Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, May 13, 2011

May sudah 25 tahun

Kumpulan May sudah bersusia 25 tahun. Pada 10 Mei lalu kumpulan itu mengadakan majlis ulang tahun penubuhan kumpulan rock yang masih besar pengaruh dan ramai peminat itu di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Sesuailah dengan nama kumpulan dengan mengadakannya pada bulan May (Mei).

Bukan hanya bergembira dengen usia yang semakin matang, May ada hadiah buat peminat setia mereka dengan melancarkan album terbaru serta buku biografi pasal mereka. Mereka mahu memberikan sesuatu yang baru kepada peminat.

Album baru memuatkan enam buah lagu baru khusus buat peminat. Semasa kumpulan dan artis solo lain kurang yakin dengan pasaran album, Mus, Sharip, Abu dan Yus tetap yakin mahu memasarkan album. Apatah lagi mereka sudah lama tak ada lagu baru.

May makin matang

Kumpulan May ditubuhkan pada 1986 oleh empat orang anak muda daripada kampung Manjoi, Ipoh, Perak. Nama May diambil sempena pangkal huruf nama keempat-empat mereka iaitu 'M' bagi nama Mus (Mustaffa Din) dan Man (Sharip), 'A' bagi Abu (Nasir) dan 'Y' bagi Yus (Mohktar).

Album pertama May diterbitkan sendiri mereka pada tahun 1987 berjudul Dilema. Sebelum Dilema, May ada merakamkan sebuah album mini Juara Juara Rock yang memuatkan enam buah lagu.

Lagu popular bagi album tersebut ialah Derita Bangsa, Bayangan Hidup dan Sketsa Sebuah Cinta. Dalam album Dilema, lagu hit mereka ialah Kudalam Dilema, Sketsa Sebuah Cinta dan Keadilan.

Album kedua berjudul Hakikat adalah album yang menaikkan nama May. Album ini berjaya dijual sebanyak 200,000 unit. Lagu-lagu seperti Sendiri, Cintamu Mekar Di Hati, Dari Kacamata dan Hakikat Perjuangan menjadi siulan anak-anak muda ketika itu. lagu itu juga menjadi siulan remaja Selatan Thailand kerana kerap diputarkan dalam segmen bahasa Melayu stesen radio sana.

Album lain May antaranya, Rahsia (1990), Strategi (1991), Ziet Giest (1992) bersama penyanyi baru Yantzen, Wira Cyborg (1994), Ideologi (1995), Layar (1995), Penaklukan (1997), Sinar (2003). Selain Yantzen, Oney juga pernah menjadi penyanyi kumpulan May sebelum Mus kembali semula.

No comments:

Post a Comment