Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label selebriti. Show all posts
Showing posts with label selebriti. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

17 Perkahwinan Selebriti Malaysia Yang Paling Glamour Sepanjang Tahun 2011

Semenjak kita keluarkan entri 7 fesyen terbaik selebriti wanita dan 7 fesyen terhancur selebriti wanita sepanjang tahun 2011, ramai yang menghantar email mahukan kita buat entri perkahwinan pulak. Almaklumlah, tahun 2011 ramai selebriti-selebriti lelaki dan wanita yang menamatkan zaman bujang dan dara masing-masing. Oleh itu, terimalah 7 perkahwinan selebriti Malaysia yang paling glamour sepanjang tahun 2011.

1. Nurul Syuhada dan Raja Amir – wanita idaman jejaka satu Malaysia akhirnya telah selamat bergelar isteri kepada Raja Amir sekitar bulan Julai 2011. Wajah kedua-dua pasangan pengantin ini memang seiras. Semoga jodoh dipanjangkan sehingga ke akhir usia.

kahwin selebriti

2. Ayu Raudhah dan Zaquanramai wanita yang patah hati apabila si kacak Zaquan berkahwin dengan Ayu Raudhah. Namun tak dapat dinafikan lagi pasangan ini memang secocok sungguh. Tak gitu?

kahwin selebriti

3. Tomok dan Ayubercinta hampir 8 tahun, akhirnya Ayu sah menjadi isteri Tomok. Kini Ayu dikhabarkan sedang hamil cahaya mata pertama mereka. Kita doakan agar kebahagiaan rumah tangga Tomok dan Ayu semakin erat dengan kehadiran insan baru kelak.

kahwin selebriti

4. Noh Hujan dan Mizz Ninasalah satu perkahwinan yang membabitkan 2 insan seni di Malaysia. Semoga perkahwinan ini berkekalan forever and ever.

mizz nina noh hujan

5. Nabil Raja Lawak dan Ziraselepas pelbagai kontroversi membabitkan wanita di tahun 2010, Nabil mengambil keputusan untuk menyunting Zira sebagai isterinya. Majlis resepsi yang dijalankan di ICT memang tersangat meriah.

kahwin selebriti

6. Shuib Sepah dan Siti Sarah - percintaan yang dirahsiakan daripada pihak media akhirnya menjadi kenyatan apabila disahkan melalui pernikahan. Kini sudah pun bergelar ayah dan ibu, Kita doakan kebahagiaan anda berkekalan selamanya.

shuib

7. Chef Riz dan Ana Dahliakalau dah jodoh tak ke mana. Walaupun Ana Dahlia sudah gagal sebanyak 2 kali dalam perkahwinan , Chef Riz tetap memilih Ana Dahlia sebagai isterinya. Ternyata suatu pilihan yang tepat dengan kecantikan wajah Ana Dahlia memukau para tetamu yang hadir di majlis perkahwinan mereka.

ana dahlia

8. Ashraf Muslim dan Dayana - memilih 1 Syawal sebagai tarikh bersejarah pernikahan mereka, ramai wanita-wanita di luar sana yang kecewa kerana tidak dapat menjadi surirumah kepada Ashraf Muslim. Kini Ashraf Muslim dilihat lebih menghabiskan masa dengan menjalankan perubatan Islamik yang dimiliki oleh ayah Dayana.

ashraf muslim

9. Zahiril Adzim dan Shera Ayob - memang sama cantik dan sama padan sungguh pasangan mempelai ini. Tak gitu?

kahwin selebriti

10. Dira Abu Zahar dan Helmimemilih Helmi untuk menamatkan zaman jandanya, Dira kelihatan sangat bahagia di samping suami tercinta. Majlis resepsi yang dijalankan pun lain daripada yang lain apabila menggunakan motosikal berkuasa besar

dira abu zahar

11. Eira Syazira dan Azadkemelut percintaan yang membabitkan Azad dan Faezah Elai tidak langsung membantutkan kemeriah majlis perkahwinannya dengan si manis Eira Syazira. Siap buat style anak mami lagi.

eira

12. Faezah Elai dan Heykal Hanafiah – penafian Faezah Elai tentang dirinya yang menjadi punca penceraian kepada perkahwinan Heykal Hanafiah sebelum ini tidak langsung menghilangkan kemeriahan perkahwinan merpati dua sejoli ini.

faezah elai

13. Farah AF2 dan Johanpengantin perempuan memang nampak sangat manis menawan dengn busana pengantinnya. Pengantin lelaki tidak kurang machonya. Kesimpulannya kedua-duanya memang sama cantik sama padan.

farah

14. Yasmin Hani dan Sha’arin - akhirnya pengacara program Wachaa, Yasmin Hani telah selamat menjadi isteri kepada bekas suami Ida Nerina, Sha’arin. Kedua-dua pengantin nampak sangat putih berseri di hari bahagia mereka.

kahwin selebriti

15. Marion Caunter dan SM Nasarudinsalah seorang pemilik Naza ini akhirnya sah menjadi suami kepada Marion Caunter. Marion Caunter yang memeluk Islam telah pun memilih nama Marion Rose Caunter Abdullah.

marion caunter

16. Michelle Melodi dan Deqwan - akhirnya si comel Michelle yang sering menerjah para artis di rancangan Melodi telah pun selamat bergelar isteri kepada Deqwan. Michelle telah memilih nama Islam Dalili Michelle Abdullah Wee.

kahwin selebriti

17. Memey Suhaiza dan Norman Hakimdigelar “wedding of the year” oleh sesetengah pihak, perkahwinan yang ditunggu sekian lama oleh mereka yang mengikuti perkembangan kekasih ini akhirnya menjadi kenyataan. Ditambah pula dengan gaun Vera Wang dan sponsorship daripada Rafflesia, perkahwinan mereka berdua sememangnya gah tak ingat.

kahwin selebriti

Sekian 17 perkahwinan selebriti Malaysia yang Kita rasa paling glamour sepanjang tahun 2011. Untuk makluman, senarai dibuat tanpa turutan. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar perkahwinan mereka dan perkahwinan kita sama-sama kekal abadi sehingga ke syurga.

*beautifulnara.com

Saturday, August 13, 2011

4 Ibu selebriti jadi Remaja!

Wah bukan main lagi melihat empat ibu-ibu ni amik bahagian dalam sesi photoshoot untuk cover sebuah majalah. Mereka adalah Natasha Hudson, Ziana Zain, Sari Yanti dan Nora Danish. Semua mengayakan aksi remaja betul. Yang lain tue tak kesahlah, lainlah kalau lihat Ziana Zain yang dah berusia tue kat cover ni. Nampak muda betul kan, seolah-olah Ziana masih lagi budak remaja. Awet muda gitue lor. :)

Wednesday, April 6, 2011

Sunday, February 27, 2011

Daphne Iking Sah Masuk Islam, Sudah Berkahwin Dengan Lelaki Melayu

daphne iking masuk islam

Terima kasih kepada Jejai dan Redmummy yang telah mengesahkan berita gembira Daphne Iking memeluk Islam. Mereka berdua dengan gaya paparazi terlatih telah bertanyakan keconfirman cerita ini kepada Daphne Iking directly semasa event ABUSE semalam. Anda berdua memang layak jadi paparazi terhebat Malaysia!!!
daphne iking masuk islamDan satu lagi berita yang telah disahkan ialah Daphne Iking sudah pun berkahwin dengan seorang lelaki Melayu. Semalam Daphne Iking hadir bersama suaminya ke event ABUSE. Identiti suaminya masih tidak dapat dikenal pasti. Tapi gambar lelaki di atas dan di bawah ialah suami Daphne Iking.

daphne iking masuk islam
Tahniah kepada Daphne atas perkahwinan dan selamat datang ke keluarga Islam. Semoga segalanya dipermudahkan.

daphne iking masuk islam

Nama Islam Daphne Iking ialah Dahlia Eleanor Iking. Khabarnya suami Daphne ialah ialah Azmi (Joe), bekas Managing Director untuk Redberry Group.

Tuesday, February 22, 2011

Ratu Bikini, Raja Endon Mastura Putus Cinta. Kekasih Kini Bercinta Dengan Sahabat Baik 2 Tahun

kawanwirarajaendonsabrecopy Ratu Bikini, Raja Endon Mastura Putus Cinta. Kekasih Kini Bercinta Dengan Sahabat Baik 2 Tahun

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Kami rasa, Raja Endon Mastura ini hanya berjaya mendapat spotlight dalam duni hiburan kerana isu percutian beliau bersama rakan rakan yang penuh dengan aksi berbikini.

Maka dengan itu, secara tidak bertauliah kami gelarkan pengacara TV ini sebagai Ratu Bikini. Atau kini ia’nya di’pegang oleh Fasha Sandha?

Raja Endon Mastura kini sudah putus cinta. Bekas kekasih beliau bernama Dato’ Wira Daim di’katakan kini bersama sahabat baik kepada Raja Endon Mastura sendiri, Sabrena Khalid.

Sebagai panduan untuk anda yang tidak kenal siapa mereka, gambar di’atas, dari kiri, entah siapa, Dato’ Wira Daim, Raja Endon Mastura & Sabrena Khalid.

Ketiga tiga mereka bersama rakan lain di’katakan sering bercuti bersama & Dato’ Wira Daim sebenarnya sudah lama menaruh perasaan terhadap Sabrena Khalid.

Dan, harapan lelaki ini tidak bertepuk sebelah tangan. Atas dasar cinta yang kuat antara mereka, Dato’ Wira Daim & Sabrena Khalid nekad tinggalkan pasangan masing masing untuk bersama.

Ini sebenarnya berita baik buat keluarga & rakan rakan Dato’ Wira Daim yang kurang senang dengan sikap peribadi Raja Endon Mastura yang di’label sebagai queen control, angkuh & sombong.

* Kredit to rotikaya.com

Thursday, February 17, 2011

Betty Banafe Tolak Dakwaan bercinta dengan VIP



Gossip mengenai bercinta dengan VIP ditolak sekeras-kerasnya oleh Betty Banafe. Namun, beliau mengakui bahawa dia sedang ‘berkawan’ dengan seseorang yang biasa-biasa saje. Mari kita tunggu dan lihat siapakah kawan beliau yang biasa-biasa tu.. heheheh



Tuesday, February 1, 2011

Gambar - gambar cun Hanis Zalikha
















Panas, 10 Selebriti Paling Popular Di Malaysia – Google Top Searches 2010

google 175x115 390x256 10 Selebriti Paling Popular Di Malaysia   Google Top Searches 2010

Maher Zain, menduduki tempat teratas dalam senarai 10 selebriti paling рοрυƖаr di Malaysia. Kemunculan beliau dengan lagu Insyallah menjadi siulan ramai, termasuk ada di antara mak-mak budak inginkan beliau menjadi menantu. Maher Zain juga akan membuat persembahan di Hotel Summit Subang pada 26 – 28 Disember ini dengan harga tiket bermula RM200 – RM1000.

Kematian Din Beramboi yang mengejutkan awal tahun ini menjadikan beliau sebagai selebriti ke-4 yang terpopular. Sehingga sekarang suara serta jenaka beliau di radio & lakonan lawak beliau di tv menjadi pilihan kami, Al-Fatihah.

hanis zalikha 16 10 Selebriti Paling Popular Di Malaysia   Google Top Searches 2010

Hanis Zalikha, model dan juga penyeri Twitter berjaya menduduki tangga ke-6 dalam senarai epik ini. Berwajah eksotik, Hanis Zalikha gemar melawak dengan kami, selain kerap menghantar tweet rаɡе, yang mengelikan hati. Contoh, Hanis pernah mengarut pasal pizza hut, fυnnу dow!

Konsert Adam Lambert bulan lepas membuatkan dia menduduki tangga ke-8. Walaupun desakan serta demonstrasi menghalang konsert Adam Lambert amat kuat, namun ia tetap berjaya dilaksanakan. Itu’lah, siapa suruh gay sangat!

Siti Nurhaliza, menduduki tangga ke-9 kekal dalam tangga 10 teratas. Tiada album terbaru, tetapi Siti tetap anggun dengan keluaran produk SimplySiti.

Paultan (Automotive News), blog kereta terbesar Malaysia menduduki tangga ke-10, juga paling legend. Merupakan rakan media kami paling akrab, Paultan ialah seorang lelaki tinggi yang memiliki hobi modify kereta BMW miliknya. Beliau juga amat kool dan senang didekati. Ayuh singgah ke sana, dan katakan hi kepada beliau.

Laporan penuh google di Google’s Top Searches οf 2010 – Malaysia .

Thursday, January 13, 2011

Ada Apa Dengan Hanis Zalikha


Hanis Zalikha Malaysian Dreamgirl

Seperti yang dijanjikan dan selepas mendapat respons yang begitu positif dari edisi terjah Cik Epal dan Melromeo sebelum ini, edisi terjah kali ini diteruskan dengan mangsa seterusnya adalah Hanis Zalikha.Tertarik nak terjah dia ni bila lihat entry ini daripada EncikSharinginfoz yang bertajuk : RM3 ribu sebulan : Income from Nuffnang .

Tak perlulah saya perkenalkan lebih lanjut pasal Hanis Zalikha ni,rasanya hampir semua dah tahu cuma serba sedikit pasal dia :

1)Hanis Zalikha seorang pelajar UITM (mendapat tajaan JPA), model sambilan, penulis blog yang popular dan filemnya bersama Nabil bakal ditayangkan tak lama lagi (bila ye?)

2)Hanis Zalikha dicalonkan untuk kategori "Best Celebrity Blog" pada majlis "Nuffnang Asia Pacific Blog Award" di Singapura pada tahun 2009

3)Hanis Zalikha mendapat RM3,000 hasil berblog dan iklan Nuffnang di blognya.Ahli keluarganya turut mempunyai blog .

Ok,seterusnya,inilah pendapat saya mengapa blog Hanis Zalikha begitu popular,sensasi,dan dikunjungi ramai :


Hanis Zalikha cantik menawan

1)Beauty with the Brain .Wajahnya yang cantik menawan bersesuaian dengan seorang model memang menjadi ikutan dan pujaan ramai.Ditambah pula, Hanis Zalikha pandai dan mendapat biasiswa daripada JPA.3.94 CGPA,bukan semua orang mampu lakukannya.Jadi,tidak hairanlah begitu ramai yang berminat dan ingin tahu tentang perkembangan Hanis Zalikha.Marilah lihat apa yang Berita Harian tulis pasal Hanis Zalikha :

"Tidak keterlaluan jika dikatakan wajah jelita dimilikinya menjadi penyumbang kepada pertambahan bilangan pengunjung ke blog ini, manakala konsep blog yang lebih terarah kepada gaya hidup membuatkan pengunjung tertarik untuk menjadi pengikut setia."

Persoalannya :


Hanis Zalikha datang dari route mana ya?


2)Template ,design ,header dan backgroundnya menarik.Sejuk mata memandang dan agak mudah nak terjah dari satu halaman ke halaman yang lain.Loading ke blognya juga cepat dan tiada widget-widget yang menyemakkan dan sakit mata memandang.


Hanis Zalikha ayu berlakon


3)Entrynya berkualiti dengan gambar yang menarik.Turut diselitkan tips-tips yang menarik yang menjadi kesukaan orang ramai terutamanya tips berkenaan kecantikan yang sesuai untuk wanita.Antara entry-entry nya yang menarik adalah :


Selebihnya,bolehla terjah sendiri.



Hanis Zalikha pelajar contoh


4.Entry nya berkisar kehidupan dan mudah diterima ramai.Jika diperhatikan,entrynya walaupun kurang kontroversi,namun gaya penulisan,apa yang diperkatakan mudah diterima ramai.Kalau dah popular, tulis pasal apa pun orang akan baca kan?Namun,Hanis Zalikha tetap menulis dengan penulisan yang terbaik.Mungkin sebab itu semakin ramai yang mengikutinya kerana dia tidak mengambil kesempatan atas kepopularan dan kecantikkannya.Entrynya masih tetap di jaga.Biar kurang update namun kualiti tetap diutamakan.Syabas,Hanis Zalikha.



Hanis Zalikha bertudung tetap anggun (teringat cerita Nur Kasih)


P/s :Gambar kredit to blog Hanis Zalikha.Diambil dan ditampal tanpa kebenaran.Hehehe,maafkan saya ye,Hanis Zalikha.Suka tengok gambar bertudung ini.

5.Pelajar+Model+Pelakon+Kakak @ adik yang penyayang. What's else do u want?Hampir lengkap ciri-ciri wanita idaman lelaki.Usianya pun masih muda,jadi tidak hairanlah peminatnya dari pelbagai golongan usia,jantina, dan kaum.


Apa agaknya yang difikirkan Hanis Zalikha ye?

6.Blog nya lain daripada yang lain. Anyway,brape ramai model yang ada blog?Brapa ramai artis juga yang ada blog?Dan brapa ramai artis+model+pelajar yang ada blog?Jadi keunikannya menjadi tarikan yang tersendiri yang sukar dicari di Malaysia ini.

7.Popular dan mendapat liputan media.Ishh2,kalau dah keluar Berita Harian,Kosmo dan sebagainya,lagi berduyung-duyungla orang akan berkunjung.Artis pula tu.Jadi, tidak hairanla bila Azwan Ali menjadi salah seorang blogger untuk Project Alpha Season 2.Rasanya kalau bukan kerana Hanis Zalikha masih belajar,dialah antara calon yang paling layak untuk menjadi salah seorang dari blogger untuk Project Alpha Season 2.



Ibu Hanis Zalikha (ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?)


8.Hanis Zalikha menjadi role model bagi ramai pihak. Role model untuk bloggers menjana pendapatan yang lumayan, role model bagi pelajar menjadi pelajar cemerlang , role model bagi wanita menjadi wanita yang cantik dan berketrampilan, role model bagi keluarga punyai keluarga yang penyayang dan bahagia, dan role model bagi diri sendiri untuk berusaha meningkatkan prestasi diri.

Itulah salam dan komen terjah saya kali ini.Cuma persoalan yang bermain-main dan berputar di fikiran saya :

1)Hanis Zalikha masih single or tidak?Ehh2,saya masih setia dengan Isteri cuma mahu tahu sahaja.Adik saya pun sebaya dengan dia.Hehehe...

2)Macam mana Hanis Zalikha membahagikan masa?
3)Siapa yang kasi nama?Rasanya tak pernah dengar lagi orang yang serupa dengannya.

Harap-harap,lepas ni sudilah Hanis Zalikha terjah ke blog ini. Blog Cik Epal sudah diterjahnya,blog saya bila lagi?Hehehe,terasa kepuasan diri bila diterjah blogger popular.

P/s : Belajar la dari Hanis Zalikha.Banyak yang boleh dipelajari darinya.

P/s/s : Bukan senang nak senang,bukan susah nak susah.Andai anda secantik Hanis Zalikha,cepat-cepatla berblog,hasilnya lumayan.Hehehehe....

P/s/s/s : Who's next?Lepas ni aku nak terjah BeautifulNara la pulak...Mamat tu makin hari makin hensem dan macho aku nampak..Senyum memanjang je,dah nak kahwin kot?

P/s/s/s/s : Yey,akhirnya Hanis Zalikha terjah juga dan leave comment walaupun hanya di Facebook.


Komen Hanis Zalikha