Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, July 24, 2011

Safee Akhiri Kemarau Gol 7 Bulan, Dapat Pujian Steve Clarke


Meskipun gagal membantu skuad negara mencipta kejutan ke atas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool, Safee Sali tetap berjaya membuktikan statusnya selaku penyerang nombor satu negara, menerusi dua jaringan lewat permainan menewaskan Martin Hansen, pada perlawanan yang berkesudahan dengan Liverpool menang 6-3.

Dua gol pada minit ke 79 dan 82 itu juga, sekaligus mengakhiri kemarau gol 7 bulan Safee di pentas antarabangsa, selepas kali terakhir menjaringkan gol ketika Malaysia tewas 1-2 kepada Indonesia pada Perlawanan Kedua Final Piala AFF Suzuki 2010.

Penyerang Pelita Jaya yang tersisih sejak aksi Kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan 29 Jun lalu ini, tidak menunggu lama untuk membalas kepercayaan Datuk K.Rajagobal, yang memasukkannya untuk menggantikan Izzaq Faris Ramlan pada minit ke-69, apabila menolak masuk bola muntah dari tangkapan Hansen hasil percubaan awal Amirulhadi Zainal (m-79), manakala gol kedua hadir 3 minit kemudian, rembatan leret cantik ke penjuru bawah gawang Liverpool.

No comments:

Post a Comment