Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, January 25, 2013

KEBAIKAN DAN KHASIAT SUSU KAMBING

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Antara kebaikan susu kambing untuk kesihatan manusia boleh dihuraikan seperti berikut :-

Susu Kambing Mudah Hadam
Susu kambing mempunyai molekul protein & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman. Disebabkan zarahnya yang halus dan sifatnya yang menyah asid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulser & gastrik.

Alahan Laktosa
Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah. Susu kambing mempunyai kandungan laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yang cirit-birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.

Susu Kambing Bersifat Alkali
Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana asid dalam darah atau susu. Ianya, bertindak meneutralkan asid dalam badan. Kandungan asid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yang tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Susu Kambing Mengandungi Asid Lemah yang Baik
Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yang mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.

Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir
Susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.

Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium
Kandungan Mineral Selenium yang kaya dengan susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium
Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Biooganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam  rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodium didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthirits (inflamasi sendi).

Susu Kambing – Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan
Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dalam badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat. Kandungan potassium & calcium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.


Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).
Susu kambing juga mengandungi factor anti KANSER.

No comments:

Post a Comment