Teks oleh Wartawan GengMurai
KUALA LUMPUR, 14 MEI 2010 : Legenda rock, Suhaimi A Rahman, 51, atau lebih dikenali sebagai Amy Search menafikan tuduhan kononnya dia telah melesapkan wang bernilai RM 11.5 Juta milik ramai indivudu menerusi satu skim pelaburan.
Sebaliknya, Amy mendakwa dia turut menjadi mangsa penganjur skim tersebut sehingga menyebabkan dia kerugian wang sebanyak RM450,000.
Amy turut menegaskan dia bukanlah individu yang mengasaskan skim pelaburan berkenaan sebaliknya ia didalangi beberapa tokoh korporat.
"Saya juga mangsa dan bukan penipu seperti yang segelintir pelabur. Nama saya digunakan individu tertentu untuk meraih keuntungan mudah.Selepas terpengaruh dengan penerangan tokoh korporat itu, saya melabur wang simpanan yang bakal digunakan untuk membina sebuah pusat tahfiz di Johor," katanya.
Berikutan itu, Amy berkata, dia membuat laporan polis berhubung kejadian itu beberapa bulan lalu. Difahamkan, siasatan lanjut tentang perkara itu masih lagi dilakukan.
No comments:
Post a Comment