Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, January 13, 2011

Ada Apa Dengan Hanis Zalikha


Hanis Zalikha Malaysian Dreamgirl

Seperti yang dijanjikan dan selepas mendapat respons yang begitu positif dari edisi terjah Cik Epal dan Melromeo sebelum ini, edisi terjah kali ini diteruskan dengan mangsa seterusnya adalah Hanis Zalikha.Tertarik nak terjah dia ni bila lihat entry ini daripada EncikSharinginfoz yang bertajuk : RM3 ribu sebulan : Income from Nuffnang .

Tak perlulah saya perkenalkan lebih lanjut pasal Hanis Zalikha ni,rasanya hampir semua dah tahu cuma serba sedikit pasal dia :

1)Hanis Zalikha seorang pelajar UITM (mendapat tajaan JPA), model sambilan, penulis blog yang popular dan filemnya bersama Nabil bakal ditayangkan tak lama lagi (bila ye?)

2)Hanis Zalikha dicalonkan untuk kategori "Best Celebrity Blog" pada majlis "Nuffnang Asia Pacific Blog Award" di Singapura pada tahun 2009

3)Hanis Zalikha mendapat RM3,000 hasil berblog dan iklan Nuffnang di blognya.Ahli keluarganya turut mempunyai blog .

Ok,seterusnya,inilah pendapat saya mengapa blog Hanis Zalikha begitu popular,sensasi,dan dikunjungi ramai :


Hanis Zalikha cantik menawan

1)Beauty with the Brain .Wajahnya yang cantik menawan bersesuaian dengan seorang model memang menjadi ikutan dan pujaan ramai.Ditambah pula, Hanis Zalikha pandai dan mendapat biasiswa daripada JPA.3.94 CGPA,bukan semua orang mampu lakukannya.Jadi,tidak hairanlah begitu ramai yang berminat dan ingin tahu tentang perkembangan Hanis Zalikha.Marilah lihat apa yang Berita Harian tulis pasal Hanis Zalikha :

"Tidak keterlaluan jika dikatakan wajah jelita dimilikinya menjadi penyumbang kepada pertambahan bilangan pengunjung ke blog ini, manakala konsep blog yang lebih terarah kepada gaya hidup membuatkan pengunjung tertarik untuk menjadi pengikut setia."

Persoalannya :


Hanis Zalikha datang dari route mana ya?


2)Template ,design ,header dan backgroundnya menarik.Sejuk mata memandang dan agak mudah nak terjah dari satu halaman ke halaman yang lain.Loading ke blognya juga cepat dan tiada widget-widget yang menyemakkan dan sakit mata memandang.


Hanis Zalikha ayu berlakon


3)Entrynya berkualiti dengan gambar yang menarik.Turut diselitkan tips-tips yang menarik yang menjadi kesukaan orang ramai terutamanya tips berkenaan kecantikan yang sesuai untuk wanita.Antara entry-entry nya yang menarik adalah :


Selebihnya,bolehla terjah sendiri.



Hanis Zalikha pelajar contoh


4.Entry nya berkisar kehidupan dan mudah diterima ramai.Jika diperhatikan,entrynya walaupun kurang kontroversi,namun gaya penulisan,apa yang diperkatakan mudah diterima ramai.Kalau dah popular, tulis pasal apa pun orang akan baca kan?Namun,Hanis Zalikha tetap menulis dengan penulisan yang terbaik.Mungkin sebab itu semakin ramai yang mengikutinya kerana dia tidak mengambil kesempatan atas kepopularan dan kecantikkannya.Entrynya masih tetap di jaga.Biar kurang update namun kualiti tetap diutamakan.Syabas,Hanis Zalikha.



Hanis Zalikha bertudung tetap anggun (teringat cerita Nur Kasih)


P/s :Gambar kredit to blog Hanis Zalikha.Diambil dan ditampal tanpa kebenaran.Hehehe,maafkan saya ye,Hanis Zalikha.Suka tengok gambar bertudung ini.

5.Pelajar+Model+Pelakon+Kakak @ adik yang penyayang. What's else do u want?Hampir lengkap ciri-ciri wanita idaman lelaki.Usianya pun masih muda,jadi tidak hairanlah peminatnya dari pelbagai golongan usia,jantina, dan kaum.


Apa agaknya yang difikirkan Hanis Zalikha ye?

6.Blog nya lain daripada yang lain. Anyway,brape ramai model yang ada blog?Brapa ramai artis juga yang ada blog?Dan brapa ramai artis+model+pelajar yang ada blog?Jadi keunikannya menjadi tarikan yang tersendiri yang sukar dicari di Malaysia ini.

7.Popular dan mendapat liputan media.Ishh2,kalau dah keluar Berita Harian,Kosmo dan sebagainya,lagi berduyung-duyungla orang akan berkunjung.Artis pula tu.Jadi, tidak hairanla bila Azwan Ali menjadi salah seorang blogger untuk Project Alpha Season 2.Rasanya kalau bukan kerana Hanis Zalikha masih belajar,dialah antara calon yang paling layak untuk menjadi salah seorang dari blogger untuk Project Alpha Season 2.



Ibu Hanis Zalikha (ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?)


8.Hanis Zalikha menjadi role model bagi ramai pihak. Role model untuk bloggers menjana pendapatan yang lumayan, role model bagi pelajar menjadi pelajar cemerlang , role model bagi wanita menjadi wanita yang cantik dan berketrampilan, role model bagi keluarga punyai keluarga yang penyayang dan bahagia, dan role model bagi diri sendiri untuk berusaha meningkatkan prestasi diri.

Itulah salam dan komen terjah saya kali ini.Cuma persoalan yang bermain-main dan berputar di fikiran saya :

1)Hanis Zalikha masih single or tidak?Ehh2,saya masih setia dengan Isteri cuma mahu tahu sahaja.Adik saya pun sebaya dengan dia.Hehehe...

2)Macam mana Hanis Zalikha membahagikan masa?
3)Siapa yang kasi nama?Rasanya tak pernah dengar lagi orang yang serupa dengannya.

Harap-harap,lepas ni sudilah Hanis Zalikha terjah ke blog ini. Blog Cik Epal sudah diterjahnya,blog saya bila lagi?Hehehe,terasa kepuasan diri bila diterjah blogger popular.

P/s : Belajar la dari Hanis Zalikha.Banyak yang boleh dipelajari darinya.

P/s/s : Bukan senang nak senang,bukan susah nak susah.Andai anda secantik Hanis Zalikha,cepat-cepatla berblog,hasilnya lumayan.Hehehehe....

P/s/s/s : Who's next?Lepas ni aku nak terjah BeautifulNara la pulak...Mamat tu makin hari makin hensem dan macho aku nampak..Senyum memanjang je,dah nak kahwin kot?

P/s/s/s/s : Yey,akhirnya Hanis Zalikha terjah juga dan leave comment walaupun hanya di Facebook.


Komen Hanis Zalikha

No comments:

Post a Comment