Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, August 13, 2011

Que Haidar kini kembali berlakon!

Jarang kita melihat pelakon Que Haidar ni dimana-mana drama mahupun filem kan dah masuk 2 tahun. Sampaikan ada yang menganggap Que kena 'queen control' oleh isterinya disebabkan cemburu. Masih lagi hanya dianggap spikulasi yang tidak jelas mengenainya. Sebab manalah ada orang nak cerita kan rumahtangganya kepada umum, iya tak?. Tapi baguslah pemenang Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008) ni bakal muncul dalam dunia seni tak lama lagi, yakni dalam filem Rock Ooo arahan Mamat Khalid, mesti lucu lah ni filem, macam Zombi Kampung Pisang pulak. Hehe.

"Keputusan kembali berlakon dalam filem arahan Mamat Khalid ini adalah pilihan saya sendiri. Tidak ada mana-mana pihak lain yang mempengaruhi saya termasuklah Linda seperti yang disangkakan banyak pihak.

Dulu saya pernah berkata, saya tidak membuat keputusan untuk berhenti terus dan akan berlakon sekiranya ia benar-benar membuka hati saya,” katanya. Pastinya bidang lakonan umpama nyawanya, namun keputusan Que meninggalkan dunia lakonan cukup berbaloi dirasai dalam jiwanya.

Mengambil keputusan meninggalkan dunia lakonan sesuatu yang berat bagi saya. Memang ada faktor kenapa saya nekad meninggalkan dunia lakonan dulu. Apa yang pastinya kekecewaan itu tetap ada dan saya tidak mahu mengguris mana-mana hati individu yang pernah mengecewakan saya. Biarlah orang buat pada saya asalkan saya tidak membalasnya,” katanya lagi. -Bharian

No comments:

Post a Comment