Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, December 27, 2010

Julia Perez Guna Pakaian Dalam Laser Untuk Final AFF Suzuki Cup Di Jakarta


Julia Perez, selebriti sensasi Indonesia yang kerap mengegarkan Indonesia dengan tsunami & gempa bumi aksi daring & seksinya bercadang untuk memakai pakaian dalam yang dilengkapi oleh laser, semata-mata untuk mengalih perhatian pemain Malaysia sempena Final Kedua AFF Suzuki Cup yang akan berlangsung di Jakarta. Kami tidak pasti sama ada hasrat’nya tercapai atau tidak, kerana sudah ada ura-ura mengatakan pihak AFF bakal menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah final, kerana salah peminat Indonesia sendiri yang merosakkan, mencabut rumput Stadium Bung Karno, tempoh hari.

Aksi panas Julia Perez ini akan ditunggu, dan bakal menjadi topik hangat dua negara serumpun. Bukan apa, belum pernah dalam sejarah bola sepak tempatan, selebriti sanggup berbuat begitu. Yang paling hangat pun, ketika Piala Dunia 2010 lepas, model Paraguay, Larissa Riquelme bermain kasar dengan menyangkut handphone’nya di bahagian lurah dada. Itu pun sudah mengemparkan dunia. Google Julia Perez untuk lebih klimaks!

Pergolakan di laman Twitter yang kebanyakannya mengutuk sekeras-kerasnya penduduk Malaysia menguasai trending laman tersebut. Kalau diukurkan, pengguna berdaftar Twitter Indonesia berjumlah 2.5 juta memang mudah menundukkan pengguna berdaftar Twitter Malaysia berjumlah 0.5 juta, 5 kali ganda perbezaan.

Namun, sebentar tadi kami perasan kata kunci Malaysians sudah menduduki carta no 7 dalam dunia, bukti bahawa orang Malaysia tidak tunduk, dan sanggup berjuang walaupun dalam jumlah yang kecil. Ini orang kata, perang propaganda. Yang cantik’nya, pengguna Twitter Malaysia tidak mengapi-apikan situasi genting ini, sebaliknya mereka menyampaikan mesej keamanan kepada negara jiran, Indonesia.

Kempen hashtags official #LOVEMALAYSIA & #iheartmalaysia giat dipromosikan oleh para selebriti termasuk Tiz Zaqyah, Sharifah Sofea, Kieran Hot Fm & ramai lagi. Anda juga boleh memeriahkan kempen propaganda ini, cuma jangan sebarkan ideologi sentimen negara. Spread the love, okay!

No comments:

Post a Comment