Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, August 13, 2011

Nurul Syuhada, Raja Amir bulan madu Oktober

Pengacara program Majalah Tiga Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 27, dan suaminya Raja Amir Syah Raja Azwa, 29, merancang untuk berbulan madu di Paris pada bulan Oktober depan. Kata Nurul, mereka akan menumpukan perhatian kepada bulan suci Ramadan dan Syawal terlebih dahulu bagi mengenali lebih rapat keluarga kedua-dua belah pihak sebelum berbulan madu.

“Kita akan berpuasa dan sambut raya di sini dan mengambil peluang itu untuk bersama-sama berkunjung dan mengenali keluarga kedua-dua belahpihak.

“Insya-Allah selepas semua selesai pada bulan Oktober kita akan berbulan madu di Paris,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Persandingan yang diadakan di Sime Darby Convention Centre, Sabtu. [via]

No comments:

Post a Comment