Petikan:Harakahdaily |
PETALING JAYA, 1 Mac: Ikon rock tanah air, Amy Search menjadikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ikon ulama kerana mempunyai sikap kesederhanaan dalam kehidupan. Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menyatakan demikian bagi menjawab pertanyaan pensyarah kanan UTM, Dr Azhar Yaacob sebagai pengerusi pada majlis forum yang bertajuk ‘Islam Untuk Semua’ anjuran Masjid Kota Damansara, dekat sini, malam tadi. Turut menjadi ahli panel pada forum yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 itu ialah pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani. Baginya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama yang amat dihormati dan mudah didampingi yang pernah menjemputnya ke Kelantan untuk menyampaikan ceramah kepada golongan muda. Pendapat beliau itu turut disokong oleh bekas penyanyi kumpulan rock, Ringgo yang menghormati pendirian Menteri Besar Kelantan itu sebagai ulama. Beliau turut membuat persembahan pada majlis tersebut dengan menyampaikan sebuah lagu berunsur Islam. Sementara itu, Amy juga menyeru golongan ulama supaya mendampingi artis bagi mendorong ke arah yang lebih baik. “Saya harap ulama, ustaz-ustaz dampingi kami (artis), tanpa ulama tegur kami, kita mungkin lalai,” ujarnya. Amy Search: Tok Guru Nik Aziz adalah idola saya Penulis baru pulang dari ceramah Maulidur Rasul yang diadakan di Masjid Kota Damansara..dua orang ahli panel, pertama, Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani, dan keduanya Amy Seacrh, penyanyi adan icon rock tanah air.. Majlis dipengerusikan oleh pensyarah kanan UTM, Dr Azhar Yaakob.. Memang menarik isi2 yang dilontarkan oleh kedua-dua ahli panel..penghayatan mengenai junjungan besar nabi kita Muhammad SAW.. Penulis tidak berhajat menceritakan satu persatu apa yg diperkatakan oleh kedua2 ahli panel tersebut yang bagi menulis betul-betul menyentuh hati penulis (kisah mengenai Rasulullah)..cuma apa yg ingin dikongsi disini, Amy Serch apabila ditanyakan soalan siapakah idola beliau, beliau dengan yakinnya menyatakan idolanya adalah Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar kelantan merangkap Mursyidul Am PAS… Menurut beliau Tok Guru adalah seorang yang a’lim, hidup besederhana, serta wajar dicontohi oleh orang lain..ia mendapat perhatian hadirin termasuklah pengerusi majlis..menurut pengerusi majlis, ‘jika penyanyi rock pun hormat Tok Guru, siapalah Ibrahim Ali yang memperlekeh Tok Guru’..begitulah hampir bunyinya.. Sebelum majlis berakhir, seorang lagi artis yang terkenal suatu ketika dahulu, dari kumpulan Rainbow (jika tidak silap penulis) turut sempat ‘meluahkan’ perasaannya sebelum diberi peluang mengalunkan lagu gubahan beliau sendiri, ‘Membangun Bersama Islam’.. Menurut beliau, beliau sangat mengkagumi Tok Guru dan Tok Guru adalah contoh tauladan dan ikutan yang terbaik..menurut beliau lagi, beliau pernah bertemu dengan Tok Guru suatu ketika dahulu dalam keadaan diri yg ‘rock’ (berpakaian rockers), namun Tok Guru tetap menyambutnya dengan ‘terbuka’ dan senang hati.. Begitulah sedikit sebanyak yang dapat penulis kongsikan dikesempatan ini..insyallah, berita ini akan di’hebah’kan oleh teman-teman kita yang lain (yg hadir pada malam tadi), termasuklah gambarnya yang lengkap berjubah dan berkopiah putih..wallahua’lam.. |
Followers
Search This Blog
JOM LAYAN " OMBAK RINDU".
Wednesday, March 24, 2010
Tok Guru Nik Aziz ikon ulama – Amy Search
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment