Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label proton. Show all posts
Showing posts with label proton. Show all posts

Monday, January 16, 2012

MOKHTAR AL-BUKHARY KUASAI PROTON

Khazanah Nasional Berhad hari ini akan mengumumkan DRB-Hicom telah memenangi bidaan dengan kepentingan sebanyak 42.7 peratus pegangan saham dalam proton Holding Berhad, dengan harga jualan RM6 seunit untuk keseluruhan jumlah bernilai RM1.4 billion, menurut sumber. Syarikat berkenaan dilaporkan memilih jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary (gambar), pemilik DRB-Hicom sebagai pembeli untuk saham-saham tersebut walaupun terdapat tawaran lain. Turut difahamkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimaklumkan berkenaan pembelian tersebut.

“DRB-Hicom telah berjaya dalam bidaan tersebut, dan akan diumumkan pada Isnin ini,” menurut sumber berkenaan.

Sumber lain pula mengesahkan penjualan berkenaan, Khazanah berpuas hati dengan penawaran sebanyak antara RM6 dan RM8 sesaham. Saham Proton ditutup pada RM5.18 seunit pada Jumaat lepas, dan memberinya modal pasaran besar bernilai RM2.8 billion.

Dengan anggaran harga jualan RM6 sesaham, pembelian kepentingan Khazanah dan saham-saham selebih pembuat kereta nasional itu perlu membayar sejumlah lebih daripada RM3.29 billion.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar sebelum ini berkata, dana tersebut akan menjual keseluruhan blok saham Proton, dan sekiranya ia terjadi, maka akan berlakunya penawaran awam.

Pihak yang bertanggungjawab terhadap pembelian tersebut ialah Pengerusi Proton Datuk Seri Mohd

Nadzmi Mohd Salleh , dan DRB Hicom, manakala beberapa pihak lain dikatakan adalah Naza Group, dan rakan kongsi bersama Sri Arumugam Apavoo Packiri dan Gerald Lopez of Genii Capital. UMW Holdings Bhd,Sime Darby Bhd dan Tan Chong Motor Holdings Bhd menafikan dakwaan mereka mempunyai minat terhadap Proton.

DRB-Hicom telah menyerahkan bidaan tersebut kepada pembuat kereta nasional itu pada 9 Januari lalu.

“DRB-Hicom melihat Proton Holding Berhad sebagai pemain industri automotif yang penting dan DRB-Hicom sentiasa menunggu peluang untuk mengambil peluang yang bermanfaat untuk mengembangkan perniagaan,” menurut DRB-Hicom sebagai respon ketika bursa saham.

Laporan berita terdahulu memetik penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Khazanah Nasional akan menjual kepentingan 42.7 peratusnya dalam Proton kepada DRB Hicom. Dia juga berkata dia menentang tawaran awam untuk semua saham jika DRB Hicom memenangi tawaran tersebut.

Arkitek projek kereta nasional itu telah bekerja keras sejak 1980an sebaik sahaja menjadi perdana menteri dan memastikan identiti Ptoron terpelihara dengan memastikan rakyat tempatan menguasai syarikat tersebut.

Saturday, January 7, 2012

PROTON Cipta Rekod Hasil Model Sangat Jimat Petrol!


"PROTON Holdings Bhd melakar sejarah tersendiri apabila kereta buatannya, Proton Savvy mencatatkan rekod kebangsaan yang baru sebagai kereta paling menjimatkan minyak bagi kategori 1,000 cc ke atas.Rekod dicatatkan dalam Malaysia Book of Records itu meliputi perjalanan sejauh 1,614 kilometer (km) merentasi 11 negeri di Semenanjung. Percubaan mencatatkan rekod kebangsaan itu bermula di Pusat Kecemerlangan Proton di Subang Jaya, Ahad lalu dan mengakhiri perjalanan di tempat sama, semalam.


Kereta dengan tangki minyak muatan 40 liter itu menggunakan 68.079 liter petrol, dengan purata penggunaan 4.218 liter petrol bagi setiap 100 km atau pada kos 0.08 sen bagi setiap km.

Keseluruhan perjalanan itu membabitkan kos minyak sebanyak RM130.71.

Ketua Kejuruteraan Proton, Abdul Wahab Mohamed Khalid, berkata aspek penjimatan minyak antara perkara diberikan keutamaan oleh Proton, terutama dengan keadaan pengguna hari ini yang amat mementingkan soal harga minyak yang tinggi.

“Sehubungan itu, Proton menerima cabaran ini untuk menetapkan rekod penjimatan minyak bagi Proton Savvy,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan sijil Malaysia Book of Records dan menyambut kepulangan konvoi kembara Proton Savvy yang mencatatkan rekod penjimatan minyak itu, di Subang Jaya, semalam.

Sijil Malaysia Book of Records diserahkan kepada Abdul Wahab oleh Pengasas dan Pengarah Urusan Malaysia Book of Records, Datuk Danny Ooi dan disaksikan pemandu Pasukan A1 Malaysia, Alex Yoong.

Abdul Wahab berkata, penyertaan Proton dalam cabaran rekod itu juga bertujuan memberikan kesedaran kepada pengguna mengenai aspek penjimatan minyak yang mampu ditawarkan kereta nasional itu.

“Matlamat utama kami adalah untuk membuktikan bahawa Proton Savvy mampu menawarkan penjimatan minyak yang hebat,” katanya.

Beliau berkata, program itu juga membuka peluang kepada Proton membuktikan Proton Savvy bukan saja menjimatkan minyak, tetapi sebuah kereta teguh dan lasak kerana kejayaan merentasi perjalanan jauh antara tujuh hingga 12 jam bagi perjalanan selama tiga hari.


Perjalanan itu, katanya, melalui pelbagai jenis keadaan jalan raya daripada lebuh raya sehingga pendakian bukit curam dan berliku.

Proton Savvy dengan enjin 1.2 liter itu berada di pasaran lebih setahun lalu dan direka bentuk untuk memberi manfaat dari segi penjimatan kos minyak.

Pada masa sama, ia menawarkan prestasi pemanduan dinamik dan menjadi sebuah kereta yang praktikal.

Sementara itu, Yoong ketika mengulas aspek penjimatan minyak itu, berkata dalam sukan permotoran aspek penjimatan minyak memainkan peranan penting bagi sesebuah pasukan.

“Dalam aspek pemanduan setiap hari pula, sudah tentu ia sesuatu semakin penting disebabkan penjimatan minyak akan membawa kepada penjimatan nilai ringgit dan sen,” katanya.

Thursday, December 2, 2010

(Gambar) Proton Pahlawan Series – Lima Bersaudara


Proton Tuah, Proton Jebat, Proton Kasturi, Proton Lekir dan Proton Lekiu. Itu adalah antara nama-nama model yang terdapat di dalam siri Proton Pahlawan yang telah dipamerkan di KLIM 2010 Motorshow. Melihat kepada rekaannya, kami percaya anda pasti akan terpegun. Walaupun ini adalah “concept car”, tetapi kelihatannya seperti Proton boleh membuatkan kereta ini sebagai realiti di jalanraya (production). Rata-rata maklumbalas dari mereka yang telah melihat rekaan ini, boleh dikatakan semuanya memberi perspektif positif.

Proton Tuah amat menggamit perhatian kami, kelihatannya seolah-olah kereta buatan luar negara. Dijangkakan Proton Tuah bakal menggantikan Proton Persona. Walaupun kelihatan sedikit rekaan Proton Tuah ini kearah Kia Forte, namun ianya tetap menarik dan mewah.

Berikut adalah gambar-gambar dari Proton Pahlawan Series :

PROTON TUAH

PROTON JEBAT

PROTON KASTURI

PROTON LEKIR

PROTON LEKIU

Amacam? kalau betul design macam nih jadi realiti nanti, memang tutup mulut la semua pengkritik Proton. Harap kualiti sepadan dengan rekaan!

sumber : paultan.org

Friday, October 22, 2010

(GAMBAR TERKINI) Proton Inspira

Nampaknya Proton Waja Baru yang menjadi isuhangat diberi nama sebagai Proton Inspira! Sedap juga namanya kan?

Proton Waja Baru 2010

Model Proton Inspira yang berasaskan Mitsubishi Lancer ini dikatakan akan dilancarkan pada 16 Oktober ini.

Yang seiras dengan Mitsubishi Lancer

Dikatakan Harga Proton Inspira Baru ialah

1. 1.8 MT – RM79,999
2. 1.8 CVT (Auto) – RM87,000+
3. 2.0 CVT Premium – RM94,000+

Kalau dilihat pada harga dan cc, Proton Inspira ini adalah sebaris dengan Toyota Vios dan Honda City. Jadi kalau anda mahu membeli kereta pada harga berkenaan, anda boleh pilih antara Vios,City atau Inspira.

Gambar di bawah merupakan flyer Proton Inspira yang mula tersebar di internet.

proton inspira

sumber – isuhangat

Saturday, October 9, 2010

PROTON PANGGIL SEMULA KERETA GEN2 DAN SATRIA NEO

Proton Holdings bhd awal malam tadi telah memanggil Semula Kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan sekitar tahun 2004 dan 2008 berikutan kerosakan teknikal pada komponen kereta tersebut yang berisiko dan boleh menjejaskan keselamatan kepada pengguna. Pemanggilan semula kereta Gen2 dan Satria Neo tersebut telah dilaporkan oleh media massa seawal malam tadi:

Kuala Lumpur, 7 Okt Pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd mengumumkan panggilan semula sukarela kereta Gent dan Satria Neo yang dikeluarkan antara 2004 dan 2008 disebabkan oleh kerosakan pada komponen “clock spring” yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.
Panggilan sukarela itu yang merupakan sebahagian program jaminan kualiti global Proton melibatkan 15,911 (dua peratus) daripada 660,000 kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh lebih empat tahun. Komponen itu menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada radio, hon dan kawalan “cruise”.
“Meskipun bilangannya kecil, keselamatan pelanggan kami sangat penting dan kami memohon maaf atas masalah yang timbul,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu kenyataan di sini.
Ujian rutin telah mengenal pasti bahawa kerosakan pada “clock spring” seperti bunyi geseran dalam setering, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang tanpa amaran, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes-kes ekstreme, pelepasn beg udara sebelah pemandu.
Pemilik kenderaan yang terlibat boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma. Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian “clock spring” akan disediakan tanpa caj di pusat-pusat sah Proton di seluruh negara. Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terlibat untuk memklumkan mereka mengenai perkara itu.
Pada masa yang sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing.

sumber artikel: bernama dan harian kosmo