaian yang dapat diterima oleh rakyat, di samping itu tidak menjejaskan pelaburan kita, sekiranya pelaburan itu tidak mendatangkan bahaya dan mudarat kepada komuniti tempatan," katanya.

- Bernama

Saturday, February 25, 2012

Abdullah Ali yakin PAS dapat Terengganu balik

Harakahdaily, 24 Feb 2012

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Bekas lagenda bola sepak negara, Haji Abdullah Ali yakin, PAS dan Pakatan Rakyat boleh memenangi negeri Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang ini.

(Abdullah Ali bercakap dalam rancangan Persepsi Harakahdaily)

"Dengan saya menyertai PAS, saya boleh membantu untuk memberikan kesedaran khasnya orang baru untuk menyokong PAS," kata beliau dalam wawancara khas dengan Harakahdaily.

Abdullah Ali, bekas pemain bola sepak negara yang terkenal dengan tendangan 'inswinger' dari sudut penalti di lewat 1970an dan awal 1980an dahulu.

Pasukan Malaysia yang disertai beliau pernah layak ke sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980 tetapi tidak berjaya menyertai kejohanan itu kerana Malaysia menarik diri dari menyertai Olimpik Moscow ekoran serangan Rusia ke atas Afghanistan.

Baru-baru ini, Abdullah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu.

Hari ini Abdullah menyertai wawancara di Harakahdaily untuk rancangan "Persepsi".

Dalam rancangan itu, Abdullah melahirkan keyakinan beliau dengan barisan pimpinan baru PAS Terengganu yang ada mampu mengembalikan negeri itu ke tangan PAS selepas kehilangannya pada pilihan raya 2004.

"Insya Allah kita sama-sama doa dan kerja kuat. Saya juga telah bercakap dengan jawatankuasa PAS Terengganu, kalau ada program saya boleh bantu PAS di Terengganu.

"Insya Allah, kali ini Terengganu akan dimenangi balik oleh Pakatan Rakyat," kata Abdullah.

Ketika ditanya kenapa menyertai PAS, Abdullah berkata, suasana politik sekarang yang ada sangat tidak baik akibat dari sikap Umno sendiri.

"Misalnya skandal NFC yang diberikan pinjaman RM250 juta.

"Begitu juga yang berlaku di sebelah kampung saya, Kampung Surau Haji Mat Zin. Rakyat di sini sangat miskin. Pemimpin Umno hanya datang semasa pilihan raya membawa lori yang berisi makanan untuk diberikan kepada rakyat.

"Ini cara yang tidak baik sepatutnya kita ikut macam Khalifah Omar Al Khattab yang datang malam-malam melihat rakyat untuk menjaga kebajikan mereka," katanya.

Kedah: PAS minta ahli dapat berita dari sumber sah

Sabtu, 25 Feb 2012


KUALA LUMPUR, 25 Feb: Semua ahli dan penyokong PAS diminta bertenang ekoran laporan media tentang apa yang sedang berlaku di Kedah sekarang ini kerana pimpinan PAS memantau sepenuhnya isu ini.

Sebarang berita dan spekulasi itu akan dijawab melalui saluran parti.

Sehubungan itu, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub meminta semua ahli mendapatkan maklumat dari sumber parti yang sah tentang apa yang sedang berlaku di negeri itu.

Media, khasnya yang pro-BN melaporkan pelbagai berita tentang apa yang berlaku di Kedah sekarang termasuk melagakan pimpinan PAS.

Misalnya NST melaporkan seolah-olah berlaku pertembungan antara kumpulan Erdogan dan ulamak di Kedah sekarang.

Media melaporkan, dua Exco Kedah tidak bersedia untuk dilantik semula menjadi Exco kerajaan negeri apabila majlis perlantikan dibuat pada 28 Februari ini.

Kumpulan NST pula diarahkan agar menjadikan berita Kedah ini sebagai berita utama termasuk berita muka depan.

Kedah melaksanakan dasar Exco kerajaan negeri akan dilantik setahun sekali di mana mereka akan mengangkat sumpah di depan Sultan Kedah.

Sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan rasmi yang dibuat berhubung ketidaksediaan kedua-dua exco berkenaan.

Exco berkenaan pula tidak mengesahkannya bahkan berkata mereka tidak tahu menahu mengenainya.

Monday, February 20, 2012

Promo: Tiket Penerbangan Ke Paris Buat Penonton Setia TV9

Berita baik untuk semua penonton setia TV9 di mana anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi peraduan-peraduan hebat di TV9. Kesemua peraduan adalah amat mudah. Oleh itu jangan ketinggalan untuk menyertainya. Antara peraduan menarik yang ditawarkan bermula pada bulan Februari ini adalah:

Cipta Perbualan Romantis antara Ariana & Mikhail

PERADUAN TV9 MALAYSIA

Jika sebut “Paris”, pasti ramai yang terus membayangkan kecantikan dan nilai-nilai romantis yang tersemat di dalam kota cinta tersebut. Drama Ariana Mikhail lakonan Nora Danish dan Syed Hussein (Sein) melalui slot Ratu, setiap Isnin & Selasa, 8.30 malam mengisahkan cinta pertama mereka yang berlatarbelakangkan kota Paris ini. TV9 ingin memberi peluang kepada penonton setianya untuk merasai detik-detik percintaan Ariana dan Mikhail dengan menawarkan dua (2) tiket penerbangan ke Paris.

Caranya mudah sekali di mana peserta hanya perlu mencipta perbualan paling romantis di antara Ariana dan Mikhail berdasarkan gambar yang dipaparkan di www.tv9.com.my. Paling menarik, pemenang akan dipilih sendiri oleh Ariana (Nora Danish) dan Mikhail (Sein) berdasarkan dialog yang paling romantis. Peraduan bermula pada 13 Februari dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Februari 2012.


Peraduan SMS Mutiara Hati – Anugerah

PERADUAN TV9 MALAYSIA

Program Anugerah menerusi slot Mutiara Hati di TV9 kini kembali sekali lagi dengan Peraduan SMS yang menjanjikan para pemenangnya tiket istimewa ke Lost World of Tambun! Peraduan SMS Mutiara Hati ini akan bermula pada 13 Februari 2012 dan berakhir pada 9 Mac 2012.

Untuk menyertai peraduan ini, peserta perlu menonton sinetron Anugerah yang disiarkan di TV9 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 5.30 petang untuk mendapatkan kata kunci yang berlainan pada setiap hari. Terdapat 4 kata kunci pada setiap minggu dan seterusnya peserta perlu menghantar SMS MUTIARA ke 33399 untuk memberi semua kata kunci pada minggu tersebut serta menjawab satu soalan seminggu.

Peserta dengan jawapan yang tepat dan paling pantas akan diumumkan sebagai pemenang. Satu (1) pemenang akan dipilh setiap minggu mengikut kriteria pemilihan dan pemenang akan diumumkan pada hari Jumaat minggu yang seterusnya. 4 pemenang bertuah akan diumumkan dan setiap pemenang akan mendapat tiket ke Lost World of Tambun (Baucer Keluarga untuk 4 orang).

Peraduan Movie Night

PERADUAN TV9 MALAYSIA

Seperti yang sudah diketahui ramai, TV9 kini menyiarkan pelbagai filem antarabangsa terbaik pada setiap hari Sabtu jam 10.00 malam menerusi slot Movie Night. Penonton hanya perlu menonton filem-filem terbaik ini di TV9 untuk mendapatkan 3 soalan dan slogan. Jawapan paling tepat dan cepat serta slogan paling kreatif akan diumumkan sebagai pemenang. Hadiah yang ditawarkan berupa iPod Touch, PSP Go dan XBOX 360 Slim. Peraduan bermula pada 17 Mac 2012 dan tarikh tutup adalah pada 15 April 2012. Filem-filem Movie Night yang terlibat dalam peraduan ini adalah:

1. Gamer (17 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)
2. Aeon Flux (24 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)
3. Bandslam (31 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)
4. Rambo (7 April 2012. Sabtu, 10 malam)
5. The Ring (14 April 2012, Sabtu. 10 malam)

Psstt: Memang unik dan lain daripada yang lain bangunan-bangunan ni~


Stacy, Akim hiasi majalah By'U

Akim dan Stacy kini dipertemukan dalam sebuah Majalah By'U yang dipetik daripada laman forum Cari baru-baru ini. Memang ternampak sangat kemesraan Akim dan Stacy dalam majalah ni, dan tidak dapat dipastikan adakah 'dogeng' merepa hanya lah topeng semata-mata di dalam percintaan mereka berdua. Tak kisahlah, kalau ada jodoh, dorang kahwin juga tu. Hehe.

Selain itu, ada juga kelibat seorang pemain bola sepak yang mahu menjadikan dirinya dikenali ramai, dan mungkin sudah dikenali oleh peminat bola sepak tempatan, iaitu kemunculan Wan Zack Haikal dalam majalah berkenaan. Dah ramai sekarang atlet bola sepak menghiasi majalah selebriti, kuat aura nampak.

Friday, February 17, 2012

KONSERT AVRIL LAVIGNE DI MALAYSIA FEBRUARI 2012

KUALA LUMPUR, 6 JANUARI2012: Malaysia bakal digegarkan dengan konsert penyanyi rock wanita terkenal yang berasal dari Kanada, Avril Lavigne dalam The Avril Lavigne Black Star Tour Live In Malaysia di Stadium Merdeka pada 18 Februari depan.

Konsert anjuran Tune Talk dan dibawakan oleh JS Concert itu merupakan siri konsert jelajah, Avril Lavigne di negara-negara Asia, Amerika dan Eropah.

Pastinya konsert yang akan bermula pada jam 8.30 malam itu akan memberi kepuasan kepada penonton kerana Avril dijangka akan menyanyikan lagu-lagu hitnya seperti Complicated, Sk8er Boi, I’m with You, My Happy Ending, Girlfriend dan banyak lagi.

Menariknya, JS Concert telah mengadakan promosi istimewa iaitu dengan membawa peminat dan penonton yang bakal menyaksikan konsert Simple Plan pada 14 Januari depan untuk menyaksikan konsert Avril secara percuma.

Caranya mudah, penganjur menawarkan tiket Avril Lavigen untuk Rock Zone yang berharga RM198 dengan percuma bagi setiap dua tiket Simple Plan yang ditebus pada koncert Simple Plan, 14 Januari ini.

Walau bagaimanapun bagi yang berminat untuk menonton konsert Avril Lavigne ini sahaja boleh mendapatkan tiket di beberapa outlet seperti Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre dan The Guitar Store outlets dengan harga RM 298 (Tune Talk Zone); RM198 (Rock Zone) ; RM 98 (Regular).

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tiket, sila hubungi Ticketpro Hotline : +603-78807999 atau membeli tiket secara online di laman web www.ticketpro.com.my.

Namun untuk mendapatkan harga istimewa dengan potongan harga tiket sebanyak 20 peratus, boleh diperolehinya apabila anda membeli tiket pada setiap hari Rabu mulai 14 Disember lalu hingga 31 Januari ini.

Foto: Cincin Bukti Gadis Dalam Video Itu Ialah Melia Aimiellia?

Seorang pembaca OHBULAN! yang prihatin telah menghantar e-mail kepada kami mengenai penemuannya terhadap sekeping gambar dari artikel kami sebelum ini!

Dalam tidak sedar, rupanya sekeping gambar yang pernah diambil oleh wartawan OHBULAN! ketika mengikuti Jelajah Festival Filem Malaysia Ke-24 mempunyai bukti bahawa video bogel yang sebelum ini tersebar adalah benar.

Gambar yang kami muat-naik untuk artikel bertajuk “Video Bogel Itu Bukan Saya!” – Isu Video Bogel Mirip Melia Aimiellia menunjukkan Melia memakai cincin berwarna hitam di jari hantunya dan cincin berwarna perak di jari manisnya tangan kanannya sama seperti gadis didalam video bogel tersebut. Ini menguatkan lagi bukti bahawa gadis didalam video itu adalah Melia.

Kami sangat berharap bahawa gambar ini adalah hasil dari teknik ‘super-imposed’ tahap dewa yang kami yakin adalah perbuatan dengki pihak yang tidak sukakan Melia. Apa yang pasti, Melia Aimiellia sudah menafikan sekerasnya bahawa gadis didalam video tersebut bukanlah dirinya.

Konsert Avril Lavigne Live Di Malaysia hari ini

“Valentine’s Day is Officially Postponed to 18 February!” Peminat pop rock kini boleh melepaskan kerinduan terhadap kekasih anda, Avril Lavigne yang akan membuat persembahan secara Live di Stadium Merdeka pada 18 Februari 2012 bermula jam 8:30pm.

Istimewa sekali, siri jelajah Avril Lavigne Black Star Concert Live In Malaysia ini dipersembahkan oleh Tune Talk dan dibawa khas kepada anda oleh JS Concert Productions. Siri Black Star tour ini turut menjejak kaki di negara Asia, Amerika dan Eropah.

Ketua Pengarah Eksekutif TuneTalk, Jason Lo berkata “Kami amat berbangga kerana dapat mempersembahkan Avril Lavigne secara Live di Malaysia! Kami sering mendengar pandangan peminat muzik tempatan yang inginkan pengalaman menonton persembahan daripada penghibur bertaraf dunia. Tambahan lagi, sebagai syarikat telekomunikasi, kami ingin menawarkan kelainan kepada semua pasangan kekasih yang menyambut hari Valentine. Drop the cliché roses and chocolates and have a good time rocking instead!”

Tiket Avril Lavigne Black Star Concert Live In Malaysia boleh dibeli melalui lokasi berikut :

  • Pengedar Tune Talk terpilih
  • Rock Corner (KLCC, Subang Parade, The Gardens, Mid valley Megamall, The Curve)
  • Victoria Music Centre
  • The Guitar Store Outlets

Harga tiket bermula dengan RM298 (Tune Talk Zone); RM198 (Rock Zone) dan RM98 (Regular), kini boleh dibeli secara online di www.ticketpro.com.my.

Bagi yang inginkan tiket secara percuma, anda boleh log masuk ke laman Facebook www.facebook.com/tunetalk untuk keterangan lanjut.

Thursday, February 16, 2012

Apakah Wanita Bogel Ini Pelakon Filem Tempatan?

Apakah Wanita Bogel Ini Pelakon Filem Tempatan?

KUALA LUMPUR – Blog hiburan sensasi, Rotikaya.com, hari ini tampil lebih berani apabila mendedahkan gambar gadis kebasahan yang mempamerkan aksi ghairah di bilik mandi tanpa seurat benang dan mendakwa ia mirip kepada seorang aktres baru tempatan.

Menurut blog tersebut, gadis yang terpamer di dalam gambar tersebut adalah mirip heroin filem yang kurang mendapat sambutan, Karipap Karipap Cinta, dan membiarkan para peminat sendiri yang menilainya.

Blog itu juga memaklumkan bahawa mereka telah menerima rakaman video berdurasi 30 saat yang memaparkan aksi solo ‘pelakon wanita’ itu.

“Lewat hari ini, kami berjaya terima video penuh berdurasi hampir 30 saat itu yang memaparkan aksi solo individu yang di’dakwa M*** Ai***** — heroin filem Karipap Karipap Cinta. Hmm.

“Tidak akan kami siarkan video penuh individu tersebut tetapi di’bawah kami sertakan dua screenshot ‘manja’ dari video tersebut sebagai perbandingan buat M*** Ai***** yang di’dakwa terlibat secara langsung.

“Anda nilaikan sendiri jika benar individu dalam screenshot di’atas adalah M*** Ai***** atau hanya sekadar pelanduk dua serupa yang sememangnya sering terjadi kepada selebriti Malaysia,” jelas pemilik laman blog tersebut.

Sebelum ini, laman blog itu memberitahu bahawa mereka menerima emel dari seorang peminat yang mendakwa seorang artis wanita yang merakamkan aksi berbogel di depan kamera untuk tatapan peribadi teman lelakinya.

Bagaimanapun rakaman video tersebut terlepas ke tangan pihak ketiga yang kemudiaannya menyebarkan rahsia artis tersebut kepada khalayak umum.

Kami menjangkakan artis yang dimaksudkan Rotikaya.com dan peminat yang mengirimkan emel tersebut akan dijawab dalam masa terdekat agar kekeliruan tersebut dapat diuraikan secepat mungkin sebelum ia lebih parah. –Mynewshub.my

Terlalu Bebas Hingga Berasmara Di Tepi Jalan

terlalu-bebas-hingga-berasmara-di-tepi-jalan

Sepasang kekasih ini dikatakan terlalu obses dengan hak kebebasan manusia untuk meluahkan perasaan sehingga tergamak mencetus kontroversi apabila berasmara di dalam keadaan separa bogel di tepi kakil lima yang penuh sesak dengan orang ramai.

Itu di barat dan bagaimana pula dengan negara kita?

Di Malaysia, kita mempunyai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak kebebasan manusia seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Suruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Human Rights Watch dan banyak lagi.

Sebahagian dari mereka memang ikhlas memperjuangkan hak kebebasan manusia dan ada pula sebahagian dari pertubuhan itu yang dikatakan memperjuangkan sesuatu demi kepentingan politik pihak tertentu.

Penulis enggan mengulas tentang politik dan lebih tertarik dengan erti hak dan kebebasan manusia yang diperjuangkan NGO-NGO yang gemar mencetus kontroversi di negara ini.

Misalnya, kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dikritik teruk oleh beberapa NGO hak asasi manusia kerana mengharamkan program Seksualiti Merdeka yang memperjuangkan hak serta kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini.

Dalam konteks pemahaman NGO-NGO yang terbabit, golongan LGBT perlu diberikan hak sebagai manusia untuk menyuarakan dan bebas mengamalkan naluri kemanusiaan yang ada di dalam diri mereka tanpa sebarang diskriminasi dari sudut perundangan mahupun masyarakat.

Pada penulis, kebebasan seperti ini seolah-olah meletakkan perilaku kebebasan itu melebihi dari kebebasan yang dibenarkan menurut Islam.

Memang benar Islam adalah agama yang tidak memaksa dan memberikan kebebasan penuh kepada umat manusia.

Namun, perlu diingat bahawa Allah SWT telah memberi panduan melalui RasulNya, Muhammad SAW untuk menyebarkan garisan dan batasan yang perlu dipatuhi agar umat Islam tidak melampaui hukum hakam yang telah ditetapkan melalui Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma’ Ulama.

Persoalannya, apakah hak dan kebebasan yang dituntut NGO-NGO itu bertepatan dengan kehendak Islam, budaya dan moral masyarakat di negara ini.

Misalnya di kepulauan Canary, Spanyol, yang menyaksikan para pelancong dibenarkan secara sah dari segi perundangan untuk berbogel di tepi pantai kepulauan tersebut seperti di Fuerteventura, Corralejo, Semenanjung Jandia, Lanzarote, Gran Canaria, Tenerife dan sebagainya.

Terlalu Bebas Hingga Berasmara Di Tepi Jalan

Sanggupkah kita menyaksikan Kak Limah, Nyonya Siew Lan, Makcik Munah, Aci Letchumi, Pakcik Akob, dan Pak Nuar berbogel dan berenang-renang di tepi pantai Chenang di Langkawi sambil menikmati ‘mandi matahari’?

Mahukah kita melihat budaya sebegitu menembusi sempadan negara kita yang terkenal dengan amalan Islam, adat sopan, kesusilaan, rasa malu yang tinggi dan budaya ketimuran yang menekankan soal moral yang tinggi?

Penulis yakin bahawa sekiranya budaya LGBT atau mana-mana budaya seumpamanya itu dibenarkan masuk ke negara ini, maka tidak mustahil ia akan menyebabkan budaya berbogel di tempat awam seperti di Eropah juga akan terlepas masuk dan dianggap ‘hak dan kebebasan’ di Malaysia.

Itukah bentuk kebebasan hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh sesetengah NGO-NGO di negara ini?

Jika tidak, mengapa pula perlu menyokong Seksualiti Merdeka dan terkini mereka mengecam pula tindakan kerajaan yang menghantar pulang wartawan, Muhammad Najeed A. Kashgari atau Hamza Kashgari ke negara asalnya?

Hamza didapati bersalah kerana menghina Rasulullah SAW oleh ulama Saudi dan apakah kebebasan hak bersuara itu membolehkan dia menghina kekasih Allah?

Kenapa pula Malaysia harus melindungi Hamza yang menghina Rasulullah SAW dan salahkah kerajaan menghantarnya pulang sebagaimana yang diminta oleh negara asal Hamza itu?

Pada penulis, apalah ertinya kebebasan dan hak asasi manusia sekiranya ia bertentangan dengan Islam, moral atau ketetapan fitrah kejadian manusia.

Apa pula pendapat anda?

Patutkah tindakan segelintir NGO itu memperjuangkan sesuatu yang bertentangan dengan Islam dan akhlak serta berselindung sebalik alasan ‘kebebasan dan hak asasi manusia’?

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Saturday, February 11, 2012

Evanescence Live At KL Live , Kuala Lumpur

evanescence Evanescence Live In Malaysia akan diadakan di KL Live, Jalan Sultan Ismail, KL pada hari Khamis, 23 Februari bermula jam 8.30 malam. Konsert ini dibawakan kepada anda oleh JS Concert Productions. Album mereka, “Fallen, yang bersertakan hits “Bring Me To Life” dan “My Immortal” ; telah terjual melebihi 17 juta unit di serata dunia dan dan memberikan mereka dua penganugerahan Grammy Awards. Album terbaru dan terkini mereka pula, album studio yang ke-3 “Evanescence, langsung menduduki t #1 pada carta Billboard 200 pada tahun 2011.

Evanescence telah ditubuhkan di Little Rock, Arkansas pada 1995 oleh vokalis/pianist Amy Lee dan gitarist Ben Moody. Selepas rakaman secara privet, band tersebut akhirnya mengeluarkan album sulung “Fallen, di bawah Wind-up Records pada 2003.Single "Bring Me to Life", yang turut menampilkan penyanyi undangan Paul McCoy dari 12 Stones, menjadi hit secara global buat Evanescence dan menduduki tangga #5 pada carta American Billboard Hot 100. Lagu tersebut turut membawakan Evanescence ke takhta carta di UK, di mana ianya bertahan di teraju carta selama 4 minggu di antara Jun-Julai 2003. “Bring Me To Life” turut dipilih menjadi lagu tema bagi acara gusti WWE No Way Out 2003.

Lagu yang sama popular "My Immortal" pula langsung menduduki carta pada anak tangga #7 di U.S. dan UK. Kedua-dua lagu hits dari album “Fallen” tersebut turut dimasukkan menjadi soundtrack bagi filem aksi Daredevil. "Bring Me to Life" diberikan penghargaan, pengiktirafan yang sewajarnya pada majlis Grammy Awards ke-46 pada 2004, di mana band tersebut memenangi anugerah-anugerah bagi kategori Best Hard Rock Performance dan Best New Artist. Mereka turut mendapat dua pencalonan lain.

Dua single lain dari album “Fallen” adalah "Going Under" (#5 pada carta U.S. Modern Rock Tracks, #8 pada UK Charts) dan "Everybody's Fool" (#36 pada carta U.S. Modern Rock Tracks,]#23 pada carta UK Charts); kedua-duanya dipromosikan melalui klip video..

Setahun kemudiannya, Evanescence mengeluarkan pula live albumsulung mereka, “Anywhere but Home, yang telah terjual melebihi 1 juta unit di seluruh dunia. In 2006, “The Open Door”, album kedua mereka telah diterbitkan pula pada 2006 dan mencapai jualan sebanyak 6 juta unit.

Antara lain pengiktirafan yang diperolehi Evanescence adalah ranking #71 oleh Billboard pada carta Best Artists of the Decade.

Line-up Evanescence telah berubah beberapa kali. David Hodges meninggalkan band tersebut pada 2002, co-founder Moody pula pada 2003 (di tengah-tengah siri konsert jelajah dunia), bassist Will Boyd pada 2006, dan ini diikuti pula oleh gitarist John LeCompt dan drummer Rocky Gray pada 2007. Peninggalan LeCompt dan Gray telah membuatkan Evanescence tidak aktif buat seketika dan hanya kembali ke arena konsert dengan beberapa pemuzik sementara.

Pada Jun 2009, Evanescence mengumumkan line-up terbaru mereka dan kembalinya mereka pada dunia rakaman melalui album ke-3 “Evanescence. Album tersebut telah dikeluarkan pada 11 Oktober, 2011. Dengan jualan sebanyak 127,000 unit, “Evanescence” terus bertapak pada #1 pada carta Billboard 200. Album tersebut turut menduduki #1 pada carta-carta Billboard yang berlainan; the Rock Albums, Digital Albums, Alternative Albums, dan the Hard Rock Albums charts. Single pertama, "What You Want", yang dikeluarkan pada 9 Ogos, serta single kedua, "My Heart Is Broken", sedang mendapat airplay secara luas di seluruh dunia ketika ini.

Album terse but telah diumumkan sebagai peneraju carta Billboard 200 pada 16 Oktober 16 dengan jualan melebihi 110,000 unit di Amerika Syarikat. 3 hari berikutnya, seperti telah dinyatakan diatas tadi, album tersebut menduduki #1 pada carta Billboard 200 berdasarkan statistic Nielsen SoundScan dan ianya menjadi album kedua Evanescence yang langsung menduduki tangga #1 pada carta yang sama

Konsert jelajah dunia dari Evanescence akan diteruskan dengan siri-siri konsert di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. Dalam ulasan lanjutnya, vokalis Ann Lee menyatakan bahawa Evanescence akan membawakan lagu-lagu dari ketiga-tiga album mereka pada tour tersebut dan jangkakan sesuatu yang energetic dari Evanescence kerana band mereka adalah mengenai tenaga yang ‘heavy’, banyak larian di atas pentas serta lagu-lagu yang pantas temponya.

Untuk menyaksikan EvanescenceLive In Malaysiaanda boleh membeli tiket-tiket di cawangan-cawangan berikut:-Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre dan cawangan-cawangan The Guitar Store. Tiket berharga RM 298 (Rock Zone); RM198 (JS Zone) RM 98 (Free Standing) Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Ticketpro pada talian Hotline : +603-78807999. Bagi pembelian tiket secara online, silalah layari www.ticketpro.com.my

Tiket-tiket telah mula dijual pada Disember yang lalu dan pembelian awal (early birds) akan mendapat diskaun sebanyak 20% - sah sehingga 31januari 2011..

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert EvanescenceLive In Malaysia,layarilahwww.jsconcert.com dan https://www.facebook.com/JSConcertProductions

EvanescenceLive In Malaysiadi KL Live, Jalan Sultan Ismail, KL ; Khamis, 23 Februari ; dibawakan kepada anda olehJS Concert Productions

ADELE Live At Royal Albert Hall Sebuah DVD Yang Mengasyikkan

adele

Adele Laurie Blue Adkinds atau lebih dikenali dengan nama ADELE adalah penyanyi kelahiran Tottenhem, England. Adele baru-baru ini telah membuat persembahan solonya dilokasi yang cukup eksklusif dan menjadi impian semua artis untuk mengadakan persembahan di Royal Albert Hall London. Persembahan yang cukup berprestij itu kemudiannya diabadikan ke dalam bentuk DVD+CD khas buat tatapan peminat beliau yang berada diseluruh dunia.

adeledvdDVD “Adele – Live At Royal Albert Hall”yang berdurasi selama 1 jam 45 minit ini menghimpunkan memori antara Adele dan peminat yang datang menyaksikan konsert beliau di situ , selain memaparkan kisah dibelakang tabir mengenai konsert tersebut dan memaparkan wajah keriangan beliau disebalik lagu-lagu sedih . Album yang dirakam secara langsung ini tertanya membuka ruang dan minda para peminat setianya, apatah lagi dalam kelantangan vokal yang tidak berketepian, lirik-lirik yang membawa maksud yang sangat terang dan di melodikan dengan penuh berkesan malah kepetahan berinteraksi dengan peminat seolah-olah menceritakan sesuatu mengenai kehidupan sebenar beliau.

"Hometown Glory"telah dipilih sebagai lagu untuk membuka tirai persembahan , membuktikan keupayaan vokal yang cukup menggegar minda kadangkala kedengaran ‘vibrator’ yang memberikan keistimewaan kepada Adele . Diiringi bunyian piano yang memberikan ‘moment’ indah dan menjelaskan bahwa lagu seterusnya cukup memberikan impak atmosphere yang syahdu . "Chasing Pavement" adalah klimaks kepada keseluruhan lagu yang dipersembahkan, dimana melalui lagu ini nama beliau mula meniti dari bibir ke bibir peminat seni suara. Adele juga telah memberi penghormatan buat Amy Winehouse dimana beliau telah mempersembahkan lagu yang berjudul “Make You Feel My Love”, lagu ini telah ditulis oleh Bob Dylan, Adele meminta penonton yang hadir untuk menyalakan telefon bimbit mereka sebagai tanda ingatan kepada mendiang Amy Winehouse. Dimasa yang sama juga kelihatan bola disko berputar malah sinar cahaya yang dipancarkan menggambarkan situasi pilu yang menyelubungi ruang Royal Albert Hall. Adele juga mengakui Amy Winehouse banyak mempengaruhi kerjaya beliau sebagai seorang insan seni.

Adele juga telah membawa sebuah lagu saduran dari Steeldrivers " If It Hadn’t Been For Love” dan juga sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh Bonnie Raitt “I Can’t Make You Love Me”. Kedua-dua lagu tersebut mempunyai hubung kait diantara satu sama lain. Sekiranya anda adalah pemerhati setia , pastinya anda tidak akan berganjak dari terus memberi perhatian kepada apa yang dilontarkan oleh Adele. Bukan sekadar bercerita tetapi unsur humor yang diterapkan dalam konsert ini pastinya rasa bosan mungkin tidak akan berlaku.

“Someone Like You”pastinya menyentuh emosi anda selaku penonton atau pendengar. Apa yang menarik ialah Adele sendiri merasa tersentuh dengan lagu yang dipersembahkan malah emosi itu turut dikongsi dengan penonton yang tanpa diminta turut sama melontarkan suara mereka mengikuti bait-bait lagu tersebut. Adele sendiri tidak mampu membendung airmata dan melahirkan rasa terharu dalam melontarkan lirik yang ditulis oleh beliau sendiri mengenai kisah cinta yang lalu walaupun sebelum menyanyikan lagu ini beliau ceria dalam menjelaskan kisah bagaimana lirik ini dibentuk , antara sebuah lagu yang melonjakkan nama beliau di seluruh dunia.

Bagi peminat Adele di Malaysia DVD+CD yang ditampilkan dalam bentuk digipack ini telah mula berada dipasaran mulai 22 Disember 2011 dan pihak Warner Music Malaysia telah diberi hak sebagai pengedar. Harga yang ditawarkan hanya RM65.90 (bagi keluaran import), manakala bagi keluaran tempatan ianya hanya RM45.90. Kepada pencinta Blu ray “Adele Live At Royal Albert Hall” boleh didapati dengan hanya RM79.90.

THE CRANBERRIES Live In Malaysia

thecranberries
Tour Sempena Album Terbaru Mereka 'Roses' Yang secara Rasminya Berada di Pasaran Pada 27 February 2012

Para fanatika The Cranberries pastinya sudah menghafal bait-bait lagu yang terdapat pada lagu-lagu seperti ‘Zombie’, ‘Dreams’, ‘Ode To My Family’, ‘Salvation’, ‘Linger’ dan ‘Animal Instinct’. The Cranberries menjadi satu fenomena dalam dunia hiburan antarabangsa sekitar era penghujung tahun 90-an. Kini kumpulan yang memiliki pelantun vokal yang cukup unik vokalnya, Dolores O’Riordan diberitakan akan membuat persembahan di Malaysia sempena konsert jelajah dunia yang bakal diadakan pada 4 April 2012 bertempat di Stadium Negara, jam 8.30 malam.

The WonderLandtelah bekerjasama dengan Sevent Media untuk menganjurkan konsert yang diberi nama “The Cranberries Live In Malaysia2012”,sememangnya sebuah konsert kemunculan semula salah satu daripada band terbesar dunia dan tidak harus dilepaskan oleh peminat mereka. Bagi yang ingin menyaksikan persembahan kumpulan yang diasaskan di Ireland ini bolehlah mendapatkan tiket yang dibahagikan mengikut kategori iaitu RM110 dan RM170 untuk tempat duduk bebas, tempat tiket bernombor pula dijual dengan harga RM230 dan RM280 (VIP).Manakala harga RM220 dan RM300 pula masing-masing adalah untuk kategori Rock Zone dan juga The Pit.

Bersempena dengan kehadiran Hari Valentine yang bakal disambut 14 Februari ini, satu promosi khas untuk pembeli awal akan diadakan mulai 13 Februari hingga 19 Februari. Potongan sebanyak 15% akan diberikan kepada pelanggan yang membeli secara eksklusif melalui internet di www.ticketcharge.com.mydan juga melalui tempahan telefon dengan menghubungi talian 03- 92228811.

Selepas beberapa tahun sibuk dengan urusan membesarkan keluarga, kini The Cranberies sudah bersedia untuk kembali menghiburkan peminat mereka. Kehadiran The Cranberries ini sememangnya dinantikan peminat setianya kerana kemunculan mereka serentak dengan kehadiran album studio keenam dan terbaru mereka berjudul ‘Roses’. Fasa terbaru karier The Cranberries kembali memuncak melihat sambutan menggalakkan yang diterima terhadap konsert reunion yang diadakan pada tahun 2010.

Segalanya bermula ketika anggota kumpulan itu sedang melakukan sesi ujian bunyi apabila vokalis mereka, Dolores, gitaris Noel Hagon dan pemain bass, Mike serta pemain dram, Fergal Lawler mencuri masa untuk bertukar-tukar idea sambil mencari melodi yang sesuai untuk material album terbaru sekali gus menepati identiti muzik mereka. Hasilnya, lahirlah album ‘Roses’ yang mengandungi 11 lagu baru yang kesemuanya ciptaan mereka serta diterbitkan oleh teman baik mereka sendiri iaitu Stephen Street

Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia

Mega
mega

Kewujudan semula kumpulan-kumpulan rock yang pernah mewarnai industri hiburan tempatan pastinya menjadi igauan buat semua penggemar wirama tersebut, apatah lagi generasi yang membesar dengan lagu-lagu mendayu karyaan mereka. Saban hari lagu-lagu ‘berhantu’ mereka mula menjajah minda peminat-peminat baru yang sudah pasti tidak mengenali apatah lagi menyaksikan kehebatan mereka beraksi dipentas. Berinspirasikan semangat serta iltizam yang jitu maka terlalu ramai promoter yang ingin merialisasikan impian peminat generasi baru dan lama demi memastikan ‘kembalinya’ aura rock yang sekian lama menjajah minda.

Gersang
gersang

Informasi mengenai penggabungan semula anggota-angota kumpulan rock sudah lama kedengaran, namun untuk menyaksikannya dalam sebuah konsert yang berskala besar belum pernah direalisasikan. Salah sebuah syarikat iaitu G&G Prima Internation bakal mengadakan sebuah konsert yang menampilkan kumpulan GERSANG, SLAM, EXISTSdan MEGA sedikit masa lagi. Nama-nama yang sudah tidak perlu dipersoalkan lagi kewibawaan mereka. Jenama yang sentiasa menjadi ikutan ‘rockers’ . Kembalinya mereka ke persada seni seakan memberikan ‘nyawa’ kepada peminat fanatik keempat-empat kumpulan tersebut. Apa yang menarik mengenai konsert itu nanti adalah kehadiran anggota asal yang pernah bernaung dibawah nama kumpulan masing-masing. Pastinya memori indah bakal terungkai apabila menyaksikan konsert yang bakal di adakan di Kuala Lumpuritu nanti.

Gersang merupakan salah sebuah kumpulan yang diasaskan di Johor, ianya telah ditubuhkan pada tahun 1981. Nama Gersang mula meniti bibir penggemar muzik rock setelah mereka tampil dengan album pertama yang menggunakan nama “Gersang” sebagai judul album. Album yang telah diriliskan pada tahun 1988 itu telah mempertaruhkan lagu ‘Masih Aku Terasa’ yang terus menjadi hits sehingga kini. Kumpulan Gersang dianggotai oleh Man Bai – Vokalis, Man Greng - Bass Gitar, Jojet –Dram, Acis – Keyboard, Kid – Gitar dan Ajib – Gitar terus menjadi sebutan para penggemar muzik rock ketika itu. Setelah kejayaan album pertama, mereka terus tampil dengan album kedua yang berjudul “Takdir” yang telah diriliskan pada tahun 1988. Album “B29” adalah album terakhir dari Gersang, album ini diriliskan pada tahun 1989.

Exist
exist

Kumpulan Gersang kemudiannya memasuki Juara Lagu '89dan diurus oleh komposer Rahim Othman di bawah syarikat Rahim Othman Production (ROP) dan keluaran / edaran album dibawah syarikat PMCyang kemudiannya BMG. Kumpulan Gersang dibubarkan pada penghujung tahun 1990 kerana Man Bai mengalami sakit Tonsil yang serius.

Kumpulan Slam juga telah ditubuhkan di negeri Johor pada tahun 1993,ianya dibarisi oleh Shah Nizam Abd Halim - Gitar elektrik & Gitar Akoustik , Zamani Ibrahim – Vokalis, Nor Azli Masrani - Bass , Eddie Ahmad - Keyboard , Programmer & percussion , Abd Razak Bajuri - Second Gitar dan Osman Khalid – Drummer. Slam tampil dengan 4 buah album iaitu “Slam” (1993), “Kesan Terbukti” (1995), “Kembali Merindu” (1996) dan “Dalam Harapan” (1998). Terlalu banyak pencapaian yang telah dikecapi oleh Slam disepanjang mereka bergelar artis rakaman.

Slam
slam

Kumpulan Exists juga merupakan salah sebuah kumpulan yang telah ditubuhkan di negeri Johor, Kumpulan yang dianggotai oleh 4 orang anggota ini telah ditubuhkan sekitar tahun 1991 telah dianggotai olehMamat (vokalis,), Shah (guitar), Along (guitar ke-2), Musa (bass), Ajai (keyboard) dan Ujang (drum).

Album pertama mereka yang berjudul “Exists” telah diriliskan pada tahun 1991 di bawah Syarikat rakaman JOJO's Production yang berpusat di Johor Bahru. Album mereka yang pertama ini telah melonjakkan nama mereka di persada muzik tanah air apabila lagu 'Untukmu Ibu' berjaya mencuri hati peminat. Album ini juga telah mencatatkan jualan yang membanggakan dengan 250,000 unit.

Exists kemudiannya muncul dengan album kedua yang berjudul “Anugerah”, album ini telah diriliskan pada tahun 1993. Keluar masuk anggota adalah lumrah bagi mereka yang bergelar kumpulan, lantaran itu Shah telah menarik diri untuk terus bersama dengan Exist. Album “Diammu Gunung Berapi” (1995) telah memberikan impak kepada Exist apabila Ezad telah menggantikan tempat Mamat selaku vokalis.

Semasa album “Jangan Gentar” (1997), Exist telah menukarkan nama kepada EXISTS dimana telah menambahkan huruf S dibelakang Exist. Seterusnya mereka terus tampil dengan beberapa album lagi antaranya ialah “Mutan” (1998), ADA(2001), “Seperti Dulu” (2003) dan “Paragon” (2004).

Manakala Kumpulan Mega merupakan antara kumpulan rock, yang cukup gah di awal tahun 90an dimana ketika itu lagu mereka yang berjudul ‘Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara telah melonjakkan nama mereka dalam arena rock tempatan. Lagu nyanyian Zarith it uterus menjadi siulan sehingga kini. Zarith, Rahmad, Sam, Adi dan Munir adalah antara tenaga ‘kuat’ yang telah menaikkan nama Mega. Album pertama mereka yang berudul “Mega” telah diterbitkan pada tahun 1990, “Rentak Kaki Lima” pula telah diterbitkan pada tahun 1993 dimana mereka menggunakan Rahmad (Ekamatra) sebagai vokalis. Album “Kita” (1994), Album “Ilustrasi” (1991),album “Megalomania” (1996) dan album “Potret” pula telah diterbitkan pada tahun 2001 selepas itu mereka membawa haluan masing-masing.

Bersandarkan kepada populariti yang dimiliki oleh keempat-empat kumpulan ini iaitu Gersang, Mega, Exists dan Slam, pihak penganjur mensasarkan penggemar muzik rock tempatan sebagai sasaran utama selain generasi baru. Harga-harga tiket yang bakal ditawarkan nanti adalah cukup ‘mesra peminat’. Sebarang informasi terkini pasti kami kongsikan bersama anda di www.meportal.net

The Legendary Concert 2012 - Dulu, Kini Dan Selamanya

Jamal Abdillah
Jamal Abdillah Ketika Beraksi Di Ipoh Bulan Lalu

Berpaksikan jenama yang cukup besar dan cukup berat untuk dipikul, The Legendary Concert 2012– Dulu, Kini dan Selamanya apatah lagi untuk merialisasikannya. Namun itu bukanlah halangan bagi Afro Inang Worldwide dan Research Venture Lab Sdn Bhd yang ingin melihat ‘jenama’ tersebut terus gah dipasaran tempatan apatah lagi ianya bakal berkesinambungan dari tahun ke tahun.

The Legendary Concert 2012 – Dulu, Kini dan Selamanya” adalah sebuah konsert yang berskala besar dan melibatkan ‘jentera-jentera’ hebat yang bertaraf lagenda. Pemilihan artis bukanlah bersandarkan kepada ‘gah’ nya nama mereka tetapi berlandaskan kepada keupayaan, populariti dan juga komitmen mereka kepada masyarakat bermula dari karier seni sehinggalah mereka mencipta kejayaaan dimasa kini.

sheilamajid
Sheila Majid

Membariskan nama-nama besar seperti Datuk Shiela Majid, Amy Search, Jamal Abdillah dan juga Zainal Abidin sudah pasti konsert yang bakal berlangsung tidak berapa lama lagi bakal meninggalkan satu kesan abadi bukan sahaja kepada industri hiburan tetapi kepada masyarakat Malaysia yang kaya dengan norma-norma kehidupan yang harmoni.

Perancangan untuk mengadakan konsert tersebut telah diusulkan oleh Anglina selaku Pengarah Urusan Afro Inang Worldwide. Idea yang diusulkan oleh Anglina telah menarik minat rakan kongsinya

zainalabidin
Zainal Abidin

iaitu Research Venture Lab Sdn Bhd, penggabungan tenaga dan idea diantara keduanya mampu menarik peminat para penghibur yang bertaraf ‘lagenda’ selain mempunyai kekuatan ianya juga merupakan variasi yang hebat kerana menghimpunkan genre muzik yang berlainan di dalam sebuah panggung.

The Legendary Concert 2012 – Dulu, Kini dan Selamanya” bakal berlangsung di 5 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Johor (Stadium Majlis Perbandaran Johor Baharu), Sabah(Stadium Likas), Kuching (Stadium Negeri) dan klimaks kepada konsert ini pastinya berakhir di Kuala Lumpur(Stadium Merdeka). Siri jelajah ini bakal bermula 5 Mei hingga 30 Jun .

Amy Search
Amy Search Ketika Konsert Bersama Kumpulan Search

Bukan sekadar menjayakan konsert sahaja , kesungguhan serta komitmen yang diberikan ke empat-empat lagenda tersebut harus diberi pujian kerana mereka sanggup ‘turun padang’ bagi menjayakan sesi bertemu peminat di setiap negeri sebagaimana yang telah diaturkan oleh pihak penganjur.

Tidak mustahil sekiranya ‘The Legendary Concert 2012- Dulu Kini dan Selamanya’ bakal diklasifikasikan antara konsert paling berprestij dan istimewa bagi tahun 2012.

GREYSON CHANCE Kembali Lagi Ke Malaysia

greyson chancePada bulan November lalu, penyanyi cilik kesayangan ramai, Greyson Chance telah memukau ramai pencinta seni suara di negara kita melalui promo tour beliau buat julung kalinya di sini. Kini Greyson Chance kembali ke benua Asia bagi mengadakan tour besar-besaran beliau. Antara negara-negara yang tersenarai dalam sesi jelajah Asia kali ini adalah Singapura, Indonesia, Filipina dan pastinya Malaysia. Konsert Greyson Chance di Malaysia kelak telah pun disahkan tarikhnya akan berlangsung pada 17 April, bertempat di KL Live bermula jam 8.30 malam.

Greyson menjadi selebriti dalam sekelip mata setelah bakat beliau bermain piano serta menyanyi lagu saduran Lady Gaga iaitu “Paparazzi” di YouTube ditemui oleh Ellen DeGeneres, hos sebuah rancangan bual bicara di stesyen TV pada April tahun lalu. Video tersebut langsung mendapat 44 juta tontonan seluruh dunia dan menjadi video nombor 3 paling banyak ditonton di YouTube pada tahun lalu. Greyson Chance menjadi artis pertama yang menandatangani kontrak di bawah naungan eleveneleven, syarikat rakaman milik Ellen DeGeneres dan telah mengadakan persembahan pada rancangan bual bicara The Ellen DeGeneres Show untuk beberapa kali.

Greyson mula bermain piano pada usia semuda 8 tahun. Beliau telah mempelajari piano untuk selama 3 tahun dan tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam nyanyian. Beliau mengakui terpesona dengan Lady Gaga setelah menyaksikan persembahan penyanyi sensasi tersebut membawakan lagu “Paparazzi” pada MTV Video Music Awards 2009. “Saya terpesona dengan drama dan teatrikal yang ada pada Lady Gaga” kata Greyson.

Abang Greyson, iaitu Tanner Chance menjadi antara orang pertama yang memainkan peranan dalam membentuk perjalanan seni adiknya dengan mengesyorkan kepada Ellen supaya menonton video “Paparazzi” tersebut. Tarikh 11 Mei 2010, di mana buat pertama kalinya Ellen menonton video tersebut, menjadi ilham bagi Ellen menamakan syarikat beliau eleveneleven.

Pada pagi 11 Mei tersebut, video tersebut telah diletakkan pada RyanSeacrest.com. Dikatakan, Ryan telah menemui video tersebut di BuzzFeed – lelaman web yang sentiasa memantau bakat-bakat baru dan mempunyai kredibiliti melalui video-video seperti yang dilakukan oleh Greyson.. Pada petangnya pula, TVGuide, The Huffington Post, and blog video muzik Yahoo! Iaitu Video Ga Ga, turut membuat posting video tersebut. Pada artikel TVGuide pula dinyatakan bahawa Facebook fan page bagi Greyson juga telah mula diwujudkan.Pada malamnya pula Ryan Seacrest, Ellen DeGeneres dan seorang lagi selebriti, Ashton Kutcher telah membuat link kepada video tersebut melalui lama Twitter masing-masing.

DeGeneres kemudiannya mengumumkan bahawa Greyson Chance akan muncul pada rancangannya pada 12 Mei 2010 dan ianya mendapat pemerhatian pelbagai pihak media seperti Wall Street Journal\dan Los Angeles Times, dan ABC World News. Guy Oseary, seorang pengurus cabang hiburan di LA yang mana pelanggan beliau termasuk selebriti-selebriti ternama seperti Madonna, Ashton Kutcher dan Demi Moore, pula telah mengesyorkan video “Paparazzi” versi Greyson dipaparkan di Twitter.

Pada 13 Mei 2010, rakaman persembahan Greyson di The Ellen DeGeneres Show telah disiarkan di beberapa media mainstream termasuk CBS dan People. Greyson bukan sahaja mendapat perhatian Seacrest dan DeGeneres, malah pada 14 Mei, penyanyi dan composer, David Archuleta juga telah membuat link video pada Twitter beliau dan memuji Greyson sebagai berbakat.

Pada 26 Mei 2010, Greyson sekali lagi mucul pada The Ellen DeGeneres Show di mana beliau menyanyikan lagu beliau sendiri “Broken Hearts”. Belaiu turut dianugerahkan $10,000 kerana memenangi contest Ellen's Wonderful Web of Wonderment. Selain wang tunai, Greyson turut memenangi sebuah piano Yamaha.

Single pertama beliau "Waiting Outside the Lines" pula telah diterbitkan bagi iTunes pada 26 Oktober 2010. Ianya turut mengandungi versi rakaman studio lagu “Paparazzi”. Pada awal Disember 2010, Greyson telah melawat Parisdan London, mengadakan persembahan secara privet di kedua-dua buah kotadisamping muncul pada stesyen-stesen radio di sana.

Di celah-celah tour beliau bersama Miranda Cosgrove, pada 2 februari 2011, Greyson sekali lagi menjadi tumpuan rakyat Amerika melalui kemunculan beliau di CBS Early Show, membawakan lagu Waiting Outside The Lines".

Pada 17 Mei 2011, single terbaru Greyson “Unfriend You” pula diterbitkan bagi iTunes. Tour “Waiting 4U” beliau bermula di Ivins, Utahpada 9 April 2011 bersama artis Australiaiaitu penyanyi pop/R&B Cody Simpson. Tour tersebut berakhir sebulan kemudiannya di Portland, Oregon.

.”Unfriend You” turut diperdengarkan melalui The Ellen DeGeneres Show pada 23 Mei 2011, di mana Greyson telah turut mengumumkan tarikh 2 Ogos 2011 sebagai tarikh rasmi terbitnya album sulung beliau “Hold On 'Til the Night”. Album sulung Greyson juga adalah album sulung yang dikeluarkan oelh eleveneleven.

Rakyat Malaysia pastinya masih segar lagi dari menyaksikan kehebatan persembahan Greyson di majlis anugerah AIMNovember lalu. Greyson sedang mengadakan siri tour jelajah Asia Tenggara ketika itu.

Seorang lagi bakat YouTube yang ditemui oelh Ellen DeGeneres iaitu Charice, telah digabungkan bersama Greyson dalam versi remix “Waiting Outside the Lines”. Kedua-duanya Greyson Chance dan Charice menjadi artis rakaman bertaraf antarabangsa hasil suntingan DeGeneres melalui YouTube.

Tiket-tiket bagi menyaksikan konsert Greyson Chance di Malaysia akan mula dijual pada hari Jumaat, 9 Februari. Tiket-tiket boleh didapatkan dari cawangan-cawangan berikut:-Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre, The Guitar Store outlets dan juga di KL Live(lokasi konsert nanti).Tiket-tiket berharga RM 188 (JS Zone); RM138 ( Party Zone) ; RM 88 (Regular).

Bagi maklumat lanjut mengenai pembelian tiket, silalah hubungi Ticketpro Hotline : +603-78807999. Pembelian tiket-tiket secara online juga disediakan, hanya melalui www.ticketpro.com.my

Pembelian awal (early bird) akan mendapat diskaun sebanyak 20%, sah sehingga 29 February.

JS Concert Productions dengan kerjasama MIDAS Promotions bertanggungjawab dalam membawakan GREYSON CHANCE Live In Malaysia.

www.jsconcert.com
https://www.facebook.com/JSConcertProductions
lelaman rasmi:- www.greyson-official.com

Singapura Berpesta Rock Dengan SEARCH Dan XPDC

Search

Search

XPDC

XPDC

Foto oleh: Na-Kimura

D’Touchz International terus mengukuhkan nama mereka sebagai penganjur konsert Rock Melayu terunggul di Singapura jika diukur dari jumlah peminat yang hadir pada SEARCH XPDC Live in Singapore pada Sabtu, 28 Januari 2012 yang lalu. Walaupun itu merupakan buat kali keduanya syarikat tersebut menganjurkan sebuah konsert (yang pertama adalah Wings Live in Singapore pada Julai 2011), kemampuan D’Touchz International untuk menarik 5000 peminat kedua-dua ikon Rock tersebut untuk hadir adalah bukti pengiktirafan penggemar muzik Rock terhadap konsert anjuran mereka.

Menjelang bermulanya konsert, CEO D’Touchz International, Encik Adi telah mengumumkan bahawa konsert anjuran mereka seterusnya adalah Ella & Awie Live in Singapore yang bakal berlangsung pada 25 Mac nanti. Pastinya media kami ME! Portal Infotainment Alternatif akan membawakan maklumat-maklumat terkini serta promosi mengenai konsert tersebut.

Berbalik kepada SEARCH XPDC Live in Singapore, konsert bermula sedikit lewat daripada yang dijadualkan. Bagaimanapun acara-acara selingan menjelang konsert yang dikendalikan oleh deejay Hafiz Glamour dari Radio Ria amat menghiburkan setiap penonton di dalam arena Stadium Tertutup Singapura. Tiada kelihatan wajah-wajah gelisah diantara mereka menantikan kemunculan kumpulan pertama di atas pentas.

Tepat jam 8.25 malam, intro yang sudah familiar buat saya mula kedengaran. Melodi synth serta drums pattern yang sama digunakan bagi pembukaan siri konsert jelajah Search Fenomena 30 Tahun di 4 kota di Malaysia hujung tahun lalu … Search memulakan aksi dengan sorakkan gemuruh para peminat mereka. “Gothik Malam Edan” menjadi lagu yang sesuai bagi pembuka konsert – padat dengan tenaga yang ada serta kekerasan muziknya mencorakkan persembahan Search juga. “Pangung Khayalan” pula menyusul sebelum persembahan diperlahankan dengan “Fenomena” … lagu yang mendapat sing-a-long daripada para peminat mereka. Selepas lagu ke-4 “Isi Atau Kulit”, baru lah Amy Search memulakan bicara beliau dengan para peminat, mengimbau kembali sejarah Search yang ada mengenai Singapura. Bertempat di Lion Studio di Singapura lah Search telah merakamkan album pertama mereka “Cinta Buatan Malaysia” di sekitar pertengahan 1980’an, Makanya arena konsert digamatkan dengan “Balada Pemuzik Jalanan” daripada album sulung tersebut.

Amy sekali lagi mengimbau kenangan silam Search di Singapura yang masih segar pada ingatan beliau mengenai satu persembahan mereka di Pulau Sentosa. Kenangan serta kesegaran adalah intipati utama pada lagu seterusnya – “Isabella”. Lagu yang pernah hit pada seluruh Asia Tenggara. Tidak mustahil, “Isabella” menjadi lagu yang paling kuat para peminat di Singapura nyanyikan bersama-sama Search pada malam tersebut. Dua lagu rancak dan keras, “Cakap Memang Murah” dan “Pelesit Kota” disajikan seterusnya kepada para peminat. Melihatkan respon yang positif yang diberikan oleh para peminat di Singapura, sebuah negara di mana sudah lebih 15 tahun Search tidak mengadakan persembahan , Amy telah turun dari pentas dan berlarian pada seluruh arena untuk berjabat tangan dengan para peminat beliau dan Search serta lambaian serta ciuman penghargaan buat mereka yang hadir.

Pawana” pula terus menghangatkan acara – antara lagu-lagu Search yang catchy dan mendapat sing-a-long yang padu. Setelah memperkenalkan para anggota Search kepada para peminat, “Fantasia Bulan Madu” menjadi lagu terakhir … Amy, Din, Kid, Nasir dan Yazit lantas membariskan diri mereka dihadapan pentas, melambaikan penghargaan buat para peminat mereka di Kota Singa. Menyahut pekikan para peminat yang inginkan Search terus beraksi, Amy dan rakan-rakan menghadiahkan “Gadisku” buat mereka. 9.45 malam - berakhir sudah persembahan Search – singkat tetapi amat berkesan. Pada sesi sidang media selepas persembahan Search, Amy telah memberitahu pihak media kami bahawa Search bakal kembali mengadakan persembahan sekali lagi di Singapura pada tahun 2012 ini juga menerusi siri Fenomena 30 Tahun mereka yang masih berterusan buat ketika ini. Singapura… Nantikan!!!

Untuk 10 minit berikutnya, deejay Hafiz Glamour sekali lagi tampil menjayakan contest singkat mencari pemenang backstage pass untuk menemui atis selepas konsert selesai.Tepat 9.55 malam, XPDC sudah bersedia di atas pentas. Sepertimana konsert Loudspeaker di Kuala Lumpur baru-baru ini, XPDC ‘versi satu’ menggabungkan Izo selaku gitaris dan anak beliau Arip (gitaris) yang baru berusia 15 tahun, Yan Lefthanded (bassist),Lola (drummer) serta Ali (vokalis). Kekuatan vokal Ali mula terserlah sejak lagu pertama “Ulat Dan Kulat”. Irama Rock keras dan Heavy Metal mula menjajah segelinap ruang di dalam Stadium Tertutup Singapura. Di bawah pentas, apa yang dapat dilihat, penonton-penonton di Singapura agak berdisipilin dan antara mereka yang headbanging bersama irama keras tersebut agak minimal. “Bagaikan Samurai” terus menghentam halwa telinga para pencinta Rock yang masih belum berganjak walaupon majoriti yang datang pada malam tersebut adalah untuk menyaksikan Search, namun peluang untuk dihiburkan XPDC yang juga sudah lebih sedekad tidak mengadakan konsert di Singapura tidak dilepaskan begitu sahaja.

Pada pertengahan lagu ke-3 iaitu “Teman”, team media kami terpaksa meninggalkan arena konsert buat seketika untuk menghadiri sidang media bersama Search. Difahamkan sesi tersebut terpaksa diatur secara tiba-tiba dan ketika XPDC masih membuat persembahan diatas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Sekembalinya team media kami ke arena, Ali sedang mendendangkan lagu “Sakinah” dan kemudiannya menutup persembahan dengan “Semangat Perjuangan Harmoni” sebelum menyerahkan pentas kepada line-up XPDC yang klasik, yang lagenda. Hanya Izo yang tidak berganjak dari pentas, Amy (drummer), Zua (bassist) dan Mael (vokalis) pula mengambil posisi masing-masing. Untuk 45 minit berikutnya, XPDCversi dua’ tersebut membawakan lagu-lagu mereka yang lebih familiar di kalangan para peminat mereka … “Bahalol”, “Hidup Bersama”, “Aku Masih Di Sini”, “Hijau Bumi Tuhan”, “Selendang Merdeka”, “Semangat Yang Hilang” dan “Apa Nak Dikata”. Persembahan yang begitu cool dan bersahaja, mungkin tidak selincah muzik berat yang disampaikan, apa yang jelas dipersembahkan adalah pengalaman…

Tidak cukup dengan dua versi tersebut, tampil pula ‘versi ketiga’ XPDC pada malam itu. Ali dan Mael bergabung ! Mungkin itulah satu kelainan persembahan yang para peminat nantikan. Membuatkan persembahan secara unplugged di mana Yan memainkan gitar akustik diiringi pula oleh Lola yang bermain tambourine dan penambahan shaker oleh Amy, medley lagu-lagu balada “Teman”, “Sakinah” “Titian Perjalanan” dan ”C.I.N.T.A.” disampaikan dengan penuh syahdu dan mengheningkan suasana di dalam StadiumTertutup Singapura. Mantap! Medley tersebut merupakan sajian terakhir buat acara konsert yang gemilang pada malam tersebut.

ME! Portal Infotainment Alternatif sempat menemubual Mael secara personal selepas persembahan beliau. Antara soalan yang diajukan adalah samada gabungan duet beliau dan Mael akan direalisasikan dalam bentuk album pula. Jawapan yang diberikan oleh Mael mungkin agak menghampakan para peminat XPDC yang dahagakan album baru mereka, namun penuh dengan kebenaran betapa industri muzik tempatan kita ketika ini dilanda masalah sukarnya untuk menjual album. “Tiada gunanya merakamkan album buat masa ini. Susahnak jual album pada zaman sekarang ini dengan adanya budaya download lagu melalui internet. Kita harus ambil kira kos studio dan pengeluaran juga…” jawab Mael.

SEARCH

Pengacara Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search

XPDC

XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC