Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, July 2, 2011

(GAMBAR) Majlis Perkahwinan Dan Resepsi Tomok Dan Ayu

Keyword blog aku sekarang tengah hangat orang cari pasal Tomok kahwin. Ramai jugak peminat-peminat Tomok ni yek. Mesti ramai peminat-peminat yang muda remaja tu keciwa atau frust tonggeng bila tahu Tomok dah selamat bernikah dengan Siti Rahayu semalam. Selamat Pengantin baru Tomok!!

So.. oleh kerana my FIL dah dapat kad jemputan kahwin Tomok dari ayah si Ayu tu.. (cana leh dapat kad? sebab atok Ayu dan atok laling ku adik beradik..) jadi we all pun pergilah ke Majlis Perkahwinan Ayu Dan Tomok di Dewan Serbaguna Taman Sri Keramat. Majlis yang kitorang pergi ni Majlis Resepsi pengantin perempuan. Agak meriah jugaklah walaupun kat dewan je. Diorang siap buat khemah jugak kat luar dewan tu. Punyalah banyak gambar yang laling aku snap, jadi aku takmo berceloteh panjang.. so mari layannnn…..

majlis resepsi tomokBanner yang tergantung dekat area nak menuju ke Dewan Serbaguna Taman Sri Keramat.

didie alias dan alongDidie Alias dan Along as pengacara majlis. So pepahamlah kan.. diorang ni lawak sokmo.. so makin meriahlah majlis.

majlis perkahwinan tomokTadaa.. inilah rupa pengantinnya.. Ayu dan Tomok.

majlis perkahwinan tomok dan ayuHa.. ntah apa bendelah yang diorang ni tunjuk tu..

majlis kahwin tomokMuka si Ayu ni ada ala-ala muka Rozita Che Wan pulak aku tengok.. hehe..

Tapi kadang-kadang muka si Ayu ni ada iras Mas Idayu pulak.. ish.. hehe..

Sama cantik sama padan.. cinta tak kenal usia.. dua-dua kecik molek and so sweet!!

Cantik giler baju persalinan Tomok dan Ayu ni.. so purple!! dan dekorasi pelamin and dewan pun serba purple.

Nilah die ibu dan ayah mertua Tomok. Si Ayu ni ikut muka mak die.. sebab tu lah sweet..

Tomok dan Ayu sedang ditemubual para media.

Penghibur majlis pun harus posing dengan pengantin.

Didie Alias dan suaminya bergambar dengan pengantin.

Wartawan TV3 pulak temubual Tomok dan Ayu.

Para-para pesilat Majlis Perkahwinan Tomok dan Ayu.

majlis kahwin shah indrawanWe all dan family one of the paman pulak posing dengan pengantin.

madammondoqAgak-agak apalah yang aku ngan si Ayu tu gelak sakan ek? hehe..

madammondoq dan tomokTak habis lagi aku borak.. orang kat depan tu punya melambak tunggu giliran nak bergambo dengan pengantin. hehe..

Ok.. dah banyak kan? Nak lagi ke? nantilah aku buat second episode pulak ye. Lagipun gambar Majlis Perkahwinan Tomok Dan Ayu ni memang banyak ni. Tak kan semua nak tempek kat entri ni kan. So tungguuuuu k!!

* Kredit to madammondoq.com

No comments:

Post a Comment