Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, January 16, 2012

MOKHTAR AL-BUKHARY KUASAI PROTON

Khazanah Nasional Berhad hari ini akan mengumumkan DRB-Hicom telah memenangi bidaan dengan kepentingan sebanyak 42.7 peratus pegangan saham dalam proton Holding Berhad, dengan harga jualan RM6 seunit untuk keseluruhan jumlah bernilai RM1.4 billion, menurut sumber. Syarikat berkenaan dilaporkan memilih jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary (gambar), pemilik DRB-Hicom sebagai pembeli untuk saham-saham tersebut walaupun terdapat tawaran lain. Turut difahamkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimaklumkan berkenaan pembelian tersebut.

“DRB-Hicom telah berjaya dalam bidaan tersebut, dan akan diumumkan pada Isnin ini,” menurut sumber berkenaan.

Sumber lain pula mengesahkan penjualan berkenaan, Khazanah berpuas hati dengan penawaran sebanyak antara RM6 dan RM8 sesaham. Saham Proton ditutup pada RM5.18 seunit pada Jumaat lepas, dan memberinya modal pasaran besar bernilai RM2.8 billion.

Dengan anggaran harga jualan RM6 sesaham, pembelian kepentingan Khazanah dan saham-saham selebih pembuat kereta nasional itu perlu membayar sejumlah lebih daripada RM3.29 billion.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar sebelum ini berkata, dana tersebut akan menjual keseluruhan blok saham Proton, dan sekiranya ia terjadi, maka akan berlakunya penawaran awam.

Pihak yang bertanggungjawab terhadap pembelian tersebut ialah Pengerusi Proton Datuk Seri Mohd

Nadzmi Mohd Salleh , dan DRB Hicom, manakala beberapa pihak lain dikatakan adalah Naza Group, dan rakan kongsi bersama Sri Arumugam Apavoo Packiri dan Gerald Lopez of Genii Capital. UMW Holdings Bhd,Sime Darby Bhd dan Tan Chong Motor Holdings Bhd menafikan dakwaan mereka mempunyai minat terhadap Proton.

DRB-Hicom telah menyerahkan bidaan tersebut kepada pembuat kereta nasional itu pada 9 Januari lalu.

“DRB-Hicom melihat Proton Holding Berhad sebagai pemain industri automotif yang penting dan DRB-Hicom sentiasa menunggu peluang untuk mengambil peluang yang bermanfaat untuk mengembangkan perniagaan,” menurut DRB-Hicom sebagai respon ketika bursa saham.

Laporan berita terdahulu memetik penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Khazanah Nasional akan menjual kepentingan 42.7 peratusnya dalam Proton kepada DRB Hicom. Dia juga berkata dia menentang tawaran awam untuk semua saham jika DRB Hicom memenangi tawaran tersebut.

Arkitek projek kereta nasional itu telah bekerja keras sejak 1980an sebaik sahaja menjadi perdana menteri dan memastikan identiti Ptoron terpelihara dengan memastikan rakyat tempatan menguasai syarikat tersebut.

No comments:

Post a Comment