Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, January 19, 2013

Keenakan sate Willy



Terletak di Medan Selera Sungai Ramal, Kajang, Sate Willy antara yang menjadi perhatian pelanggan yang datang. Waktu operasi bermula jam 5 petang sehingga 12.30 tengah malam. Apa yang pasti jika terlambat pasti anda akan berbaris panjang untuk mengambil pesanan. Sistem di medan selera ini pula pastikan anda mengambil tempat duduk dahulu kerana nombor meja akan di tanya dan pesanan yang telah siap akan dihantar terus ke meja anda.
Rasa sate Willy ini sememangnya enak. Rasa dari segi teksturnya, lebih berempah dari sate yang lain. Lebih terasa apabila kita menggigit daging sate tersebut terasa perapannya. Rasa kuah kacangnya juga sedikit berbeza tetapi masih disertakan sambal sebagai penyeri dan penambah perisa kepada sesiapa yang sukakan pedas.
Hidangan sampingannya juga seperti ulam timun, bawang, dan nasi impit. Apa yang istimewanya nasi impit ini dibalut dengan daun pisang sangat sedap dengan bau aromanya.
Kepada yang ingin mencuba harga sate ini seperti harga sate-sate yang lain iaitu RM0.70. Saiznya yang lebih kurang sama tetapi rasanya yang lebih sedap.

No comments:

Post a Comment