Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, January 19, 2013

PSY bakal datang Malaysia pada Mac 2013!


Future Music Festival Asia kembali buat kali kedua di Malaysia dengan barisan bintang antarabangsa terkenal yang dijadualkan beraksi bukan untuk satu hari sahaja, tetapi dua hari yang bakal menjanjikan persembahan mantap daripada artis-artis seperti Armin Van Buuren, The Prodigy, PSY, Fun., Bloc Party dan ramai lagi.

Bakal berlangsung di lokasi sekitar Kuala Lumpur yang masih belum disahkan pada 15 - 16 Mac 2013, pihak penganjur Livescape Asia dan Future Entertainment Australia akan turut membawa siri jelajah Armin Van Buuren, A State of Trance 600: The Expedition World Tour dimana peminat muzik trance akan dihiburkan dengan set terkenalnya. Persembahan eksklusif ini merupakan salah satu daripada enam persembahan khas yang dijadualkan di seluruh dunia dan yang pertama di Malaysia serta Asia Tenggara.

Hari kedua Future Music Festival Asia 2013 pada 16 Mac pula akan menampilkan empat buah pentas dimana pentas utama akan membawakan bintang "Gangnam Style" iaitu PSY, Rita Ora, Fun., Bloc Party, The Temper Trap, Rudimental, Stafford Brothers, Timmy Trumpet dan Tenzin.

The Prodigy.
Armin Van Buuren.
Fun.
Rita Ora
The Temper Trap
Pentas kedua khas untuk The Prodigy yang membawakan konsep Warrior's Dance Arena akan turut menampilkan artis seperti Feed Me, Kill The Noise, Zeds Dead dan Borgore.

Barisan artis bagi pentas ketiga dan keempat akan diumumkan kemudian oleh pihak penganjur dalam masa terdekat ini.

Future Music Festival merupakan acara muzik khas bagi peminat muzik tarian yang terkenal di Australia sejak tahun 2008 dan buat pertama kalinya telah mengadakan edisi Asia di Litar Antarabangsa Sepang awal tahun ini yang dihadiri lebih 25,000 peminat.

Future Music Festival Asia 2013 akan berlangsung di
Kuala Lumpur pada 15-16 Mac 2013!

Future Music Festival Asia 2013 yang bertemakan Party Time, Excellente mengharapkan untuk menarik lebih dari 40,000 pengunjung untuk acara dua hari tersebut.

Tiket untuk Future Music Festival Asia 2013 akan mula dijual pada 16 November 2012 di semua kedai Rock Corner dan Victoria Music, serta di laman web rasmi Future Music Festival Asia.

Harga tiket untuk Future Music Festival Asia 2013.

No comments:

Post a Comment