Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, March 31, 2012

Fouziah Seram Diserang Raja Laut, Puteri Saka

Fouziah Gous Seram Diserang Raja Laut, Puteri Saka

KUALA LUMPUR – Pelakon Fouziah Gous tidak dapat melupakan peristiwa diserang rasukan Raja Laut dan Puteri Saka yang mengganggu dirinya dan kru produksi ketika menjalani sesi penggambaran filem seram, ‘Hantu Bukit Cina’, kira-kira dua tahun lalu.

Berkongsi pengalamannya dengan peminat, Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous merasakan dirinya berada di dalam neraka dan menganggap pengalaman berlakon dalam filem terbitan Awards Maker Sdn Bhd itu sebagai satu peristiwa yang paling mencabar di dalam kariernya.

“Saya rasa macam di neraka.

“Saya dah banyak shooting filem seram tapi ini merupakan filem seram yang paling mencabar pernah saya berlakon. Dulu saya ingatkan benda-benda ini tak wujud, tapi lepas alami semua perkara itu, saya dah percaya sekarang,” katanya yang dipetik dari blog hiburan popular, Gua.com.my, baru-baru ini.

Menurut pelakon yang kini bercinta dengan seorang duda berstatus Datuk Seri itu, mereka terpaksa berkampung di Tumpat, Kelantan, yang terpilih sebagai lokasi penggambaran filem seram itu.

Di situ, Fouziah dan kru produksi filem mula mengalami pengalaman pelik apabila salah seorang dari mereka secara tiba-tiba bingkas bangun menarikan tarian Menora dan kejadian itu berlaku untuk dua malam berturut-turut.

“Sepanjang dua minggu menjalani pengambaran di sebuah rumah yang terletak di Tumpat, Kelantan, saya rasa macam berada di neraka.

“Pelbagai pengalaman takut dan seram yang saya alami. Kejadian pelik ini mula berlaku bila salah seorang pelakon menari tarian Menora. Sejak itu, selama dua hari berturut-turut perkara seram berlaku.

Lebih menakutkan pelakon berusia 29 tahun itu ialah apabila dia merasa seram ketika duduk bersama pelakon yang sering muntah-muntah dan merah matanya dipercayai akibat dirasuk makhluk halus yang mengganggu mereka di situ.

“Bila saya duduk sebelah pelakon tersebut, saya rasa seram sejuk. Malam-malam dia akan muntah dan kadangkala mata dia merah seperti dirasuk.

“Benda ini berjangkit-jangkit pada pelakon dan juga kru produksi. Macam-macam masuk antaranya Raja Laut dan Puteri Saka. Selain itu, entah dari mana, tiba-tiba ada kambing datang. Malah, ‘benda’ itu juga melaga-lagakan kami,” ceritanya lagi.

Fouziah yang memegang watak Jo di dalam filem tersebut kini sedang giat menjalani sesi penggambaran drama berjudul ‘Trilogi Cinta’ arahan pengarah terkenal, Erma Fatima, dan turut dibarisi oleh hero popular tanahair, Rosyam Nor. – Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment