Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, September 23, 2010

Mama vogue - Erra Fazira, Wardina, Ziana Zain & Lisdawati

pix_gal0
Kekal langsing, cantik demi tuntutan kerjaya sebagai insan seni

SAAT kaki mereka melangkah ke dalam dewan, pandangan tetamu tertumpu pada mereka. Bukan saja terpaku melihat kejelitaan mereka, tetapi teruja melihat tubuh mereka yang kekal langsing walaupun sudah bergelar ibu.

Sebagai selebriti, bukan saja bakat tetapi kecantikan juga adalah aset yang perlu dijaga. Justeru tidak hairanlah andai mereka ini dengan rela hati melalui rejim pemakanan yang agak ekstrem semata-mata untuk kurus dan kelihatan cantik pada mata khalayak.
Bertemu empat ibu jelita ini iaitu Ziana Zain, Erra Fazira, Wardina Saffiyah Fadhullah dan Lisdawati ketika mereka menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Slim World yang berlangsung di Hotel Berjaya Times Square pada petang Selasa lalu, banyak cerita menarik yang boleh dikongsi bersama daripada duta program pelangsingan ini.
Namun paling penting, bukan mudah untuk menyatukan empat ibu jelita lagi bergaya ini dalam satu sesi bergambar seperti ini. Mereka bukan saja cantik, tetapi juga aktif dengan kerjaya masing-masing iaitu sebagai pelakon, penyanyi atau personaliti TV. Bagaimanapun, tugas dan tanggungjawab hakiki sebagai ibu dan isteri memang tidak diabaikan.

Bahkan, mereka juga masih mempunyai masa untuk sentiasa menjaga penampilan diri. Maklumlah, dalam bidang yang mereka ceburi, kecantikan dan penampilan diri adalah penting. Itulah harta yang sangat bernilai. Orang kata untuk cari makan kenalah pandai jaga badan.

Ada cerita suka dan tak kurang juga khabar duka yang mewarnai kehidupan mereka.

Ziana dan Erra terkilan?
KATA orang penantian itu penyeksaan. Lebih-lebih lagi jika yang dinantikan itu adalah sesuatu yang memang ditunggu-tunggu. Pastinya perit yang dirasakan. Itulah yang dirasakan penyanyi memiliki vokal nyaring, Ziana Zain apabila memperkatakan mengenai album terbarunya. Sudah hampir sedekad menanti buah tangan terbaru, namun semuanya sia-sia.

Walaupun penyanyi yang terkenal dengan imej kening terangkat ini pernah muncul dengan single berjudul Dingin, namun itu masih belum mampu mengubat kerinduan peminat yang dahagakan album terbarunya.

Diajukan pertanyaan ini, Ziana berkata dia ada sebab kukuh mengapa album terbarunya tidak dihasilkan.

Saya masih lagi menunggu surat rasmi dari EMI yang mengatakan kontrak sudah tamat. Sudah lebih setahun, saya masih belum menerima apa-apa daripada mereka.
Memanglah secara dasarnya, kontrak saya dengan mereka sudah tamat, tetapi tetap mahukan surat pengesahan supaya tidak berlaku sesuatu yang buruk di kemudian hari.

Setiap kali merujuk pada mereka berhubung perkara ini, mereka meminta bersabar. Sehingga kini, perkara itu senyap saja. Kalau hendak diikutkan, saya bosan menyanyikan lagu sama. Bila nyanyi single baru, peminat masih belum dapat menerima sepenuhnya.

Itulah yang membuatkan saya terkilan dan mengharapkan perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin, katanya yang anggun mengenakan busana milik Rizman Ruzaini.

Menurut penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Madah Berhelah, jika tahun depan surat pelepasan masih belum diterima, dia nekad meneruskan projek album itu.

Saya tidak mahu menunggu lebih lama. Buat masa ini sudah ada tiga single sudah disiapkan. Insya-Allah, jika tahun depan masih tiada perkembangan surat pelepasan), saya akan teruskan juga penghasilan album itu. Saya tak mahu peminat saya terus menanti, katanya.

Jika Ziana kecewa menunggu album terbarunya itu dapat disiapkan, Erra pula ternanti-nanti bila pula filem lakonannya dapat ditayangkan kepada khalayak.
Tentunya ramai peminat Erra masih ingat, pelakon ini pernah membintangi filem usaha Hollywood dan Bollywood berjudul Hidden terbitan N'Six Entertainment Limited & O'Zone Film Production Pvt Ltd pada tahun 2007.

Selepas tiga tahun, nampaknya bayang filem itu sendiri tidak kelihatan. Sebagai pelakon, pastinya Erra berasa terkilan apabila hasil keringatnya itu bagaikan terperap begitu saja.

Erra memang kecewa apabila filem ini belum masuk panggung. Erra dikhabarkan, penerbit filem ini menghadapi masalah untuk mencari pengedar menyebabkan filem ini terperap. Sebagai pelakon, Erra memang ingin sekali melihat hasilnya.

Erra pernah menonton filem ini tapi taklah sepenuhnya dan Erra rasa filem ini ada tarikannya yang tersendiri. Apapun, Erra berharap supaya filem ini dapat ditayangkan kepada khalayak. Sayang rasanya jika filem ini terperap begitu saja, luah Erra.

Mengulas lakonannya dalam teater muzikal Tun Mahathir, Erra mengharapkan penonton tidak bersikap skeptikal terhadap pengisian teater itu apabila dipentaskan kepada umum bermula Jumaat ini.

Saya harap, penonton faham bahawa ini adalah sebuah teater muzikal. Jadi, pastinya konsepnya sedikit berbeza. Saya harap peminat dapat menerima teater ini seadanya, tutur Erra yang memegang watak Tun Siti Hasmah sewaktu zaman anak dara.

Wardina pakar motivasi, Lisda lincah menari

HIDUPNYA banyak berubah jika mahu dibandingkan zaman remajanya. Sejak mengenakan tudung, pelakon, pengacara, penulis buku dan model, Wardina Safiyah kini sudah pun melalui pelbagai fasa kebahagiaan dalam kehidupannya.

Dia kini sudah bertemu apa yang dicarinya. Wardina yang baru saja pulang dari Australia kerana menyambut Aidilfitri di sana bersama ibu tercinta mengakui gembira dan teruja dengan kehidupannya ketika ini.

Saya gembira kerana berpeluang membuat sesuatu yang memang saya minati iaitu menjadi pengacara program Malaysia Hari Ini. Program itu banyak mengajar saya mengenai kehidupan dan memberi ilmu berguna sebagai persediaan mengejar cita-cita sebagai pakar motivasi.

Disebabkan itu, saya mengambil keputusan menyambung pengajian di sebuah universiti swasta dalam bidang psikologi. Saya akui, dalam keadaan sekarang, memang sungguh mencabar kerana terpaksa membahagikan banyak masa, tetapi demi cita-cita, saya teruskan juga. Memang cita-cita saya untuk belajar sehingga ke tahap yang tertinggi. Saya cemburu dengan mereka yang berjaya belajar sehingga mendapat gelaran PhD dan itu juga impian saya, tutur Wardina yang hadir ke majlis itu dengan ditemani anak sulungnya, Amna Nafeesa.

Sementara itu, pelakon drama bersiri Ular Emas, Lisdawati yang pernah menjuarai program Sehati Berdansa musim kedua bakal berkongsi pengalamannya menyertai program itu bersama peserta program realiti terbaru terbitan Astro berjudul Mari Menari.

Lisda yang mengenakan kebaya renda rona keemasan pada majlis itu berkata, dia bersama beberapa selebriti lain akan terbabit sebagai penasihat untuk program itu.

Saya, Erra, Zulhuzaimy dan Ferhad akan terbabit sebagai penasihat kepada peserta program realiti itu. Tugas kami memberikan panduan dan motivasi kepada mereka, katanya.

Dalam perkembangan lain, Lisda berkata, yang dia bakal ke Makkah untuk menjalani penggambaran drama bersiri terbitan Global Station.

Dalam drama berjudul Aku Bukan Mariam arahan Erma Fatima ini, saya digandingkan dengan Eja dan Ady Putra. Ia mengenai dua wanita yang berkongsi lelaki idamannya tanpa menyedari lelaki itu adalah orang yang sama, katanya.

Wednesday, September 22, 2010

Paris Hilton dilarang masuk Jepun

NARITA: Paris Hilton dilarang memasuki Jepun semalam, dua hari selepas dia mengaku bersalah selepas didakwa memiliki dadah di Las Vegas.

Jepun mempunyai undang-undang imigresen yang ketat apabila melarang individu yang dikaitkan dengan kesalahan dadah memasuki negara itu.


“Saya akan pulang dan berharap dapat kembali semula ke Jepun pada masa hadapan,” ujar Paris sambil tersenyum kepada pemberita di Lapangan Terbang Narita di Tokyo.

Selebriti berusia 29 tahun itu sepatutnya menghadiri acara mempromosikan koleksi fesyen dan minyak wangi jenamanya dalam satu sidang media di Tokyo, pagi semalam.


Paris tiba di Tokyo petang semalam tetapi ditahan ketika pemeriksaan imigresen dan terpaksa bermalam di hotel lapangan terbang selepas disoal siasat pegawai bertugas.


Ekoran kejadian itu, Paris turut membatalkan rancangannya untuk ke Kuala Lumpur, Malaysia dan Jakarta, Indonesia.

Jurucakap Paris, Dawn Miller dalam kenyataannya berkata, Paris akan menangguhkan kedatangannya pada satu tarikh yang belum dipastikan lagi.


“Paris amat kecewa dan berusaha keras untuk menunaikan komitmen perniagaannya selain ingin bertemu peminat, tetapi dia terpaksa menunda rancangannya untuk ke Asia,” lapor kenyataan dikeluarkan Dawn sebaik Paris meninggalkan Jepun.

“Paris memahami dan menghormati undang-undang imigresen di Jepun dan dia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mereka,” tambah laporan itu lagi.

Menurut sumber rasmi imigresen Jepun, Paris dilarang daripada memasuki Jepun selepas menjalani sesi soal siasat selama enam jam. Sebelum ini, pihak imigresen Jepun turut melarang beberapa individu terkenal daripada memasuki negara itu termasuklah bintang bola sepak Diego Maradona yang dilarang memasuki negara itu pada 2002 ekoran dakwaan memiliki dadah. - AP

Rozita Che Wan - Tak mungkin jatuh cinta

KALAU memang sudah cantik jelita, sang kumbang mana yang tidak mahu mendekati.
Demikianlah kisahnya dramatis popular, Rozita Che Wan, 34. Biarpun berstatus ibu tunggal dua anak, namun 'saham' Rozita masih tinggi di pasaran.

JELITA...Rozita jadi buruan ramai lelaki.
JELITA...Rozita jadi buruan ramai lelaki.
sebelum - selepas
ROZITA...dikatakan intim dengan jejaka bernama Shah.


ROZITA...dikatakan intim dengan jejaka bernama Shah.
Selain asyik dikaitkan menjalin hubungan dengan orang kenamaan (VIP) dan berada, Rozita baru-baru ini dikatakan akan melangsungkan perkahwina dengan jejaka hanya dikenali sebagai Shah, bekerja di Singapura. Namun, perkara itu dinafikan Rozita.

Bagaimanapun, timbul pula kisah baru pelakon Kiah Pekasam itu dengan juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 22.

Penyanyi kacak itu dikatakan sangat meminati Rozita dan pernah mengirimkan sistem mesej singkat (SMS) kepada pelakon sensasi itu.

Tidak menafikannya, Rozita berkata, dia mula mengenali Shahir ketika jejaka kelahiran Perak itu menyertai AF8. Malah Rozita turut diundang pihak produksi Astro untuk muncul ke akademi sebagai kejutan kepada Shahir.

"Awalnya, saya diundang ke akademi untuk menjayakan program Diari AF8 pada minggu kedua. Tapi disebabkan sibuk dengan penggambaran, saya tak dapat buat. Pada minggu ketujuh, Shahir tersingkir dan sudah rezeki dia diundi masuk.

"Sekali lagi, pihak produksi Astro jemput saya untuk muncul dalam Diari AF8 dan ia dapat dijayakan pada minggu terakhir sebelum final. Ketika itu, baru saya tahu Shahir seorang peminat Rozita Che Wan," katanya sambil ketawa.

Menurut Rozita dia sedia memenuhi undangan pihak produksi kerana dimaklumkan Shahir teringin sangat bertemunya.

Apapun, katanya selepas bertemu dia mendapati Shahir seorang yang sangat pemalu.

Enggan memaklumkan berapa banyak jumlah SMS yang pernah dikirimkan Shahir kepadanya termasuk menjawab pertanyaan adakah penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu pernah menghubunginya dengan perbualan, Rozita sekadar memaklumkan, 'no comment'.

Menyentuh pengalamannya berlakon bersama Shahir dalam telefilem khas istimewa Aidilfitri yang disiarkan Astro Ria (Saluran 104), baru-baru ini, kakak pelakon Ayu Raudhah itu berkata, di lokasi penggambaran dia lebih rapat dengan Dafi (AF5).

"Tak pernah pun sekali saya berbual-bual dengan Shahir kerana sikapnya yang pemalu dan terlalu pendiam. Bahkan, di lokasi itu saya juga dapati Shahir suka menyendiri. Dia jarang duduk bersama-sama pelakon lain, apatah lagi mahu berbual dengan saya.

"Malah kalau saya ada di tempat makan bersama dengan pelakon lain, dia (Shahir) takkan datang dekat. Bila kami berjumpa, memang kami tak pernah bercakap. Barangkali, dia bersikap seperti itu kerana masih baru dan malu.

"Apapun, saya melihat kisah artis minat sesama artis ini bukanlah satu isu pelik. Ini kerana Shahir jadi peminat saya sebelum dia menyertai AF8 lagi," katanya.

Ditanya apakah perasaan minat Shahir kepada Rozita akan membuahkan bibit percintaan antara mereka, sambil ketawa wanita kelahiran Alor Setar, Kedah itu berkata minat tidak semestinya jatuh cinta. Ditambah lagi, jurang perbezaan usia antara mereka.

"Saya masih berpijak di bumi nyata. Sebagai wanita yang sudah berusia, mana mungkin lelaki lebih muda sanggup menjalin kasih. Lagipun, saya melihat di negara ini peratusan berjayanya hubungan wanita berusia dengan lelaki muda sangat sedikit.

"Peratus berjaya lebih kecil berbanding yang gagal. Oleh itu, saya masih sedar mengenainya dan tak mungkin kami akan bercinta. Apa yang boleh saya katakan, Shahir pada pandangan mata ini hanya sebagai seorang pemuda yang sangat baik," katanya.

Pembunuhan kejam Sosilawati: 8 suspek jalani ujian sperma

Polis menyiasat kemungkinan Sosilawati juga dirogol

KUALA LUMPUR: Lapan suspek lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan kes kehilangan ahli perniagaan India, termasuk dua beradik peguam diambil sampel darah dan air mani bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.
KAWAL...anggota polis membawa suspek utama kes pembunuhan Sosilawati ke HKL, semalam.

Difahamkan, sampel air mani diambil bagi menyiasat maklumat baru kemungkinan salah seorang mangsa turut dirogol. Dalam pada itu, Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan berkenaan kepada polis kerana berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan. Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah, berkata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sudah memberi beberapa arahan baru untuk disiasat polis.

Peguam Negara juga meminta polis menyiasat lanjut kes-kes lain yang mempunyai kaitan dengan suspek yang ditangkap (berhubung pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya).

Polis menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 September lalu, dan Peguam Negara mendapati ada banyak lagi perlu dibuat siasatan lanjut. Kertas siasatan itu dikembalikan kepada polis pada hari sama, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan sudah menerima kembali kertas siasatan awal itu daripada Jabatan Peguam Negara dan menyifatkannya sebagai prosedur biasa bagi memperkukuhkan siasatan kes.
Sementara itu, difahamkan pengambilan sampel semua suspek itu adalah yang kedua selepas kali pertama, minggu lalu berikutan ada penemuan beberapa petunjuk baru dalam siasatan kes berkenaan.

Sumber memberitahu Berita Harian, proses itu sebahagian daripada prosedur standard operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), khusus untuk memperlengkapkan kertas siasatan kes berkenaan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.

Polis menemui beberapa bukti dan maklumat baru sepanjang proses siasatan, di mana penemuan itu memerlukan pengambilan sampel darah dan air mani suspek. Ini bertujuan melengkapkan kertas siasatan seperti diarahkan Peguam Negara, katanya.

Kelapan-lapan suspek lelaki terbabit, iaitu enam berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan dua lagi berhubung kehilangan ahli perniagaan India, Muthuraja Allal Kanthan tiba di Jabatan Patologi HKL kira-kira jam 3 petang, menaiki empat kenderaan berasingan dengan kawalan ketat pasukan khas yang mengendalikan kes itu.

Proses ini berlangsung selama dua jam sebelum suspek dihantar semula ke Pusat Tahanan Sementara di Bukit Jalil kira-kira jam 5 petang, katanya.

Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dibunuh kejam bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38, di sebuah ladang persendirian di Morib, Banting pada 30 Ogos lalu.

Semua mangsa dilaporkan diikat, dipukul dan ditikam sampai mati sebelum mayat dibakar serta abu mereka dibuang ke beberapa sungai berhampiran.

Berikutan itu, polis menahan lapan suspek berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Turut ditahan dua suspek lelaki berusia 30 dan 34 tahun berhubung siasatan kes kehilangan saudagar batu permata, Muthuraja, 34, dari Chennai, India pada 18 Januari lalu, yang dipercayai turut mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati.

Tuesday, September 21, 2010

Zahnita utama suami, anak

JARANG bagi seorang wanita jelita sanggup mendirikan rumah tangga pada usia muda. Apatah lagi, memiliki tubuh langsing yang menjadi aset utama kariernya. Namun, tidak bagi pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 25.

JELITA...Zahnita sibuk dengan karier sebagai peragawati.
JELITA...Zahnita sibuk dengan karier sebagai peragawati.
Berkahwin pada usia muda, 22 tahun, Zahnita kini bahagia di samping suami tercinta, Zackery Ghouse Abdul Gafoor, 32. Malah, rumah tangga dibina mereka lengkap dengan kehadiran seorang cahaya mata, Zahrafeena yang berumur tiga tahun lebih.

Sibuk menguruskan keluarganya, Zahnita masih aktif dengan karier peragawati. Namun, sudah lama dia tidak muncul di pentas lakonan.

Apakah wanita berdarah kacukan ini sudah mengangkat 'bendera putih'?
Bersua dengan Zahnita dan anaknya, Zahrafeena pada sesi fotografi yang diadakan baru-baru ini, ibu muda yang kembali langsing itu tanpa berselindung mengakui dia sekarang tidak berlakon lagi.

Ujarnya, dia masih belum mendapat tawaran yang menarik.

"Memandangkan sudah berkeluarga, saya hanya melakukan kerja yang termampu. Saya tidak mahu terlalu sibuk dengan karier hingga tiada masa bersama suami dan anak. Kalau mahu berlakon pun, mungkin saya akan memilih filem berbanding drama.


"Ini kerana, saya lebih selesa. Apapun, sekarang saya menumpukan sepenuh perhatian pada rumah tangga kerana anak masih kecil. Ditambah lagi, saya tidak menggunakan khidmat pembantu rumah untuk menjaga Zahrafeena ketika keluar bekerja.

"Sejak bayi, saya senang menjaga Zahrafeena sendiri kerana ia membantu mengeratkan kasih sayang antara kami. Memang tidak dinafikan, hubungan saya dan anak sangat rapat hingga tak boleh berenggang. Bila berjauhan, saya pasti rindu.


"Bahkan, ada kalanya saya membawa Zahrafeena ke tempat kerja. Jadi, dia pun sudah terbiasa dengan karier saya sebagai peragawati. Justeru, tidak dinafikan sekarang ini pun saya sudah mula nampak minat Zahrafeena sebagai model peragaan," katanya.

Ditanya tidakkah dia merindui dunia lakonan, Zahnita berkata selepas dirinya berstatus isteri dan ibu, dia lebih selesa mendahulukan keutamaan suami, anak dan rumah tangga. Penting baginya menjaga keperluan keluarga selain diri sendiri dan karier.

"Saya sangat seronok dan bahagia dengan kehidupan yang dilalui kini. Setakat ini, saya masih mampu menguruskan rumah tangga dan keluarga dengan baik.
"Malah, hubungan kasih sayang yang erat dengan Zahrafeena cukup bermakna bagi saya.

"Disebabkan itu, saya tidak kisah tiada pembantu rumah. Walaupun penat bekerja tetapi apabila melihat keletah Zahrafeena yang riang dan sangat mesra menghilangkan semuanya. Dia anak yang sangat manja dan begitu inginkan perhatian ibu bapa.

"Biarpun usianya masih kanak-kanak, saya suka melayannya seperti kawan. Zahrafeena cergas, pintar dan dia cepat belajar.

"Seronok sangat melihat keletahnya dan saya tak payahlah pembantu rumah," katanya pernah membintangi filem Kuliah Cinta.

Zahnita juga berlakon dalam filem Gila Gila Pengantin Remaja sebagai watak utama. Katanya, dia enggan mengambil pembantu rumah selepas melihat pelbagai insiden yang berlaku.

Ujar Zahnita, cara orang menjaga dengan diri sendiri sangat berbeza.

"Sebagai ibu, pastinya saya lebih menitikberatkan soal keselamatan anak. Jadi, jalan yang terbaik biarlah saya sendiri yang menjaga dengan bantuan keluarga. Malah, saya dan suami sangat selesa dengan cara kami melaksanakan tanggungjawab ibu bapa.

"Secara tidak langsung, ia memberikan pengalaman yang paling berharga dan mematangkan kami menguruskan keluarga. Bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa dan kini saya dapat rasai apa yang pernah dilalui ibu dan ayah," katanya.

Jelas Zahnita, dia dan suami hanya mahukan yang terbaik untuk Zahrafeena. Lantaran itu, mereka merancang menghantar anak tersayang ke tadika tahun depan.

Bukti terbaru: Gelang emas berlumpur

BANTING: Satu gelang emas dipercayai milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, menjadi bukti terbaru yang ditemui dalam tali air berdekatan kunci air Sungai Lang di sini, petang semalam.

CARI...penyelam PDRM mencari bahan bukti di sungai berhampiran Pasar Besar Banting, semalam.
CARI...penyelam PDRM mencari bahan bukti di sungai berhampiran Pasar Besar Banting, semalam.
sebelum - selepas
KAWAL...anggota polis membawa suspek utama ke pejabatnya di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, semalam.


KAWAL...anggota polis membawa suspek utama ke pejabatnya di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, semalam.
Gelang emas bersalut lumpur itu ditemui kira-kira jam 4 petang hasil pencarian tiga anggota polis daripada Unit Menyelam, Pasukan Gerakan Marin (PGM).

Sepasukan polis turut membawa suspek utama yang juga seorang peguam ke lokasi terbabit difahamkan untuk mencari telefon bimbit milik mangsa. Bagaimanapun, selepas hampir dua jam menyelam, telefon itu gagal ditemui sebaliknya penyelam menemui satu gelang emas.

Usaha mengesan bukti baru itu dihentikan kira-kira jam 5.30 petang berikutan hujan lebat.

Sebelum itu, pada kira-kira jam 2.25 petang, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu dengan tangan bergari diiringi anggota polis terlebih dulu memasuki pejabat guaman miliknya yang terletak berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini.

Ini kali kedua polis memasuki premis terbabit selepas kali pertama pada Selasa lalu. Turut memasuki premis terbabit ialah dua wanita berusia 20-an dipercayai pekerja suspek. Ketika meninggalkan premis itu, seorang anggota polis dilihat membawa beberapa dokumen.

Sosilawati bersama tiga lagi rakannya dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu sebelum ditemui dibunuh di Ladang Gadong, di sini.

Sebelum ini, polis menjalankan operasi mencari bahan bukti di Sungai Panchau dan menemui serpihan tulang manusia dipercayai milik keempat-empat mangsa.

Selain itu, beberapa senjata seperti pisau, batang besi dan dua jam tangan dipercayai milik mangsa ditemui di Sungai Kanchung Laut, di sini. Polis turut menemui enam zink di dasar Sungai Gelanggang Buaya di Kampung Kelanang, di sini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin gagal dihubungi bagi mengesahkan penemuan bukti baru itu.

Fadhilat membaca surah Al-Ikhlas

Fadhilat surah Al-Ikhlas. Surah yg pendek, tp besar fadhilatnya ya, menyamai 1/3 Al-Quran.

Al-Ikhlas.

BismillahirRahmanir Rahim
(Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)

[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4]“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

fadhilatnya,

Ketika Memulakan Kerja.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran ker ana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

***Sama-sama kita amalkan Ayat 3 Kul pada setiap Hari di waktu Pagi...
***Pesanan Nabi Muhammad S.A.W jikalau kita membaca 3 surah ini pada waktu pagi kita akan selamat sampai ke petang....

Tutorial Pakai Shawl Cara Akiss Ferrero :)

petang jumaat i ada twit pasal gembiwe dapat beli shawl idaman kan? idaman la sgt, byk je jual kat blogshop, tp malas nk oder2 online.

malas ke akiss? ke sbnrnye kau tak tahu kain apa shawl ni so tataw nk google? wakakaka. ok, kain lycra rupanya! ;p ok proceed terus kepada tutorial.

TUTORIAL NO.1, pakai shawl sambil duduk.

Photobucket

pin kan tudung di bawah dagu, kemudian lilitkan ketat-ketat hingga muka jadi ketat. lilit jangan tak lilit, tapi jangan sampai tutup mulut macam pakai purdah nak plagiat waheeda ok. lainlah kalau anda ikhlas nak pakai Alhamdulillah. last, kibas-kibas shawl pada lelaki untuk teknik mengorat sbb sebab takde rambut panjang mengurai guna jari pomboley!

lagi satu shawl ni leh pakai dua2 belah, nak pakai2 yg belang2 turqouise -ceklat tu kat depan pomboleh, tak kisah. sbb aku suka pink belacan, i pakai la yg tu kt depan ;p


gila penat baca satu napas!

ok proceed TUTORIAL 2, pakai shawl sambil berdiri.

Photobucket

untuk hasil lebih yakin, pergi la restoran makanan-pantas (fastfood) spt Burger King, KLIA (siyes ni nnti aku cite next entri) atau mana-mana cawangan Mekdeh (McDonalds) dimana disitu ada lighting yang bagus. sebab anda akan nampak cerah kulit mulus tanpa cela dalam gambar.

ok, seperti biasa, pakai macam biasa, pin kan pada bawah dagu, lilit, dan pin kan kat atas, kalau xnak pin kat atas kepala pun takpe, biarkan jatuh teurai baru nampak ala-ala arab siket. cantik.

kemudian gelak2, larikan diri. rujuk gamba 2 terakhir.

wakakaka. ok ok. aku main-main je.

malu lah nak buat tutorial2 ni. sbb tak pandai pakai sgt pun, dan macam takde konpiden muka cantik nk buat tutorial. ini pun sbb ada kawan baik hati, Mimie jadi paparazi ketika saya sedang belit2 shawl sambil makan makanan-pantas. ;p tp siyes, mmg mcm tu la aku pakai selalu, pin kat bawah dagu, lilit sekali, lepas, atas pin kan kat atas kepala. ;p

tapi, yang pasti, JANGAN PAKAI MACAM INI-INI GAMBAR, nnti dituduh perempuan gila apa ntah.

Photobucket

gambar 1.

Photobucket

gambar 2.

Photobucket

gambar 3.

ok sebenarnya stress tak dapat pakai inner syria yg comel tu sbb dahi pendek muka bulat. saya sedar diri ok ;p tapi bila tgk Hannnani K,Eleana K dan Adriani A pakai, sumpah santek ;)

antara tiga-tiga gambar itu, mana 1 lawa buat header blog? jawapan D : Tiada Satu Pun Di Atas tidak dibenarkan. saya sirius ni ;p

personal fav adalah gambar 3, nampak 'couture'. ok ok lah, kalau nk buat gak tutorial macam ni, tunggu aku beli Sony Ericsson Vivaz idaman, ada video HD! ;p

ok bai!

* From http://akissferrero.blogspot.com

Tidak kesampaian - Farah Asyikin


pix_gal0
Farah Asyikin nekad putuskan pertunangan demi kebahagiaan kedua-dua pihak

MUSNAH sudah pelamin yang diimpikan sebelum ini. Harapan penyanyi dan juga bekas peserta program realiti Malaysian Idol ini untuk bergelar isteri untuk kali kedua berkecai di pertengahan jalan. Siapa sangka, ikatan pertunangan yang terjalin antara Farah Asyikin Zulkifli dan duda yang berasal dari Singapura itu tidak lama mampu bertahan.
Sebulan bergelar tunangan orang, Farah akhirnya terpaksa akur lelaki berusia 36 tahun itu bukan jodohnya. Pada awal kejadian, sukar untuk dia menerima hakikat berkenaan. Sedih, kecewa, terkilan, semuanya bersarang dalam jiwa kerana dua kali mengalami kegagalan dalam perhubungan. Kekecewaan pertama menjelma apabila rumah tangga yang dibina berakhir dengan perceraian. Kini, ikatan pertunangan pula terlerai.
Pun begitu, bukan mudah untuk pelantun lagu Hello ini membuat keputusan senekad ini. Meskipun berat, namun demi kebahagiaan kedua-dua pihak, dia terpaksa melakukannya juga walaupun si jejaka cuba menghalang. Tanpa mahu menjelaskan alasan dan punca terputusnya ikatan, Farah menegaskan, apapun yang berlaku antara dia dan bekas tunangnya, mereka tetap berkawan baik sehingga kini. Dan kata wanita ini lagi, peristiwa putus tunang itu juga tidak pernah membuatkan dia serik untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya. Dia percaya, setiap kejadian yang berlaku itu menyimpan hikmah pada penghujungnya.
Hip: Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba terdengar khabar yang Farah sudah putus tunang. Boleh komen sikit?
Farah:
Perkara ini sebenarnya sudah dua bulan berlaku. Memang saya sengaja tidak mahu menggembar-gemburkan perkara ini hatta soal bertunang pun kerana tidak mahu ia menjadi buah mulut orang, sekali gus menjadikan perkara ini berpanjangan. Sebenarnya, tidak bagus apabila terlalu banyak publisiti mengenai perkara seperti ini. Saya tak mahu ia memberi tempias kurang baik kepada kedua-dua pihak, terutama pada keluarga saya seperti apa yang pernah berlaku sebelum ini.
Apa yang boleh saya katakan, antara kami memang tiada jodoh. Selepas sebulan bertunang, saya dapati memang sukar untuk meneruskan hubungan. Menyedari hakikat itu, akhirnya saya nekad membuat keputusan untuk memutuskan tali pertunangan.

Hip: Adakah keputusan ini atas kerelaan bersama?
Farah:
Saya sendiri yang membuat keputusan ini walaupun saya sedar ia membabitkan ramai pihak. Pada awalnya, dia menghalang saya daripada meneruskan hasrat ini dan meminta saya untuk memikirkannya semula. Tapi saya tetap berkeras dan memberikan penjelasan kepadanya sebab dan akibat yang akan timbul jika pertunangan ini diteruskan juga. Saya akui bukan mudah untuk saya membuat keputusan ini. Anggap saja apa yang terjadi disebabkan antara kami memang tiada jodoh. Memang berat untuk saya lakukan, tetapi demi kebaikan kedua-dua pihak, saya rasa lebih baik saya beralah. Apapun, kami masih lagi berbaik seperti dulu. Lagipun keluarga kami sudah saling mengenali antara satu sama lain, jadi walaupun tak jadi berkahwin namun kami masih boleh menjadi sahabat baik.
Hip: Tiada cara lain untuk menyelamatkan hubungan ini?
Farah:
Seperti yang ramai sedia maklum, sejak awal lagi hubungan kami banyak menempuhi ranjau dan liku. Selepas bertunang, lagilah banyak dugaan yang terpaksa kami tempuhi. Justeru, saya merasakan lebih baik jika ikatan pertunangan ini diputuskan saja. Secara jujur, apa yang saya alami ketika itu bagaikan satu mimpi. Memang sukar hendak percaya apabila hubungan yang terjalin itu akhirnya terlerai begitu saja. Tapi saya tak mahu terlalu memikirkan perkara ini. Sudah dua bulan ia berlaku dan jika mampu, saya ingin biarkan ia berlalu begitu saja.

Hip: Apakah selepas dua kali mengalami kegagalan dalam hubungan membuatkan Farah serik untuk menerima cinta baru?
Farah:
Tak dinafikan, ketika perceraian pertama dulu, saya memang serik untuk mencari pengganti. Terasa sangat yang diri ini gagal menjadi isteri yang baik kerana tidak mampu mempertahankan mahligai yang dibina. Bagaimanapun apabila saya membandingkan nasib orang lain yang mungkin lebih teruk daripada saya, akhirnya saya pasrah dengan ketentuan Tuhan. Itu semua saya anggap sebagai asam garam dalam kehidupan. Yang pasti, perkara ini tidak akan membuatkan saya menutup pintu hati pada mana-mana lelaki.

Hip: Sebelum ini ada laporan yang mengatakan Farah suka pakai baju kurung. Apakah itu satu gimik kerana mahu berumah tangga?
Farah:
Itu bukan gimik kerana mahu berumahtangga tetapi ia memang kehendak saya sendiri. Sebelum ini saya sering dilabelkan suka berpakaian seksi, sehingga menimbulkan polemik. Jadi, untuk mengelak daripada terus menjadi sasaran gosip, lebih baik saya memakai baju kurung terutama apabila membabitkan sesi fotografi ataupun apa saja yang acara yang membabitkan rakaman foto. Apabila mengatakan saya lebih selesa berbaju kurung tidaklah bermakna saya tak pakai pakaian lain. Kalau membabitkan acara yang memerlukan saya bergambar, adalah lebih selamat jika saya mengenakan baju kurung.

Hip: Sejak kebelakangan ini Farah agak senyap dalam industri hiburan. Mengapa?
Farah:
Saya tidak pernah menyepikan diri dalam bidang ini. Saya masih mendapat undangan mengadakan persembahan. Mungkin saya agak kurang muncul di media sejak kebelakangan ini membuatkan ramai yang menyangkakan saya menyepikan diri. Buat pengetahuan semua, saya akan muncul dengan single baru yang bakal menggandingkan saya dengan vokalis kumpulan Fotograf, Shamrin. Sungguh teruja kerana dia memilih saya untuk berduet dengannya. Lagu dan lirik tulisan saya sendiri itu akan mula diedarkan ke stesen radio dalam jangka masa terdekat. Tunggu saja lagu ini diputarkan di radio.

Bill Gates mahu belanja harta atasi kemiskinan dunia

LONDON: Tiga orang anak hartawan dan pengasas Microsoft, Bill Gates diramal akan menjalani kehidupan sebagai orang miskin atau serba sederhana saja, apabila lelaki antara paling kaya di dunia itu berkata, beliau tidak bercadang mewujudkan dinasti dan mewariskan kekayaannya kepada mereka.


Gates, 54, yang mempunyai tiga orang anak, Jennifer, 14, Rory, 11 dan Phoebe, 8 dengan kekayaan dianggarkan 34 bilion (RM168.3 bilion) sebaliknya bercadang membelanjakan kekayaan beliau untuk menangani masalah kemiskinan di seluruh dunia. Saya tidak fikir memberi sejumlah wang yang banyak kepada anak kami suatu idea yang baik. Ia juga tidak baik untuk masyarakat, jadi persoalannya, bolehkah saya mencari dan melakukan sesuatu yang memberi impak menakjubkan? Saya tahu saya mahu melakukannya, kata jutawan itu yang dipetik akhbar The Sun. Setakat ini, Gates dan isterinya, Melinda sudah menyumbang sejumlah 18 bilion (RM86.7 bilion) melalui Yayasan Bill & Melinda Gates yang mereka tubuhkan bagi membiayai suntikan vaksin percuma kepada lebih 250 juta kanak-kanak di negara miskin.

Bersama seorang lagi orang paling kaya di dunia, Warren Buffet, Gates dan isterinya, Melinda melancarkan kempen derma dan jaminan secara terbuka untuk memperuntukkan sebahagian daripada kekayaan mereka bagi membiayai kegiatan kemanusiaan.

Laporan menyatakan ketika melawat India, hartawan itu tidur di pondok lumpur bersama penduduk paling miskin, manakala dalam beberapa peristiwa yang disaksikannya, beliau menitiskan air mata. Agensi

Money Boy kian ligat

MONEY Boy berurusan dengan pelanggan di sekitar Jalan Raja Laut.
MONEY Boy berurusan dengan pelanggan di sekitar Jalan Raja Laut.
Lelaki tawar khidmat seks berkeliaran di Jalan Raja Laut

KUALA LUMUR: Kegiatan ‘Money Boy’ atau lelaki yang menawarkan khidmat seks kepada golongan sejenis di sekitar ibu negara masih berleluasa apabila mereka kini menjadikan kawasan kaki lima sekitar Jalan Raja Laut untuk ‘memancing’ pelanggan melakukan seks songsang.

Walaupun beberapa tahun lalu kegiatan itu didedahkan media, tetapi golongan itu didapati masih menjalankan kegiatan terkutuk itu. Modus operandi dijalankan ialah Money Boy akan melepak sekitar kaki lima Jalan Raja Laut bermula dari Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hingga ke kawasan sekitar Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) antara jam 9 malam dan 2 pagi sambil menunggu kereta yang akan berhenti di kaki tepi jalan. Golongan itu yang berumur antara 20 hingga 30 tahun akan datang ke kereta yang berhenti di tepi jalan dan menjalankan aktiviti tawar menawar sebelum mereka dibawa ke rumah sendiri atau hotel murah sekitar Kuala Lumpur.

Seorang pengunjung di Dataran Merdeka, Mohd Ilham Mohd Nor, 27, berkata kegiatan songsang itu sukar dikesan kerana kebanyakan Money Boy kelihatan seperti mereka yang menunggu kenderaan awam atau melepak bersama rakan di kawasan itu.

Katanya, pada mulanya dia agak hairan kerana ramai lelaki melepak di kawasan itu seperti menunggu bas sedangkan kebanyakan orang ramai menjadikan kawasan Dataran Merdeka untuk melepak.

“Selepas diberitahu rakan, baru saya tahu kebanyakan mereka terdiri daripada pengamal seks sejenis yang dikenali Money Boy.
“Sepatutnya kegiatan seperti ini dibendung hingga ke akar umbi supaya ia tidak menjadi barah dalam masyarakat,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Sharif Ahmad Nazri Sharif Nordin, 25, berkata dia berharap pihak berkuasa terutama Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) dapat mengambil tindakan tegas agar masalah seks sejenis tidak terus berleluasa.

“Beberapa tahun lalu kes hubungan seks songsang ini pernah dibongkar sebuah stesen televisyen tetapi kini kegiatan itu didapati masih berterusan.

“Tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan aktiviti seks songsang ini dapat dibendung,” katanya.

Tinjauan Sentral selama empat malam mendapati dakwaan orang ramai itu ada kebenarannya apabila kira-kira 20 Money Boy menunggu pelanggan di sekitar Jalan Raja Laut yang lebih dikenali golongan itu sebagai ‘Jurassic Park’.

Dalam menjalankan urus niaga hanya Money Boy yang akan mendekati kenderaan pelanggan selepas mereka percaya kereta yang berhenti di tepi jalan mahu mendapatkan khidmat seks. Money Boy agak licik kerana tidak akan melayan pemandu yang memanggil mereka untuk mendapatkan khidmat seks songsang.

Dalam tinjauan itu Money Boy didapati akan menaiki kenderaan yang berhenti di tepi jalan dan akan pulang beberapa jam kemudian.

Usaha pemberita mendekati golongan ini berhasil selepas seorang Money Boy dikenali Rizal dalam lingkungan 28 tahun memasuki kenderaan yang diletakkan kira-kira lima minit di tepi Jalan Raja Laut.

Lelaki itu kemudian mendekati kereta dan bertanyakan sama ada menunggu kawan dan kemudian menawarkan khidmat seks songsang dengan bayaran RM80.

Menurut Rizal dia hanya ‘bekerja’ sebagai Money Boy pada masa tertentu dan menjadikan hotel murah sekitar ibu negara untuk menjalankan aktiviti terkutuk itu atau mengikut pelanggan ke rumah mereka.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung kegiatan songsang itu.

Pembunuhan kejam Sosilawati: Dua senasib Wati

Shafik Abdullah
Shafik Abdullah
Kontraktor, rakan hilang selepas temui suspek utama kes pembunuhan
jutawan kosmetik


KUALA LUMPUR: Dua lagi individu, Shafik Abdullah, 37, dan sahabat baiknya semalam disahkan hilang selepas menemui suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, April lalu.
Shafik seorang kontraktor dari Sungai Petani, Kedah bersama rakannya itu dilaporkan hilang oleh keluarga mereka lima bulan lalu selepas dipercayai menemui peguam berkenaan di satu lokasi di ibu negara atas urusan perniagaan. Sumber memberitahu Berita Harian, buat masa ini, kedua-dua kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti kaitannya dengan suspek utama kes Sosilawati.
Kehilangan mereka sudah dirujuk kepada Ibu pejabat Polis Daerah (Brickfields) untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, melihat kepada modus operandinya, besar kemungkinan kehilangan mereka ada kaitan dengan suspek utama, katanya.

Sumber berkata, modus operandi kehilangan dua sahabat itu hampir sama dengan kes membabitkan jutawan kosmetik berkenaan sebelum dibunuh bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38 di sebuah ladang persendirian milik suspek di Morib, Banting.
Kedua-dua mangsa memberitahu keluarga masing-masing hendak ke ibu negara bertemu seseorang (peguam), dipercayai suspek utama kes Sosilawati atas urusan perniagaan sebelum hilang.

Malah, telefon bimbit juga gagal dihubungi, menyebabkan keluarga masing-masing diselubungi kebimbangan, lebih-lebih lagi selepas kes Sosilawati terbongkar.

Polis menemui kereta jenis Honda Stream milik Shafik di sebuah kondominium di ibu negara Mei lalu selepas keluarga mereka membuat laporan polis.

Polis ketika itu menyiasatnya sebagai kes orang hilang sehinggalah pembunuhan kejam Sosilawati terbongkar kerana kedua-dua mangsa dipercayai menemui peguam yang sama, katanya.

Menurut sumber, kedua-dua individu terbabit bukan saja sahabat baik, malah dipercayai rakan kongsi dalam perniagaan batu permata.

Sementara itu, isteri Shafik, Samson Nahar Mohd Dali berkata, dia dimaklumkan polis, 95 peratus kemungkinan suaminya adalah antara mangsa penjenayah kejam itu dan kini hanya menunggu pengesahan.

Katanya, berita itu dimaklumkan polis ketika berada di Banting, Selangor pada hari raya ketiga, 12 September lalu untuk membantu siasatan.

"Saya sedih bila mendapat tahu keadaan itu namun saya masih berharap agar peluang yang tipis itu akan bertukar menjadi satu keajaiban dan saya dapat bertemu kembali dengan suami," katanya.

Selain Shafik dan rakannya itu, Berita Harian sebelum ini turut melaporkan kehilangan saudagar batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India sejurus tiba di Malaysia untuk meninjau peluang perniagaan, 18 Januari lalu selepas diyakini oleh suspek dan adik lelakinya, juga seorang peguam untuk berbuat demikian.

Allal yang mempunyai perniagaan hartanah, restoran, kewangan dan barang kemas dilaporkan hilang selepas dijemput kedua-dua suspek terbabit sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Isterinya, S Usharani, 24, dipetik berkata, kali terakhir suaminya menelefonnya pada 18 Januari sebaik tiba di KLIA dan memaklumkan sudah dijemput oleh kedua-dua beradik berkenaan, seterusnya dibawa ke Banting sebelum hilang serta gagal dikesan hingga ke hari ini.

Sumber berkata, nasib semua individu terbabit masih belum dapat dipastikan, malah usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan berdasarkan maklumat diperoleh daripada kedua-dua suspek utama itu, selain enam lagi pekerja ladang persendirian milik mereka yang turut ditahan bagi membantu siasatan.

Usaha juga sedang dijalankan bagi mengenalpasti kes-kes lain seumpamanya yang mempunyai kaitan dengan mereka, katanya.

(GAMBAR)Rozita Che Wan Dalam Majalah EH Yang Nampak Macam Anak Dara

gambar rozita che wan seksi

Memang gambar Rozita Che Wan dalam Majalah EH ini mampu membuatkan para datuk-datuk di luar sana terkeluar air liur sebentar. Tak nampak macam seorang janda. Nampak macam anak dara tue beb. Sila ushar air liur di mulut anda sebab kami pasti ianya sudah terkeluar semasa anda menatap gambar ini.

Oh ye Rozita Che Wan hanya tinggal 3 bulan sahaja untuk berkecimpung dalam dunia seni ini. 2011 nanti dia akan bersara sepenuhnya. Tiada lagi gosip, tiada lagi gambar-gambar seksi dan tiada lagi kontroversi buat insan yang bernama Rozita Che Wan.

Mungkin sebab tue kot RCW amik kesempatan buat posing maut untuk peminat-peminat dia di Majalah EH ni.

Monday, September 20, 2010

Kehebatan Azan


Dengan kebesaran Allah, pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah'. Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlahpen duduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Daka di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India.

Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Gereja Gay Malaysia

Seorang paderi di Malaysia, Ouyang Wen Fang mengumumkan bahawa dia sedang menubuhkan gereja gay pertama di negara ini. Paderi berusia 40 tahun itu turut tidak mengendahkan amaran keras kerajaan supaya menghentikan rancangannya kerana bimbang ia akan menggalakkan gaya hidup homoseks di negara ini.

Amalan tersebut masih dikategorikan sebagai jenayah di Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam manakala pelakunya berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Namun, gereja gay yang diasaskan bersama oleh paderi itu telah beroperasi secara senyap di sini sejak tiga tahun lalu dengan dikunjungi kumpulan penganut Kristian gay untuk beribadat pada hari Ahad dan mengkaji kitab Injil.

"Kami sedang berusaha untuk menggalakkan lebih ramai orang supaya menyertai gereja ini, kami mahu penganut Kristian gay tampil dan hidup tanpa berpura-pura," katanya.Ouyang mendirikan rumah tangga selama sembilan tahun sebelum membuat pengakuan terbuka bahawa dia seorang homoseks pada 2006.

*Artikel dari http://malaysiasensasi.blogspot.com

Plat kenderaan menarik dan pelik

Di bawah ini adalah nombor plat kereta yang pelik dan mahal di Malaysia. Manusia sanggup berabis duit semata-mata untuk dapatkan nombor plat idaman mereka.

TAN 1 - plat paling mahal RM200,090.00
JJJ 1 - plat kedua mahal RM120,000.00
plat yg unik - ada maksud lain L7 - plat paling unik kt m'sia
PDL 15 - POLIS
K 155 - KISS
S 8 - SB (no plat paling dibenci di m'sia)
NAS 4 - NASA
ME 1 - MEI
CAS 10 - CASIO
WAJ 4 - WAJA (keta waja yg mmg waja)
TV 3 - TV3
PAR 15 - PARIS
MAF 14 - MAFIA
MY 5171 - MY SITI (keta dato' k nih)
KAK 1 - KAKI
saja tambah.. PAS 12 - ni keta presiden pas
koleksi keta orang kaya - no. 8.. teka sapa paling kaya B 8
B 8888
BB 8
BB 88
BB 8888
BBB 8
BBB 88
BBB 888
BBB 8888
plat yg agak sensor PEN 15 - PENIS (apa makna ni ha en john?)
MAT 1 - MATI
CBA 1 - CiBAI (ni en boh hong kuat tahu apa maksudnya)
BAB 1 - BABI (betui ka no ni)
TAH 1 - TAHI (alamak keta ni pakai perfume apa ha)
Tambahan